Isnin, 22 Julai 2013

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Perkongsian <b>Di Kota Bharu</b> | Dr. Shah Razali

Posted: 11 Apr 2013 02:50 AM PDT

1. Semasa di Kota Bharu, anak buah saya lepasan SPM minta pendapat saya mengenai course apa yang sesuai dengannya.

2. Saya bertanyakan mengenai apa matlamat hidupnya? Apa yang dia minat. Jawapannya adalah dia ingin menjalankan perniagaan selepas universiti nanti. Sekarang ni pun dia sedang menjalankan perniagaan secara online. Dalam pada itu dia juga berhasrat untuk menyambung pelajaran lagi sehingga ke peringkat PhD.

3. Ujar saya, jika bisnes adalah pilihan, adalah bagus untuknya ambil course bisnes. Harus berikan penekanan dalam perakaunan. Ini cukup penting.

4. Hasrat untuk menyambung pelajaran hingga ke peringkat tertinggi merupakan satu hasrat yang cukup murni. Niat perlu betul. Belajar tinggi-tinggi adalah untuk ilmu bukan niat untuk jadi kaya. Sebab itu cukup PENTING sebagai panduan hidup kita.

5. Sijil tidak menjanjikan kita kaya. Tapi usaha dan tindakan kita akan mencoraknya.

6. Kita mungkin pakar dalam satu bidang, tidak mungkin kesemuanya. Oleh itu fokus dan dalam masa yang sama jangan abaikan ilmu agama. Itulah kunci untuk meneroka ilmu-ilmu lain.

7. Jangan mudah mendabik dada. Walau setinggi mana pun ilmu kita, ianya hanyalah ibarat buih dilautan berbanding dengan ilmu Allah.

8. Oleh itu perlu sentiasa belajar tak kiralah ianya bidang kita atau tidak. Harus sentiasa terbuka didalam mencari ilmu.

9. Semoga anak buah saya berjaya didalam bidang yang dipilih dan masa depannya.

- DSR -

To view this post content please Like it on Facebook!

Kiriman Yang Berkaitan:

  1. Nak Mulakan Bisnes Atau Sekadar Melabur?
  2. Tip Bisnes Sendiri #1
  3. Melabur Didalam Hartanah
  4. Diantara Pelabur dan Pelebur
  5. Slogan Bukan Sekadar Hartanah di Thriller Workshop Hartanah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads