Jumaat, 8 Februari 2013

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


A day in <b>Bachok</b>, Kelantan « freedom.Of.choice

Posted: 08 Feb 2013 09:11 PM PST

Posted: February 9, 2013 in The World According to Me

Salam..

Semlm lepas subuh, mak, ayah & aku bersiap utk mulakn perjlnan. Kami berhenti mkn di kedai mamak berdekatan di rumah Kak Ina. Sambil sarapan, aku membelek Blackberry pemberian Kak Ina; teruja.

Tanpa berlengah, ayah pandu kereta Toyota Rush biru menyusuri bandar KL pada pukul 9 pagi. Sekian lama duduk di bandar, nyata percutian ini membawa suatu perasaan segar. Tambahan, negeri Kelantan belum pernah aku lihat. Sejam ayah memandu, kami sudah berada di separuh lebuhraya Karak. Gunung-ganang, hutan lipur, & sawah bendang kami di kiri & kanan, negeri Kelantan masih lagi di hadapan.

Pada pukul 1.15 tgh hari, kami tiba di Gua Musang utk berhenti mkn. Indah. Sesudah solat jamak, kami sambung perjalanan. Tiba di Kubang Kria, jam sudah menunjukkan pukul 3 – jalan sesak menuju ke Kota Bharu. 2 jam trafik bergerak perlahan & akhirnya, kami sampai di Kota Bharu utk mengambil Farah utk ke Bachok pula. Sambil menunggu Farah bersiap-siap, aku & ayah minum petang.

Kami sambung perjalanan tanpa lengah kerana hari makin lewat & kata ayah, perjlnan ke Bachok masih jauh. Kami menuju ke Pantai Irama; jam sudah pukul 7 & kami sesat mencari simpang ke rumah Aunty Nora di Bachok. Akhirnya, sekitar pukul 9 mlm, kami sampai. Kepenatan, kami gagahkan diri utk duduk berbual & bertukar berita. Pukul 12 mlm, aku lena.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads