Sabtu, 4 Februari 2012

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


Kereta Curi Ditemui Dibakar | Detik Perubahan

Posted: 31 Jan 2012 09:28 PM PST

KOTA BHARU – Polis Kelantan menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui motif sebenar kejadian samun dan tembak seorang wanita di rumahnya di Kampung Slow Machang, dekat Pasir Mas, kelmarin.

Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, itu adalah berikutan penemuan kereta jenis Honda Jazz yang dibakar di Kampung Gu, Demit, Kubang Kerian awal pagi semalam dan kenderaan terbabit dilarikan suspek ketika samun.

Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian samun dan tembak seorang wanita, Che Hasmah Che Awang, 50, kira-kira jam 5 pagi kelmarin, mempunyai motif lain.

"Berdasarkan senario rompakan ia tidak berbaloi dengan jumlah barangan yang diperoleh daripada keluarga mangsa ketika mereka melakukan samun. Akhirnya ibu yang menjadi mangsa," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, semalam.

Jalaluddin turut meluangkan masa melawat Che Hasmah di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II dan mangsa kini dilaporkan stabil.

Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi balai polis berdekatan atau menerusi talian 09-7450999.

Berhubung penemuan kereta terbabit, seorang penduduk dikenali sebagai Soh, 41, berkata, kira-kira jam 12.30 pagi semalam, keluarganya mendapati kereta Honda Jazz dan sebuah Proton Iswara dipandu laju ketika melalui kawasan rumahnya.

"Kami terkejut kerana sejurus kemudian, terdengar beberapa letupan tidak jauh dari rumah sebelum melihat api marak membakar sebuah kereta," katanya. Penduduk kampung yang menyedari kejadian itu kemudian menghubungi pasukan bomba dan penyelamat untuk memadam kebakaran terbabit.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan Che Hasmah cedera parah selepas terkenan tembakan di perut kanan dalam kejadian samun di rumahnya dan empat suspek turut melarikan sebuah kereta Honda Jazz, barang kemas serta wang tunai RM5,000. – Sinar Harian

Full content generated by Get Full RSS.

Catatan Perjalanan 2.0: KB Sentral, Tunjong bakal tarik pelaburan <b>...</b>

Posted: 02 Feb 2012 06:59 PM PST

Mohd Rashidi Hassan,02 Feb 2012

TAHUN ini adalah tahun melawat Kelantan atau dikenali dalam kalendar pelancongan sebagai Visit Kelantan Year 2012 atau TMK@12, yang dilancarkan Menteri Besar, Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini.

Kelantan bukan sahaja merupakan sebuah destinasi yang unik, ia juga merupakan sebuah negeri yang paling ramai penduduk Melayu beragama Islam yang ditadbir oleh PAS sejak sekian lama.

Kelantan yang terletak di utara Pantai Timur Semenanjung Malaysia, merangkumi tanah seluas 14,922 kaki persegi, dengan Kota Bharu sebagai ibu negeri.

Ekonomi Kelantan adalah berasaskan pertanian padi, getah dan tembakau. Kegiatan menangkap ikan di persisiran pantai sepanjang 96 kilometer turut merupakan aktiviti ekonomi yang penting.

Industri kecil-kecilan yang menggunakan kemahiran tradisi dalam penghasilan kraftangan seperti batik, ukiran kayu dan tenunan songket juga agak meluas.
Selain itu, kegiatan pembalakan juga aktif kerana ia keluasan hutan Kelantan masih banyak. Beberapa tahun kebelakangan ini, pelancongan, terutamanya ke pulau-pulau makin popular.

Pasar Besar Siti Khadijah di pusat bandar Kota Bharu masih merupakan tarikan utama. Kebanyakan peniaga di sini adalah wanita dengan deria perniagaan bagus. Wanita di Kelantan adalah penggerak utama dalam ekonomi perniagaan.

Namun, Kelantan dikategorikan antara negeri termiskin di Malaysia, dengan KDNK per kapita sekitar RM6,000, iaitu kira-kira satu pertiga negeri kaya seperti Selangor dan Pulau Pinang. Bagaimanapun, ramai penduduk Kelantan yang bekerja sendiri, termasuk ramai profesional Melayu Kelantan yang bertebaran di seluruh pelusuk negeri, tetapi data-data ini tidak termasuk dalam perkiraan KDNK.

Walaupun Kelantan merupakan lokasi strategik bagi ekonomi yang menghubungkan negara-negara dagang di rantau sekitar Indo China, tetapi ia disisihkan Kerajaan Barisan Nasional yang menguasai Kerajaan Pusat.

Orang-orang Melayu Kelantan cuba disisihkan oleh Umno-BN dari arus pembangunan. Kesan daripada diskriminasi yang dilakukan kerajaan pusat sejak sekian lama, pelaburan asing disekat dan pembangunan dihadkan.

Malah, yang paling jelek dilakukan pemimpin Umno-BN yang memerintah ialah menafikan hak rakyat Kelantan menikmati royalti petroleum dari bumi mereka sendiri dan menggunakan hab di negara asing untuk mengeluarkan hasil petroleum dari perairan Kelantan, walaupun dari jarak batu nautikanya, pesisir pantai Bachok lebih dekat dengan kawasan penggalian.

Semasa Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, Kelantan dimasukkan dalam kelompok Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bersama Terengganu dan Pahang.

ECER adalah satu projek mega yang dirancang oleh kerajaan pusat, dilancar Abdullah pada tahun 2007. Ia mensasarkan lima teras ekonomi iaitu pelancongan, minyak gas dan petrokimia, pembuatan, pertanian, dan pendidikan.

ECER dirangka kononnya untuk menggerakkan pembangunan bagi menangani ketidakseimbangan ekonomi, meningkatkan keupayaan dan pengetahuan serta kualiti hidup kira-kira 4 juta penduduk di wilayah berkenaan.

Namun ECER hanya menjadi impian dan omong-omong kosong BN. Perancangan dan pelaksanaan ECER terbantut selepas Abdullah disingkirkan Umno dari jawatan PM. Bukan sahaja Kelantan yang tidak diberi peruntukan, malah Terengganu dan Pahang, dua buah negeri yang dikuasai Umno-BN, turut tersisih.

Projek pembangunan koridor gagal kerana Kerajaan Pusat yang dikuasai Umno-BN tidak mempunyai idea dan tidak mempunyai dana.

Pembangunan Bandar Baru Tunjong

Hari ini, Kelantan sudah berdikari. Ia tidak perlu terperangkap dengan pelbagai agenda ekonomi kerajaan pusat yang terus gagal akibat ketirisan dan ketidakmampuan Umno-BN.

Hasil kebijaksanaan pemimpinnya, Kelantan sudah berjaya keluar dari kelompok negeri miskin sedikit demi sedikit. Aktiviti ekonomi di Kelantan begitu rancak dirancang Exco Kanan, Dato' Husam Musa yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat.

Dalam analisis ini penulis tidak mahu menyentuh semua aspek ekonomi. Cukup sekadar hendak memfokuskan minda pembaca terhadap pembangunan besar Bandar Baru Tunjong juga diberi nama KB Sentral, yang bakal menarik pelaburan sebanyak RM10 bilion dalam jangka waktu yang amat pendek.

Bandar Baru Tunjong terletak kira-kira 4 km dari Kota Bharu. Ia terletak di sempadan Daerah Kota Bharu dengan Ketereh. Lokasinya strategik di tepi jalan besar Kuala Krai ke Kota Bharu.

Tunjong yang merupakan suatu kawasan yang tidak terkenal, yang agak tersisih dari arus pembangunan di pusat bandar kerana ia merupakan tanah pertanian padi, kini sudah mengalami transformasi yang cukup besar, di luar jangkaan.

Tunjong merupakan sebuah bandar baru yang akan mengimbangi kepesatan Kota Bharu, dijangka akan berubah wajah dalam tempoh 5 hingga 7 tahun.

Projek yang dinamakan KB Sentral ini akan dibina melalui enam fasa, dibangunkan di atas tanah seluas 2,000 ekar untuk jangka masa sasaran 10 tahun.

Namun sehingga kini pihak pengurusan Tunjong Development Corporation Sdn Bhd, iaitu agensi di bawah PMBK, sudah menerima komitmen pelabur untuk tanah seluas 1,500 ekar. Dalam bahasa mudahnya, ia sudah mempunyai ready developer.

Menurut Pengurus Tunjong Development Corporation, Nazri Deraman, pihaknya sudah membuat perjanjian dengan 38 pelabur dari Kelantan dan seluruh negara, termasuk syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.

Sehingga kini, Kerajaan Kelantan melalui Tunjong Development Corporation sudah mendapat komitmen pelaburan sebanyak 4 bilion bagi tiga fasa yang sebahagiannya sudah mula dibangunkan.

Pembangunan yang akan dijalankan di bawah Bandar Baru Tunjong meliputi bangunan pentadbiran kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri meliputi 14 agensi.

Pembangunan Tunjong mencakupi, bangunan pentadbiran, pusat pendidikan, pusat komersial, perumahan, Masjid Sultan Muhammad ke V, taman tema air (dua lokasi) dan pelbagai kemudahan yang dijangka akan menyediakan lebih 30,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan khususnya.

Ia dirancang sebgitu rapi merangkumi pembinaan hospital, kolej perubatan, univesiti awam, kilang pembuatan industri kecil dan sederhana (IKS)

Untuk kepentingan rakyat, Tunjong Development Corporation turut menyediakan 400 lot untuk peniaga kecil, berbentuk perniagaan bazar basah dan kering.

400 lot itu semuanya sudah sold out kerana kerajaan negeri dan pemaju bermurah hati memberikan pinjaman mudah tanpa faedah, kepada setiap peniaga sebanyak RM20,000 seorang. Yang bagusnya, mereka boleh membayar balik pinjaman tersebut dalam terma yang tidak ditetapkan, iaitu sama ada pembayaran dalam bentuk harian, mingguan atau bulanan sehinga selesai pinjaman.

Rakyat Kelantan akan mempunyai bandar auto terbesar (Auto City) kerana 52 ekar tanah di Bandar Baru Tunjong sudah habis ditempah oleh pembekal dan peniaga automotif yang terkenal termasuk jenama Mercedes Benz, BMW, Nissan, Honda, Toyota, Proton dan lain-lain.

Kawasan seluas 52 ekar ini dijangka menjadi Ruang Pameran Automotif terbesar bagi seluruh Kelantan, dan barangkali juga di Malaysia.

Ia juga memperuntukkan tanah seluas 41 ekar sebagai Terminal Makanan Negara yang berkonsepkan pasar borong.

Oleh kerana pada asalnya Tunjong merupakan tanah padi, maka Tuan Guru Nik Aziz mahu menjadikan Bandar Baru Tunjong dibangunkan dengan konsep bandar Islam dan bandar hijau dengan menggunakan teknologi hijau, saving energy bagi memastikan alam persekitaran terpelihara.

Untuk itu, kerajaan negeri mengekalkan tanah seluas 20 ekar tanah yang dinamakan Baruh Tunjong. Ia akan menjadi pusat penanaman padi organik dan menjadi bandar warisan (Culture Town) sebagai tarikan pelancongan. Baruh Tunjong akan diabadikan sebagai warisan untuk generasi akan datang mengetahui asal usul Bandar Baru Tunjong.

Setakat ini pihak pengurusan Tunjong Development Corporation sudah memeterai perjanjian dan pelaksaaan projek dengan pelabur untuk keluasan tanah 1,500 ekar. Ini bermakna 500 ekar lagi tanah di Tunjong masih terbuka untuk pelabur dalam dan luar negeri.

Uniknya, untuk mendapat pelaburan sebanyak RM10 bilion, kerajaan negeri tidak mengeluarkan sebarang dana untuk membuat pembangunan. Pada istilah orang kita disebut, hanya dengan bermodalkan 'air liur' dan menawarkan tapak untuk dibangunkan, Kerajaan Negeri Kelantan mampu meminta Kota Bharu kedua.

Ianya bukan modal 'air liur' kosong semata-mata. Ianya adalah hasil kebijaksanaan pemimpin, merancang ekonomi. Hebat Kelantan kerana ia boleh membangunkan bandar baru dengan cara yang strategik berbekalkan modal swasta.

Kelantan boleh!

Full content generated by Get Full RSS.

Kereta curi ditemui dibakar | Ahmad Mujahid - [Portal Pemuda <b>...</b>

Posted: 31 Jan 2012 06:18 PM PST

KOTA BHARU - Polis Kelantan menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui motif sebenar kejadian samun dan tembak seorang wanita di rumahnya di Kampung Slow Machang, dekat Pasir Mas, kelmarin.
Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, itu adalah berikutan penemuan kereta jenis Honda Jazz yang dibakar di Kampung Gu, Demit, Kubang Kerian awal pagi semalam dan kenderaan terbabit dilarikan suspek ketika samun.
Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian samun dan tembak seorang wanita, Che Hasmah Che Awang, 50, kira-kira jam 5 pagi kelmarin, mempunyai motif lain.
"Berdasarkan senario rompakan ia tidak berbaloi dengan jumlah barangan yang diperoleh daripada keluarga mangsa ketika mereka melakukan samun. Akhirnya ibu yang menjadi mangsa," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, semalam.
Jalaluddin turut meluangkan masa melawat Che Hasmah di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II dan mangsa kini dilaporkan stabil.
Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi balai polis berdekatan atau menerusi talian 09-7450999.
Berhubung penemuan kereta terbabit, seorang penduduk dikenali sebagai Soh, 41, berkata, kira-kira jam 12.30 pagi semalam, keluarganya mendapati kereta Honda Jazz dan sebuah Proton Iswara dipandu laju ketika melalui kawasan rumahnya.
"Kami terkejut kerana sejurus kemudian, terdengar beberapa letupan tidak jauh dari rumah sebelum melihat api marak membakar sebuah kereta," katanya. Penduduk kampung yang menyedari kejadian itu kemudian menghubungi pasukan bomba dan penyelamat untuk memadam kebakaran terbabit.
Kelmarin, Sinar Harian melaporkan Che Hasmah cedera parah selepas terkenan tembakan di perut kanan dalam kejadian samun di rumahnya dan empat suspek turut melarikan sebuah kereta Honda Jazz, barang kemas serta wang tunai RM5,000.

Full content generated by Get Full RSS.

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


Kereta Meletup Kena Peluru Berpandu <b>di Tumpat</b> | Oyak!

Posted: 05 Jan 2012 05:55 AM PST

Tumpat, 5 Januari 2012. Sebuah kereta meletup di Tumpat apabila terkena peluru berpandu.

Ketika kejadian, dua kanak-kanak, Wan Ariq Ulwan dan Wan Damia Ulwan sedang bermain di tepi kereta ketika peluru berpandu menghentam kereta terbabit.

Walau bagaimana pun, nasib kedua kanak-kanak tersebut amat baik kerana sempat diajar ilmu kebal. Jadi keduanya keluar dari letupan dengan hanya sedikit cedera di hidung dan hanya Wan Ariq yang hilang selipar apabila Ariq terpijak tahi lembu, akibat tiada air untuk basuh, maka selipar terpaksa ditinggalkan.

Mereka terus pulang ke rumah Tok We dan Tok Che untuk makan nasi dan claim daripada Tok We untuk selipar baru.

Laporan, acoms.

Related posts:

  1. Bermain di Pantai Seri Tujuh
  2. Ariq dan Damia
  3. Pelukis Jalanan
  4. Dapur Damia
  5. Ariq digoda??
  6. Eeeee……
  7. Pertandingan Mewarna
Full content generated by Get Full RSS.

Ambo Ore Kelate: Patung buddha <b>di Tumpat</b>

Posted: 21 Jan 2012 03:24 PM PST





di kelantan terdapat sesuatu yang kita jarang dapat lhat di mana-mana negeri di malaysia iaitu patung buddha. salah satu patung buddha tersebut merupakan patung beddha terbesar di asia tenggara iaitu patung ""the sitting buddha'".

salah faham konsep agama di kelantan?
banyak patung buddha di kelantan tidak semestinya menunjukkan pihak kerajaan lemah atau salah konsep agama . ia menunjukkan di kelantan mempunyai nilai hak kebebasan beragama yang kuat dan bersih yang perlu ada di setiap hati masyarakat di malaysia.
 kita perlu menghormati agama lain di mana jua. ia mudah ditonjolkan oleh nabi muhammad S.A.W sendiri menerima apa jua agama di bawah tempat pemerintahan beliau termasuk sektor perniagaan dan lain-lain.

Full content generated by Get Full RSS.

margi: reunion bikar 2000 <b>di tumpat</b>

Posted: 14 Dec 2011 04:28 PM PST

masa tahun 1999/2000 dulu, aku menetap di sebuah kampung terpencil di hujung kota kaherah, belah utara. kalau naik metro (macam komuter) kira stesen paling last. bersempadan dengan muhafazah (negeri/wilayah) al-Qalyubiyyah. nama kampung tu elmarg. maksudnya padang ragut. kat situ la aku banyak bergaul dengan arab, melihat lebih dekat kehidupan arab. banyak pohon kurma kat situ so aku nisbahkan diriku dengan perkataan tu, tambah huruf ya kat belakang jadilah elmargi. aku abadikan nama margi / elmargi di dalam blog ni sebagai kenangan, penghargaan, n terima kasih kepada semua khasnya di elmarg yang banyak membantu semasa blaja dulu

Full content generated by Get Full RSS.

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


AMBO ORANG KAMPUNG: ORANG KAMPUNG <b>PERUPOK</b> NAK <b>...</b>

Posted: 09 Jan 2012 09:22 PM PST

Dalam suatu ketika dahulu, telah gempar tentang cerita adun yang gila seks menyimpan  gambar lucah di dalam telefon bimbitnya . Apo nak di kata akhlak pemimpin PAS ni. 
Kalau ada yang nak cuba mengenali adun ini, ni ambo sertakan gambarnya. 
YB Dato Hj Omar bin Mohammed
Adun Perupok N21 dari PAS
Dalam kesibukan rakyat Kelantan menghadapi musim banjir ini,  ambo dapati rata-rata tok wakil daripada PAS sedang sibuk memberi kebajikan pada bang AnuWar Ibrahim. Tahniah !!! perjuangan jihad ahli-ahli PAS sudah menjadi semakin unik dan di hiasi oleh fitnah dan janji-janji palsu.
Selama beberapa tahun lalu, tok wakil Perupok amat jarang sekali turun untuk menjengok bertanyakan khabar permasalahan penduduk Bachok khususnya Perupok. Walhal rakyat merintih sedih dan mengeluh kecewa setelah beberapa lama hujan tidak berhenti di Kelantan telah menyebabkan air bertakung akibat TIDAK ADA sistem perparitan yang sempurna di situ. Hal ini berlaku di kawasan di Masjid Perupok dan di sepanjang jalanrayanya . Amat menyedihkan kerana rakyat terpaksa melalui keadaan ini walaupun sedah beberapa hari negeri Kelantan tidak di landa hujan.  
Perkarangan Masjid Perupok Bachok. 
AOK di sini bukannya berpolitik sangat tapi bagi ambo satu persoalan yang timbul di fikiran  yakni Apakah PAS ini betul-betul menjaga kebajikan rakyat?? . Sedangkan perkataan kebajikan sendiri pun di lacurkan demi penipuan untuk mempertahankan kuasa memerintah negeri Kelantan dan rakyat Malaysia  . Akhlak Islamkah ini? Bila berjanji mungkir ... tidakkah ini merupakan salah satu tanda-tanda orang MUNAFIK. Maaflah ambo tok reti jugak agama ni , ambo bagi tahu ni setakat ambo tahu sahaja. Ko lagu mana?
Apakah orang yang berpolitik sekarang sudah lupa cara orang-orang dulu berpolitik. Apakah orang di namakan tok wakil tu? dan apakah kegunaan dia pada masyarakat? Apakah  fungsi tok wakil sekarang telah berubah dari menjaga rakyat kepada pendebat mantik  pencari skandal dan kesalahan orang lain bagi menutup kelemahan diri sendiri ? Fikir??? Tuhan bagi aqal untuk guna bukan untuk tidor atas jalan.

Dalam keadaan sedemikian rupa apakah kita masih membatukan hati bahawa keadaan ini adalah salah kerajaan Barisan Nasional atau salahkan Allah Taala yang menurunkan air hujan.? Pemimpin PAS hanya pandai bermain kata apatah lagi di saat-saat tibanya plihanraya. Semuanya di janjikan, semuanya di rayu atas nama Islam. Walhal kamu sendiri  adalah pendusta agama yang sebenarnya. Kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat , persoalan ambo apakah pemimpin yang sebegini rupa layak untuk mendapat syurga Allah Taala. Apakah dengan memangkah undi PAS telah menjadikan orang ini berada pada jalan  jihad fisabilillah?

Oleh yang demikian , kita ni selaku orang kampung yang serba kurang amat mengharap jika  kali ini puak-puak kita bersatu hati untuk pilih pemimpin tempatan yang buleh buat kerja. Buleh harap. Tanya khabar sokmo. Buleh buat Imam tapi kalau tak reti sekalipun jadi jong tadah doa pun sudah tidak apa satu yang penting kehadiran. Insyaallah . Rakyat akan buleh senyum sampai ke telinga.

Marilah kita semua orang kampung kali ni pakat berubah . Cukuplah kita selama 21 tahun ini kita di tabur dengan janji kosong dan gagal perlaksanaannya.

Full content generated by Get Full RSS.

Sara 1Malaysia: Warga Miskin Kelantan Bakal Dapat Manfaat | Detik <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2012 04:59 AM PST

Datuk Dr Awang Adek Hussin

Oleh RAITINI RAHMAN
BACHOK – Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Khamis lepas akan memberikan manfaat kepada sebahagian daripada 43,600 keluarga miskin di negeri ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) perlu memainkan peranan memberi penerangan kepada mereka tentang kebaikan skim itu.
"JKKKP juga perlu membantu dan membimbing mereka bagaimana untuk menyertai skim itu terutama mereka yang tinggal di kawasan pendalaman.
"Skim ini perlu diambil kesempatan oleh mereka yang layak bagi meningkatkan taraf hidup keluarga masing-masing," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hamper kepada kanak-kanak Tadika di Perupok di sini, hari ini.
Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata mereka perlu yakin terhadap keupayaan Permodalan Nasiobal Berhad (PNB) yang sebelum ini telah dapat menguruskan pelaburan seperti itu dengan baik.
Katanya skim itu diwujudkan semata-mata untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah dan ini sudah tentu ia memberi pulangan yang lumayan.
"Ini bermakna pelaburan yang di buat oleh PNB adalah memberi keuntungan yang besar," katanya.
Najib, Khamis lalu berkata, skim itu akan memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah berpendapatan antara RM500 hingga RM3,000 sebulan dan peserta diberi peluang membuat pelaburan sebanyak RM5,000 sama ada dalam bentuk simpanan atau pinjaman.
Beliau berkata, mereka dijamin akan memperolehi pulangan sebanyak RM134 sekiranya tidak membuat pinjaman dan jika meminjam mereka tetap memperolehi imbuhan sebanyak RM50 sebulan selepas RM84 ditolak bayaran balik pinjaman.

Full content generated by Get Full RSS.

Kerabu Bersuara: Keyakinan UMNO Rampas Kelantan : Presiden <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2012 11:16 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) tidak melihat sebarang perkembangan luar biasa di sebalik keyakinan UMNO untuk merampas balik Kelantan daripada penguasaan PAS di dalam pilihanraya umum yang akan datang sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein. Kenyataan beliau itu dilaporkan di halaman 3, akhbar Utusan Malaysia hari ini 25 Januari 2012. Bagi pihak DPPNK, keyakinan sebegini adalah perkara lumrah dan bukanlah kali pertama disuarakan oleh pimpinan UMNO samada di peringkat pusat mahupun negeri Kelantan.

Untuk rekod, sukalah DPPNK mengingatkan bahawa di dalam pilihanraya umum 2008, UMNO Kelantan di bawah pimpinan Tan Sri Annuar Musa juga menyuarakan keyakinan yang sama bahkan lebih hebat lagi telah mengisytiharkan bakal Menteri Besar Kelantan iaitu Datuk Dr. Awang Adek sendiri yang pada hari ini sedang berdepan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa menerima sejumlah deposit wang yang meragukan ke dalam akaun peribadi milik beliau.

Bagaimanapun, keyakinan UMNO Kelantan pada masa itu hancur berkecai apabila Awang Adek tewas di kedua-dua buah kerusi yang ditandingi iaitu DUN Perupok dan Parlimen Bachok manakala UMNO pula tewas di sebahagian besar kerusi yang ditandingi dan hanya mengekalkan enam kerusi di Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Demikian juga dengan pilihanraya umum 1995, 1999 dan 2004, setiap kali menjelang pilihanraya umum pasti akan sentiasa keluar kenyataan pimpinan UMNO yang yakin dapat merampas Kelantan. Dalam keyakinan itulah, Kelantan terus kekal di bawah penguasaan PAS semenjak tahun 1990 sehingga ke hari ini.

Justeru, apabila keyakinan ini diulangi sempena lawatan Presiden UMNO ke Kelantan dua hari lepas, DPPNK melihat ia sebagai satu perkembangan yang biasa. Bahkan DPPNK mempelawa Presiden UMNO untuk bertanding di mana-mana parlimen di negeri Kelantan yang telah disifatkan oleh beliau sebagai 'winnable state'.

Dengan perkembangan krisis dalaman UMNO di peringkat negeri Kelantan serta di peringkat pusat ditambah sambutan rakyat terhadap Pakatan Rakyat akhir-akhir ini, DPPNK yakin insya-allah, bukan sahaja Kelantan gagal ditawan oleh UNMO bahkan Putrajaya sekalipun akan bertukar tangan daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,

Ketua Penerangan,

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Bertarikh : 25 Januari 2012

Full content generated by Get Full RSS.

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search


Full content generated by Get Full RSS.

Bunglo untuk dijual <b>di ketereh</b> kelantan - CariGold Forum

Posted: 12 Dec 2011 03:56 AM PST

Forum Jump

Nasi Lemak Buah <b>Ketereh</b> - yang ingin kukongsi...

Posted: 07 Jan 2012 04:02 PM PST

Assalamualaikum
Ahad
08-01-2012
Salam hari minggu!

Pagi ni, Nasi Lemak Masak Sendiri untuk anak-anak, juga untuk dikirim sedikit kepada kengkawan ber-mini-gathering sarapan pagi ini nun di BBB. Sori Berlori tak dapat join, kerana harus berada di luar kawasan pagi ini.

KAKCIK, tolong bawakkan eh?


Dengan ucapan, "Kenang daku dalam doamu." > macam ucapan tahun 70-an! hahahaha

Aku baru tahu "ketereh @ tere" tu rupanya buah gajus! uishhh naifnya aku!

Selamat berhujung minggu kengkawan!

~...HISYAM sudah bersedia di tepi Sungai Menghijau Lumut, menanti SERI BULAN untuk menjelajah baruh dengan pesanan jangan memakai kebaya dan batik lepas, nanti banyak mata tidak lepas, banyak tangan tidak terbatas...~

Full content generated by Get Full RSS.

Masalah longkang dan perparitan <b>di</b> Kg. Dendang, <b>Ketereh</b> | Aduan <b>...</b>

Posted: 11 Dec 2011 09:58 PM PST

Sebagai penghuni yang tinggal di Ketereh, saya berasa amat kesal dengan keadaan infrastruktur dan juga sistem perparitan khususnya di Jalan ketereh – Kg. Dendang yang sekian lama mengalami masalah banjir yang seringkali mendatangkan musibah kepada pengguna jalanraya dan penghuni.

Saya tidak faham kenapa dan mengapa perkara ini macam dipandang remeh oleh pihak sepatutnya. Mana semua "orang kuat"? Takkan nak tunggu masa mengundi baru nak buat jalan, nak buat parit? Sampai bila masalah ini harus berlarutan.

Minta pihak berwajib ambil tindakan segera agar keselamatan dan keselesaan rakyat didahulukan, bukan setakat pencapaian diutamakan.

Terima Kasih

By: mrhann

Aduan yang berkaitan:

Full content generated by Get Full RSS.

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Bermula Ceritaku: Hentian baru <b>di Gua Musang</b>,Kelantan

Posted: 01 Feb 2012 05:27 PM PST

Cuti seminggu baru ni,saya ke Kelantan lagi untuk menghantar anak yang tinggal di asrama sana.Ternampak satu tempat singgahan baru yang sudah di buka untuk orang ramai.
Singgah untuk makan tengah hari.Hentian Gua Musang ni terletak lebih kurang 4 km dari bandar Gua Musang.Dengarnya hentian ini adalah di buat khas untuk hentian bas Mutiara.Penumpang-penumpang bas Mutiara akan berhenti di sini untuk persinggahan pertama dari Kota Bharu.
Sewaktu saya singgah,orang tidak ramai.Mungkin sebab baru lagi.Tapi memang selesa tempatnya dan yang penting bersih.Makanan pun berbagai jenis yang dijual.Ada juga restoran makanan segera ala-ala KFC,tapi belum dibuka lagi.Akan di buka.
Surau dan tandas memang setakat saya singgah ni puas hati kebersihan dan keselesaannya.Sesiapa nak ke Kota Bharu bolehlah singgah.





Saya order nasi ayam je...
Pesanan:Sebelum ni selalu singgah di R&R Gua Musang yang terletak selepas bandar Gua Musang tu...kini ada tempat baru pula..
Full content generated by Get Full RSS.

Jumaat, 3 Februari 2012

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


Anak Seberang: Karaoke haram <b>di Bachok</b>. apa pok nik buat?

Posted: 22 Jan 2012 04:35 AM PST

seperti dilaporkan di tv3 menerusi aduan rakyat, terdapat pusat karaoke yang beroperasi secara haram di Bachok, klate. Tambahan lagi lebih melampau, karaoke haram itu beroperasi di siang hari. Mana pergi pihak penguatkuasa dibawah kerajaan negeri? Apa yang mereka buat? Klate makin advance. Di ceruk kampung pun ada pusat karaoke. Serambi mekah hanya omongan dan retorik semata mata! Full content generated by Get Full RSS.

TV3 Stesyen TV Portal Pertama - Enam Kampung <b>Di Bachok</b> Terjejas

Posted: 27 Dec 2011 04:22 AM PST

27/12/2011 20:22:00

Fenomena air pasar besar turut melanda Pantai Irama Bachok, Kelantan malam semalam.

Kejadian bermula jam 8 malam itu mencemaskan penduduk di sekitar persisir Pantai Bachok.

Kira-kira 40 keluarga membabitkan enam kampung, terpaksa berjaga selama lapan jam setelah rumah mereka di tenggelami air sedalam 0.2 hingga 0.4 meter.

Kampung terbabit, Kampung Pantai Damak, Kampung Perupuk, Kubang Golok, Bandar Lama, Kampung Burung dan Kampung Tanjung Chat.

Full content generated by Get Full RSS.

Islam jadi slogan: 120 penyokong Pas <b>di Bachok</b> sertai UMNO <b>...</b>

Posted: 16 Dec 2011 08:21 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Islam jadi slogan: 120 penyokong Pas di Bachok sertai UMNO. Seramai 120 penyokong Pas di Kampung Beoh di sini mengumumkan mereka secara beramai-ramai keluar parti itu dan berhasrat menubuhkan cawangan baru UMNO di ...

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


Malaysia Zoom » RM7.7j BR1M untuk 15494 penduduk <b>di Kuala Krai</b>

Posted: 02 Feb 2012 03:12 PM PST

You are here: Home / Dalam Negeri / RM7.7j BR1M untuk 15,494 penduduk di Kuala Krai

KUALA KRAI 2 Feb. Pas tidak mampu melaksanakan pembangunan sosioekonomi, meskipun sebagai sebuah kerajaan ia bertanggungjawab untuk membangunkan ummah dan Islam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia terbukti selepas 20 tahun memerintah Kelantan, nasib rakyat negeri ini masih tidak berubah dan dibelenggu dengan pelbagai masalah seperti bekalan air bersih.

Malah, beliau berkata, janji-janji Pas kepada rakyat sejak 1990 selepas parti itu menawan Kelantan ternyata satu pembohongan dan kerana itu ia perlu ditolak pada pilihan raya umum akan datang.

Selama 20 tahun Pas memerintah Kelantan, saya ikuti keadaan sebenar yang berlaku di sini. Pas tidak mampu melaksanakan segala usaha pembangunan sosial dan ekonomi. Saya rasa amat dukacita.

Kalau berjanji tidak dilaksanakan itu belawok (bohong). Kalau dalam Islam apa hukumnya kalau berbohong? Soal ukhrawi dan duniawi mesti selari, ini tuntutan agama. Kalau tidak ada keupayaan, tuntutan agama ini tidak kesampaian, kita Barisan Nasional (BN) akan buat lebih berkesan daripada Pas bukan bercakap besar atau sombong.

Jadi dalam konteks ini, dibandingkan dengan keupayaan Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri, Kerajaan Pusat lebih berupaya, katanya ketika berucap di hadapan lebih 15,000 penduduk pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Kuala Krai di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru di sini hari ini.

Turut hadir, isteri beliau, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalannya, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Noh Omar; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab. Rahman.

Pada majlis tersebut, Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan replika cek Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM7.7 juta untuk diagihkan kepada 15,494 penerima yang layak di daerah ini.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full content generated by Get Full RSS.

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


"~@~umbida D heart~@~": kembali bertugas <b>di</b> papn <b>chiku</b>

Posted: 30 Jan 2012 10:07 PM PST

[unable to retrieve full-text content]2012 (32). ▼ January (32). ▼ Jan 30 (32). kembali bertugas di papn chiku · bakar satey... say bye bye to papn tumpat · kenal lebih dekat fmly my hubby · sambutan hari raya aidilfitri 2011 · first Time drive sorang3 tuk perjalanan jauh · accdent..

I&#39;m Such an AFROholic: There&#39;s only one thing I hate more than an <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2012 06:59 PM PST

And that's when people try to explain why the offensive ad isn't offensive, or worse, why people who are offended shouldn't be. 

First off, if something offends someone, it offends them. You have no right to explain to me what should or should not offend me. And just because something isn't offensive to you doesn't mean it can't be offensive to me or anyone else.

Secondly, okay, here is the ad:

Ya'll know me. I have no problems with embracing female sexuality and letting her be sexually active and liberated and whatnot. I'm in The Vagina Monologues this upcoming weekend, and sex is, in fact, almost all I've been talking about recently. I'm evidently getting a bit of a reputation for it (not like I give a shit). I applaud all of that; it makes me really happy that we can see women as beings with their own sexual desires, rather than just as the playthings of men in advertising. Yay this campaign for doing that.

But that's where my applause ends. Drastically and unceremoniously.

1. "We're way too quick to cry slut-shaming, racism, sexism, fattism, etc., in advertising, even when there are clearly the best of intentions at play." Not to be a conspiracy theorist, but that's exactly what they want us to think! If activists and non-dominant populations don't stand up when they're being shamed, belittled, ridiculed, othered, marginalized, made fun of, dehumanized, etc., then who will? If these things aren't rallied against, advertising companies will never learn, and we will let shaming, belittling, ridiculing, other-ing, marginalizing, making fun of, and dehumanizing such populations be a normal part of daily life in our society. By being silent, we'd be providing tacit approval.

2. I also just think that implying that that woman's vagina is a place to which people can check in is incredibly objectifying. You check into fast food places, not into women unless you're viewing that woman solely as a sex object.

3. And even if they're not directly suggesting that a high-ish number of sexual partners increases ones chance of contracting HIV/AIDS, it definitely plays into that stereotype. The company should be aware of those implications.

Full content generated by Get Full RSS.

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


Rumah Teres 2 tingkat corner lot <b>di Kok Lanas</b> : Semua Homestay

Posted: 19 Jan 2012 08:40 PM PST

Salam..
-Rumah Teres 2 tingkat,mempunyai 4 bilik tidur,3bilik air,Corner lot,di Kok Lanas di bawah projekP.M.B.K Negeri Kelantan,ada ruang tanah yangluas,rumah yang cantik,selesa dan tempat yangtersangat strategik untuk disewakan.
-Disini saya iklankan kepada sesiapa yang berminatuntuk menyewa rumah tersebut untuk dijadikanTaska/Pusat Asuhan atau juga boleh disewakan untukstudent-student,dan juga Homestay di kawasantersebut.
-Lokasi rumah tersebut berhampiran denganPoliteknik jarak 1Km,Kolej Komuniti 500meter,Kemdesa Tentera lebih kurang 2Km,dan terdapat banyakkemudahan dikawasan tersebut dan selamatseperti,Balai Polis kok Lanas,Klinik,Bank,Pasaraya,KFC,Pizza Hut,dan pelbagai lagi.

Deposit:2 bulan,elektrik,air Rm500

-Untuk sebarang pertanyaan lanjut bolehlahmenghubungi:
Afendy:017-9449482
Aziem:012-9297772

Contact kok lanas

Full content generated by Get Full RSS.

Mega Guest House <b>di Kok Lanas</b> Kelantan - Ketereh, Holiday <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2011 07:00 AM PST

Lokasi di Taman Puspa Jaya B, Kok Lanas.
Berhampiran jalan utama Kota Bharu-Machang-Kuala Krai-Gua Musang.

** 15-20 minit Pusat Bandar Kota Bharu

Kemudahan yang berdekatan:
Pasar Kok Lanas, Politeknik Kota Bharu, Kolej Komuniti, Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Pasaraya, 7 Eleven, Bank BSN, Bank Muamalat, Kedai Makanan, dll.

Tingkat atas : 5 bilik dan 4 bilik air
Tingkat bawah : 4 bilik dan 4 bilik air

**Selesa untuk ahli keluarga yang ramai**

Kemudahan yang disediakan:
-Mesin Basuh
-Peti sejuk
-Meja Makan
-Tv
-Bilik Berhawa Dingin dan Berkipas
-Set Sofa
-Papan gosok & seterika
-Kemudahan memasak
-Kemudahan tilam dan bantal tambahan
-Persekitaran rumah yang luas
-Kemudahan parking kereta yang selesa

Sewa Harian : RM 150.00 untuk 1 tingkat.
***Harga istimewa untuk penginapan melebihi 2 malam @ penginapan untuk 2 tingkat.

**Hubungi dengan segera jika berminat.

Nota : Tempahan awal adalah digalakkan kerana penginapan adalah sangat terhad terutama di musim perayaan dan juga cuti sekolah.

Hubungi:
Cikgu / Kak Yam :019-7289535

Full content generated by Get Full RSS.

BEN ASHAARI: Aidiladha <b>di Kok Lanas</b>, Kelantan.

Posted: 03 Nov 2011 06:36 PM PDT

Ni kali pertama aku menyambut Aidiladha di Kelantan..

Org kata raya haji di Kelantan best .. Aku tnya kat geng kelate , katanya biasa je.. tak tau la tang mananya yg best ..

Skang ni aku kat Benta ... Berehat kat stesen Petronas .. cuaca mendung saja ..

Bertolak jam 6 pagi tadi dlm keadaan hujan yg amat lebat dan syukur pada Allah bila masuk area Pahang , cuaca kembali cerah .
Ikut rancangan , esok nak turun KB .. Nak menyopping tudung ...

Ada sapa nak order tudung atau baju kelawar ? Hehe.. Hari Selasa , nak bercuti kat Cherating..

Doakan kitorang. ( aku , wife dan adik ipar ) selamat pergi dan balik .. Terima kasih

Published with Blogger-droid v1.7.4
Full content generated by Get Full RSS.

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


Laman Nurani: TERKINI : Isu jalan rosak <b>di</b> Kawasan Dun <b>Dabong</b>

Posted: 24 Dec 2011 04:41 PM PST


Jawapan maklumbalas yang saya hantar ke email En. Mohamad, Biro Pengaduan Awam Malaysia.
Terima kasih En. Mohamad di atas tindakan proaktif yang diambil oleh Biro Pengaduan Awam Malaysia. Memang aduan ini sejak 2008 lagi, namun ianya masih tidak lagi dibaiki. Saya faham akan kekangan peruntukan, namun jika kami tidak memperbaharui aduan, maka fail kes ini berada dibawah. Oleh itu, saya menggunakan mekanisma membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam Malaysia kerana BPA merupakan sebuah jabatan yang berada di bawah Perdana menteri Malaysia, kabel BPA lagi tinggi dan besat berbanding kami rakyat di bawah. Jika kami pergi membuat aduan sendiri di JKR, memang tidak akan mendapat sebarang jawapan sampai bila-bila.
Justeru, saya amat selesa menggunakan saluran Biro Pengaduan Awam Malaysia untuk sebarang aduan, bukan bermaksud saya ingin bergaduh dengan BPA, tetapi saluran BPA amat saya percayai untuk menyampaikan apa-apa masalah yg kami sebagai rakyat hadapi. Saya tidak suka saluran politik yang banyak menipu dan berbohng untuk menunjukkan kreadibiliti mereka. Sedangkan tiada apa pun. Cakap kosong jer saluran politik ni.
Pernah saya ajukan kepada YAB Menteri Besar Kelantan, melalui surat rasmi kepada beliau pada akhir 2008, namun sehingga kini saya masih tida menerima apa-apa maklumbalas.
Tahniah BPA kerana masih lagi memberi kepercayaan kepada saya.
Tujuan saya membuat aduan yang sama adalah keranan supaya fail aduan saya sentiasa timbul dan disebut sentiasa. Saya faham akan masalah peruntukan, tetapi lojik atau tidak sejak dari 2008 lagi takkanlah peruntukan utk rakyat ni masih tiada?
Sekarang sudah menghampiri 2012, sudah hampir 4 tahun, takkanlah peruntukan tak ada? Sedangkan untuk mengorek jalan yang tak rosak boleh pulak ada? Jika En. Mohamad melalui jalan Kuala Krai-Gua Musang tempoh hari, Encik pasti akan menemui jalan yg baru diturap di sekitar Pahi, Manik Urai, Lepan Jenut, untuk makluman Encik, jalan tersebut tidak rosak seteruk jalan yg saya adukan, mengapa jaan yang tak rosak boleh dikorek dan diturap? Sedangkan jalan yang benar2 rosak tiada peruntukan untuk dibaiki, ini yang sayanangin satu badan.
Terima kasihlah kepada BPA yang prihatin dan tidak mengecewakan saya. Bukan niat saya untuk bergaduh dengan sesiapa, cuma saya ni sebagai rakyat Malaysia yang merdeka memounyai hak untuk menyatakan aduan keada kerajaan.
Sekian, terima kasih.
Full content generated by Get Full RSS.

SCREWKUAT: ADUN PAS DITANGKAP KHALWAT?

Posted: 30 Jan 2012 07:23 PM PST

Alhamdulillah akhirnya selesai juga Tukang Screw berkelana ke Kemboja dan Vietnam melawat saudar-saudara seIslam yang sentiasa bersyukur dengan segala rahmat Allah walaupun amat sukar mentauhidkanNya di negara yang tidak mengamalkan Islam. Kita yang hidup di Malaysia wajar melihat nasib saudara seagama kita di sana sebagai renungan bersama kerana kehidupan di Malaysia bagi saudara kita di sana terlalu mewah dan amat mudah beramal saleh.
Sekembalinya Tukang Screw pada minggu lepas sempat juga singgah sehari dua bertemu kawan-kawan lama di Kelantan yang pada Tukang Screw amat mudah dan praktikal gaya hidupnya tidak seperti di Kuala Lumpur. Apa yang menarik yang ingin dikongsikan Tukang Screw tentang kisah khalwat melibatkan salah seorang ADUN di KELANTAN yang diceritakan oleh rakan-rakan Tukang Screw yang hidup dan matinya di dalam PAS. Sempat juga beliau mengajak Tukang Screw kembali berjuang bersama PAS tetapi ditolak secara baik.
Ceritanya berlaku sekitar bulan Jun 2011 di kawasan rekreasi Lata Kertas Stong apabila seorang ADUN PAS ditangkap khalwat kerana berdua-duaan di dalam kenderaan Pajero oleh penduduk kampung yang amat mencurigai tingkah laku mereka. Berita penangkapan ADUn dan pasangannya itu sampai ke pengetahuan pakcik kepada pasangan ADUN tersebut yang juga ibu tunggal yang telah berjumpa dan mendesak ADUN tersebut mengahwini wanita tersebut. Wanita tersebut yang juga ahli PAS tempatan dikatakan telah lama mengenali ADUN tersebut.
Pada sekitar penghujung Julai 2011, isteri kepada ADUN tersebut telah pergi ke rumah wanita tersebut di Kg Kuala Geris, Dabong untuk berbincang dengan wanita tersebut di mana beberapa syarat telah ditetapkan oleh bapa wanita tersebut. Antara syarat yang ditetapkan ialah:
a. Menanggung kos malu yang bakal dihadapi keluarga wanita tersebut yang telah menjalankan hubungan sulit dengan ADUN berkenaan sejak awal tahun 2011
b. Menanggung nafkah wanita tersebut dan 4 orang anaknya yang masih bersekolah
c. Mengahwini wanita tersebut secara sah di luar kawasan tanpa pengetahuan umum
Selepas perbincangan tersebut, wanita itu telah pergi ke Kuala Lumpur bagi menutup isu tersebut selain mengelakkan daripada isu ini terus diperkatakan orang.
Kedua-dua pasangan tersebut telah selamat diijabkabulkan di luar kawasan pada bulan Oktober 2011 dengan diwalikan ayah wanita itu sendiri. Bagaimanapun mereka tidak hidup sebumbung dan hanya berjumpa di luar kawasan seperti di Gua Musang dan berhubung melalui telefon bimbit sahaja. ADUN tersebut sehingga sekarang masih menafikan cerita tersebut walaupun telah disiarkan dalam beberapa blog. ADUN tersebut juga pernah ditanyakan tentang isu tersebut oleh akhbar Sinar Harian pada bulan November lepas dan terus menafikannya.
Mungkin kisah yang disampaikan ini berunsur fitnah untuk menjatuhkan imej ADUN tersebut, maklumlah PRU pun hampir dekat. Rakan-rakan Tukang Screw di sekitar Dabong telah diminta Tukang Screw untuk mengesahkan cerita tersebut. Tanpa sebarang penafian mereka telah membawa Tukang Screw berjumpa bapa kepada wanita tersebut yang tinggal di Kuala Geris, Dabong untuk penjelasan lanjut. Ya, memang beliau mengakuinya dan berasa amat kecewa dengan sikap dan contoh yang telah ditunjukkan oleh ADUN tersebut. Kebelakangan ini banyak aktiviti parti yang diadakan di sana kurang mendapat sambutan dan ADUN tersebut juga makin jarang turun padang kerana malu dengan tingkah lakunya sendiri. Moral daripada kisah ini, manusia tidak sempurna dan punyai nafsu. Hanya akal dan iman yang mampu mencegah kita daripada melakukan maksiat ini. Hari ini kita tidak boleh mendabik dada bahawa kita lebih islam daripada orang lain kerana ujian Allah kepada orang-orang yang beriman adalah benar. Wallahualam.

Tamat Bab 1

Full content generated by Get Full RSS.

AAKJ.COM: GEMPAR !! ADUN PAS KELANTAN D TANGKAP " ZINA <b>...</b>

Posted: 31 Jan 2012 12:16 AM PST

Ceritanya berlaku sekitar bulan Jun 2011 di kawasan rekreasi Lata Kertas Stong apabila seorang ADUN PAS ditangkap khalwat kerana berdua-duaan di dalam kenderaan Pajero oleh penduduk kampung yang amat mencurigai tingkah laku mereka. Berita penangkapan ADUN dan pasangannya itu sampai ke pengetahuan pakcik kepada pasangan ADUN tersebut yang juga ibu tunggal yang telah berjumpa dan mendesak ADUN tersebut mengahwini wanita tersebut. Wanita tersebut yang juga ahli PAS tempatan dikatakan telah lama mengenali ADUN tersebut.

Pada sekitar penghujung Julai 2011, isteri kepada ADUN tersebut telah pergi ke rumah wanita tersebut di Kg Kuala Geris, Dabong untuk berbincang dengan wanita tersebut di mana beberapa syarat telah ditetapkan oleh bapa wanita tersebut. Antara syarat yang ditetapkan ialah:

A. Menanggung kos malu yang bakal dihadapi keluarga wanita tersebut yang telah menjalankan   hubungan sulit dengan ADUN berkenaan sejak awal tahun 2011

B. Menanggung nafkah wanita tersebut dan 4 orang anaknya yang masih bersekolah

C. Mengahwini wanita tersebut secara sah di luar kawasan tanpa pengetahuan umum

Selepas perbincangan tersebut, wanita itu telah pergi ke Kuala Lumpur bagi menutup isu tersebut selain mengelakkan daripada isu ini terus diperkatakan orang.

Kedua-dua pasangan tersebut telah selamat diijabkabulkan di luar kawasan pada bulan Oktober 2011 dengan diwalikan ayah wanita itu sendiri. Bagaimanapun mereka tidak hidup sebumbung dan hanya berjumpa di luar kawasan seperti di Gua Musang dan berhubung melalui telefon bimbit sahaja. 
ADUN tersebut sehingga sekarang masih menafikan cerita tersebut walaupun telah disiarkan dalam beberapa blog. ADUN tersebut juga pernah ditanyakan tentang isu tersebut oleh akhbar Sinar Harian pada bulan November lepas dan terus menafikannya.

Mungkin kisah yang disampaikan ini berunsur fitnah untuk menjatuhkan imej ADUN tersebut, maklumlah PRU pun hampir dekat. Rakan-rakan Tukang Screw di sekitar Dabong telah diminta Tukang Screw untuk mengesahkan cerita tersebut.  
Tanpa sebarang penafian mereka telah membawa Tukang Screw berjumpa bapa kepada wanita tersebut yang tinggal di Kuala Geris, Dabong untuk penjelasan lanjut. Ya, memang beliau mengakuinya dan berasa amat kecewa dengan sikap dan contoh yang telah ditunjukkan oleh ADUN tersebut. 
Kebelakangan ini banyak aktiviti parti yang diadakan di sana kurang mendapat sambutan dan ADUN tersebut juga makin jarang turun padang kerana malu dengan tingkah lakunya sendiri. Moral daripada kisah ini, manusia tidak sempurna dan punyai nafsu. Hanya akal dan iman yang mampu mencegah kita daripada melakukan maksiat ini. seterusnya di SKREWKUAT69
Full content generated by Get Full RSS.

ads