Rabu, 7 Ogos 2013

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


K&#39;jaan Pusat Bina Jambatan Bernilai RM16 Juta, Atasi Banjir <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2013 08:57 AM PDT

Kategori Pembela Rakyat, Kata Di Kota

K'jaan Pusat Bina Jambatan Bernilai RM16 Juta, Atasi Banjir Di Kuala Krai

KOTA BAHARU, 4 Ogos – Kerajaan Persekutuan akan membina sebuah jambatan dan meninggikan aras jalan bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di Km 326.7 Jalan Kuala Krai-Kota Baharu, berdekatan Sungai Durian, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

jalan-kuala-lumpur-kuala-krai-kelantan-banjir-tengkujuh-jambatan

Beliau berkata jambatan yang akan dibina itu adalah sepanjang satu kilometer dan menelan belanja kira-kira RM16 juta.

"Laluan ini merupakan laluan utama yang menghubungkan Kota Baharu ke Kuala Lumpur yang sering dilanda banjir terutama ketika musim tengkujuh," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNg) Kelantan, di sini, hari ini.

Mustapa yang juga anggota Parlimen Jeli berkata dengan adanya jambatan tersebut, ia diharap dapat menyelesaikan masalah banjir yang sering berlaku di kawasan itu.

"Setiap tahun, sekurang-kurangnya sebanyak empat kali pengguna jalan raya akan mengalami masalah banjir sekali gus menyebabkan terputus laluan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata kerajaan Persekutuan turut mengutamakan perkara berkaitan kerohanian dengan mengadakan program dakwah dan majlis ilmu secara berkala.

"Walaupun program yang kita adakan sering dipertikaikan oleh kebanyakan pihak, namum saya rasa usaha ini harus diteruskan bagi memperkasakan sebuah negara yang memperjuangkan agama Islam," katanya.

Berita Bertarikh Pada 4 August 2013 11:57 PM

BLOG KELANTAN: 03 <b>di kuala krai</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Jul 2013 11:05 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di kuala krai</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Jul 2013 11:32 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Wanita maut, anak cedera parah dalam kemalang <b>di KUALA KRAI</b> <b>...</b>

Posted: 07 Jul 2013 07:28 PM PDT

KUALA KRAI – Seorang wanita dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Selangor selepas menziarahi keluarga di Tok Uban, Pasir Mas, maut pada kemalangan jalan raya di Kilometer 94.1, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini, kelmarin.

Keadaan lori selepas merempuh pokok mempelam dan mengakibatkan kematian Salmah.foto-SH

Pada kejadian kira-kira jam 2.15 petang, Salmah Che Kub, 48, mati serta-merta selepas lori dipandu suaminya merempuh sebuah Toyota Hilux sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok mempelam.

Nahas berlaku ketika mangsa dan suami, Ishak Yaakob, 56, serta tiga anak mereka dalam perjalanan ke Kuala Lipis untuk menghantar anak getah sebelum pulang ke rumah mereka di Kuala Selangor, Selangor.

Akibat rempuhan itu, seorang anak mangsa berusia lima tahun, Izzah Irdina cedera parah dan dihantar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian manakala Ishak tidak cedera.

Dua lagi anak mereka, Iffah Irdina, 9, cedera ringan dan dirawat di Hospital Kuala Krai (HKK), sementara Syaza Syahrain Shafin, 24, dirawat sebagai pesakit luar.

Kejadian dipercayai berlaku apabila Ishak dikatakan cuba memotong Toyota Hilux membawa getah beku sebelum merempuh kenderaan di hadapannya itu yang tiba-tiba membelok ke kanan.

Rempuhan menyebabkan Toyota Hilux terbabas ke bahu jalan manakala lori lima tan terbabit turut terbabas dan merempuh sebatang pokok mempelam,.

Salmah yang cedera parah terutama pada bahagian dada selain tangan kanan dan kaki kirinya hancur, mati di tempat kejadian dan mayat dihantar ke HKK untuk bedah siasat.

Jenazah kemudian diserahkan kepada ahli keluarga mangsa sebelum dikebumikan di kampung halamannya di Tok Uban, Pasir Mas, awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah ini, Deputi Superintendan Nuraddin Wahab mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, saksi kejadian diminta menghubungi Ketua Trafik Daerah, Cif Inspektor Wan Azizi Wan Ahmad atau tampil ke Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai bagi membantu siasatan.-sinarharian

Iklan Jawatan Kosong Guru Perakaunan <b>Di</b> MRSM <b>Kuala Krai</b>

Posted: 07 Jul 2013 10:02 PM PDT

Iklan Jawatan Kosong Guru Perakaunan Di MRSM Kuala Krai
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :-
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan sepertimana berikut:-
a.     Warganegara Malaysia
b.     Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c.     Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan DAN
d.     Ijazah dalam bidang berkaitan
Permohonan boleh dibuat terus dengan menghantar 'Surat Permohonan (Resume)' yang disertakan dengan salinan sijil-sijil yang disahkan dan gambar berukuran 'pasport' kepada :-
Tarikh Tutup Permohonan : 11 Julai 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads