Isnin, 18 Februari 2013

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


Sembang Warung Cara UMNO <b>Pasir Puteh</b> Dekati Rakyat | Detik <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2013 03:27 AM PST

wt_03.1PASIR PUTEH  - UMNO Bahagian Pasir Puteh menjadikan program sembang warung sebagai medium bagi menerangkan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat terutama di kawasan kampung.

Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian, Zulkifli Ali berkata, pendekatan tersebut diambil bagi memastikan maklumat yang ingin disampaikan oleh pihak kerajaan kepada rakyat dibuat secara tepat dan telus.

Menurutnya, melalui program itu juga UMNO bahagian dapat merapatkan hubungan pemimpin dengan penduduk kampung selain meninjau dan melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh mereka.

"Program itu selaras dengan kehendak pucuk pimpinan tertinggi yang mahu pemimpin peringkat bahagian turun padang untuk melihat sendiri dan merasai denyut nadi rakyat. Ini penting, bagi memastikan nasib golongan yang kurang berkemampuan mendapat pembelaan sewajarnya tanpa mengira fahaman politik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika Program Sembang Warung di Kampung Padang Pak Omar, Selising di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Penerangan Daerah Pasir Puteh, Maidin Yaacob; Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) Padang Pak Omar, Kamarudin Che Hat dan Pengarah Barisan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri (DUN), Tuan Mustafa Tuan Mat.

Hampir 100 penduduk di kampung berkenaan tanpa mengira peringkat umur keluar memeriah majlis tersebut.

Terdahulu, Zulkifli bersama rombongan turut meluangkan masa meninjau masalah rakyat dan menyampaikan sumbangan hamper kepada keluarga yang kurang bernasib baik di kampung berkenaan. – UTUSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads