Ahad, 20 Oktober 2013

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


<b>Rantau Panjang</b>: Proses pengundian lancar - Utusan Online

Posted: 18 Oct 2013 09:42 PM PDT

RANTAU PANJANG 19 Okt. - Proses pengundian di UMNO Bahagian Rantau Panjang yang bermula kira-kira pukul 10.45 pagi ini berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Seramai 825 orang termasuk 740 perwakilan akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih pemimpin di peringkat Pusat dan bahagian.

Pemilihan UMNO Bahagian Rantau Panjang mendapat perhatian daripada banyak pihak kerana ia membabitkan persaingan sengit lima penjuru bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian.

Mereka yang bertanding ialah penyandang jawatan tersebut, Datuk Abdullah Mat Yasim; Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Shaari Mat Hussain; bekas Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mohd. Zain Ismail dan dua lagi individu iaitu, Mohamad Che'l dan Din Mamat. - UTUSAN ONLINE

KBBRI: Pembukaan gim bina badan <b>di Rantau Panjang</b> beri <b>...</b>

Posted: 18 Oct 2013 03:06 AM PDT

RANTAU PANJANG: Pembukaan gim bina badan di Rantau Panjang awal bulan lalu, membuka peluang kepada belia untuk membina kecergasan diri.

Rostam Hussin, 28, berkata, pembukaan gim berkenaan banyak membantu remaja untuk kekal cergas malah mengelak daripada terlibat dalam kancah jenayah.

"Sebelum ini saya terpaksa memandu lebih 30 kilometer semata-mata mahu ke pusat kecergasan dekat Pasir Mas. "Kini kami banyak menghabiskan masa di sini tanpa perlu membelanjakan wang banyak untuk petrol," katanya.

Sementara itu, Mohd Irfan Saifullahan, 24, berkata, aktiviti ini juga akan mengelak remaja membuang masa dan berpeleseran. "Sekiranya lebih banyak pusat kecergasan seperti ini dibuka, maka remaja di sini terutama berdekatan sempadan akan lebih berdisiplin.

"Malah mereka akan lebih teruja untuk mengikuti sesi ini kerana setiap pusat kecergasan akan dilengkapi dengan kemudahan tutor yang berpengalaman," katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 17 Okt. 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads