Rabu, 5 Jun 2013

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Kenangan Yuchuilang: Sekitar <b>Rantau Panjang</b> Kelantan

Posted: 28 May 2013 07:36 AM PDT


Selepas melawat ke Masjid Sultan Ismail Petra, kami menuju ke Rantau Panjang di sempadan Thailand dan Malaysia.

Rantau Panjang terletak di barat-laut Kelantan dan diasingkan dari Golok oleh Sungai Golok. Sungai Golok dijadikan sempadan antara Thailand dan Malaysia. Penduduk Golok dan Rantau Panjang beralih dua tempat dengan menaiki sampan bermotor.


Terdapat banyak gerai-gerai di tepi jalan di Rantau Panjang. Kebanyakan gerai ini diuruskan oleh wanita. Barangan yang dijual termasuk makanan kering dan buah-buahan Kelantan.
Gerai makanan bergerak boleh didapati di Rantua Panjang. Selain menjual minuman sejuk, makanan goreng yang popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia juga dijual.
Orang Kelantan ramah-tamah. Pegawai polis yang bertugas juga memaparkan senyuman di wajah mereka. Sekiranya anda tersesat jalan atau mempunyai pertanyaan, pegawai polis bersedia menghulurkan bantuan kepada anda.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads