Sabtu, 13 April 2013

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


STADIUM BARU KELANTAN <b>DI</b> BUKIT MERBAU, <b>PASIR PUTEH</b> <b>...</b>

Posted: 27 Mar 2013 07:00 PM PDT

Stadium Baru Kelantan Di Bukit Merbau, Pasir Puteh Bakal Jadi Kenyataan | Kerajaan negeri Kelantan akan mengadakan majlis pecah tanah Stadium Negeri pada 30 Mac 2013 dan ianya dijangka disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Lokasi pembinaan stadium dan kompleks sukan baru itu adalah di tapak Bandar Sukan Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Berdasarkan sumber berita, kerajaan negeri telah melantik Tunjong Development Corporation (TDC) untuk menerajui projek berkenaan dan mereka akan berkerjasama dengan pemaju berpengalaman yang membina Stadium Olimpik Beijing di China. Pembangunan Bandar Sukan itu merangkumi pembinaan kompleks membeli belah, ruang pejabat, hotel dan sebuah institusi pengajian tinggi.

stadium baru kelantan bukit merbau pasir puteh

Pembinaannya merupakan sebahagian pembangunan di kawasan seluas seluas 272 ekar bagi pembangunan Bandar Sukan. Ia mengandungi Stadium Negeri di kawasan seluas 50 ekar, sebuah stadium tertutup dan pusat akuatik. Manakala kompleks sukan pula dibangunkan di kawasan seluas 75 ekar. Stadium Negeri sesuai untuk pelbagai acara sukan yang boleh memuatkan 45,000 penonton merupakan fasa pertama akan dibangunkan.

Bandar Sukan tersebut terletak 33 km dari Bandar Kota Bharu, 20 km dari Bandar Pasir Puteh, 7 km dari Kok Lanas, 7 km dari Selising dan 26 km dari Machang. Kawasan itu sebelum ini merupakan tanah kerajaan negeri untuk rizab haiwan dan sebahagian daripada rizab Hutan Simpan Cabang Tongkat. Lokasinya juga berhampiran projek Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai yang sedangkan dalam pembinaan sekarang. Projek mega itu membabitkan kos hampir RM320 juta memberi satu signifikan bagi perkembangan dan pembangunan sosial dan ekonomi rakyat.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

CARIAN BERKAITAN

  • bandar sukan bukit merbau (20)
  • pelan stadium bukit merbau (10)
  • pecah tanah stadium bukit merbau (6)
  • lokasi stadium bukit merbau (5)
  • lokasi stadium baru kelantan di bukit merbau (5)

Tags: , , , , ,

Category: THE RED WARRIORS NEWS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads