Ahad, 21 Julai 2013

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


Kemenangan BN <b>di Machang</b> kekal - The Borneo Post Online

Posted: 16 Jul 2013 04:40 PM PDT

Posted on July 17, 2013, Wednesday

KOTA BAHARU: Mahkamah Pilihan Raya di sini semalam menolak petisyen yang difailkan PKR bagi membatalkan keputusan pilihan raya Parlimen Machang yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 pada Mei lepas.

Hakim Pilihan Raya Datuk Zamani Abdul Rahim yang menolak petisyen itu dengan kos, berkata pihak pempetisyen telah gagal mematuhi beberapa peraturan mengikut Kaedah 9 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Beliau mengarahkan pihak pempetisyen membayar kos RM30,000 kepada responden pertama iaitu Anggota Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan masing-masing RM15,000 kepada responden kedua dan ketiga itu Pegawai Pengurus Pilihan Raya serta Suruhanjaya Pilihan Raya.

Pada PRU13 lalu, Ahmad Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Machang mengalahkan calon PKR, Wan Zawawi Wan Ismail dengan majoriti 805 undi.

Petisyen itu telah difailkan Wan Zawawi.

Zamani menjelaskan kegagalan utama pihak pempetisyen dalam kaedah itu ialah notis kelayakan peguam yang hanya membenarkan peguam Hisham Fauzi mewakili pempetisyen dan bukannya penama lain dan satu lagi alasan adalah hujahan yang tidak menepati kaedah yang sama.

Pada Rabu lepas, peguam mewakili BN Datuk Mohd Hafarizam Harun membantah kehadiran tiga peguam untuk mewakili pempetisyen bagi Parlimen Machang iaitu R. Sivarasa, Latheefa Koya dan Muhammad Afiq Muhammad Noor.

Menurut Mohd Hafarizam ketiga-tiga peguam itu tidak boleh mewakili pempetisyen itu kerana mereka bukan peguam bela yang dilantik oleh pempetisyen mengikut Kaedah 9 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Zamani kemudian membenarkan bantahan Mohd Hafarizam itu.

Pada prosiding semalam, Mohd Hafarizam turut membawa perhatian Zamani mengenai tindakan Latheefa Koya yang mempertikaikan keputusan hakim pada prosiding lepas melalui Twitter yang disifatkan sebagai menghina mahkamah.

Namun, Zamani berkata beliau tidak mahu melibatkan dirinya dalam perkara berkenaan dan perkara itu sepatutnya dibawa kepada Majlis Peguam.

"Bagi saya Majlis Peguam yang perlu menasihatkan para peguam dan saya tidak mahu terlibat dalam tindakan berbentuk politik dan segala keputusan saya adalah telus," katanya.

Pada Rabu lepas, Zamani menolak petisyen PAS bagi Dewan Undangan Negeri Selising yang dimenangi BN.

DUN Selising itu dimenangi calon BN Zulkifle Ali yang menewaskan calon PAS, Saipul Bahrim Mohamad dan calon Bebas Ibrahim Ismail dengan majoriti 107 undi.

Bagaimanapun pada prosiding itu, Zamani menolak bantahan awal yang difailkan oleh defendan-defendan iaitu daripada PAS bagi membatalkan petisyen Parlimen Bachok, DUN Jelawat dan DUN Gaal yang dibuat oleh BN dan telahpun menetapkan tarikh untuk perbicaraan bagi kesemua petisyen berkenaan.

Selain Mohd Hafarizam, peguam lain yang mewakili BN pada petisyen itu ialah Abu Bakar As-Siddiq, Nor Azli Ahamed, Mohd Ilias Mohd Noor dan Raihanah Ashriqin Ariffin.

Manakala PKR pula diwakili Hisham Fauzi sementara Azizan Md Arshad mewakili responden kedua dan ketiga. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads