Khamis, 31 Oktober 2013

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Penyakit Hepatitis B,C <b>Di Kelantan</b> Terkawal - myNewshub

Posted: 27 Oct 2013 04:56 AM PDT


TUMPAT – Jangkitan penyakit Hepatitis B dan C di negeri ini masih terkawal meskipun terdapat peningkatan yang dicatat sepanjang tahun 2011 hingga Oktober tahun ini.

Timbalan Pengarah Kesihatan negeri Dr Wan Mansor Ibrahim berkata penyakit Hepatitis C mencatat jumlah kes paling tinggi iaitu 46 pada 2011 dan meningkat kepada 130 pada 2012 serta 171 bagi Januari hingga 20 Okt lepas.

"Penyakit Hepatitis B turut menunjukkan peningkatan iaitu bermula dengan 87 kes pada 2011, kemudiannya bertambah kepada 92 kes pada 2012 dan 166 kes bagi Januari hingga 20 Okt tahun ini.

"Penyakit Hepatitis A pula menunjukkan penurunan sepanjang tempoh berkenaan dengan 37 kes dicatat pada 2011 dan berkurang kepada 22 kes pada 2012 seterusnya empat kes untuk tempoh Januari hingga 20 Okt lepas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Hepatitis Sedunia Peringkat Negeri Kelantan 2013 di Klinik Kesihatan Bandar Tumpat hari ini.

Dr Wan Mansor berkata antara sebab penularan penyakit Hepatitis B dan C ialah darah tercemar, jangkitan semasa bayi dalam kandungan dan hubungan kelamin selain perkongsian jarum oleh pelanggan yang mendapat rawatan terapi metadon.

Beliau berkata jangkitan Hepatitis A pula ialah menerusi bawaan makanan serta air dan semakin berkurangan disebabkan keadaan sanitasi persekitaran seperti tandas dan bekalan air yang semakin baik. – BERNAMA

Penyakit Hepatitis B,C Di Kelantan Terkawalhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Penyakit-Hepatitis-BC-Di-Kelantan-Terkawal.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Penyakit-Hepatitis-BC-Di-Kelantan-Terkawal-150x150.jpgMyNewsHub Terkini,,

TUMPAT - Jangkitan penyakit Hepatitis B dan C di negeri ini masih terkawal meskipun terdapat peningkatan yang dicatat sepanjang tahun 2011 hingga Oktober tahun ini. Timbalan Pengarah Kesihatan negeri Dr Wan Mansor Ibrahim berkata penyakit Hepatitis C mencatat jumlah kes paling tinggi iaitu 46 pada 2011 dan meningkat kepada 130...

TUMPAT - Jangkitan penyakit Hepatitis B dan C di negeri ini masih terkawal meskipun terdapat peningkatan yang dicatat sepanjang tahun 2011 hingga Oktober tahun ini. Timbalan Pengarah Kesihatan negeri Dr Wan Mansor Ibrahim berkata penyakit Hepatitis C mencatat jumlah kes paling tinggi iaitu 46 pada 2011 dan meningkat kepada 130 pada 2012 serta 171 bagi Januari hingga 20 Okt lepas. "Penyakit Hepatitis B turut menunjukkan peningkatan iaitu bermula dengan 87 kes pada 2011, kemudiannya bertambah kepada 92 kes pada 2012 dan 166 kes bagi Januari hingga 20 Okt tahun ini. "Penyakit Hepatitis A pula menunjukkan penurunan sepanjang tempoh berkenaan dengan 37 kes dicatat pada 2011 dan berkurang kepada 22 kes pada 2012 seterusnya empat kes untuk tempoh Januari hingga 20 Okt lepas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Hepatitis Sedunia Peringkat Negeri Kelantan 2013 di Klinik Kesihatan Bandar Tumpat hari ini. Dr Wan Mansor berkata antara sebab penularan penyakit Hepatitis B dan C ialah darah tercemar, jangkitan semasa bayi dalam kandungan dan hubungan kelamin selain perkongsian jarum oleh pelanggan yang mendapat rawatan terapi metadon. Beliau berkata jangkitan Hepatitis A pula ialah menerusi bawaan makanan serta air dan semakin berkurangan disebabkan keadaan sanitasi persekitaran seperti tandas dan bekalan air yang semakin baik. - BERNAMA