Selasa, 7 Mei 2013

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


Kem Tentera Bakal Dibina <b>Di Bachok</b> Jika BN Diberi Mandat | Detik <b>...</b>

Posted: 12 Apr 2013 03:49 AM PDT

IMG-20130411-00028

Oleh RAITINI RAHMAN

BACHOK – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan sebuah kem tentera bakal dibina di Bachok sekiranya Barisan Nasional (BN) memerintah Kelantan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Pengumuman khas itu dinyatakan sewaktu menyampaikan ucapan pada majlis Pemimpin Bersama Rakyatsempena Program Selamat Tinggal Pas, Dewan Undangan Negeri (DUN) Tawang dekat sini malam tadi.

Beliau berkata, ia adalah tambahan kepada tujuh janji khas yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika melawat Kelantan sebelum ini.

"Kita akan bina kem tentera untuk tambahan kawalan keselamatan rakyat Bachok jika BN menang. Kita tidak buat janji kosong dan kita akan laksanakan jika rakyat menyokong usaha BN ini.

"Selepas ini banyak lagi kemudahan dan perubahan akan dibawa ke Kelantan jika BN menang. Umno gunakan politik untuk perkukuhkan agama berbeza dengan parti lain yang gunakan agama untuk kepentingan politik," katanya pada sidang media selepas menerima 300 borang keahlian baru Umno Dun Tawang dekat sini malam tadi

Majlis turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Timbalannya, Datuk Dr Illias Hussain dan Penyelaras Dun Tawang, Mohd Zain Yasim serta lebih 1,500 masyarakat tempatan.

Pada masa yang sama Zahid turut menyatakan pengundi Bachok perlu memberikan peluang kepada pemimpin BN tempatan kerana dengan cara itu pelbagai pembangunan lagi yang dibawa ke jajahan terbabit.

"Datuk Awang Adek adalah seorang tokoh ekonomi bukan sahaja negara malah bertaraf dunia. Beliau seorang pakar ekonomi negara yang dipercayai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Beliau memberikan pelbagai sumbangan untuk ekonomi negara termasuk dasar transformasi ekonomi negara. Saya yakin jika rakyat memberikan beliau peluang pelbagai pembangunan yang akan dibawa dan tidak mustahil selepas ini Bachok akan maju menjadi bandar pendidikan dan pelancongan yang bertaraf antarabangsa jika BN diberi mandat mentadbir negeri," katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO yakin Barisan Nasional (BN) mampu menawan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) memandangkan parti itu telah bnayak membawa perubahan ke negeri ini biarpun ditadbir pas sejak 23 tahun lalu.

Beliau berkata, dengan menamakan manifesto sebagai akujanji kerana setiap janji akan ditepati, BN yakin golongan Pas tegar akan berfikir panjang untuk terus memberi mandat kepada pentadbiran Pas.

"Dengan perubahan yang dibawa di Kelantan ini kami yakin golongan penyokong tegar Pas akan berfikir banyak kali mengenai Pas. Saya yakin lebih ramai yang akan sertai BN selepas ini apabila rakyat fikir dan nilai sendiri apa yang BN lakukan untuk rakyat.

"Golongan atas pagar juga akan bertambah berdasarkan penambahbaikan manifesto yang dibentangkan Perdana Menteri sebelum ini dan tujuh janji khas yang diberikan beliau untuk selesaikan masalah di Kelantan sebelum ini," katanya.

BN Tetap Bina Hospital <b>Di Bachok</b> | Detik Perubahan

Posted: 06 Apr 2013 10:08 PM PDT

067

Oleh RAITINI RAHMAN

BACHOK – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr Ilias Hussain menafikan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menyifatkan janji kerajaan Barisan Nasional untuk membina sebuah hospital yang dianggarkan bernilai RM120 juta sebagai satu pembohongan.

Beliau berkata, dakwaan itu adalah fitnah memandangkan hospital berkenaan akan tetap dibina di lokasi yang telah dipilih iaitu di Kampung Bator Jelawat dekat sini.

Katanya, pembinaan hospital itu mungkin akan mengambil masa kerana ia membabitkan memerlukan pelbagai proses seperti pengambilan tanah.

"Setelah selesai semua urusan itu, kita dapat menjalankan pembinaannya seperti yang dirancang bagi menjaga kesihatan penduduk. Hospital berkenaan akan dilengkapi 76 buah bilik untuk permulaannya.

"Kita gembira dengan penubuhan pusat dialisis yang akan diadakan di Bachok ia akan memudahkan penduduk yang menghidap penyakit buah pinggang mendapatkan rawatan. Ini bukti keprihatinan kerajaan pusat yang mengutamakan rakyat," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Tibi Sedunia 2013 peringkat negeri Kelantan di Pasar Jelawat, dekat sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang mengatakan pembinaan hospital dijajahan Bachok yang dirancang kerajaan pusat sebagai satu pembohongan kepada rakyat di jajahan itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, segala urusan berkaitan tanah di kawasan pembinaan hospital sudahpun selesai dan majlis pecah tanah dijangka akan diadakan dalam seminggu dua ini.

"Kerja-kerja pembinaan hospital di kawasan seluas 23.068 hektar itu akan dilakukan pada tahun ini juga. Untuk permulaan, hospital itu akan beroperasi tanpa pakar dan kita lihat perkembangan pesakit, kalau perlu kita akan adakan hospital untuk pakar," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads