Selasa, 19 November 2013

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


K B B R I: Masalah kurang tempat parkir <b>di</b> bandar <b>Tanah Merah</b>

Posted: 16 Nov 2013 01:56 AM PST

TANAH MERAH: Kemudahan dan keselesaan pengunjung pusat perniagaan Bandar Kota Harmoni atau dikenali Bandar Baru Tanah Merah, di sini, terganggu kerana masalah kekurangan tempat letak kereta di kawasan berkenaan.
Tinjauan mendapati, masalah kekurangan tempat letak kenderaan berpunca daripada tindakan penjaja mendirikan gerai mereka di petak parkir, selain menimbulkan isu kebersihan dan gangguan lalu lintas.
Pengadu mahu dikenali sebagai Salahudin berkata, petak parkir di kawasan itu agak terhad jika dibandingkan dengan jumlah pengunjung dan masalah itu bertambah dengan tindakan penjaja terbabit.
"Petak tempat letak kenderaan sudah jadi tempat letak gerai dan jalan jadi sempit, nak letak kereta pun susah. Itu belum dikira lagi masalah kebersihan.
"Saya tidak pasti penjaja ini ada lesen atau tidak tetapi pihak berkuasa tempatan (PBT) sepatutnya menimbang situasi kawasan ini sebagai bandar baharu," katanya.
Pengunjung, Ramli Hashim, 47, pula berkata, dia berharap masalah itu dapat diselesaikan namun, kepentingan penjaja dalam kalangan orang susah tidak dipinggirkan.
Menurutnya, walaupun dikatakan punca kekurangan petak parkir, kehadiran peniaga gerai kaki lima di kawasan itu beri kemudahan kepada orang ramai mendapatkan makanan secara murah dan mudah.
"Majlis daerah perlu cari penyelesaian seimbang antara keselesaan orang ramai dan kepentingan peniaga tetap dengan penjaja yang kebanyakannya orang susah.
"Saya harap apa juga tindakan diambil akan beri kebaikan kepada semua pihak, baik penjaja, peniaga berlesen mahu pun pengunjung seperti kami," katanya.
Bagi seorang pengunjung enggan dikenali berkata, masalah penjaja berniaga di petak parkir itu tidak perlu diperbesarkan kerana lokasi sama menjadi bazar niaga sementara pada musim perayaan.
"Peniaga gerai kaki lima hanya ambil beberapa petak parkir tetapi bila bazar niaga sementara dibuka, separuh daripada puluhan petak parkir di kawasan ini ditutup.
"Lagi pun, kalau hari biasa, banyak lagi petak parkir kosong. Mungkin sesetengah pengunjung tidak puas hati bila parkir dekat kedai pilihan mereka penuh dan ada pula penjaja berniaga, jadi kena parkir jauh sikit," katanya.
Katanya, isu gangguan lalu lintas kerana jalan menjadi sempit juga tidak timbul kerana petak parkir terletak di laluan premis perniagaan dan bukan di bahu jalan utama.
"Kita kena banyak bertolak ansur dalam isu ini kerana tidak sampai 10 penjaja yang berniaga di tempat parkir di kawasan ini dan semuanya pula orang Melayu," katanya.
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 16 Nov. 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads