Rabu, 18 September 2013

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Pesta Buku 2013 <b>di Kota Bharu</b> Kelantan | JAAkechik CORNER

Posted: 27 Aug 2013 04:33 PM PDT

Salam Sejahtera Untuk Semua!!

Jom ramai-ramai ke Pesta Buku Kelantan 2013 di Dewan Jubli Perak MPKB pada 26 ogos - 1 september 2013. Pesta buku terbesar di Kelantan ini merupakan acara tahunan di Kelantan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dengan kerjasama Syarikat Muda Osman (Rangkaian kedai buku dan alatulis serba lengkap!)
 
Pesta Buku ini memberi peluang buat ulat buku, especially golongan pelajar, ibubapa dan guru bagi mendapatkan buku-buku kegemaran pada harga yang jauh lebih murah berbanding harga biasa. Cabutan bertuah juga akan dilakukan pada hari terakhir pesta buku ini berlangsung. tawaran hadiah cukup menarik iaitu pelbagai gadget canggih yang terkini seperti Ipad, Smartphone, Kamera Digital, Pemain DVD dan pelbagai lagi!


Pelbagai aktiviti menarik turut diatur bagi memeriahkan lagi Pesta Buku 2013 ini dengan kehadiran maskot Upin dan Ipin. Anda juga boleh bertemu dan beramah mesra dengan novelis-novelis tersohor kerana mereka akan turun padang untuk berjumpa dengan pembaca setia novel-novel hasil nukilan mereka.



Jangan lupa bawa seluruh ahli keluarga anda kesini bagi mendapatkan pelbagai jenis buku, alatulis dan pelbagai bahan ilmiah bagi melengkapkan koleksi bahan bacaan dan bahan belajar bagi anak-anak anda dirumah....!!! Buat Semua Warga Kelantan.... Jom Kito Serbuuuuu... No. Telefon : 09-7733555
p/s : tak sabar nak bawak fikri jumpa Upin dan Ipin Jumaat Ini!! (^_^)

~ Terima kasih...klik LIKE kalau suka ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads