Selasa, 29 Oktober 2013

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: PRK pasca PRU-13: BN 1 – PR 0

Posted: 23 Oct 2013 09:13 PM PDT


KETIKA pilihan raya kecil Dun Manek Urai pada 14 Julai 2009, PAS hanya mampu meraih kelebihan 65 undi majoriti. Sedangkan sebelum itu pada pilihan raya umum 2008, calon PAS menang majoriti 1,352 undi.

Sebaliknya di Dun Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak menang majoriti 2,774 undi. Kalau dicongak-congak situasi hampir antara Manek Urai dan Sungai Limau.

Cuma berbezanya pilihan raya kecil (PRK) di Kelantan PAS muncul sebagai kerajaan, sebaliknya Sungai Limau pula PAS di posisi pembangkang.

Majoriti di Sungai Limau jauh lebih besar berbanding Manek Urai. Berdasar statistik itu, mampukah kemenangan masih berkiblat kepada PAS.

Begitu juga kalau diambil kira petunjuk di Kuala Besut pada 24 Julai lalu.

Kelebihan awal berpihak kepada BN, di mana calonnya, Allahyarham Dr Abdul Rahman Mokhtar mengatasi calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi pada pilihan raya umum 5 Mei 2013.

Di Besut PAS muncul dalam situasi underdog, biar pun gerak kerja kempen nampak lebih menyerlah. Sepanjang kempen kelihatan Che Long berada di hadapan berbanding Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman.

Harapan PAS mengurangkan majoriti diraih BN pada pilihan raya umum lalu.

Namun ternyata umpan kebendaan yang mengalir deras dari dari Kuala Lumpur sukar dibendung jentera PAS dan Pakatan Rakyat.

Hasilnya majoriti BN meningkat sebanyak 158 undi berbanding PRU-13. Asakan wang ringgit juga pernah membadai Dun Manek Urai sehingga hampir-hampir melemaskan Mohd Fauzi Abdullah.

Di Manek Urai dianggarkan lebih 1,200 pengundi seperti dirasuk wang ringgit. Lojiknya majoriti turun mendadak berbanding PRU-12.

Di Sungai Limau pemerhati politik sukar untuk membuat telahan mudah memandangkan PAS Kedah dikocakkan isu dalaman menjelang PRU-13 lalu.

Ikuti analisis lanjut dalam Harakah cetak keluaran terbaru di pasaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads