Jumaat, 16 Ogos 2013

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


UMNO Online - Ahmad Jazlan Hasrat Bawa Lebih Banyak <b>...</b>

Posted: 13 Aug 2013 11:20 AM PDT

Kategori Pembela Rakyat, Kata Di Kota

Ahmad Jazlan Hasrat Bawa Lebih Banyak Pembangunan Untuk Machang

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub bertekad membangunkan lebih banyak prasarana dan pembangunan lain di Machang demi meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan itu.

ahmad-jazlan-yaakub-umno-bn-machang-kelantan

Beliau berkata ini sejajar dengan manifesto BN yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bertujuan memantapkan pembangunan di kawasan Machang yang telah 23 tahun di bawah pimpinan kerajaan Pas.

Ahmad Jazlan berkata beliau perlu melakukan pembangunan di Machang memandangkan Pas gagal melaksanakan pembangunan bukan sahaja dari segi infrastruktur malah turut gagal membangunkan masyarakat di kawasan itu.

"Dengan sokongan rakyat Machang yang telah saya peroleh pada PRU13 lepas serta kepercayaan yang diberi pucuk pimpinan Umno, saya berhasrat membangunkan segala aspek yang masih kurang di Machang agar menjadi contoh kepada Parlimen lain yang masih berada di bawah pimpinan Pas.

"Saya mahu mereka (penduduk Machang) melihat perbezaan antara pemerintahan BN dan Pas. Setakat ini walaupun baru kira-kira tiga bulan BN menang di Machang, kerajaan persekutuan telah menunjukkan usaha untuk membantu saya membangunkan Machang," katanya kepada Bernama pada majlis mesra bersama pengundi luar (Kelantan) di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata perdana menteri sebelum ini telah mengumumkan pembinaan 1,000 unit rumah mampu milik baharu di parlimen Machang sebagai satu daripada Aku Janji tambahan BN khusus untuk rakyat Kelantan.

Ahmad Jazlan berkata beliau juga telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk pengairan dua kali setahun bagi membolehkan penanaman padi dilaksanakan di Machang.

"Kementerian telah bersetuju untuk memasukkan permohonan itu di bawah Rancangan Malaysia ke-11 dengan permohonan dana diluluskan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penambahbaikan sistem pengairan di kawasan itu," kata Ahmad Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Machang.

Beliau berkata BN perlu meneruskan usaha dari masa ke semasa dan membuktikan kepada pengundi Machang bahawa mereka telah membuat satu keputusan tepat dengan memberi mandat kepada BN untuk menerajui pembangunan insan dan infrastruktur di kawasan itu.

Berita Bertarikh Pada 14 August 2013 2:20 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads