Selasa, 13 Ogos 2013

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


Peruntukan RM 1.6j Bagi Pembangunan Infrastruktur <b>Di Kok Lanas</b> <b>...</b>

Posted: 11 Aug 2013 08:30 PM PDT

KOTA BHARU - Kerajaan Pusat menyalurkan peruntukan hampir RM1.6 juta bagi melaksanakan projek pembangunan infrastruktur di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kok Lanas, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, peruntukan tersebut membabitkan pembangunan infrastruktur serta pembinaan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Menurut beliau, setakat ini beberapa perkara telah dilaksanakan di kawasan terbabit sebagai tanda terima kasih di atas kepercayaan dan sokongan padu rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Untuk Majlis Daerah Ketereh (MDK), sebanyak 11 projek telah dilaksanakan yang membabitkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Peruntukan berkenaan digunakan untuk membangunkan kawasan tersebut seperti menaik taraf lampu stadium, lampu jalan serta longkang," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri di sini baru-baru ini.

Md. Alwi berkata, DUN Kok Lanas juga telah menerima peruntukan sebanyak RM200,000 daripada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan.

"JPP menyalurkan peruntukan tersebut di bawah program baik pulih infrastruktur bagi membaiki jalan-jalan kecil dan ia sedang dilaksanakan membabitkan 10 batang jalan di kawasan DUN Kok Lanas," katanya.

Kata Md. Alwi, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga kebajikan rakyat di kawasannya dan pelbagai usaha telah dilakukan bagi menyediakan kemudahan untuk keselesaan bersama.

"Selain pembangunan infrastruktur, saya juga telah menerima peruntukan untuk membina tujuh buah rumah di bawah projek PPRT berharga RM45,000 sebuah.

"Peruntukan itu sudah diagihkan dan saya akan berusaha menyediakan lebih banyak lagi rumah PPRT bagi membantu golongan yang memerlukan," katanya

Tambah beliau, keperluan terhadap rumah mampu milik kini semakin mendesak memandangkan harga rumah yang cukup tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh pasangan muda yang baru berkahwin.

"Mereka tidak mampu membeli rumah yang kini rata-ratanya berharga RM100,000 ke atas menyebabkan masalah ini masih tidak dapat diselesaikan. Saya jangka di kawasan DUN Kok Lanas sahaja kita memerlukan hampir 4,000 buah rumah kos rendah dan ini adalah perkara yang telah lama saya perjuangkan," katanya.

BLOG KELANTAN: 03 <b>di kok lanas</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Aug 2013 11:08 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

teganuku: BN <b>Kok Lanas</b> Menang Petisyen, Parlimen Ketereh Kekal <b>...</b>

Posted: 27 Jul 2013 02:56 PM PDT

Petisyen yang dilakukan Pas Dun Kok Lanas adalah tidak munasabah berdasarkan alasan yang diberikan menyebabkan ia ditolak pada Selasa lalu di Mahkamah Pilihan Raya.

Adun Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad mengucapkan rasa syukur atas kemenangan Barisan Nasional (BN) setelah petisyen tersebut ditolak.

"Saya bersyukur kepada ALLAH atas kemenangan ini. Akhirnya, ia membuktikan kemenangan saya secara sah dan sahih dari segi undang-undang dan petisyen itu ditolak. Saya tidak tahu RM30,000 itu akan diberikan kepada siapa, kepada saya atau kepada siapa. Wallahuaklam.

"Petisyen yang diberikan tidak munasabah. Tiga alasan dalam petisyen itu ialah mengenai pemberian air kepada pengundi tentera, alasan kononnya pengundian tentera tidak telus dan alasan mengenai tong yang dibawa ke balai polis ia tidak dikawal. Ia ditolak tanpa pembicaraan," katanya kepada pemberita, kelmarin.

Beliau yang juga Setiausaha Umno Negeri berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Agong Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di PPK Sungai Ketereh, di Ketereh.

Md Alwi berkata, apa yang memberi kepuasan, kepadanya sebagai Adun Kok Lanas, tidak sampai tiga bulan, peruntukan pembangunan yang disalurkan di Dun Kok Lanas ialah sebanyak RM1.7 juta.

Kata beliau, peruntukan itu termasuk memberi lampu di stadium, membina longkang di klinik dan di Kampung Dendang dan pembaikan jalan hampir RM200,000.

Katanya, selepas ini masih banyak lagi pembangunan akan dijalankan, tetapi kata beliau, pembangunan bukan lagi isu di Kok Lanas, sebaliknya ada isu yang lebih lagi daripada pembangunan. Selasa lalu,

Mahkamah Pilihan Raya mengekalkan kemenangan BN bagi kerusi Parlimen Ketereh dan Dun Kok Lanas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads