Selasa, 7 Januari 2014

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Radar pengawasan baru <b>di Pulau</b> Jarak dan <b>Pulau</b> Perak - Blogger

Posted: 15 Dec 2013 09:02 PM PST



Gomen rancang untuk bina dua buah stesen radar di Selat Melaka. Artikel asal di sini . Radar2 tersebut dibina untuk meningkatkan kawalan terhadap Selat Melaka. Dua buah pulau tersebut ialah Pulau Jarak dan Pulau Perak.
MMEA memang memiliki 9 stesen radar di sepanjang Selat Melaka, namun terdapat gap yang besar dalam payung jangkauan radar tersebut. Jika geng lihat peta di bawah boleh lihat agak sebesar penyepak gajah juga gap tersebut.

Sistem Radar HF permukaan laut merupakan sistem yang amat kompleks.. lebih2 lagi bila radar ni di tugaskan dengan pelbagai tugas... Teknologi ini sangat cost effective kerana bukan sahaja ia mampu mengesan kapal2 dan pesawat terbang, ,,.. ia juga mampu mengukur arus dan ombak. Power tak?

Apahal nak ukur ombak bagai? Dengan mengukur arus dan ombak maka stesen radar boleh meminimakan perlangaran kawasan cetek dan juga ia boleh mengesai pencemaran (macam tumpahan minyak atau krew kapal berak besar ke ,.. mana mana ko suka). Sebagai tambahan data2 ni boleh di gunakan untuk industri perikanan juga.

Kenapa dua biji radar dan bukan satu?

Single radar cuma boleh ukur satu sahaja komponen vektor dan velositi sebuah target. Dua radar yang berbeza lokasi boleh mengukur dan mengesan dengan lebih tepat dan efisyen


Sumber IEEE TRANSACTIONS ON GEOSCIENCE AND REMOTE SENSING, VOL. 51, NO. 3, Stuart J. Anderson

Pada 2004, Selat Melaka merupakan antara laluan laut yang paling merbahaya di dunia. Menurut International Maritime Bureau 38 serangan lanun di rekodkan pada tahun tersebut. Kemudian Malaysia, Indonesia dan Singapura melakukan kerjasama keselamatan (jarang terjadi hehe) di mana rondaan di udara dan laut di laksanakan secara bersepadu antara tiga negara. Pada 2008 70 ribu kapal melalui Selat Melaka dan jumlah tersebut akan menjadi dua kali ganda menjelang 2020

Kerjasama ini berjaya mengurangkan kes perlanunan ke tahap yang sangat minimum. Namun sebenarnya operasi ini MELIBATKAN KOS YANG SANGAT TINGGI dan terdapat kes dimana rondaan bersepadu boleh di elak bilamana lanun tersebut mendapat access perisikan dan maklumat.




Malaysia memiliki kemampuan dan kemahiran bagi menangani krisis perlanunan di Selat Melaka
Kapal Lanun yang di ambil di Utara Selat Melaka. Kebiasaannya bersenjata. Lanun sangat mahir dengan selok belok Selat Melaka dan sesetengah kumpulan lanun memilik rangkaian pengintip yang memantau pergerakkan kapal2 dagang.

Dengan cadangan dua buah stesen radar di perairan Selat Melaka di harap akan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan di perairan dan membersihkan Selat Melaka dari Lanun dan dalam masa yang sama mengurangkan risiko kemalangan di Selat Melaka.

Sekain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads