Sabtu, 25 Mei 2013

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


KES ROMPAKAN KEDAI SALUN DAN TEBUSAN <b>DI KUALA KRAI</b> <b>...</b>

Posted: 27 Nov 2012 03:50 PM PST

Kes rompakan kedai salun dan tebusan di Kuala Krai Kelantan – 27 November 2012

Suasana tenang di Dataran Guchil semalam bertukar kecoh apabila seramai 2,000 orang awam berkumpul untuk menyaksikan adegan cemas melibatkan lima pekerja salun dan seorang pekerja restoran yang dijadikan tebusan selama tiga jam setengah oleh penyamun bersenjatakan pistol palsu

rompakan kedai salun kuala krai kes rompakan kedai salun dan tebusan di kuala krai kelantan

Kejadian mendebarkan pukul 2 petang itu berakhir tiga jam setengah kemudian dengan polis dapat memberkas suspek berusia 27 tahun dari Tanah Merah selepas berjaya menjalankan rundingan tanpa melibatkan sebarang kecederaan

Pemeriksaan mendapati, suspek merupakan seorang graduan pereka grafik dari salah sebuah universiti tempatan

Dia menjadikan enam orang iaitu empat pekerja, seorang warga emas berusia 68 tahun yang juga bapa kepada pemilik salun dan seorang pekerja restoran yang kebetulan menghantar baki wang membeli roti kepada seorang pekerja salun berkenaan sebagai tebusan

suspek rompakan kedai salun kuala krai kes rompakan kedai salun dan tebusan di kuala krai kelantan

Ugut!..suspek (kanan) mengarahkan pekerja salun membuka mesin penyimpan wang

Kejadian itu turut mengakibatkan dua mangsa pengsan dengan salah seorang diserang asma

Difahamkan, suspek datang ke premis itu dengan memakai topi keledar dan menutup mulut sebelum mengacukan pistol palsu ke arah pekerja. Suspek turut membawa sebilah pisau

Ketika kejadian, dua pekerja yang berada di dalam tandas dan bilik rawatan muka yang tidak disedari suspek telah menghubungi polis bagi memaklumkan mengenai kejadian itu

Sepanjang tempoh tiga jam setengah itu, suspek telah melepaskan seorang demi seorang tebusan sehingga tinggal seorang pekerja wanita sebelum dia diberkas

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads