Khamis, 7 November 2013

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Hotel Perdana <b>Kota Bharu</b> - 5 faktor utama mengapa berbaloi <b>...</b>

Posted: 03 Nov 2013 12:12 AM PDT

Hotel Perdana Kota BharuBerita baik bagi anda yang sedang mencari hotel di Kelantan samaada untuk urusan kerja atau bercuti bersama keluarga. Hotel Perdana yang terletak di Kota Bharu bertaraf 5 bintang yang masih baru ini menepati ciri-ciri hotel bagi anda yang mementingkan keselesaan dan kepuasan yang terbaik di Kelantan. Ikuti faktor-faktor yang kami sediakan bagi membantu anda memilih hotel ini semasa bercuti di Kelantan Darul Naim.

1) Masih baru, selesa dan bersih

Siapa sangka selepas mengalami proses renovasi besar-besaran beberapa tahun lepas, kini hotel ini tampil dengan membawa imej baru dan identiti unik negeri Kelantan. Memandangkan ia dibuka pada bulan Ogos 2013 yang lalu, semua kemudahan termasuklah perabot, pelbagai fasiliti, bilik, katil, karpet tandas, kolam dan pelbagai lagi masih lagi baru dan bersih. Jadi, keselesaannya memang sangat-sangat terjamin.

depan hotel perdana

lobi hotel perdana

Lobi Hotel Perdana

2) Hotel bertaraf 5 bintang dengan kadar menarik

Hanya terdapat 2 buah hotel bertaraf 5 bintang di Kelantan iaitu Hotel Renaissance, dan terbaru ialah Hotel Perdana. Hotel Perdana akan menjadi 'landmark' utama Kota Bharu buat masa ini dan masa akan datang. Dari segi harga pula, hotel ini lebih murah dari Hotel Renaissance (setelah kami melakukan perbandingan harga) terutamanya terdapat harga promosi yang ditawarkan, ditambah lagi dengan kemudahan yang serba baru dengan bilik yang lebih luas dan interior yang sangat menarik. Jika tempahan dibuat secara online, kadar harga lebih murah lebih-lebih lagi jika pihak hotel menawarkan harga promosi untuk waktu-waktu tertentu. Antara bilik yang ditawarkan ialah Deluxe Classic, Perdana Executive, Premier, Deluxe Premier dan Perdana Suite.

bilik di hotel perdana

Antara bilik Perdana Eksekutif yang sangat selesa dengan semua kelengkapan yang baru

Bilik Deluxe Premier sesuai untuk keluarga yang ramai

Bilik Deluxe Premier sesuai untuk keluarga yang ramai

Bilik Premier - pilihan ramai

Bilik Premier – pilihan ramai bagi berbulan madu atau untuk keluarga kecil

Bilik Suite Perdana. Bilik tidur dan ruang tamu berasingan.

Bilik Suite Perdana. Bilik tidur dan ruang tamu berasingan.

Lihat kadar harga bagi jenis-jenis bilik tersebut.

3) Aneka masakan dan menu menyelerakan

Bercuti di Kelantan jika tidak mencuba makanan tempatan seperti nasi kerabu memang tak sah. Tak perlu ke mana-mana untuk menikmati juadah tersebut. Restoran yang ada di hotel ini memang antara restoran yang terbaik dari segi masakan, menu dan layanan. Menu yang disajikan mengggabungan 'western' dan 'local food' pasti memberi anda kepuasan. Apatah lagi terdapat 5 buah restoran yang boleh anda nikmati seperti Cerana Cofee House (Restoran utama menyediakan 'western' dan 'local food'), Jade Restaurant (Masakan China-Thai), Eleven Restaurant (Menjamu selera dengan pemandangan bandar Kota Bharu di tingkat paling atas hotel), Rebab Cafe ( kafe di lobi hotel yang menyediakan hidangan teh, kopi dan kek) dan Anjung Terrace (nikmati waktu petang di hotel dengan minuman dan makanan ringan di tepi kolam). Melihat kepada menu dan juadah yang disedaikan, ia pasti membuka selera anda. Tidak perlu mencari makanan diluar hotel, semua di sini antara yang terbaik belaka.

makanan-hotel-perdana

Juadah pencuci mulut aneka rasa

BBQ di tepi kolam

BBQ di tepi kolam (Setiap Jumaat, 6.30 pm – 10.30pm)

Sajian di tingkat paling atas Hotel Perdana

Sajian di tingkat paling atas Hotel Perdana

4) Mudah akses ke tempat menarik

Jika menginap di hotel ini, anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke Stadium Sultan Muhammad IV, Bazar Tok Guru dan Kelantan Trade Center (KTC). Walaubagaimanapun, anda masih perlu menaiki kenderaan untuk ke tempat utama pelancongan utama seperti Pasar Siti Khadijah, Kota Sultan Ismail, Muzium Kraftangan dan Wakaf Che Yeh kerana jaraknya lebih kurang 1-3KM.

Peta Hotel Perdana.

Peta Hotel Perdana.

5) Persekitaran hotel yang menyegarkan

Hotel ini tampil dengan rekabentuk bangunan yang unik dengan sentuhan gabungan moden dan klasik. Terdapat dua bahagian iaitu eksekutif dan klasik. Suasana di bahagian dalam juga sangat mengujakan dengan terdapatnya kolam mandi yang agak luas di tengah-tengah hotel.

Kolam mandi terletak di tengah-tengah hotel

Kolam mandi terletak di tengah-tengah hotel

Pemandangan bandar Kota Bharu dari tingkat atas hotel

Pemandangan bandar Kota Bharu dari tingkat atas hotel

Hotel Perdana sangat sesuai bagi anda yang mempunyai urusan kerja mahupun percutian bersama keluarga. Keselesaan dan kepuasan semasa berada di Kelantan semestinya terdapat di hotel ini. Tidak dinafikan lagi, Hotel Perdana adalah hotel paling baik di Kelantan dalam kategori hotel ekslusif dan 'luxury'. Lihat kadar harga Hotel Perdana dan tempah secara online.

Foto oleh: FB Hotel Perdana & Harris Abdul Rahman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads