Jumaat, 22 Februari 2013

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


2 ahli Geng Aime mati ditembak | Sinar Harian Online

Posted: 03 Feb 2013 11:11 AM PST

KOTA BHARU – Dua daripada empat penjenayah Geng Aime yang aktif melakukan rompakan bersenjata sejak setahun lalu mati ditembak polis di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari hingga 1 petang semalam, anggotanya berjaya mengesan sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki empat suspek terbabit.

Sebelum kejadian, menurut beliau, keempat-empat suspek itu menyamun seorang lelaki berusia 23 tahun yang merupakan seorang kerani di sebuah syarikat di Kuala Krai yang baru mengeluarkan wang sebanyak RM50,000 dari sebuah bank di situ.

"Sebaik mengeluarkan wang, mangsa yang memandu kereta Proton Saga diekori kereta Myvi dinaiki suspek sebelum kereta mangsa dihalang dan suspek menarik keluar kerani bersama sebuah beg yang berisi wang masuk ke dalam kenderaan penjenayah itu," kata beliau selepas merasmikan Majlis Pelancaran Ops Selamat II sempena Tahun Baru Cina di Kubang Kerian dekat sini semalam.

Jalaluddin memberitahu, selepas melarikan mangsa sejauh kira-kira 50 kilometer, suspek kemudian meninggalkan kerani itu di tepi jalan di Kampung Sungai Sam.

Mangsa kemudian terus membuat laporan polis sebelum kenderaan Myvi dinaiki suspek di Kampung Sungai Sam dikesan.

Kosmo

Incoming search terms:

  • geng aime (5)
  • foto geng aime (3)
  • 2 ahli Geng Aime mati ditembak - sinar harian (2)
  • rompakan disungai sam kuala krai (2)
  • kumpulan aime (2)
  • sinar harian kelantan rompakan kumpulan aime (2)
  • Dua penjenayah ditembak mati di sg sam (2)
  • rompakan bank di kuala krai (2)
  • sinar harian kuala krai (1)
  • sinar harian 4 februari 2013 mati ditembak polis (1)
Baca Lagi Yang Lebih Menarik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads