Isnin, 6 Mei 2013

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


Kem Tentera Bakal Dibina <b>Di Bachok</b> - Gempak.Org

Posted: 12 Apr 2013 06:52 PM PDT

BACHOK - Sebuah kem tentera bakal dibina di Bachok sekiranya Barisan Nasional (BN) memerintah Kelantan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Pengumuman khas itu dinyatakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika majlis penyerahan borang keahlian baru Umno Dun Tawang dekat sini kelmarin.

Beliau berkata, ia adalah tambahan kepada tujuh janji khas yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika melawat Kelantan sebelum ini.

"Kita akan bina kem tentera untuk tambahan kawalan keselamatan rakyat Bachok jika BN menang. Kita tidak buat janji kosong dan kita akan laksanakan jika rakyat menyokong usaha BN ini.

"Selepas ini banyak lagi kemudahan dan perubahan akan dibawa ke Kelantan jika BN menang. Umno gunakan politik untuk perkukuhkan agama berbeza dengan parti lain yang gunakan agama untuk kepentingan politik," katanya.

Zahid berkata, tiga faktor mengapa rakyat perlu menyokong Datuk Awang ialah kerana beliau seorang pakar ekonomi negara yang dipercayai Perdana Menteri.

Beliau memberikan pelbagai sumbangan untuk ekonomi negara termasuk dasar transformasi ekonomi negara.

"Keduanya ialah disebabkan beliau banyak membawa perubahan untuk Bachok dan tidak mustahil selepas ini Bachok akan maju menjadi bandar pendidikan dan pelancongan yang bertaraf antarabangsa jika BN diberi mandat mentadbir negeri.

"Ketiganya adalah tidak mustahil untuk Datuk Awang menjadi seorang menteri penuh jika BN menang kelak dan pastinya sumbangan seorang menteri penuh akan lebih banyak untuk rakyat di bawah jagaannya," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads