Isnin, 16 Disember 2013

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di tanah merah</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Dec 2013 09:38 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

K B B R I: Jejambat RM60 juta akan dibina <b>di Tanah Merah</b>

Posted: 08 Oct 2013 02:46 AM PDT

TANAH MERAH: Masalah pengguna jalan raya yang terpaksa berhenti 12 kali sehari setelah laluan utama ditutup bagi memberi laluan kepada kereta api bakal berakhir apabila Kerajaan Pusat bersetuju membina sebuah jejambat di bandar ini.

Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, hasil pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini, Kerajaan Pusat bersetuju meluluskan peruntukan RM60 juta bagi melaksanakan projek itu.

"Dalam surat permohonan Umno bahagian untuk pembinaan jejambat di bandar ini kepada Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU), Perdana Menteri buat catatan 'Saya setuju 'flyover' ini dibina segera'. "Jabatan Kerja Raya (JKR) dari ibu pejabat pun dah datang dan saya akan jumpa jurutera JKR jajahan dalam masa terdekat untuk berbincang mengenai projek ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian zakat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) kepada golongan asnaf dari seluruh Parlimen ini di Sekolah Kebangsaan (SK) Belimbing, dekat sini, kelamrin.

Hadir sama, Ahli Jemaah Pengarah, Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Kelantan, Harun Mat Ali; Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanah Merah, Abdullah Nawi dan Pengurus Besarnya, Mohd Lee Yaacob.

Ikmal Hisham berkata, projek pembinaan jejambat itu antara empat projek pembangunan yang dimohon Umno Bahagian Tanah Merah untuk kemudahan rakyat di sini. "Tiga lagi projek ialah pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), bangunan tambahan Hospital Tanah Merah dan projek meninggikan jalan di Kusial untuk atasi masalah jalan perhubungan terputus setiap kali banjir," katanya.

Sementara itu, Ikmal Hisham berkata, kelulusan untuk projek jejambat itu membuktikan kecaknaan dan keprihatinan kerajaan BN terhadap rakyat. "Sebelum PRU13 Mei lalu, kita berjanji akan bina jejambat ini jika BN menang semua satu kerusi Parlimen dan tiga Dun.

"Namun, kita hanya menang kerusi Parlimen dan satu kerusi Dun, tetapi kerajaan tetap meluluskan peruntukan yang begitu besar untuk membina jejambat demi kemudahan rakyat Tanah Merah," katanya.

Mengulas majlis penyampaian zakat itu pula, Ikmal Hisham berkata, penerima patut bersyukur kepada daerah ini menerima peruntukan zakat berkenaan paling tinggi berbanding daerah lain di negeri ini.

Pada majlis itu, seramai 450 golongan yang layak menerima zakat (asnaf) dipilih menerima zakat perniagaan Nafas membabitkan peruntukan berjumlah RM67,500.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 8 Okt. 2013

Insinerator Akan Dibina <b>Di Tanah Merah</b>, Port Dickson - Malaysians <b>...</b>

Posted: 16 Dec 2013 06:13 AM PST

SEREMBAN: Sebuah insinerator berteknoloji tinggi bagi mengatasi masalah pelupusan sisa pepejal akan dibina di tapak seluas 40 hektar di Tanah Merah, Port Dickson, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata insinerator, model sama yang digunakan di kebanyakan negara maju, dijangka beroperasi pada 2015 dan akan menampung pelupusan sampah dari daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau.

"Kita memerlukan insinerator ini kerana tapak pelupusan sampah sedia ada tidak boleh menampung lagi dari segi jumlah kapasiti dan juga membahayakan kesihatan," katanya ketika menjawab soalan Cha Kee Chin (DAP-Bukit Kepayang) semasa membahaskan usul Belanjawan 2014 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan di sini, Isnin.

Mohamad berkata, insinerator itu akan dikendalikan oleh Cypark Resources Berhad dan ia mempunyai kemudahan menghasilkan tenaga biogas yang memberikan aliran tenaga diperbaharui bagi kegunaan penduduk kawasan sekitar.

"Kemudahan insinerator ini lebih selamat dan efisyen serta tidak memudaratkan kesihatan penduduk," katanya sambil menjelaskan 80 peratus tapak pelupusan sampah yang menggunakan kaedah lama sudah ditutup antaranya di Bukit Palong, Sua Betong, Pajam dan Kuala Sawah.

Katanya, kerajaan negeri juga turut mewartakan tapak pelupusan sampah yangditutup dengan tidak dibenarkan sebarang projek pembangunan di kawasan berkenaanbagi tempoh 25 tahun.

"Ini adalah kerana gas 'methane' yang terhasil dari bawah tanah di tapak pelupusan sampah kaedah timbus itu boleh membahayakan kesihatan orang ramai," katanya.

Beliau berkata, pembinaan insinerator baharu itu telah mendapatkan kelulusanJabatan Alam Sekitar (JAS). BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads