Rabu, 20 November 2013

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


K B B R I: 202 hektar bendang diserang tikus <b>di Pasir Puteh</b>

Posted: 13 Nov 2013 04:55 PM PST

PASIR PUTEH: Sebanyak 83 petani di Kampung Berangan dan Kampung Lepah dekat sini, mendakwa kerugian lebih RM2 juta berikutan hasil tanaman padi yang diusahakan di kawasan seluas 202 hektar musnah diserang tikus hutan sebelum sempat dituai.
Ketua Unit Penanam Padi Kampung Berangan, Nik Yahya Nik Mustafa berkata, sepanjang tahun ini kesemua petani di dua kawasan terbabit iaitu 53 orang di Kampung Berangan dan 30 orang di Kampung Lepah, berputih mata apabila gagal menikmati hasil tanaman yang diusahakan sepanjang dua musim lalu.
Beliau berkata, selain tidak mendapat sebarang hasil petani juga terpaksa menanggung bebanan hutang bagi perbelanjaan pengurusan bendang, membeli benih padi, bekalan racun perosak, membajak dan proses penanaman semula.
"Kini kami berdepan lagi dengan kerugian melebihi RM1 juta kerana hampir sebahagian tanaman yang diusahakan pada musim ketiga ini masih diserang ribuan ekor tikus," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam majlis gotong-royong membersih semak dan tali air serta membunuh tikus di sekitar kawasan berkenaan yang disertai lebih 50 petani setempat dekat sini hari ini.
Gotong-royong itu dijalankan setiap hari secara bergilir-gilir sejak dua minggu lalu yang mana setakat ini sebanyak 14,000 ekor tikus berjaya dibunuh.
Petani, Azman Ibrahim, 43, berkata, penduduk terpaksa mengambil langkah sendiri untuk membersihkan semak dan tali air kerana kawasan berkenaan menjadi tempat ribuan ekor tikus membiak.
"Kami telah melakukan pelbagai kaedah untuk menghalau tikus termasuk menggunakan racun haiwan, mencurahkan minyak pelincir yang sudah digunakan (minyak hitam) di kawasan semak dan pinggir sawah namun tidak berkesan.
"Pendekatan terakhir, kami sepakat mengumpul dana untuk menggunakan jentera bajak bagi memusnahkan lubang tikus, membersihkan laluan tali air dengan mesin rumput dan masing-masing memegang sebatang kayu untuk membunuh tikus," katanya yang terpaksa menanggung kerugian apabila 7.3 hektar tanaman padinya gagal dituai tahun ini. 
Azman mendakwa, sepanjang tempoh berkenaan dia sepatutnya memperolehi pendapatan kasar melebihi RM72,000, namun sebaliknya terpaksa menanggung hutang input pertanian berjumlah lebih RM10,000.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keamanan Kampung Persekutuan (JKKP) Kampung Berangan, Nik Pa Nik Soh yang turut mengusahakan tanaman padi seluas 20.2 hektar berkata, petani terpaksa berhutang dengan kadar paling minimum sebanyak RM7,000 dengan sebuah syarikat yang menyediakan kredit pembelian benih padi bermutu tinggi.
"Kami sentiasa berusaha membajak semula demi kelangsungan untuk mencari sumber rezeki. Hal ini telah dimaklumkan kepada pihak yang terlibat termasuk Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) untuk mendapatkan resit agihan baja subsidi yang telah diluluskan baru-baru ini.
"Walau bagaimanapun, petani di dua kawasan ini terkilan apabila tiada agensi pertanian yang melawat atau bertanya khabar mengenai masalah ini. Apa lagi untuk menjenguk gotong-royong menghapus tikus yang diadakan setiap hari oleh penduduk dengan mengumpul kewangan dan perbelanjaan sendiri bagi menjayakannya," katanya.
Ketua Blok Penanaman Padi di Kampung Lepah, Che Satar Nor yang mengusahakan 10.5 hektar tanaman padi pula mendakwa, modal pengurusan bagi penanaman paling kurang mencecah RM10,000 setiap musim boleh menyebabkan petani dibebani hutang dan tekanan kemiskinan hidup.
"Apa lagi kemusnahan padi yang diancam oleh tikus tidak disenaraikan sebagai kerosakan yang membolehkan kami diberi pembelaan menerusi bantuan Wang Ihsan," katanya. 
Sumber: Utusan Malaysia | Edisi Timur | 13 Nov. 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads