Selasa, 30 April 2013

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


MONTERO: PERISTIWA DRAMATIK <b>DI PASIR MAS</b>

Posted: 19 Apr 2013 09:07 PM PDT

Pergerakan sekumpulan ahli PERKASA seramai lebih kurang 1000 orang ke arah penyokong BN amat membimbangkan. Di waktu yang sama jugak kelihatan sekumpulan FRU bergegas untuk cuba melindungi kumpulan penyokong BN yang jumlahnya boleh dikatakan hampir sama bilangan dengan PERKASA.
BN tiada gentar, hanya menunggu kemaraan mereka walaupun pada ketika itu kelihatan Nik Abduh, anak manja Nik Aziz menyelinap di celah2 penyokong PAS sambil bercakap di telefon meminta ayahandanya segera datang.
Kemaraan PERKASA semakin dekat, debaran semakin kuat. Sesampai saja di barisan hadapan penyokong BN, tangan dihulur, seterusnya disambut BN bersama sorakan bergemuruh. We're siblings bro.
Sementara itu di Pusat Penamaan Calon, calon BN Che Johan Che Pa dilihat enggan menyerahkan borang permohonannya sehingga tamat masa. Gelagat Che Johan diperhatikan oleh Dr Suhaimi, Ketua PKR Cabang Pasir Mas dan memuncung kan bibirnya seolah2 meminta borang berkenaan diserahkan kepada nya bagi membolehkan beliau bertanding mewakili PKR. Sori  Mat Mi... demo tak layak.
Di atas semangat setiakawan Che Johan, akan menyaksikan Dato' Ibrahim Ali akan melawan 1 by 1 dengan anak manja Nik Aziz.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads