Sabtu, 16 Mac 2013

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Perakan Malaysia » Pameran ROYALTI <b>di</b> Ekspo Pertanian <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 05 Jun 2012 02:29 AM PDT

Pameran ROYALTI di Ekspo Pertanian Negeri Kelantan 2012 di perkarangan stadium sultan muhammad IV
Suntikan Semangat bagi Pejuang-Pejuang Tuntutan Royalty Minyak & Gas Kelantan & juga Pendaratan Hasil Minyak & Gas Perairan Negeri Kelantan ke Bachok, Kelantan…

Tuanku Sultan Muhammad ke-V hari ini berkenan menurunkan tanda-tangan Baginda ke atas Plak yang tertulis Titah Baginda pada sessi Pembukaan Sidang DUN yang lepas iaitu:

"Beta berharap GAS ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan ZON INDUSTRI PETROLEUM di Bachok seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990-an lagi".

Sejurus selepas Tuanku menurunkan tandatangan Baginda, Tuanku meminta Tuan Guru Nik Abdul Aziz supaya menurunkan juga tandatangan beliau diatas Plak yang sama.

pameran ROYALTI

"Plak ROYALTI"

5  Jun 2012 – Sejarah Kelantan Moden – "PLAK ROYALTI" yang bersejarah  ditandatangani oleh Tuanku Al Sultan Kelantan , Sultan Muhammad V dan  Menteri Besar dan Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. atas usaha oleh : ROYALTI (Gabungan Profesional Kelantan Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan)

pameran ROYALTI

ROYALTI (Gabungan Profesional Kelantan Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan)  sebuah NGO yang dianggotai oleh professional anak Kelantan   kini membuka booth pameran di   Ekspo Pertanian Negeri Kelantan 2012 di perkarangan stadium sultan muhammad IV – 5 hingga 10 jun 2012, jam 10 pagi ke 11 malam
sama-sama menyertai gerakan menuntut hak royalti minyak,gas serta pendaratan Minyak dan Gas Ke negeri Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads