Khamis, 19 Disember 2013

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Pingat Gagah Berani (PGB) : Penganugerahan <b>Melaka</b> Boleh <b>...</b>

Posted: 11 Dec 2013 07:11 AM PST

KUALA LUMPUR 11 Dis – Keputusan Kerajaan Negeri Melaka untuk menganugerahkan Pingat Gagah Berani (PGB) boleh dipersoalkan kerana ia dilihat jelas lari daripada Panduan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP) tahun 2014.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron semalam memberitahu, pihaknya akan menganugerahkan PGB kepada dua jurulatih dan 11 pelatih komando dari Kem Sungai Udang yang terselamat selepas bot yang mereka naiki terbalik dipukul ribut sewaktu menjalani latihan di perairan Selat Melaka dekat Pulau Upih di Klebang, malam Sabtu lalu.

Namun di dalam panduan DKBPP, jelas menyatakan bahawa PGB merupakan Bintang Kehormat yang dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian luar biada sewaktu menghadapi musuh tanpa memikirkan keselamatan diri serta boleh dikurniakan selepas seseorang itu meninggal dunia.
Antara penerima anugerah ini ialah Leftenan Datuk Abdul Rahman Khamis (bersara) pada tahun 1958. Beliau dikurniakan bintang ini kerana keberanian, kemahiran dan kepakaran luara biasa dalam operasi menentang kegiatan komunis sekitar tahun 1957.

Tindakan Idris boleh dipertikaikan kerana ia bukan sahaja tidak mengikut panduan yang telah disenaraikan dalam DKBPP, malah menganugerahkan kepada individu yang tidak menepati senarai calon yang layak menerima PGB.

Selain itu, Melaka akan turut menganugerahkan pingat tersebut kepada seorang juruterbang dan dua pembantu juruterbang yang turut terselamat dalam kejadian pesawat ringan milik Akademik Penerbangan Malaysia yang terhempas di perairan Selat Melaka berhampiran Masjid Selat di Pulau Melaka, 23 Julai lalu.

IMG-20131211-WA0061

IMG-20131211-WA0060

9,190 total views, 45 views today

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads