Rabu, 27 Februari 2013

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


Siapa Ganti Saifuddin Nasution <b>Di Machang</b>? : Media Perak

Posted: 27 Feb 2013 05:15 AM PST

 

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail sah akan bertanding di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Kedah, sekaligus menamatkan spekulasi sebelum ini bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Machang, Kelantan.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim ketika mengadakan ceramah di Padang Majlis Daerah Machang semalam.

Anwar berkata, pertukaran itu dibuat bagi memenuhi permintaan orang ramai sekali gus mengembalikan kepercayaan rakyat khususnya KEADILAN di Kedah.

"Bagi tujuan itu, KEADILAN akan memilih calon terbaik bagi menggantikan kekosongan itu (Machang) malah perbincangan mengenainya berada di peringkat akhir," katanya.

Dalam pilihanraya umum lalu, kerusi Bandar-Kulim Baharu dimenangi calon KEADILAN, Zulkifli Noordin dengan majoriti 5,583 undi.

Zulkifli bagaimanapun meninggalkan parti itu tiga tahun lalu dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Jalan Pulang.blogspot

Related posts:

Filed Under: Dari MediaPerak

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads