Khamis, 21 November 2013

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Bina Puri Properties, Sentosa Jaya bekerjasama laksana projek <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 19 Nov 2013 10:08 AM PST

Dr. JAMES Foong Cheng Yuen (dua dari kiri) bertukar perjanjian persefahaman dengan Razali Daud sambil disaksikan Tee Hock Seng (kiri) dan Razif Razali (kanan) selepas majlis menandatangani perjanjian pelaksanaan projek Sentosa Residence di Wisma Bina Puri Bukit Idaman, Selayang, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Bina Puri Properties Sdn. Bhd. (BPPSB), anak syarikat milik penuh Bina Puri Holdings Bhd. (BPHB) bekerjasama dengan Sentosa Jaya Development Sdn. Bhd. (SJDSB) untuk melaksanakan pembangunan pangsapuri servis usaha sama dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM148.7 juta.

Projek Sentosa Residence, di Kota Bharu, Kelantan merupakan empat blok 28 tingkat yang terdiri daripada 393 unit kediaman, 10 unit kedai dan 11 unit pejabat.

Pengerusi BPPSB, Tan Sri James Foong Cheng Yuen berkata, Sentosa Residence merupakan pembangunan oleh Bina Puri di Kelantan selepas berjaya menyiapkan bangunan kampus Bachok di Universiti Malaysia Kelantan.

"Bina Puri mempunyai pengalaman lebih 38 tahun dalam bidang pembinaan dan pembangunan hartanah di dalam mahupun luar negara justeru usaha sama ini memperlihatkan komitmen kami menyediakan projek pembangunan berkualiti kepada masyarakat.

"Projek Sentosa Residence justeru telah meningkatkan GDV projek hartanah kumpulan kepada RM3,074.5 ribu, yang meliputi projek di seluruh Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian usaha sama di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan BPHB, Tan Sri Tee Hock Seng, Pengarah Urusan SJDSB, Datuk Razali Daud dan Pengarah SJDSB, Razif Razali.

Pembinaan Sentosa Residence dijangka bermula suku kedua tahun 2014 dan dijangka siap dalam tempoh 36 bulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads