Jumaat, 26 April 2013

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


WARTAWAN RTM MATI DIPUKUL <b>DI GUA MUSANG</b> - Talk With Hand

Posted: 22 Apr 2013 10:24 PM PDT

Allahhuakbar !! Innalillah..Al-Fatihah !
Seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan, Muhammas Yaakob, 61, meninggal dunia di Gua Musang malam tadi selepas dipukul beberapa penyokong PAS di hadapan pondok milik parti pembangkang berkenaan.
Menurut sumber, berlaku insiden pukul memukul selepas Muhamas dikatakan meminta seorang penyokong Pas mengalihkan kereta mereka di depan rumah beliau yang didapati menghalang laluan keluar kenderaannya.
Selepas dipukul, menurut sumber berkenaan, Muhamas telah kembali ke rumah dan pada kira-kira pukul 1.15 pagi, beliau mengadu sakit dada dan kemudian tidak sedarkan diri. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu.
"Ada yang kata arwah mengalami sakit jantung selepas dipukul beberapa penyokong PAS. Apapun kita tunggu keputusan post mortem dan sidang media oleh polis', katanya.
Difahamkan, Ketua Polis Daerah Gua Musang akan membuat sidang media mengenai kejadian tersebut hari ini.
PS: Kerana rakusnya berpolitik rakyat, wartawan seringkali dijadikan bahan untuk mereka yang KONONYA berjuang untuk HIDUP dan MATI kerana politik dan perjuangan parti sehinggakan TERABAI soal NILAI NYAWA wartawan yang menjalankan tugas untuk membuat liputan sepanjang proses PRU-13 berlangsung.
Talkwithhand masih lagi menantikan cerita penuhberkenaan dengan terbunuhnya seorang wartawan foto RTM dari sumber-sumber yang boleh dipercayaai. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads