Isnin, 18 Mac 2013

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Sepagi <b>di Pulau Melaka</b> | Secebis pemikiran...

Posted: 24 Feb 2013 10:27 PM PST



Kadang2 tu aku sedih tgk org dok kutuk TGNA, katakan beliau hanya ceritakan agama utk politik dan seumpamanya. Aku bukan org kelantan mahupun org taasub tgna. Tp sgt mudah aku mengenali dan menyeganinya, hanya apabila aku sempat solat subuh di masjid tokguru di pulau melaka, kota bharu kelantan pd suatu pagi pada tahun 2012. Apabila aku tau abg sahabat aku akan diakad nikahkan oleh TGNA sbg wali hakim, aku xnk lepaskan peluang utk bertemu tgna. Alangkah terkejutnya aku betapa mudah nk bertemunya. Cukup dgn dtg sendiri ke pulau melaka ketika beliau di sana. X perlu buat appointment apa macam. Tetapi nk tok guru akad nikahkan sudah tentu perlu apoinment kan.

Kami sampai pada hari sabtu pukul 4pagi, dan berehat dlm kereta. Sempat tahajjud di sana. Dalam pukul 5.30pg tok guru keluar drpd rumahnya dan terus ke masjid itu, yg berada disebelah rumahnya. Azan berkumandang dan selepas solat sunat, tok guru mengimamkan solat subuh, yg makmumnya x kurang 10saff dibelakangnya. Beliau membaca hampir keseluruhan surah alwaqi'ah dalam kedua-dua rakaat solat subuh. Selesai solat, selepas wirid, beliau tidak membuang masa. Beliau meneruskan memberi peringatan tentang mati dan hari qiyamat dalam kuliah subuhnya. Ulasan yg sangat terperinci tentang hari pembalasan itu, berdasarkan surah al waqi'ah. meremang bulu romaku mendengarkan kuliah tersebut. Selesai kuliah, ramai org sudah beratur dan berkumpul di sekeliling beliau. Beliau akad nikahkan 2 pasangan pengantin dan memberikan khutbah nikah kepada kedua-dua suami baru tadi dgn pesanan2 penting dalam mengecapi kebahagian rumah tangga yg diredhai Allah.

Selesai khutbah nikah, 5-6 bapa kepada bayi baru pula membawa bayi mereka utk ditahnikkan oleh tok guru. Setiap bayi tersebut didoakan beliau dgn kebaikan, dibelainya penuh kelembutan. Selesai majlis tahnik, beliau bangkit dan melaksanakan solat sunat isyraq dan solat dhuha. Selesai solat, terus beliau keluar masjid dan menuju ke rumah utk bersiap dan melaksanakan tugas sbg menteri besar. Kami sempat memohon dgn beliau utk bergambar bersamanya, dan beliau menyambut baik hajat kami. Semasa bergambar, sahabat kami ridhwan dapat dengar mulutnya x lekang melafazkan zikir2 ma'thurat. Belum sempat beliau sampai rumahnya, (hanya 5meter drpd masjid), telahpun ada rakyat kelantan bertemunya memohon pandangan dan sumbangan drpdnya, lengkap dgn dokumen2. Beliau menyambut mesra org tersebut yg dtg dr jauh, dan menyelesaikan urusan itu disitu juga. Setelah selesai, barulah beliau masuk kerumahnya, disambut isteri beliau di muka pintu.

Aku tergamam. Xda langsung hal politik PAS dan seumpamanya. Semua masanya dalam pagi tersebut beliau gunakan mengabdikan dirinya kepada Allah, dan melaksanakan amanah dan tugas dgn sebaiknya, dgn akhlak yg sungguh terpuji. Aku dimaklumkan, setiap hari rutinya begini, ketika beliau berada di pulau melaka, kota bharu, kelantan.

P/s: gambar menunjukkan TGNA menyampaikan khutbah nikah kepada abg Ridhwan Nashir. Bersama ILmi IliAs dan Fawwaz Fuat.

projek <b>melaka</b> maju .....: Cadangan Projek Kereta Kabel <b>Di Pulau</b> <b>...</b>

Posted: 10 Dec 2012 07:10 AM PST

Gambar Contoh Kereta Kabel Di Langkawi....

MELAKA: Kereta kabel akan menjadi satu lagi tarikan baru pelancongan di negeri ini, apabila Kerajaan Melaka semalam, mengumumkan rancangannya untuk membangunkan projek berkenaan tidak lama lagi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, cadangan projek itu secara umumnya belum selesai, tetapi membayangkan ia bakal menghubungkan kawasan muara Sungai Melaka hingga ke Pulau Melaka.

Katanya, kos keseluruhan projek itu masih belum diputuskan kerajaan negeri kerana masih pada peringkat penelitian akhir, tetapi mengesahkan tender pelaksanaannya mungkin dikeluarkan pada awal tahun depan.

