Khamis, 21 Mac 2013

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


PKR Tawar Diri Letak Calon <b>Di Pasir Mas</b> — Suara Pakatan Rakyat

Posted: 13 Feb 2013 11:18 PM PST

PASIR MAS :   PKR Pasir Mas menawarkan untuk meletakkan calon bagi kerusi Parlimen Pasir Mas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Timbalan Ketua Cabang PKR Pasir Mas, Mohd Kamaruddin Zakaria berkata, pihaknya mempunyai calon anak tempatan malah berkaliber.

Beliau berkata, kepimpinan Ketua Cabang PKR Pasir Mas, Datuk Dr Wan Suhaimi Wan Daud menyerlah dan diyakini dapat menerajui Pasir Mas di masa depan.

Kerusi ini disandang oleh Datuk Ibrahim Ali.

"Melihat kepada kewibawaan Wan Suhaimi, kita yakin dapat mengalahkan penyandang terdahulu dan membawa kemenangan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat.

"Kita berharap permohonan ini mendapat maklum balas positif daripada pucuk pimpinan negeri dan pusat demi mengejar impian ke Putrajaya," katanya, semalam.

Beliau berkata, Wan Suhaimi merupakan anak tempatan dan dilahirkan di Cabang Empat Chetok.

"Beliau pernah menyertai Umno, namun bertukar kepada PKR kerana tidak bersetuju dengan fahaman yang dibawa Barisan Nasional," katanya ketika sidang akhbar sempena Ceramah Politik yang akan diadakan pada jam 9
malam ini di Haji Hassan Lemal.

Ceramah itu turut disertai Ketua Wanita PKR Pusat Zuraida dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Badrul Amin Baharun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads