Sabtu, 21 Disember 2013

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


Insinerator Akan Dibina <b>Di Tanah Merah</b>, Port Dickson - Malaysians <b>...</b>

Posted: 16 Dec 2013 06:13 AM PST

SEREMBAN: Sebuah insinerator berteknoloji tinggi bagi mengatasi masalah pelupusan sisa pepejal akan dibina di tapak seluas 40 hektar di Tanah Merah, Port Dickson, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata insinerator, model sama yang digunakan di kebanyakan negara maju, dijangka beroperasi pada 2015 dan akan menampung pelupusan sampah dari daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau.

"Kita memerlukan insinerator ini kerana tapak pelupusan sampah sedia ada tidak boleh menampung lagi dari segi jumlah kapasiti dan juga membahayakan kesihatan," katanya ketika menjawab soalan Cha Kee Chin (DAP-Bukit Kepayang) semasa membahaskan usul Belanjawan 2014 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan di sini, Isnin.

Mohamad berkata, insinerator itu akan dikendalikan oleh Cypark Resources Berhad dan ia mempunyai kemudahan menghasilkan tenaga biogas yang memberikan aliran tenaga diperbaharui bagi kegunaan penduduk kawasan sekitar.

"Kemudahan insinerator ini lebih selamat dan efisyen serta tidak memudaratkan kesihatan penduduk," katanya sambil menjelaskan 80 peratus tapak pelupusan sampah yang menggunakan kaedah lama sudah ditutup antaranya di Bukit Palong, Sua Betong, Pajam dan Kuala Sawah.

Katanya, kerajaan negeri juga turut mewartakan tapak pelupusan sampah yangditutup dengan tidak dibenarkan sebarang projek pembangunan di kawasan berkenaanbagi tempoh 25 tahun.

"Ini adalah kerana gas 'methane' yang terhasil dari bawah tanah di tapak pelupusan sampah kaedah timbus itu boleh membahayakan kesihatan orang ramai," katanya.

Beliau berkata, pembinaan insinerator baharu itu telah mendapatkan kelulusanJabatan Alam Sekitar (JAS). BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads