Jumaat, 8 November 2013

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


Seorang lagi lelaki ditahan, kes letupan bom <b>di Tumpat</b> selesai <b>...</b>

Posted: 18 Aug 2013 09:34 AM PDT

August 19, 2013   ·   3 Comments

je_06.1

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
KOTA BHARU 18 Ogos – Polis menahan seorang lagi suspek berhubung letupan bom yang mengorbankan seorang kerani di Taman Sri Periuk, Tumpat dekat sini pada 11 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek yang merupakan jiran mangsa ditahan selepas datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat kira-kira pukul 10.30 pagi ini.

"Dengan penahanan lelaki berusia 28 tahun itu, kita percaya kes letupan bom ini telah selesai dan siasatn ditutup," katanya.

Sebelum ini, polis menahan seorang anggota tentera yang dipercayai terlibat dalam kes yang bermotifkan cemburu dan dendam itu. – UTUSAN ONLINE

Berita sebelum ini:

KOTA BHARU 13 Ogos – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes letupan bom di Taman Sri Periuk, Tumpat kelmarin yang mengorbankan seorang kerani sekolah.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim (gambar) berkata, suspek yang berusia 29 tahun ditahan di Tumpat kira-kira pukul 5 petang ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, penangkapan lelaki itu dijangka dapat membantu polis menyelesaikan kes tersebut dengan segera.

"Suspek ditahan di Tumpat pukul 5 petang ini dan kita percaya dia dapat membantu siasatan kes pembunuhan kerani sekolah terbabit," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi kelmarin, seorang kerani maut dengan kedua-dua tangannya putus setelah mengambil satu bungkusan mengandungi bahan letupan yang ditinggalkan di atas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mentuanya di Taman Sri Periuk.

Mangsa, Mohd. Yusrizal Mat Zain, 32, yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Kuala Krai meninggal dunia di tempat kejadian.

Berikutan itu, Polis Kelantan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat secara menyeluruh kes berkenaan termasuk mengenal pasti motif, jenis bahan letupan, individu yang mungkin dijadikan sasaran dan kemungkinan penglibatan kumpulan pengganas dari negara jiran.

Sebelum itu, Mazlan dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri hari ini berkata, selain lapan individu dewasa yang berada dalam rumah keluarga mangsa ketika kejadian, beberapa lagi individu akan diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Beliau pada masa yang sama menasihatkan penduduk di kawasan berkenaan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau bimbang dengan keselamatan mereka berikutan kejadian tersebut.

"Kita minta orang ramai tidak membuat spekulasi tentang kejadian letupan itu, biar polis jalankan siasatan lanjut.

"Polis berkeyakinan dapat menyelesaikan kes ini secepat mungkin," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai tampil menyalurkan maklumat berhubung kejadian itu bagi membantu pihak polis mempercepatkan siasatan.

Berita Lain: http://www.mykmu.net/?p=34150

By


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads