Isnin, 2 September 2013

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Allah Huakhbar ..Sultan Kelantan Meyempurnakan Solat Trawih <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 23 Jul 2013 05:00 PM PDT

Sultan Kelantan bersolat terawih di Masjid Pulau Melaka semalam bersama-sama YB Tuan Guru dan pembesar-pembesar negeri. Tengku Mahkota turut sama berangkat....

Di antara perkara yang saya bersetuju dengan pendekatan Tuanku Sultan ialah baginda mengormati pemimpin negeri sebagaimana pemimpin negeri menghormati baginda. Rabu lepas baginda berbuka puasa dan terawih di masjid hadapan rumah Menteri Besar dan semalam berbuka puasa dan terawih di masjid Tuan Guru...

Sepanjang saya berkhidmat dengan Tuan Guru, saya tahu Tuan Guru amat menghormati Tuanku Sultan. Namun, nilai ulama yang ada pada Tuan Guru tidak pernah terjejas. Pernah Tuan Guru terus bersolat di atas pentas selepas usai satu majlis bersama Tuanku sekalipun sekalian VVIP lain mengiringi Tuanku Sultan menuruni pentas.

Ketegasan Tuan Guru tidak menjauhkan Tuanku Sultan bahkan lebih mendekatkan lagi hubungan di antara kedua-duanya. Demikianlah para ulama, akan terus disayangi selagi mana mereka berpegang dengan nilai ilmu mereka.

Semoga hubungan di antara Sultan dan kerajaan negeri Kelantan harmoni selamanya dan semoga Allah SWT terus memelihara kerajaan negeri Kelantan yang berdiri di atas tonggak Membangun Bersama Islam.





Lagi Berita SEMPOI KLIK SINI 

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads