Ahad, 10 November 2013

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


Kekhilafan Silam : Jumpa duit depan CIMB <b>Tanah Merah</b> dan Baju T <b>...</b>

Posted: 24 Oct 2013 06:48 AM PDT

Kekhilafan Silam : Jumpa duit depan CIMB Tanah Merah dan Baju T-shirt Levis di bilik sekolah

Assalamualaikum . terima kasih sudi menziarahi blog ana ini. Post kali ini tentang pengumuman ana terjumpa dan terambil duit. tapi bukan baru-baru ni cuma dah lama dah tapi kelmarin terbaca hadis Rasulullah saw barang siapa mengambil sesuatu yang ditemuinya mestilah dibuat pengumuman tentang itu. Biarpun dah lama dah ambil duit tu 2,3 tahun yang lepas (masa tu masih lagi jahil, dibuai duniawi) tapi sekarang baru rasa bersalah yang amat sangat kerana itu adalah hak orang lain dan ana langsung tidak ada hak untuk harta itu. biarpun nilainya mungkin sedikit tapi di sisi Allah siapa yang tahu? kejadian ni dah lama, cuma baru-baru ni je ana imbas kembali dosa lama... mohon ampunkan segala dosa ana Ya Allah... Oleh itu, kepada sesiapa ada kehilangan wang seperti butiran di bawah bolehlah menghubungi ana 

 

Kes 1 : Depan CIMB Tanah Merah (jumpa lebih kurang dalam tahun 2012/2011) Duit RM50

 



Kes 2: SMK Jeli, barang rampasan Cikgu Shaudi (jumpa lebih kurang tahun 2008/2007) T-shirt Levi's warna koko

 



Cuma inilah, biarpun nilainya sikit, tapi dosanya hanya Allah yang tahu dan hanya Allah yang tahu perasaan ana.. Setakat yang ana ingat ini sahaja harta yang pernah ambil tanpa pengetahuan pemiliknya. Masya'Allah, mohon kepada pemilik barangan ini memaafkan ana dunia akhirat, kalau pemiliknya sudah tiada, ana mohon keluarganya akan memaafkan ana bagi pihaknya.

 Jika mahu ganti, tiada masalah untuk ana gantinya. Kalau hingga akhir hayat ana tidak menemui pemiliknya, ana akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebaikan pemilik harta ini kepada Allah swt dunia dan akhirat...amin..  in shaa Allah dalam masa terdekat ini, ana akan sumbangkan nilai harta ini dalam bentuk sedekah untuk pihak pemilik harta ini.. Semoga Allah permudahkan segalanya in Shaa Allah.. 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads