Ahad, 18 September 2011

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


ABDULLAH CHEK@ABC SADONG: 20/7/11 PIDATO <b>DI MACHANG</b>

Posted: 23 Jul 2011 12:37 AM PDT


Semasa saya di Tingkatan Dua, dalam tahun 1974, semasa belajar di Kuala Krai, saya telah dipilih untuk mewakili sekolah dalam pidato Bahasa Inggeris. Tajuk yang diberikan kepada saya adalah: If I Have A Million Dollar. Pidato pertama saya adalah lawan antara Zon bagi Jajajahan Machang dan Ulu Kelantan. Sebetulnya, itulah permulaan latihan bagi saya untuk meloloskan diri dari kepompong rasa malu dan takut untuk bercakap dikhalayak ramai. Acara pidato, kalau tak silap di adakan di SMK Hamzah Machang, Kelantan, sebuah sekolah yang jauh lebih hebat dari tempat di mana saya belajar ie SMR Kuala Krai.


(2) Hari ini, saya kembali ke Machang, kebetulan untuk ketemu seorang teman. Naik teksi menggunakan jalan pilihan Mata Ayer-Kemubu bagi mengelakkan kesesakan di Jalan Krai-KB di Ketereh terutama bila di hujung minggu akibat Pasar Minggu. Di sepanjang jalan ini, banyak rumah-rumah Melayu lama yang uzur tetapi khazanah yang kian meruntuh. Mungkin dengan tertubuhnya Amanah oleh Tengku Rezaliegh Hamzah, maka warisan ini akan dapat dihidup dan diperkayakan semula. Harap Amanah bukan lagi hanya suara politik untuk politik. Melayu pada dasarnya perlukan kepemimpinan yang lebih luas dari hanya berpolitik.

(3) Di pekan Machang saya cuba bersiar-siar sambil menanti kedatangan teman saya, dan terasa amat mengamit nostalgia. Dulu bila bercakap pasal tajuk pidato, hujah saya pada masa itu adalah bagaimana wang sejuta dollar itu dapat digunakan secara berterusan. Pokoknya, pada usia 14 tahun saya sudah berfikir untuk melihat bagaimana saya harus boleh membantu mereka yang tiada pekerjaan dan tiada pendapatan baik untuk hidup dengan baik. Pada masa itu, saya berhujah, dengn sejuta dollar saya ingin membuka lading dan menyediakan peluang pekerjaan kepada banyak orang. Dari sana juga saya bercadang untuk terus berkembang. Anihnya, sebetulnya, saya tidakpun tahu apa sebenarnya ladang, dan ladang apa yang ingin saya buka. Saya cuma berhujah.

(5) Menahan rasa tak sabar, kerana janji jumpa jam 11.00, biar saya sudah tawaf Machang sebanyak dua kali, dia masih juga belum datang. Akhirnya, jam 11.30 baru ketemu di KFC. Orang Melayu, biar telah berpendidikan tinggi juga telah merantau sampai hampir ke bulan, namun menghargai masa masih sangat tidak diperdulikan!

(6) Dari jendela KFC Machang, saya jadi terpegun bagaimana Allah seperti telah mendorong saya sejak lama dulu untuk punya ilham sebegitu. Kini, setelah mengemudi Organisasi pimpinan saya, baru saya sedar, betapa apa yang saya lakukan kini adalah pidato saya di Machang. Sekurang-kurangnya saya, biar sudah menuju akhir jalanan bakti, saya telah menyedari tujuan hidup saya sejak saya masih anak-anak lagi.

(7) Ngobrol bersama teman, kami meleret kepada soal masalah kerjaan anak-anak di Kelantan. Negeri yang dipegang PAS, kerjaan untuk rakyat adalah soal kedua. Soal pertama adalah Kelantan mesti diperintah PAS. Soal kebajikan rakyat, rakyat harus boleh mencari jalan sendiri. Untuk memerintah, PAS perlukan bantuan rakyat. Selepas dapat memerintah, rakyat tidak perlukan bantuan PAS. Isu You scrape my back, and I'll scrape your back tidak timbul. Soal masalah anak Kelantan yang engan hijrah juga menjadi perkara pokok terhadap penawaran kerja di sini. Soal hijrah, saya kira bukan hanya soal berbindah, nampaknya ianya juga mencakupi soal hijrah pemikiran dan sikap.

(8) Saya kemudian ke Pasar Machang, saya membeli anak ikan tamban kering. Harganya agak murah dan rasanya pasti enak kalau dibuat sambal goreng: cili hidup, bawang merah, bawang putih, sedikit halia, tomato, semuanya digiling lumat, lalu kemudian digoreng bersama anak-anak ikan tamban. Inilah bakal juadah sahur saya di sepanjang puasa nanti.

Kota Bharu, Kelantan
23 July, 2011

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


tanah murah <b>di negeri kelantan</b> | Zon Hartanah

Posted: 27 Aug 2011 11:00 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]tanah murah di negeri kelantan. Lokasi: seluruh negeri kelantan; Jenis Urusniaga: Tanah Untuk Dijual; Jenis Rumah / Tanah: Banglo 1 Tingkat; Bilangan bilik: TANAH; Bilangan bilik air: TANAH; Keluasan: 5000 KEATAS ...

Penentangan terhadap British <b>di negeri Kelantan</b> (Tok Janggut <b>...</b>

Posted: 25 Aug 2011 07:50 PM PDT

Pengenalan

Melalui Perjanjian Inggeris-Siam 1909, kuasa Kelantan telah dipindahkan oleh Siam kepada Kerajaan British. James Scott Mason dilantik sebagai Penasihat British yang pertama di Kelantan pada Julai 1909. Pada tahun 1910, British secara rasmi menguasai hubungan luar negeri Kelantan melalui Perjanjain Inggeris-Kelantan. Perjanjian ini juga menegakkan hak British untuk melantik seorang Penasihat kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad IV. Baginda mesti mematuhi nasihat Penasihat British dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama dan adat resam orang Melayu. Perubahan sosio ekonomi yang dibawa oleh British telah mengakibatkan pemberontakan di daerah Pasir Putih pada 29 April 1915.

British di Kelantan sebelum 1909

Kebangkitan menentang bermula sejak termeterainya Pengisytiharaan Inggeris-Siam 1902. Menurutnya, seorang Penasihat berbangsa Inggeris bernama William Amstrong Graham dilantik sebagai Penasihat dan Pesuruhjaya Siam di Kelantan pada Julai 1903.

Pada tahun 1904, W.A. Graham telah memperkenalkan beberapa perkara baru dalam pentadbiran Kelantan. Pengenalan peraturan-peraturan baru ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Kelantan. Antaranya ialah:

a. Penubuhan beberapa jajahan baru seperti Kota Bahru, Hulu Kelantan dan Pasir Putih. Tiap-tiap jajahan ini ditadbir oleh seorang Ketua Jajahan. Sebuah balai polis juga didirikan di setiap jajahan. Sebagai contohnya, Encik Ibrahim menjadi Ketua Jajahan dan Sarjan Che Wan menjadi Ketua Balai Polis di jajahan Pasir Putih. Ketua Jajahan dibantu oleh 2 orang yang bergelar Tok Kweng atau Penggawa dan Tok Nebeng atau Penghulu. Tok Nebeng bertugas menjaga keamanan dan memungut hasil dalam kampung masing-masing.

b. Pada tahun 1905, Undang-undang Hasil Padi diluluskan. Menurutnya, semua pemilik tanah perlu memberi maklumat yang tepat tentang kawasan tanah, hasil dan kedudukan tanah kepada Tok Kweng.

Perubahan-perubahan ini menjejaskan hak kuasa pembesar ke atas daerah masing-masing. Malah, kuasa Engku Besar Jeram dan Pasir Putih semakin berkurangan.

Kebangkitan menentang British di Kelantan semakin hebat selepas tahun 1909. Pada tahun 1909, Kelantan dipindahkan daripada pemerintahan Siam kepada Inggeris menurut Perjanjian Inggeris-Siam (Bangkok) 1909. Ekoran ini, British melantik seorang penasihat di Kelantan untuk menasihati Sultan Muhammad IV dalam semua perkara, kecuali adat-istiadat dan agama Islam.

Penglibatan British dalam pentadbiran Kelantan menimbulkan rasa tidak puas hati. Mulai tahun 1910, perubahan yang agak radikal telah diperkenalkan oleh Penasihat British kepada sistem pentadbiran Kelantan. Malah pihak British menggunakan pegawai-pegawai Melayu dari luar negeri Kelantan untuk melaksanakan peraturan-peraturan tersebut.

Tindakan ini telah mencetuskan kebangkitan di daerah Pasir Putih, Kelantan pada tahun 1915 semasa pemerintahan Sultan Muhammad IV. Kebangkitan ini dipimpin oleh Haji Mat Hassan bin Munas, lebih dikenali sebagai Tok Janggut. Pembesar-pembesar lain yang menyertai pemberontakan ini ialah Engku Besar Tun Ahmad Jeram, Penghulu Adam, Haji Said dan Che Ishak Merbol.

Sebab-sebab penentangan di Kelantan

1. Ketidakpuas hati Engku Besar Jeram

Engku Besar Tun Ahmad dan penduduk kawasan Jeram tidak puas hati dengan campur tangan British di jajahan Pasir Putih. Engku Besar adalah pembesar di daerah Jeram. British campur tangan dalam pentadbiran Jeram dengan menasihati Sultan Muhammad IV supaya membina sebuah pondok polis di Pasir Putih. Kerajaan British juga campur tangan dengan melantik seorang Pegawai Daerah untuk mentadbir jajahan Pasir Putih yang dahulunya diletakkan di bawah Engku Besar Jeram. Perlantikan pegawai daerah ini menyebabkan Engku Besar Jeram kehilangan hak yang diwarisi turun-temurun sejak abad ke-18. Engku Besar Jeram seterusnya kehilangan kuasa, wibawa dan keistimewaan. Engku Besar Tun Ahmad hanya berkuasa sebagai Tok Kweng Muda, iaitu kedudukannya lebih rendah daripada Tok Kweng (penggawa). Sebelum perubahan ini, Tok Kweng adalah di bawah kuasa Engku Besar Jeram. Engku Besar juga telah kehilangan hak memungut cukai' sebaliknya, beliau terpaksa membayar cukai ke atas tanah yang menjadi hak miliknya seperti rakyat biasa. Engku Besar Jeram yang tidak puas hati dengan sistem pentadbiran British lalu menghasut pengikutnya Tok Janggut atau Haji Mat Hassan supaya bangun menentang dan mengusir British dari Pasir Putih. Tok Janggut dikatakan lebih lama menyimpan dendam dalam hati kerana ayahnya, iaitu Panglima Munas dan abangnya Mat Tahir sebelum itu telah dibunuh atas perintah Sultan.

2. Pengenalan sistem cukai baru

Pentadbiran British telah memperkenalkan sistem pentadbiran dan peraturan baru yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan. Sebelum pengenalan peraturan baru, cukai atau hasil di Pasir Putih berdasarkan kepada jumlah hasil tahunan. Sekiranya jumlah hasil adalah sangat sedikit, dikecualikan daripada cukai. Tanah yang tidak dikerjakan atau diusahakan tidak dikenakan cukai, misalnya pokok pinang kurang daripada 10 batang dikecualikan daripada cukai.

Peraturan baru yang diperkenalkan oleh pentadbiran British tidak ada pengecualian. Pokok buah-buahan dikenakan cukai 12 ½ sen setahun, sirih dikenakan 5 sen sejunjung, lembu dan kerbau dikenakan 20 sen seekor, pokok-pokok kayu seperti temberu, mendung dan kapur yang hendak ditebang dikenakan cukai $1 sebatang, tanah pula 60 sen seekar.

Menurut undang-undang baru itu, cukai dikenakan ke atas tanah dan bukannya ke atas hasil tanah seperti dahulu. Sebelum itu, peraturan tanah padi tahun 1905 amat longgar, iaitu hanya mewajibkan satu penjuru bersamaan 400 depa tanah padi dikenakan cukai 30 sen setahun. Kurang daripada 200 depa dikecualikan cukai. Selain itu, penduduk Pasir Putih dikehendaki melaporkan keluasan dan tempat tanah yang mereka miliki kepada Tok Kweng. Dengan demikian, rakyat telah dibebankan dengan bermacam-macam jenis cukai yang diperkenalkan melalui sistem pentadbiran baru. Cukai tanah yang diperkenalkan oleh pihak British merupakan suatu yang baru bagi penduduk Kelantan. Cukai tanah yang dikuatkuasakan oleh pihak British adalah tetap. Cukai harus dibayar walaupun tanah tidak dikerjakan. Sekiranya gagal berbuat demikian, mereka akan didenda.

Penduduk menghadapi kerumitan dalam pembayaran cukai kerana pejabat bayaran cukai hanya diwujudkan di daerah tertentu dan pejabat itu terletak agak jauh. Bayaran hanya boleh dibuat dalam waktu tertentu. Rakyat menghadapi masalah untuk membayar dalam masa yang ditentukan. Pegawai-pegawai yang bertugas tidak cekap. Rakyat terpaksa datang ke pejabat beberapa kali untuk membayar cukai, misalnya, Tok Janggut telah datang beberapa kali untuk membayar cukai tetapi gagal membayar dalam masa yang ditetapkan. Pegawai yang bertugas kadang-kala bersikap kasar kepada penduduk.

Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat kerana mereka berasakan perlaksanaan undnag-undang baru membebankan mereka berbanding dengan peraturan sebelum ini. Engku Besar kemudiannya mengarahkan Tok Janggut menjalankan kempen agar penduduk Jeram dan seluruh jajahan Pasir Putih jangan membayar cukai. Dalam kempen ini, Tok Janggut mendapat bantuan dan kerjasama daripada Penghulu Adam, Haji Said dan Che Ishak Merbol.

3. Sikap pegawai British Daerah Jajahan Pasir Putih

Pada tahun 1912, British menggantikan Encik Salleh, seorang Melayu tempatan dengan Encik Latiff yang berasal dari Singapura sebagai Pegawai Daerah Jajahan Pasir Putih. Beliau telah melaksanakan pelbagai cukai baru yang membebankan rakyat seperti cukai kepala, cukai buah kelapa dan cukai pokok buah-buahan. Encik Latiff merupakan seorang pegawai yang jujur dalam tugasnya. Beliau telah bertindak dengan tegas untuk melaksanakan undang-undang cukai yang baru diperkenalkan oleh British. Pegawai Daerah dan kakitangannya bersikap kasar terhadap penduduk di Pasir Putih. Mereka yang enggan atau lewat membayar cukai akan ditangkap dan didenda. Ada kalanya, rakyat yang lewat membayar cukai dimaki dan dicaci oleh pegawai-pegawai. Perbuatan yang kurang ajar ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai. Perasaan tidak puas hati semakin bertambah apabila Encik Latiff telah menawarkan kontrak bagi mengutip telur penyu dan kercut. Langkah ini mendapat tentangan hebat daripada orang ramai yang sebelumnya boleh mendapatnya secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran.

4. Pengaruh luar

Pengaruh luar seperti Perang Dunia Pertama dan Dahagi di Singapura pada tahun 1915 juga mempengaruhi penduduk Kelantan melancarkan kebangkitan terhadap pentadbiran British. Orang Kelantan percaya British akan mengalami kekalahan dalam Perang Dunia I. Begitu juga apabila Dahagi meletus di Singapura pada tahun 1915. Penduduk Kelantan mendapat berita bahawa tentera India berjaya membunuh orang Eropah secara beramai-ramai. Kesannya, kejayaan Dahagi ini menyebabkan orang Kelantan tidak lagi menghormati orang Eropah sebagaimana sebelumnya.

Proses penentangan

Tok Janggut yang mendapat sokongan daripada Engku Besar Jeram Tun Ahmad dan sokongan oleh Haji Said, Che Ishak, Penghulu Adam, Tok Husin, Tok Abas, Tok Laboh dan Tok Deraman telah menjalankan kempen mempengaruhi penduduk Pasir Putih menentang peraturan baru dan British.

Pada 28 April 1915, Encik Latiff, Pegawai Daerah Jajahan Pasir Putih mendapat berita Tok Janggut dan pengikutnya di Kampung Jeram. Pada 29 April 1915, beliau menghantar Sarjan Che Wan dan beberapa orang anggota polis untuk menangkap Tok Janggut atas tuduhan tidak membayar cukai. Dalam pertengkaran yang berlaku, Sarjan Che Wan ditikam oleh Tok Janggut dan anggota polis yang lain dapat menyelamatkan diri dan membuat laporan kepada Encik Latiff.

Encik Latiff cuba mengambil tindak balas dengan menghantar 7 orang polis untuk menangkap Tok Janggut. Apabila pasukan polis ini tiba di Kampung Kelubi, mereka diberitahu bahawa Tok Janggut dan pengikutnya sedang mara hendak menyerang Pasir Putih. Dengan itu, Encik Latiff bersama kakitangannya berundur ke Kota Bahru dengan bot melalui Kuala Semerak.

Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Ishak Merbol melancarkan serangan 3 penjuru ke atas Pasir Putih kira-kira 4 petang pada 29 April 1915 dan mendudukinya selama 3 hari. Mereka membakar pejabat kerajaan, menawan balai polis dan membebaskan orang tahanan. Mereka kemudian menubuhkan kerajaan sementara di Pasir Putih. Engku Besar dilantik sebagai Raja Jeram dan Tok Janggut menjadi Perdana Menteri kerajaan sementara.

Penasihat Inggeris, W. Longham-Carter menerima berita serangan ke atas Pasir Putih pada 30 April 1915. Beliau menasihati Sultan Muhammad IV supaya menguatkan pertahanan Kota Bahru. Penasihat British meminta bantuan dari Singapura. Pada 5 Mei 1915, bantuan dari Singapura tiba di Tumpat dengan kapal H.M.S. Cadmus yang terdiri daripada 239 orang di bawah pimpinan Kolonel C.W. Brownlow.

Pada 9 Mei 1915, pasukan Inggeris tiba di Pasir Putih tetapi gagal menangkap pemimpin yang terlibat. Kebanyakan pemimpin telah melarikan diri ke dalam hutan dan juga ke Besut. Hadiah $500 ditawarkan kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut atau Engku Besar. Penghulu Adam telah menyerah diri. Rumah Tok Janggut, Che Ishak Merbol dan Haji Said dibakar. Pada 23 Mei 1915, Tok Janggut sekali lagi melancarkan serangan ke atas Pasir Putih. Hal ini memaksa Major Borton bersama 50 orang anggota polis Sikh dan 7 orang Eropah datang ke Jeram pada 24 Mei 1915 untuk menjejaki kedudukan Tok Janggut dan pengikutnya.

Tok Janggut dan pengikutnya yang berkubu di Kampung Pupuh akhirnya bertempur dengan pasukan British. Dalam pertempuran ini, beberapa orang terbunuh, termasuklah Tok Janggut. Engku Besar Jeram Tun Ahmad yang cedera diselamatkan oleh Awang Deraman ke Reman, Thai. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bahru. Setelah diarak, mayat beliau digantungkan dengan kepala ke bawah di Padang Bank atau Padang Merdeka, Kota Bahru selama satu jam sebelum dimakamkan di Pasir Putih. Kebangkitan di Pasir Putih di bawah pimpinan Tok Janggut berjaya buat sementara mengundurkan kakitangan kerajaan yang bertugas di Kota Bahru. Namun, kebangkitan ini telah gagal untuk mempertahankan kejayaannya. Pasukan British bertindak bebas dengan cepat dan berjaya mematahkan kebangkitan dan Tok Janggut sendiri terkorban dalam pertempuran

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


Resepi Sebenar Kemenangan ISLAM <b>di Kelantan</b> - Blog Rasmi Pemuda <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2008 08:50 PM PDT

ImageMunajat Rakyat Kelantan "Pertahankan Kerajaan Islam" Tarikh & Masa : 7 Mac 2008 & Jumaat mulai jam 3.30 pagi Tempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.

Munajat ini khusus untuk memohon pertolongan Allah bagi menyelamatkan Kerajaan Islam Kelantan dan mohon digagalkan usaha pihak-pihak tertentu yang cuba melakukan rancangan penipuan besar-besaran bagi menumbangkan PAS dan menjatuhkan Kerajaan Islam Kelantan.

Tangisan seorang Menteri Besar....

Hanya kepada-Mu ya Allah kami memohon pertolongan...

Lautan manusia membanjiri stadium.
Memohon pertolongan Allah SWT

Sayap kiri perjuangan Islam tetap turut serta

Alhamdulillah, Pilihanraya Umum Kali Ke 12 pada kali ini brpihak kepada Barisan Alternatif (BA).
PRU12 kali ni memberi satu sejarah baru dalam arena politik tanahair. BA bukan sahaja mengekalkan kuasa di Kelantan, malah BA berjaya merampas 5 buah negeri lain iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tahniah kepada pasukan BA yang mantap. Teruskan berjuang dan jangan lupa kebergantungan kepada Allah SWT.

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


From <b>Tanah Merah</b> To KL | Aku ~ HALIMUNAN

Posted: 17 Sep 2011 08:45 PM PDT

Hari ni citer pasal raya kat kampung yang tak abis2 lagi tu… tak boleh tangguh2 dah, banyak giler entry raya yang tak ber publish lagi…. So meh, lassssssssssssst entry raya for kampung erk…. sambungan dari entry INI

256

Ada jugak sekeping gambar kami kat rumah sana….  Biasalah, bila pergi ke side hubby, saya menjadi insan biasa.  Bukan lagi seorang blogger aouuccchh!~

My 3rd day hari raya, about 2pm bertolak dari KT ke KB.  Jalan tak jem tapi tersangkut2 gak kat jalan2 kampung yang ada kenduri kawen or simpang, bersusun dan terkedek2 gak laa membawak kereta.

So sampai KB umah MokSu hubby dah maghrib.  Mandi kan budak siap2 pakai baju tidur [aku pun sekali harung] pastu dinner kat sana.  After 10pm, kitorang gerak ke Tanah Merah plak umah Mek [makcik hubby yang tertua].  Memang mostly kami kalau ke Kelantan akan tidur di Tanah Merah.

Sampai Tanah Merah lebih kurang pukul 12midnite, aku terus sambung kababomm, tidur!

Esok paginya, kitorang dah siap2 nak gerak balik KL.  Ya, tak beraya ke mana2 pun, hanya beraya ke 2 biji rumah ni jer.  Pastu beraya ke pasar.  Kekekeke

261

Eh.  aku suka lah Ika buat muka pelik gitu.  Rasa macam cuteeeeeeeeeeee sangat! Hehehehe [pengsan puji anak sendiri melambung2]

OK. orang meramai di pasar.  Jadi, mari menapak…!

267

269

Syiok aarrr ada personal camerawoman.  Feeling artis uols!!  Gud job, Rohmah. Lenkali ingat tugas macam ni, tak payah disuruh2… Heheheehe

270

Ehhh rasa macam terlebih ayu plak kat sini,kan kan kan?  Hahahahahaha apasal aku senyum simpul gitu weiihh?? Geli aaaaahhh!~

271

dah kembali ke van.  Let's balik!!~

Perjalanan balik very smooth & relax… Rasanya rata2 pemandu tak pressure nak sampai awal.  Maklumlah, baru hari Jumaat. Masih ada Sabtu dan Ahad untuk kita rehat2 kat rumah sebelum kembali bertugas.  Plus, masih ramai yang tak balik lagi.

Tapi aku geram sungguh kat pemandu yang bukan beraya ni.  Geram sungguh2… Kau dah besar bagak, nak tunjuk lagak plak tuuuu!

272

Apa kes ko terkejar2 potong kereta??  Double line plak tu!!

279

Tak nampak plate dia? AHA 9669!!  Berbiji2 kereta dia potong.  Bawak pun laju memang lahabauuuuuu!!

Suku jalan, hubby suruh aku drive sebab dia dah ngantuk plus penat nak melepaskan jem keluar dari Tanah Merah.  Biasalah Kelantan, kalau dah namanya raya, merata2 ceruk pun jem!

277

Aku yang memandu anak gajah [kia pregio]

Rasa tak cool laaa pulak pakai tudung tapi tough giler bawak anak gajah, hilang keayuan kuuu, hokeeehhh!~

Tapi sebenarnya memang favourite aku drive long journey ni… Aku boleh drive sorang2 KL-KT tak payah tukar driver kalau tak jem.  [Adakah aku ptut tukar profession jadi pemandu bas plak lepas ni?]

Time aku kereta,sedang elok anak2 semua tidur.  Time hubby awak, letih aku nak melayan dorang membuas dalam kereta, jap nak ke depan, jap nak ke belakang.   Haaisssh ini tidak adil!

287

Singgah di Masjid Gua Musang kalau tak silap aku.  Berhenti solat dan makan tengahari yang dah hampir petang.

290

294

Lepas tu hubby take turn balik drive kereta.  Lepas tu sampai kat mana ntah, dia serahkan balik anak gajah kat aku huhuhuhuu….  Dia memang suka mengambil kesempatan ke atas saya.

Aku drive balik sampai ke rumah dalam pukul 8pm.  Watammat cerita raya ku di kampung

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


Dua Maut Kereta Terbakar <b>Di Tumpat</b>

Posted: 16 Sep 2011 10:23 PM PDT

TUMPAT – Dua dipercayai penyeludup, rentung di dalam kereta yang mereka naiki setelah ia terbakar selepas terjunam ke dalam tali air di Kampung Kok Seraya, di sini malam tadi.

Kedua-duanya dipercayai cuba melarikan diri apabila menyedari terdapat sekatan jalan oleh anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) di kampung berkenaan.

Kereta Proton Iswara itu didapati membawa 30 tong diesel yang dipercayai punca kebakaran itu berlaku.

"Kereta itu dikatakan membuat pusingan U bila nampak sekatan. Mungkin mereka menyangka ia adalah sekatan polis.

"Kereta berkenaan cuba mengelak sekatan itu sebaliknya terbabas dan dikatakan bergolek beberapa kali ketika terjunam ke dalam tali air kering itu sebelum terbakar, kira-kira 100 meter dari lokasi sekatan," kata Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Annuarul Hakim Mohny kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata identiti kedua-dua mangsa belum dapat dikenal pasti kerana mereka dan kenderaan yang terlibat rentung habis.

Bomba yang dihubungi anggota SRS kira-kira 10.20 malam mengambil masa kira-kira setengah jam bagi memadam kebakaran dan menemui dua mayat, katanya.

Mayat telah dihantar ke Hospital Tumpat. – BERNAMA

Related posts:

Dua maut kereta terbakar <b>di Tumpat</b>

Posted: 16 Sep 2011 09:43 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]TUMPAT: Dua dipercayai penyeludup, rentung di dalam kereta yang mereka naiki setelah ia terbakar selepas terjunam ke dalam tali air di Kampung Kok Seraya, di sini malam tadi.

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Tamu <b>Pulau Melaka</b>: NR1 Menyambut Hari Kemerdekaan <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 02 Sep 2011 10:20 PM PDT

Perdana menteri berada di Perth, Australia. Andaiannya berdasarkan jet peribadi yang dikhaskan untuk kegunaan perdana menteri didapati mendarat di sana pada Rabu lalu.

najib private jet 020911Ketika dihubungi, seorang pembantu Najib enggan mendedahkan di mana secara tepatnya perdana menteri berada semasa Hari Kebangsaan, mahupun mengesahkan sama ada bosnya itu sedang berada di luar negara.

"Beliau sedang bercuti dan akan kembali minggu depan, sama seperti orang lain," kata pembantu itu yang enggan mendedahkan kedudukan perdana menteri pada Rabu lalu. ( betulkah begitu...)

Mengikut laman web AviationWA, sebuah pesawat Airbus A319-11X yang memaparkan logo 1Malaysia di ekor pesawat berkenaan mendarat pada jam 5:04 petang hari Rabu.

najib private jet 020911Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, di Singapura dan mempunyai nombor pendaftaran 9M-NAA.

AviationWA melaporkan pesawat itu mendarat semalaman dan menggunakan 'nama panggilan' "November Romeo 1" atau NR1, yang kebetulan sama dengan pangkal nama perdana menteri.

TPM: Merdeka! Merdeka! Merdeka! Barangkali begitulah gegak gempitanya tempikan hati mereka berdua setelah berlepas dari Changi Airport, S'pura menuju destinasi jauh di luar negara 1Malaysia yang semakin mencengkam hati sanubari NR1. Buat apalah berada dalam negara yang rakyatnya tidak 'sporting' dan semakin derhaka terhadap PM dan FLOMnya.

Keunikan mereka berdua mencatatkan sejarah tanah air. PM yang pertama bla...bla...bla.... Isteri PM yang pertama bla...bla...bla..... dan banyak bla-bla-blanya. Fenomena menduga rakyat lagi; mereka berdualah PM dan isteri PM yang pertama tidak menyambut saat 12.01 tengah malam-pagi Hari Kemerdekaan 31 Ogos di Stadium Merdeka, Dataran Merdeka atau sama2 mendongak Jalur Gemilang memanjat tiang.

Terima kasih PM kerana meraikan hari kemerdekaan Malaysia di Australia, ehh macam tak padan je ucap terima kasih pada pemimpin yang tak berterima kasih pada rakyat yang tanggung semua kos cuti dia? kan...kan...kan.

Manplus Foto: Ikatan Setia - Kasih Tercipta <b>di Pulau</b> Sebang <b>Melaka</b>

Posted: 13 Sep 2011 11:34 AM PDT

   Dipetang itu 9 Sept 2011 - 11 Syawala 1432H
Tercipta suatu detik terindah untuk keluarga tersayangku
Putera bongsu kami MOHD ZAIDI telah selamat diijab qabulkan
dengan pilihan hatinya ' ANIZA HJ.JAMALUDDIN'
Doa dan harapan ayah bonda
Semoga anakanda berdua selamat dan sejahtera menempuh alam
dunia " Kekeluargaan " yang damai dan abadi...InsyaAllah.....

Sabtu, 17 September 2011

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


Tanah Suku Ekar <b>Di Mengkebang</b>, Kuala Krai – Land for sale Kelantan <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2010 06:10 PM PDT

Sebidang tanah seluas SUKU EKAR untuk dijual
dengan kadar segera. Urgent nak pakai duit.Harga buka untuk jualan adalah RM40,000. Harga
jualan masih boleh dirunding.Untuk maklumat lanjut sila telefon En Ibrahim di
talian tertera.

Contact Seller Email This Post Email This Post

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Pilihan raya olok-olok Umno kurang sambutan | :: cina islam | 2011 ::

Posted: 15 Sep 2011 11:00 PM PDT

18 Syawal 1432H. [MOD] -
KOTA BHARU, 16 Sept: Ketika rakyat sibuk dengan sambutan Hari Malaysia, Umno Kota Bharu dan beberapa bahagian di sini kelam kabut pula mengadakan pilihan raya olok-olok.
Mereka menjadikan sekolah milik Jabatan Pelajaran sebagai markas pilihan raya.
Bendera Umno dan Barisan Nasional kelihatan dipasang di pagar sekolah antaranya Sekolah Menengah Sultan Ismail, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat, Sekolah Kebangsaan Bunut Payong dan Sekolah Menengah Zainab II.
Malah di sekitar Jalan Telipot tidak jauh dari Sekolah Menengah Sultan Ismail juga dipasang bendera dacing.
Namun sehingga jam 10 pagi tadi hanya kelihatan beberapa penyokong Umno yang datang mengundi di pusat pilihan raya olok-olok tersebut.
Paling ketara tiada sambutan di Sekolah Menengah Sultan Ismail Jalan Telipot. Begitu juga di Sekolah Menengah Kebangsaan Naim Lilbanat.
Ada beberapa penduduk yang keluar mengundi olok-olok itu kelihatan membawa pulang sesuatu sebagai buah tangan.
Namun menjadi mangsa kepada pilihan raya tersebut iaitu guru-guru Kafa yang mengajar di kelas fardhu ain.
Seorang daripada mereka yang diminta datang mengundi di sebuah sekolah di Pasir Tumbuh berkata, beliau terpaksa datang kerana Umno berkuasa ke atas nasib guru Kafa.
"Kami yang dipaksa datang tentunya tidak berani hendak undi selain lambang dacing.
"Tentunya petang nanti akan diumumkan BN menang 100 peratus kerana mereka yang datang mengundi puak-puak Umno dan guru-guru Kafa yang dipaksa," ujarnya.
Ramai melihat program pilihan raya olok-olok atau sebelum ini dipanggil simulasi pilihan raya anjuran Umno tidak mendapat simpati masyarakat.
Malah ramai gelak memanjang dengan telatah Umno mengadakan pilihan raya olok-olok.
Sebelum ini menjelang pilihan raya umum 2008 pilihan raya olok-olok diadakan Umno di seluruh Kelantan.
Ketika itu bagi menarik ramai yang hadir diadakan cabutan nombor bertuah dengan hadiah termasuk basikal dan dibekalkan gula.
Seorang penduduk di Bunut Payong yang dikenali sebagai Mat Deris, 55 berkata, jenama Umno dan BN sudah tidak lagi disukai rakyat di sini.
"Biar pun pelbagai perubahan dilakukan bagi membersihkan imej parti itu, namun selagi pemimpin sama berada di atas Umno tidak mampu pergi lebih jauh dalam politik negara," ujarnya.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


BESI WAJA: “Nik Aziz Boleh Ditewaskan”

Posted: 07 Sep 2011 08:22 AM PDT

Dua tiga hari lepas, saya terbaca secebis berita yang dikeluarkan menerusi Utusan Online bertajuk "Nik Aziz Boleh Ditewaskan". Ungkapan berkenaan telah diucapkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu majlis jamuan hari raya. Antara lain, kandungan berita berkenaan berbunyi:

KOTA BHARU 4 Sept. – Ahli UMNO Kelantan perlu yakin dan tidak gentar untuk berhadapan dengan Pas pada pilihan raya umum akan datang kerana sejarah membuktikan parti itu termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah tewas di negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, rakyat negeri ini mula menunjukkan perubahan dan ia seharusnya disambut dengan gerak kerja yang tersusun oleh keseluruhan jentera parti.

"Hari ini juga hari penting kerana kesemua jentera kita membulatkan tekad untuk berjuang, kita kena ada keyakinan diri, jangan takut. Ingat, Pas pernah tinggal batu nisan di negeri ini, Nik Aziz pernah kalah pada 1986 kepada Mohd. Zin Abdullah dengan majoriti 259 undi," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Jamuan Hari Raya UMNO Kelantan dan Penyampaian Watikah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) di Bangunan UMNO Negeri di sini hari ini.

Memang benar, dalam pilihanraya tahun 1978, PAS tewas teruk kepada Barisan Nasional. Waktu itulah PAS hanya memenangi 2 kerusi sahaja daripada 30 kerusi di DUN Kelantan. Kekalahan PAS di Kelantan tidak terhenti setakat tahun 1978 sahaja, bahkan ia telah berterusan dalam pilihanraya umum tahun 1982 dan tahun 1986. Di sini, saya bersetuju dengan rumusan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan iaitu tidak mustahil untuk menewaskan PAS di Kelantan.

Sebenarnya, kalau bercakap mengenai sejarah tewas dalam pilihanraya, bukan sahaja Tuan Guru Haji Nik Aziz yang pernah tewas, Datuk Seri Mustapha sendiri pernah tewas di parlimen Jeli di tangan Mohd Afandi Muhammad dalam pilihanraya umum 1999. Jadi, memang kena dan sesuailah bila orang yang pernah tewas bercakap mengenai sejarah ketewasan dalam pilihanraya.

Sepertimana yang telah saya nyatakan tadi, tidak mustahil untuk UMNO Kelantan menewaskan PAS dan seterusnya membentuk kerajaan negeri Kelantan di bawah payung UMNO/BN. Untuk itu, UMNO Kelantan harus meneliti faktor-faktor tertentu sebelum dapat menggenggam kejayaan dalam misinya merampas tampuk pentadbiran negeri Kelantan.

Antara faktor penting ke arah merealisasikan cita-cita UMNO untuk merampas Kelantan ialah UMNO harus memastikan supaya PAS terutamanya di Kelantan berada dalam keadaan bergolak. Salah satu faktor penting kejayaan BN merampas Kelantan dalam pilihanraya tahun 1978 ialah ketika itu PAS di Kelantan sendiri berada dalam keadaan yang tidak stabil. Oleh itu, UMNO bolehlah buat sesuatu supaya berlaku sekali lagi ketidakstabilan dalam PAS. Kalau tidak dilemparkan batu ke air, manakan tahu kecil besar riak-riak pada air berkenaan!

Faktor kedua ialah UMNO sendiri harus memastikan tiada konflik dalaman parti khususnya di Kelantan yang bakal membantutkan usaha untuk memerintah semula Kelantan. Antara faktor penting terlepasnya Kelantan daripada genggaman UMNO/BN dalam pilihanraya umum 1990 ialah kerana berlakunya konflik dalaman UMNO khususnya di Kelantan. Kemuncak kepada konflik berkenaan pada waktu itu ialah perpecahan yang kemudiannya telah melahirkan Parti Melayu Semangat 46. Sesetengah pemimpin utama Parti Melayu Semangat 46 merupakan antara penggerak kuat UMNO/BN Kelantan sebelumnya. Oleh itu, jika pada hari ini masih berlaku lagi sikap berpuak dalam UMNO/BN Kelantan, maka hasrat untuk merampas semula kekuasaan di Kelantan tak ubah umpama mengejar bayang-bayang sahaja. Walaupun ia nampak dekat, sekuat mana pun kita cuba mengejarnya pasti kita tidak akan mendapatnya. Adakah UMNO Kelantan hari ini sudah benar-benar bebas dan lengang daripada konflik dalaman?

Faktor ketiga yang harus dilakukan oleh UMNO Kelantan ialah mencari seorang pemimpin dalam kalangan ahli UMNO yang sekurang-kurangnya sebanding dengan Tuan Guru Haji Nik Aziz. Antara ciri-ciri yang wajib dimiliki oleh bakal pemimpin yang dicadangkan termasuklah tutur katanya mesti lembut, ada program kuliah mingguan, berkelulusan agama dan kalau boleh biarlah dari India atau Mesir, kewarakannya mestilah diiktiraf sendiri oleh masyarakat, kalau boleh biarlah di pangkal namanya ada kalimah "Tuan Guru", cakapnya sentiasa didengar orang ramai terutamanya oleh rakyat Kelantan dan pastikan tokoh yang bakal dicadangkan itu boleh bertutur sekurang-kurangnya 3 bahasa termasuklah bahasa Arab. Sekiranya UMNO Kelantan berkemampuan memperolehi calon yang lengkap mempunyai ciri-ciri sebagaimana di atas, maka dia (calon berkenaan) bakal berupaya untuk mencabar populariti Tuan Guru Haji Nik Aziz. Maklumlah, bak kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, bukanlah mustahil untuk menewaskan Nik Aziz dan ia pernah berlaku kira-kira 25 tahun yang lalu. Soalnya, sudah adakah calon yang mempunyai ciri-ciri sempurna sebagaimana di atas dalam kalangan ahli UMNO Kelantan? Sekiranya tokoh atau calon sedemikian baru di tahap hendak digilap, maka UMNO/BN Kelantan boleh melupakan sahaja cita-citta untuk merampas kekuasaan pentadbiran Kelantan dalam pilihanraya umum yang akan datang. Alasanya ialah kerana syarat-syarat yang diperlukan masih gagal dipenuhi. Lagi pun, tokoh yang diperlukan mestilah tokoh tulen dan bukannya tokoh yang bijak berlakon dan bersandiwara semata-mata.

Faktor keempat yang mesti diberi perhatian oleh UMNO Kelantan ialah faktor pengundi. Saya rasa, jika diharapkan pemilih yang sudah sedia ada di Kelantan, ia bukanlah satu langkah bijak. Ini kerana rata-rata orang Kelantan yang sedia menetap di Kelantan buat masa ini akan memberikan sokongan kepada pemimpin dan kerajaan negeri yang sudah sedia ada. Kesilapan strategi lepas ialah apabila pihak yang berkaitan memanggil pulang perantau Kelantan untuk pulang dan mengundi di Kelantan. Bagi saya, strategi yang lebih berkesan ialah jika pihak-pihak yang berkenaan berupaya untuk memastikan perantau dari luar Malaysia sebagai pemilih yang sah di Kelantan. Saya bukan menuduh atau menuding, tidak sama sekali. Saya sekadar mencadangkan sahaja. Menuduh dan mencadang merupakan dua perkara yang jauh berbeza.

Hakikat sebenarnya, jauh dalam hati Datuk Seri Mustapha, beliau mungkin mengakui kejayaan merampas semula Kelantan daripada tangan PAS tak ubah umpama yang dikejar tak mungkin dapat, yang sedang dikendong pula mungkin akan keciciran. Beliau rasanya turut sedar sokongan dan dokongan rakyat Kelantan terhadap PAS setakat ini masih kukuh dan utuh. Kekalahan PAS di Galas pada hujung tahun 2010 sama sekali tidak boleh dijadikan kayu ukuran kepada sokongan rakyat Kelantan secara keseluruhan terhadap UMNO dalam pilihanraya umum yang akan datang. Sebaliknya wakil-wakil UMNO dalam DUN Kelantan yang menang dalam pilihanraya umum 2008 mungkin sedang sibuk mengatur strategi bagaimana untuk memastikan agar kerusi masing-masing supaya tidak terlepas ke tangan PAS dalam pilihanraya yang akan datang.

Walaupun stadium baru telah dijanjikan, jalan-jalan raya di Kelantan semakin sesak terutamanya pada musim cuti, masalah bekalan air masih belum selesai sepenuhnya, dan lahirkanlah apa sahaja isu yang lain, setakat yang saya tahu, sebahagian besar orang Kelantan masih mahu membangun bersama parti siasah yang jelas mendokong Islam. Orang politik yang bijak bestari seperti Datuk Seri Mustapha memang amat menyedari akan hakikat ini.

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


AAKJ.COM: JANJI KERAJAAN <b>KELANTAN</b> JANJI MUNAFIK !!

Posted: 15 Sep 2011 04:54 AM PDT

MINAH menunjukkan bangku yang terpaksa dibina bagi menyelamatkan perabot daripada rosak akibat banjir di Taman Perumahan Thirteen Avenue, Kota Bharu.
Taman Perumahan Thirteen Avenue dilanda banjir sejak 6 tahun lalu

KOTA BHARU: Selama enam tahun, penduduk Taman Perumahan Thirteen Avenue dan kampung sekitar di Wakaf Stan, di sini, terpaksa berhadapan banjir sehingga mereka mengalami kerugian besar.

Setiap kali musim tengkujuh pada hujung tahun, kawasan berkenaan ditenggelami air sedalam dua meter sehingga menyebabkan mereka terpaksa berpindah dan ada yang terpaksa menjadikan pejabat sebagai rumah sementara.
Ketika banjir awal tahun ini, saya, isteri dan dua anak terpaksa tidur di pejabat. - Zabidi Ishak, Penduduk
Kini, kira-kira 300 penduduk di kawasan itu menuntut janji yang pernah dibuat Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Nazran Mohamad pada awal tahun ini untuk menyelesaikan masalah banjir berkenaan.

Penduduk, Zabidi Ishak, 42, berkata musim tengkujuh dijangka tiba pada hujung tahun ini tapi masalah banjir di kawasan itu belum diselesaikan.

"Ketika banjir awal tahun ini, saya, isteri dan dua anak tidur di pejabat selama lebih seminggu. Keadaan kami ketika itu amat menyedihkan.

"Ketika itu, MPKB memberi jaminan menyelesaikan perkara berkenaan dalam tempoh dua minggu selepas lawatan mereka ke sini dan MPKB menggali parit sementara sepanjang 200 meter dari kawasan perumahan ke jalan besar.
"Bagaimanapun, parit sementara itu tertimbus dan menimbul masalah apabila ada taman perumahan baru dibina berhampiran sehingga menghalang air ke parit itu," katanya ketika ditemui, di sini.

Zabidi berkata, MPKB turut berjanji akan mengeluarkan seberapa banyak peruntukan bagi menyelesaikan masalah berkenaan kerana kawasan perumahan berkenaan paling teruk terjejas ketika musim tengkujuh di Kota Bharu.

Minah Daud, 61, pula berkata beliau terpaksa membina bangku panjang dalam rumah untuk meletakkan perabot, televisyen dan peti sejuk bagi mengelak kerosakan.

"Walaupun lantai rumah kira-kira satu meter daripada tanah, hujan yang menyebabkan air bertakung di kawasan perumahan boleh mencecah hingga dua meter hingga menyebabkan perabot rosak.

"Pengalaman yang saya tidak dapat lupa adalah pada awal tahun ini apabila saya terpaksa meletakkan anak kelainan upaya (OKU), Noor Fauziah Yusoff, 45, yang tidak boleh berjalan dalam besen untuk menyelamatkannya ketika berpindah," katanya.

BH

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


Pertemuan Aidilfitri lebih 1500 ahli UMNO <b>Tanah Merah</b> meriah

Posted: 11 Sep 2011 04:08 PM PDT

You are here: Home / Politik / Pertemuan Aidilfitri lebih 1,500 ahli UMNO Tanah Merah meriah

TANAH MERAH 11 Sept. – Lebih 1,500 ahli UMNO Bahagian Tanah Merah menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Perjumpaan Hari Raya Aidilfitri Bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1 di sini malam tadi.

Walaupun hujan, majlis yang turut dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz itu tetap berlangsung dalam suasana meriah.

Mustapa dalam ucapannya berkata, melalui pertemuan tersebut, ia boleh dijadikan medan untuk mengatur pelbagai strategi di kalangan ahli dan pemimpin di bahagian tersebut khusus untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Sempena bulan yang mulia ini, kita manfaatkan sepenuhnya pertemuan dalam sebuah keluarga besar pada malam ini untuk sama-sama berjuang dan menyemarakkan semangat Gelombang Merah yang begitu berkobar-kobar kini.

"Situasi ini hendaknya berterusan untuk meraih sebanyak mana ahli baru dan mengekalkan kesetiaan ahli lama," katanya.

Pada majlis tersebut, Mustapa yang diiringi isteri, Datin Seri Kamarzan Ahmad meluangkan masa bertemu dan beramah mesra dengan semua tetamu.

Ikmal Hisham ketika ditemui pula berkata, pertemuan dalam majlis tersebut akan dapat mengakrabkan lagi hubungan semua ahli UMNO di bahagian itu.

"Semua ahli begitu bersemangat untuk bersama-sama di dalam majlis ini walaupun persiapan hanya mengambil masa dua hari. Kejayaan pertemuan pada malam ini dibantu oleh 1,300 orang ahli Jalinan Rakyat (JR).

"JR yang dilantik ini mempunyai peserta di kalangan ahli baru dan lama antara tujuh hingga 10 orang. Mereka bergerak pantas untuk menyebarkan apa juga maklumat termasuk menjayakan majlis pada malam ini. Kumpulan tersebut turut bersama-sama membangkitkan semangat Gelombang Merah bagi menghadapi pilihan raya nanti, " ujarnya.

Sementara itu, Ikmal memberitahu, pihaknya akan mengagih-agihkan kelengkapan alat tulis kepada 2,400 calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula minggu hadapan.

"Alat tulis yang bernilai RM15,000 itu akan diserahkan kepada semua sekolah di Tanah Merah untuk diserahkan kepada calon peperiksaan," katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


马六甲大岛 / <b>Pulau</b> Besar, <b>Melaka</b> | Flickr - Photo Sharing!

Posted: 01 Jun 2011 12:00 AM PDT

keyboard shortcuts: previous photo next photo L view in light box F favorite < scroll film strip left > scroll film strip right ? show all shortcuts

马六甲大岛 / <b>Pulau</b> Besar, <b>Melaka</b> | Flickr - Photo Sharing!

Posted: 01 Jun 2011 12:00 AM PDT

keyboard shortcuts: previous photo next photo L view in light box F favorite < scroll film strip left > scroll film strip right ? show all shortcuts

ads