"Kerajaan negeri mempunyai rancangan membangunkan projek kereta kabel bagi merancakkan lagi industri pelancongan di Melaka. Kos projek ini belum diputuskan, tetapi ia akan menghubungkan muara Sungai Melaka sehingga ke Pulau Melaka.

"Antara laluan kereta kabel ini kelak adalah Medan Selera Newton dan pusat beli belah Mahkota Parade atau Pahlawan City. Tender bagi membangunkan projek ini dijangka dikeluarkan pada awal tahun depan," katanya selepas menerima lawatan rasmi Presiden Austria, Dr Heinz Fischer ke negeri ini semalam.

Sepanjang berada kira-kira tiga jam di sini, Heinz dan isteri, Margit Fischer berkunjung ke beberapa lokasi pelancongan popular di sekitar pusat bandar raya di sini. Terdahulu, rombongannya yang turut disertai lebih 50 delegasi itu termasuk Menteri Ekonomi, Keluarga dan Belia Austria, Dr Reinhold Mitterlehner tiba di sini, kira-kira jam 1.30 petang.

Sepanjang berada di sini, beliau dan isteri, dijamu makan tengah hari di Hotel Equatorial, sebelum dibawa menaiki beca ke Muzium Kesultanan Melaka, Menara Taming Sari, Bangunan Stadhuys dan beberapa rumah ibadat di Jalan Harmoni.
Selepas itu, rombongan dibawa menaiki bot Melaka River Cruise menyusuri Sungai Melaka selama kira-kira 20 minit, sebelum berhenti di Taman Rempah, Pengkalan Rama. Heinz dan rombongan berlepas balik ke ibu negara pada jam 5 petang.

Hadir sama sepanjang lawatan itu ialah isteri Ketua Menteri, Datin Seri Asmah Abd Rahman; Menteri Kerja Raya selaku menteri pengiring, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh.

Mohd Ali berkata, beliau ada berbincang dengan Presiden Austria berhubung rancangan Kerajaan Melaka untuk membangunkan projek kereta kabel itu dan dimaklumkan, negara berkenaan mengeluarkan gondola terbaik di dunia.

"Kita berharap negara berkenaan akan membantu Melaka memajukan projek ini kerana sebelum ini, kita sudah menggunakan teknologi Switzerland untuk membangunkan Menara Taming Sari, manakala teknologi China untuk monorel," katanya.

Mengulas lawatan rombongan dari Austria itu, Mohd Ali melahirkan rasa gembira dan berharap dapat menjalin hubungan lebih baik dengan kerajaan negara Eropah itu pada masa depan melalui pelbagai bidang sesuai seperti teknologi komunikasi dan maklumat serta bioteknologi.

  Sumber Dari  Berita Harian 

Video - Goyang Gerudi <b>Pulau Melaka</b>, Kelantan Boleh <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2013 01:16 AM PST

Dari catatan lalu - Keruntuhan akhlak dikalangan muda-mudi di Kelantan begitu membimbangkan, dimana adegan-adegan ranjang secara terbuka bebas di lakukan, hal itu diantaranya berlaku di beberapa buah deretan kedai makan disebelah jambatan Pulau Melaka yang terletak kurang 1 kilometer dari rumah Mentei Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut salah seorang peniaga kedai terbabit yang sempat ditanya tentang darimana datangnya remaja-remaja itu, peniaga berkenaan merenung panjang kearah kami sebelum menjawab "Ado belako dik, ado student, ado hok tidok student, mace-mace".

Dari pengamatan kami kepada respon pemilik kedai makan itu, kami mendapati ia juga kurang senang dengan aksi-aksi ranjang yang dilakukan oleh remaja-remaja berkenaan, namun apakan dayanya, cuma mencari rezeki disebuah bumi yang agak terhad punca rezekinya.

Kami tidak menyalahkan pemilik kedai makan tersebut, kami faham akan situasi sebenar yang dihadapi oleh mereka, diatas tanggungjawab sosial kami menyeru kepada pihak berkuasa supaya memantau kawasan ini dimana keberlakuannya bakal mengundang bala dari Allah SWT disamping mencemarkan bumi yang dijulang dibawah kepimpinan Ularmak.

Keadaan ini difahamkan berlaku setiap malam bermula seawal jam 11 malam dengan pasangan dan kumpulan yang silih berganti, ketika tinjauan kami secara tidak sengaja yaitu sehingga jam 2.30 pagi, berahi masih rancak memberahikan, malah sewaktu kami ingin meninggalkan tempat itu, terdapat dua kumpulan remaja bercampur lelaki perempuan sekitar 8 orang yang baru sampai untuk melabuhkan tirai malamnya disitu sekaligus turut memberatkan langkah kaki kami meninggalkan suasana yang pasti menyedapkan pandangan setiap mata yang bernafsu. Anda Mampu Mengubahnya.

'Amal Makruf Nahi Mungkar'

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads