Selasa, 7 Februari 2012

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


.:: charm phoenix ::.: Berkabus <b>di Machang</b>

Posted: 06 Feb 2012 11:25 PM PST



pagi tadi nyer story, dah ptg baru nk wat entree??
hehehe..saje..sbb seharian ni gua main doodle tu jek..hihi..ada yg jadi, tp x sempurna..mana yg jadi tu gua tayang kt blog..hihi..
pagi td smp bandar Machang dh kul 7.50am..kabus tebal lg tu..kene bukak lampu..pic di amik time keter benti kt trepik lite Machang..otw dr rumah ke opis 50km, gua cuma lalu 3 trepik lite jek..teringat zaman duk putrajaya dr presint 11 putra damai tu, sila kira baper tiang trepik lite kene lalu?? siler siler...nk lagi..dr presint 9 flat ijau tu ke alamanda..siler kira balik...hehehe..
smlm bos kpd dahling bg coklat dr langkawi..haiii..tingat kt Labuan japz...kalo g Labuan, abes rm300-rm500 utk beli coklat sajer..pape pong, tq bos..cedap coklat!
smlm dahling g amek anak2 kt taska..huhu..sbb gua terJAMMED kt Machang, nyesal sungguh masuk bandar Machang time2 blek keje..  Niat di hati nk beli pampers utk Mia. Sbb kt sini harga jauh lebih murah 3-4ringgit berbanding di Pasir Puteh / Besut. Gua pusing2 Econjaya tu, sampai ke sudah xde parking nyer, dpt geram n nk marah org je adalah..grrrrr!! Sudah nyer, gua balik je terus. Hu hu hu...
Ok la, ending utk entree ni, gua pomot blog kat sini ... siap ada ruang utk pomot blog korang selama 8jam..gua buat dah..tp tersalah paste..kuar pic katak..cissssss..mencik laaaaa!!! Xper la..janji dah duk situ..katak pong katak ler...isk isk isk...so sape2 nk pomot blog..sile klik kt atas tu ek..

mencarisekepinghati: hujung minggu <b>di machang</b> !

Posted: 29 Jun 2011 01:15 AM PDT

horey horey ! dpt g machang . leh jumpa dgn tersyg . hehehe . sambilsambil tue leh join BrassBand camping . eh3 , tak sedar ke diri tuuu dah jd mantan ? alah , bia la . nak jgk g jenguk adikadik wat keje . bkn kena byr pun . lg pun duk kt umah bkn ada keje apa pun .

camping kali nie bertarikh 23 - 25 june 2011 . camping part 1 . yeay ! boleh gedikgedik dgn budak part 1 . bkn slalu pun . kali nie jer . hehehe . jom kita cite perjalanan camping nie . dan pengalaman sebagai MANTAN . pengarah projek camping nie ; tuan amali mohd shukor . oh tidak !! mcm xcaye kan . en.tersyg jd PP . heeee .

khamis...
pkl3 ptg bertolak dari umah . harapharap sempat la join aktiviti ptg nie . dah janji dah dgn mantanmantan yg laen . then sampai machang pkl 5 lbh . letak brg dlm bilik , then siapsiap utk trun . ceh ! bajet mcm komander lg . hahah . kali nie tumpang bilik 'syera' . naseb baek rumate2 dia takde . blh la bermaharajalela kejap . hehehe .

then turun jumpa diorg . aku pulak excited tgk ramai sgt pelatih part 1 nie . klu tak silap 83 org kot . aktiviti ptg tue mcm biasa lah . ddk dlm group . cipta trademark . dan mcm2 lg lah . tp yg plg seronok , diorg nie dpt brg amanah . setiap group dpt 3 . tau dpt apa ? telor . hah ! jagalah korg . jgn sampai pecah . jgn sampai di rampas . hehehe .

mlm tue diorg ada ceramah dgn En.Khairul . campur skali dgn pelatih kesatria . kt aud300 . tp aku pulak turun lwt . biasa la , kan dah jd mantan . hahah .

teringat time dulukala
" group nie plg bagus , nak ambek air pun beratur "
bersama mantan dan komander
jumaat...
hari kedua camping . mcm biasa lah . turun pkl 7 pg . tp kali nie berkumpul kt pdg . sbbnya ? nak masuk hutan pg tue . camping kali nie diubahsuai ckit . masuk hutan hari jumaat pg . tp aku , mcm biasa lah . kan mantan . turun lwt pun xkesah lah . bkn ada kerja pun . hehehe . nak join masuk hutan pun aku xbwk kasut . so , nnt diorg kua dari hutan . kita turun la . hehehe . tp yg bestnya , si PP tue pun xmasuk hutan jgk . ceh ! PP curi tulang . hahah . so apa lg , jlnjln bersama PP lah pg tue .

tak tau lah apa yg diorg buat kt dlm hutan tue . sbb aku xmasuk skali kan . tp yg penting , mandi dlm kolam dgn air yg 'jernih' tue xketinggalan .

then lps solat jumaat , kna trun pkl 230 pulak . aktiviti apa pun aku xtau . ikut jer trun pkl 230 ptg . kali nie aku bagus ckit . turun sama2 ngan diorg .

kali nie diorg kna reka sesuatu . dgn menggunakan kayukayan yg diambil dari hutan pg td . kt sini blh la tgk betapa kreatifnya diorg nie .

hah ! lps asar nk buat apa pulak ea ? pk punya pk . dpt la 1 idea . kita tunjuk la ckit2 alat kt pelatih . bia nnt diorg smgt ckit nk turun KO . slot nie diambil alih oleh 'pakman' .

yeay ! mlm nie aktiviti mlm kebudayaan . mlm nie kena turun awl lah . xleh terlepas nie . mesti best punya . heeee . memilih aktiviti betullah si mantan nie . mcm2 persembahan yg di persembahkan oleh pelatih nie . ada yg buat tarian , rajalawak . mcm2 lah lagi . haish , kreatif betul mereka nie .

lps je mlm kebudayaan , tuan amali pulak nk bg hellnight . so , terpaksa lah memekakkan telinga dgr dia mrh2kan pelatih . lma jgk kot . sampai dah takde suara beliau .

then lps smua2 tue . masa utk kenakan mantan c.puan aina . kita buat suprise party ckit . jln ceritanya . pkl230 ptg . pakat2 dgn mantan c.puan mia . nak turun dl . tak nak bg aina ikut . sbb nk g beli kek utk dia . klu dia ikut ssh la nnt nak kua . then ajak la en.suami g machang . tp dia pulak kena jaga budak . terpaksa la merempit g machang dgn c.puan mia . naseb bek slmt g n slmt blk . dan yg tertulis atas kek tue ' happy birthday budak kecik ' .

sabtu...
hari ketiga & last . hish , sedih la pulak nak kna tgalkan lg daerah machang nie . dan terpaksa la berjauhan dgn yg tersyg . dan jugak pelatih2 sekalian . tp nak wat cmne kan . sedar la ckit diri tuuu dah grad . hahaha .

okey . pg nie aku turun lmbt . terlbh tido lah pulak . si PP nie pulak xkejutkan aku . tp dgr2 cite dia pun trun pkl8 . ceh ! baik punya PP . aku xtau sgt la aktiviti pg tue . tp mcm biasa lah . turun pkl7 pg . ada la senamseni ckit2 . tp semalam diorg tido kat PI . aku pulak tido kt kolej . lg best . ada katil . hahaha .

jengjengjeng . nie aktiviti yg plg aku tunggu . explorace . bia pun turun lwt . tp aku ttp tak terlepas . aku pun jaga checkpoint jgk . skali ngan tuan amali . best jgk . heheh , klu camping yg aku handle sblm nie pun , tak pernah aku involve dlm explorace nie . keje aku tunggu bdk sakit je . hahaha , buang tabiat lah kali nie .

kt checkpoint tuan amali nie , pelatih kena mkn roti bersama belacan dan budu . korang pernah rasa ? klu nak rasa , blh la jumpa tuan amali . mkn sama2 dgn dia . sbb dia pun xmkn budu . hahaha . sedap2 dia je sruh org mkn . then dia psycho pelatih2 dia ckit . sandwich bersama pacat dan lintah . hah ! smuanya geli geleman . naseb lah korg .

hah tgk ! aku yg berkuasa . hahah . cepat ikut aku .

maka berakhirlah camping part 1 utk sem nie . seronok lah lyn junior2 nie . will miss u . ceh ! gatal lah pulak . sblm tue ada la sedikit cendrhati . utk mengubat lelah2 anda semua .

PP muka macho bg hadiah
huh ! penat . tp seronok !

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Pas Semakin Tertekan Dengan Kekuatan UMNO <b>Kelantan</b> <b>...</b>

Posted: 16 Dec 2011 06:10 PM PST

Pas dilihat semakin tertekan dengan kekuatan Umno Kelantan apabila semakin banyak kenyataan pemimpinnya mengkritik yakin menang di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

Malahan Umno yang tidak henti-henti berjuang untuk mencari peluang kemenangan disifatkan sebagai pasukan underdog di Kelantan kerana masih 21 tahun mencuba mencari peluang tersebut dan Umno wajar bukanlah pasukan tertekan untuk menghadapi pilihan raya umum kali ini.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor  Hasbullah Mohd Ridzwan berkata sememangnya,  Umno Kelantan kini semakin berasa tertekan dengan keputusan Tuan Guru Mursyidul Am PAS itu untuk terus bertanding di dalam pilihan raya kerana 'aura' Tuan Guru belum dapat ditandingi oleh mana-mana pimpinan Umno Kelantan. Dengan itu juga, ujarnya hasrat Umno Kelantan untuk menumbangkan Kerajaan PAS akan menjadi 'angan-angan yang tidak   berkesudahan'.

"Namun Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed yakin Pas akan tumbang di Kelantan kerana pendekatan parti itu kepada rakyat telah berubah.

Selain kurangnya masalah dalaman parti, Umno kini melancarkan strategi gelombang merah yang mendedahkan kelemahan dan kemarahan rakyat akibat kelemahan kerajaan Pas Kelantan.

"Kita sentiasa mendedahkan dengan memberitahu rakyat kelemahan kerajaan Pas Kelantan," katanya yang kini berjuang untuk mendapatkan 23 kerusi daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan pada pilihan raya umum nanti.

Bagi penganalisa politik, aura Nik Aziz bukan lagi menjadi faktor kemenangan di Kelantan kerana ianya telah terbukti dalam dua siri pilihan raya kecil di Galas 2010 dan Manek Urai 2009.

"Kita lihat dalam dua pilihan raya kecil itu lebih banyak poster Nik Aziz daripada calon digunakan tetapi hasilnya tidak memberansangkan.

"Di Manek Urai biarpun Umno tewas tetapi majoriti undi merosot mendadak kepada 65 undi sahaja. Ia menunjukkan Pas semakin mendapat tentangan kepada rakyat di kawasan kubu kuat Pas itu.

"Di Galas, Pas menerima tamparan terbesar apabila poster Nik Aziz yang lebih banyak digunakan di jalanan daripada calon gagal meyakinkan 21,000 penduduk kawasan itu dengan Umno menang majoriti lebih besar daripada pilihan raya umum 2008 iaitu sebanyak 1,190 undi," katanya.

Penganalisa itu berkata dua pilihan raya kecil itu memberi gambaran sebenar Pas lebih tertekan dalam pilihan raya umum nanti berbanding Umno yang menjadi pasukan tidak pernah putus asa membaiki dirinya untuk berkhidmat demi rakyat.

"Rakyat menilai perkara itu bukannya rakyat termakan kepada aura Nik Aziz semata-mata. Rakyat melihat praktikaliti Umno dan menghakimi kelemahan kerajaan Pas Kelantan," katanya.

Advertisement

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Pakai tudung , lesen untuk menyanyi <b>di negeri</b> kerajaan PAS <b>Kelantan</b>

Posted: 24 Jan 2012 11:59 AM PST

Penyanyi berimej baru Siti Nordiana atau lebih dikenali dengan Nana, 28, mengakui mungkin kerana imejnya yang sudah bertudung, beliau diundang oleh kerajaan Kelantan untuk membuat persembahan di negeri itu semalam.

Artis yang terkenal lagu duetnya 'Paling Comel' bersama allahyarham Achik itu juga tidak menduga beliau akan dijemput menjayakan program anjuran kerajaan negeri melalui Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan.

Menurutnya, beliau memang sedar kerajaan Kelantan mempunyai dasarnya sendiri berhubung hiburan dan bukan mudah untuk membuat persembahan di negeri itu.

"Tetapi apabila saya tiba-tiba diundang, memang terkejutlah saya dan saya rasa begitu gembira dan dihargai,"ujarnya yang buat pertama kali membuat persembahan secara tertutup sepanjang kariernya sebagai seorang penyanyi.

<b>Kelantan</b> Bukan <b>Negeri</b> Republik « ""Renunglah dengan mata hati <b>...</b>

Posted: 25 Nov 2011 12:57 AM PST

Dari Ust Idris Ahmad

Isu air di Kelantan, seolah-olah Kelantan bukan sebuah negeri yang terdapat di Malaysia. Pada hal Kelantan masih lagi di dalam peta Malaysia. Ia bukan sebuah negeri yang terpisah daripada Malaysia atau sebuah republik. Malahan banyak hasil yang kerajaan pungut di bumi Kelantan tetapi di bawa kepada kerajaan pusat. Contohnya bayaran pasport antarabangsa, stem, cukai kastam, cukai pendapatan, saman trafik yang di pungut daripada bumi Kelantan. Nampaknya otak pemimpin BN hanya pandai ambil tetapi tidak pandai memberi. Ketika hendak ambil hasil mereka teringat Kelantan, ketika hendak memberi mereka lupa Kelantan. Malah selama 13 tahun Kelantan diketepikan dari mendapat sebarang peruntukan atau pinjaman bagi meningkat bekalan air. Hanya pada pada 2011 pinjaman mudah di bawah RMK 8 sebanyak RM36 juta baru diberi kepada Kelantan dengan kontraktor dan kerja-kerja pembinaan dilantik dan dilaksanakan kerajaan pusat.

Kenapa perlu ugut rakyat, jika BN menang masalah air di Kelantan selesai?. Kenapa tidak dibantu sekarang? Hormatlah keputusan rakyat Kelantan yang telah memilih Pas. Apakah Umno sudah kehabisan modal pilihanraya di Kelantan, hanya modal air sahaja yang ada. Pada hal di negeri yang BN perintah masalah air masih tidak selesai seperti d Sarawak dan Sabah. Pemimpin Umno Kelantan khususnya cemburu melihat pencapaian kerajaan Kelantan samaada dari segi pembangunan dunia dan agama. Ketika negeri BN mengalami masalah untuk mengatasi kemiskinan Kelantan berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada nombor dua pada tahun 1990      kepada nombor enam. Percayalah jika Umno memerintah Kelantan, maka kadar kemiskinan akan naik balik ke tempat asal, seperti di Terengganu setelah turun nombor empat zaman Pas memerintah kemudian naik kembali di tempat kedua pada tahun 2004.

Walaupun dikekang dengan kewangan, Kelantan tetap menunaikan hutang lapok yang ditinggal oleh kerajaan BN sebanyak RM718 juta. Setakat 2010 telah melunaskan sebanyak RM220 juta, sekarang berbaki hanya RM498 juta. Kelantan tetap menunaikan tanggunjawab kepada rakyat dengan membuat pinjaman RM5 juta bagi membina telaga jejari sebagi alternatif membekal air bersih.

Kenapa pemimpin Umno terlalu busuk hati sehingga sanggup mendera Kelantan yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi. Tuan Guru Nik Aziz menjadi Menteri Besar dilantik melalui proses demokrasi, bukan revolusi. Nampaknya pemimpin Umno hanya boleh menerima demokrasi apabila Umno sahaja yang perlu menang, lain daripada Umno maka keputusan rakyat tidak perlu dihormati.

Pemimpin pusat sudah banyak mencabul demokrasi sejak Pas menang di Kelantan pada tahun 1990. Bermula dengan penubuhan Pegawai Persekutuan, penghulu persekutuan, memberi amaran kepada pegawai persekutuan jangan terlibat dengan program negeri seperti yang pernah diarahkan kepada pegawai pertanian yang bekerja di negeri Pakatan Rakyat, terakhir wang royalti tidak diberi kepada Kelantan.

Sebenarnya ini cara politik zaman batu, yang tidak layak memerintah di zaman langit terbuka. Pas yakin bahawa rakat Kelantan yang berjiwa merdeka tidak rela negeri mereka diperlakukan demikian rupa oleh orang sebangsa  dan senegeri dengan mereka yang berada di peringkat pusat, insyaAllah mereka akan ajar sikap pemimpin seperti begini di dalam pilihanraya akan datang.

<b>Kelantan</b> Dapat Banyak Pembelaan Daripada Kerajaan Pusat

Posted: 05 Feb 2012 08:28 PM PST

KOTA BAHARU – Status sebagai pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak menghalang Umno dan Barisan Nasional (BN) daripada terus membela rakyat dan membawa pembangunan di negeri ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata hakikatnya ialah rakyat dapat melihat sumbangan kerajaan pusat kepada Kelantan tetapi fitnah dan pembohongan pihak tertentu mengubah persepsi rakyat bahawa Umno dan BN menyekat projek pembangunan dibawa ke negeri ini.

"Bagi orang yang memfitnah menyatakan kita menyekat kerajaan pusat…mereka lalu (jambatan dan jalan raya), mereka guna lapangan terbang; tidak nampakkah mereka.

"Rakyat semakin melihat semua sumbangan kerajaan pusat tetapi malangnya fitnah terlalu banyak, maka (wujud) persepsi rakyat Kelantan (bahawa) kita menyekat. Itu tidak benar sama sekali," katanya kepada Bernama.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MTPN) Kelantan, berkata antara projek untuk kesejahteraan rakyat Kelantan ialah pembinaan 14 masjid baru dan usaha membaik pulih masjid dan surau dengan kos lebih RM40 juta sejak 2005.

Mustapa berkata pembinaan jambatan kedua Jambatan Sultan Yahya Petra sepanjang 800m berharga hampir RM150 juta menghubungkan Kota Baharu dan Pasir Pekan, Tumpat, yang dijangka siap hujung tahun ini, serta jalan bertingkat Pasir Pekan-Jalan Hamzah-Wakaf Siku, akan dapat mengatasi masalah kesesakan.

Jambatan Tendong yang menghubungkan Tendong di Pasir Mas dan Wakaf Che Yeh di Kota Baharu serta Jambatan Salor yang menghubungkan Salor-Pasir Mas juga merupakan sumbangan kerajaan pusat kepada rakyat Kelantan bagi memudahkan urusan harian mereka.

Selain itu, kerajaan pusat sedang menaik taraf Jalan Kubang Kerian-Sabak dengan kos RM27 juta, yang sekarang dilihat tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah.

Mustapa berkata di Bandar Baru Tunjung dekat sini, kerajaan pusat menempatkan beberapa jabatannya yang akan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi di situ dan kawasan sekitarnya.

Bangunan kerajaan pusat terlibat ialah Terminal Agrobisnes Negara (Teman)berharga RM85.7 juta, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan (RM20 juta), Wisma Audit Negeri Kelantan (RM18 juta) dan Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Negeri Kelantan (RM8.76 juta), Kompleks Mahkamah Syariah (RM22.1 juta) dan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (RM33.1 juta).

Mustapa berkata: "Tunjung tidak akan ada apa-apa jika tidak ada bangunan yang diwujudkan oleh kerajaan pusat. Bandar Baru Tunjung mungkin inisiatif kerajaan negeri tetapi memenuhkan bangunan di situ, semuanya bangunan kerajaan pusat.

"Kalau ada pembangunan sekitarnya, ia hasil daripada jabatan kerajaan yang ditempatkan di situ. Rakyat harus melihat sumbangan kerajaan pusat."

Mustapa berkata kerajaan pusat juga membelanjakan RM40 juta untuk memanjang dan melebarkan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, bagi membolehkan pesawat lebih besar mendarat dan berlepas dengan selamat.

"Kalau kita pergi ke Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian di sini, boleh dilihat kerajaan pusat sedang memperbesar dan menambah baik kemudahan dengan kos RM127 juta, begitu juga di Hospital Raja Perempuan Zainab II, yang melibatkan kos RM182.17 juta," katanya.

Menteri itu berkata kerajaan juga sedang membina dewan bedah baru berharga RM9 juta di Hospital Kuala Krai untuk kemudahan penduduk daerah tersebut.

Sehubungan itu, Mustapa berharap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan pembohongan pihak tertentu yang semata-mata ingin meraih sokongan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, mandat baru rakyat kepada kerajaan BN untuk kembali memerintah Kelantan akan membolehkan lebih banyak kebajikan serta pembangunan terus dilaksanakan di negeri ini.

"Kelantan banyak mendapat pembelaan dan rakyat boleh melihat dan merasai kemajuan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat di negeri ini.

"Bukan itu sahaja, kerajaan pusat menghulurkan pelbagai bentuk bantuan kebajikan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, Baucer Buku 1Malaysia bernilai RM200 dan RM100 untuk setiap murid sekolah," tambahnya. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Homestay <b>di Pengkalan Chepa</b> : Semua Homestay

Posted: 27 Jan 2012 10:40 AM PST

Kasih Teratai Homestay

Lot 4363 , Taman Sri Setia , Pengkalan ChepaKelantan.

Lengkap dengan peralatan rumah dan perkasasmemasak,setarika dan seliumut serta bantaltambahan disediakan. muat untuk 2-3 keluarga

Terletak di kawa. perumumahan yang berkejirananbaik. Bermpiran dengan kedai makan , kedaiserbanika 7 E, stesen Minyak.

Jarak perjalanan :

5 minit ke UMK & bandar pengkalan Chepa
8 minit ke Airport
15 minit ke kota Bharu
30 minit ke pasar wakaf Che Yeh

kadar sewa :
1 hari 1 malam RM 160

sekiranya melebihi 3 hari penginapan , hargadiskaun akan diberikan.

Contact Mariana Muhammad

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


PKR <b>Di</b> Perbodoh Oleh Pas <b>Kelantan</b> « Terompah Besi ™

Posted: 08 Dec 2011 06:10 PM PST

Pas Kelantan sekali lagi menganaktirikan sekutunya, PKR di negeri itu dalam pembahagian kerusi untuk pilihan raya umum ke 13.

Penganalisa politik berkata pada 2008 isu Pas tidak menghormati PKR dengan pengagihan kerusi yang sedikit dan memberikan kawasan gerenti kalah telah melahirkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong PKR Kelantan.

"Banyak suara dari akar umbi PKR marah dengan tindakan Pas yang menempatkan calon di kawasan yang mudah kalah manakala Pas di kawasan gerenti menang pada pilihan raya umum lalu.

"Ini menyebabkan pemimpin PKR tidak menonjol di Kelantan. Kali ini pergaduhan itu akan menjadi lebih besar kerana PKR mempunyai kedudukan yang kuat sekarang terutama di Selangor," katanya.

Dalam Harakahdaily, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah  berkata, kedua-dua parti masing-masing (Pas dan PKR) telah bersetuju untuk mengekalkan 'status quo' seperti PRU ke-12 pada 2008 lalu.

"Pada PRU 2008, PAS bertanding di 51 kerusi iaitu 11 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dun, manakala PKR pula bertanding di lapan kerusi iaitu tiga Parlimen dan lima Dun.

13 kerusi parlimen yang ditandingi PAS adalah, Kuala Krai, Gua Musang, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pengkalan Chepa dan Jeli.

Kerusi Dun pula adalah Kelaboran, Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kijang, Chempaka, Panchor, Tanjung Mas, Kota Lama, Bunut Payong, Tendong, Pengkalan Pasir, Chetok, Meranti, Gual Periok, Bukit Tuku, Salor, Pasir Tumboh, Demit, Tawang, Perupok, Jelawat, Melor, Kadok, Kok Lanas, Bukit Panau, Gual Ipoh, Kemahang, Selising, Limbongan, Semerak, Gaal, Pulai Chondong, Temangan, Kemuning, Bukit Bunga, Air Lanas, Mengkebang, Manik Urai, Dabong dan Galas.

Kerusi Parlimen bagi PKR pula adalah Tanah Merah, Ketereh dan Machang, manakala Dun pula adalah Paloh, Nenggiri, Guchil, Pengkalan Kubor dan Kuala Balah.

"Di peringkat DUN Pas kuasai 37 kerusi, PKR 1 kerusi manakala Barisan Nasional 7 kerusi.

Advertisement

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


YM Paduka Ayahnda Uda: Berada <b>di perupok</b> Bachok kelantan

Posted: 09 Feb 2010 11:14 PM PST


Menjlis perkahwin Abg Long samurai bergambar ayahanda pak uda, ayahandaPutra,ayahanda Sedi Lipan ,Ayahanda Pak Nik askar,Ayahanda Lee Tanah MerahDan Kanda Udi

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


Dua Maut Kereta Terbakar <b>Di Tumpat</b>

Posted: 16 Sep 2011 10:23 PM PDT

TUMPAT – Dua dipercayai penyeludup, rentung di dalam kereta yang mereka naiki setelah ia terbakar selepas terjunam ke dalam tali air di Kampung Kok Seraya, di sini malam tadi.

Kedua-duanya dipercayai cuba melarikan diri apabila menyedari terdapat sekatan jalan oleh anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) di kampung berkenaan.

Kereta Proton Iswara itu didapati membawa 30 tong diesel yang dipercayai punca kebakaran itu berlaku.

"Kereta itu dikatakan membuat pusingan U bila nampak sekatan. Mungkin mereka menyangka ia adalah sekatan polis.

"Kereta berkenaan cuba mengelak sekatan itu sebaliknya terbabas dan dikatakan bergolek beberapa kali ketika terjunam ke dalam tali air kering itu sebelum terbakar, kira-kira 100 meter dari lokasi sekatan," kata Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Annuarul Hakim Mohny kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata identiti kedua-dua mangsa belum dapat dikenal pasti kerana mereka dan kenderaan yang terlibat rentung habis.

Bomba yang dihubungi anggota SRS kira-kira 10.20 malam mengambil masa kira-kira setengah jam bagi memadam kebakaran dan menemui dua mayat, katanya.

Mayat telah dihantar ke Hospital Tumpat. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


BEN ASHAARI: Kali pertama <b>di</b> Pasar <b>Pasir Mas</b> , Kelantan

Posted: 23 Jan 2012 09:55 PM PST

Hehe.. walaupun masuk 3 tahun aku dok ulang alik Kelantan , ni laaa kali pertama aku jejakkan kaki kat sini ..

Tenang je pasar ni.. Apa yg dijual kat sini ? Apa yg aku nampak byk pakaian , mainan , beras dan mcm mcm lg ..

Murah ? Rasanya kalau pandai berbahasa Klate  skit , ok kot harganya.  Kalau mahal pon , tk mahal mana ..


Published with Blogger-droid v2.0.3

Isnin, 6 Februari 2012

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


kerdipanbintang: Aku dan <b>Rantau Panjang</b> Kelantan (siri 1)

Posted: 25 Jan 2012 07:06 AM PST

Kelmarin aku balik ke tanah tumpah darah - Rantau Panjang Kelantan. Uiss macam jauh je bunyinya. hehe. Padahal jarak aku menetap sekarang dengan Rantau Panjang cuma sejam setengah je.
Rantau Panjang - Wah!! Sibuknya. Penuh dengan pelancong. Pelancong dari seluruh negeri. Cuti tahun baru Cina katakan. Tapi aku perhatikan kebanyakan pelancong semuanya orang Melayu. Orang Melayu dari seluruh negeri di Malaysia. Orang cina? tak nampakpun. hehe ..
Rantau Panjang - di sanalah aku dilahirkan dan dibesarkan. Bersekolah kat sana juga. Dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah Menengah. Dari darjah satu hingga ke tingkatan 5. Cuma bila naik tingkatan 6 aku ke sekolah Sultan Ibrahim (1) Pasir Mas. Habis tingkatan 6 terus masuk UKM ..  habis UKM terus posting ke Sabah. 10 tahun kat Sabah. Menjelajah aku kat negeri Sabah. Nyaris-nyaris tergoda (digoda?) dengan orang perempuan Sabah. Cina kadazan pula tu. Kristian pula tu .. adoii .. 
Rantau Panjang – Pusat beli-belah. Macam-macam ada ..  Suka betul aku tengok dan perhatikan orang perempuan & lelaki dari negeri-negeri lain datang sini. Macam-macam gaya. Macam-macam dibimbitnya. Macam-macam dibelinya. Aku pula? sekadar beli buah limau siam 2 kilo je.
Rantau Panjang – penuh nostalgia bagiku. Zaman aku bersekolah menengah.
Rantau Panjang - kat tapak pasar sekarang inilah tempat aku berjalan malam-malam tenangkan fikiran. Merenung masa depan ..
Full content generated by Get Full RSS.

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: Adakah taktik paling kotor akan digunakan <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2012 06:29 AM PST


Umporno dan Barisan Nasional (BN) dianggap begitu terdesak bagi mempertahankan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13, apabila dilihat cuba membayangkan menggunakan strategi kotor.

Ini dapat dibuktikan berdasar ucapan Perdana Menteri apabila cuba menggambarkan Umno akan mempertahankan Putrajaya sehingga ke titis darah terakhir. Dan terbaru pula Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan kenyataan kira-kira 20,000 anggota Rela sedia mempertahankan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu.



Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan seperti itu yang dilafazkan seorang ketua negara cukup membimbangkan, seolah-olah membayangkan kerajaan BN terpaksa menggunakan kaedah luar normal bagi mempertahankan Putrajaya.
Malah katanya, kebelakangan isu-isu perkauman cuba dicetuskan dengan didalangi pihak tertentu bagi menakut-nakutkan rakyat termasuk meletak kepala babi di masjid.
"Rumah pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat pula disimbah cat merah dan ada unsur khianat sehingga sanggup membakar rumah," katanya pada program taklimat khas Ketua Penerangan PAS Pusat di Markas Dewan Ulamak PAS Kelantan (Madu) di Labok, petang semalam.
Hadir sama anggota-anggota Jawatankuasa Lajnah Penerangan PAS Pusat, Setiausaha PAS Kelantan, Zulkefli Mamat, Ketua Penerangan, Dr Muhammad Fadzli Hassan, Bendahari, Hanifa Ahmad dan veteran PAS, Datuk Omar Mohamad.
Sebelum itu rombongan jelajah Lajnah Penerangan PAS Pusat tiba di Gua Musang pada awal pagi dan mengadakan kuliah Subuh di Masjid Ladang Sungai Terah serta minum pagi bersama rakyat.
Pada malam tadi pula diadakan ceramah di Dataran Hijau, Batu 30, Machang dan di Gaal, Pasir Puteh. Dan pagi ini pula mengadakan kuliah Subuh di Besut dan program penerangan di Kuala Terengganu.
Manakala esok pula Jelajah Lajnah Penerangan berada di Pahang. Kelantan merupakan destinasi ketiga program berkenaan selepas Sabah dan Sarawak. Program terbabit diadakan setiap hujung minggu dijangka berakhir hujung bulan ini.
Tahun lepas seorang aktivis Gerakan Kembali Royalti Minyak Rakyat Kelantan, Hishamuddin Ghazali ditampar dipercayai samseng Umno ketika memasang sepanduk menuntut royalti di Kampung Sireh.
Tuan Ibrahim juga berkata, dakwaan pihak lawan kononnya PAS menjadi alat DAP tidak berasas sama sekali memandangkan dasar perjuangan PAS tidak pernah berubah sejak diwujudkan sehingga sekarang.
"Malah kalau kita tengok dari segi jumlah kerusi parlimen yang diitandingi PAS lebih banyak berbanding DAP pada pilihan raya umum lalu. PAS bertanding di 67 kerusi, berbanding DAP tanding di 46 kerusi. KeADILan pula bertanding di 94 kerusi.
"Macam mana DAP boleh gantikan PAS memandangkan jumlah kerusi yang ditandingi PAS lebih banyak. Hubungan akrab di antara DAP dan PAS juga dapat dilihat pada setiap pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum 2008.
"DAP sanggup membuka bilik gerakan bagi membantu PAS menghadapi pilihan raya kecil di Tenang. Begitu juga di tempat-tempat lain," ujarnya.
Pada majlis itu beliau berharap jentera PAS bekerja bersungguh-sungguh bagi mempertahankan kerajaan negeri kerana Kelantan menjadi model sehingga membolehkan Pakatan Rakyat bertapak di empat lagi negeri pada pilihan raya umum ke-12 lalu.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...



Amizudin Ahmat (Din Binjai)
Full content generated by
Get Full RSS.

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


SCREWKUAT: ADUN PAS DITANGKAP KHALWAT?

Posted: 30 Jan 2012 07:23 PM PST

Alhamdulillah akhirnya selesai juga Tukang Screw berkelana ke Kemboja dan Vietnam melawat saudar-saudara seIslam yang sentiasa bersyukur dengan segala rahmat Allah walaupun amat sukar mentauhidkanNya di negara yang tidak mengamalkan Islam. Kita yang hidup di Malaysia wajar melihat nasib saudara seagama kita di sana sebagai renungan bersama kerana kehidupan di Malaysia bagi saudara kita di sana terlalu mewah dan amat mudah beramal saleh.
Sekembalinya Tukang Screw pada minggu lepas sempat juga singgah sehari dua bertemu kawan-kawan lama di Kelantan yang pada Tukang Screw amat mudah dan praktikal gaya hidupnya tidak seperti di Kuala Lumpur. Apa yang menarik yang ingin dikongsikan Tukang Screw tentang kisah khalwat melibatkan salah seorang ADUN di KELANTAN yang diceritakan oleh rakan-rakan Tukang Screw yang hidup dan matinya di dalam PAS. Sempat juga beliau mengajak Tukang Screw kembali berjuang bersama PAS tetapi ditolak secara baik.
Ceritanya berlaku sekitar bulan Jun 2011 di kawasan rekreasi Lata Kertas Stong apabila seorang ADUN PAS ditangkap khalwat kerana berdua-duaan di dalam kenderaan Pajero oleh penduduk kampung yang amat mencurigai tingkah laku mereka. Berita penangkapan ADUn dan pasangannya itu sampai ke pengetahuan pakcik kepada pasangan ADUN tersebut yang juga ibu tunggal yang telah berjumpa dan mendesak ADUN tersebut mengahwini wanita tersebut. Wanita tersebut yang juga ahli PAS tempatan dikatakan telah lama mengenali ADUN tersebut.
Pada sekitar penghujung Julai 2011, isteri kepada ADUN tersebut telah pergi ke rumah wanita tersebut di Kg Kuala Geris, Dabong untuk berbincang dengan wanita tersebut di mana beberapa syarat telah ditetapkan oleh bapa wanita tersebut. Antara syarat yang ditetapkan ialah:
a. Menanggung kos malu yang bakal dihadapi keluarga wanita tersebut yang telah menjalankan hubungan sulit dengan ADUN berkenaan sejak awal tahun 2011
b. Menanggung nafkah wanita tersebut dan 4 orang anaknya yang masih bersekolah
c. Mengahwini wanita tersebut secara sah di luar kawasan tanpa pengetahuan umum
Selepas perbincangan tersebut, wanita itu telah pergi ke Kuala Lumpur bagi menutup isu tersebut selain mengelakkan daripada isu ini terus diperkatakan orang.
Kedua-dua pasangan tersebut telah selamat diijabkabulkan di luar kawasan pada bulan Oktober 2011 dengan diwalikan ayah wanita itu sendiri. Bagaimanapun mereka tidak hidup sebumbung dan hanya berjumpa di luar kawasan seperti di Gua Musang dan berhubung melalui telefon bimbit sahaja. ADUN tersebut sehingga sekarang masih menafikan cerita tersebut walaupun telah disiarkan dalam beberapa blog. ADUN tersebut juga pernah ditanyakan tentang isu tersebut oleh akhbar Sinar Harian pada bulan November lepas dan terus menafikannya.
Mungkin kisah yang disampaikan ini berunsur fitnah untuk menjatuhkan imej ADUN tersebut, maklumlah PRU pun hampir dekat. Rakan-rakan Tukang Screw di sekitar Dabong telah diminta Tukang Screw untuk mengesahkan cerita tersebut. Tanpa sebarang penafian mereka telah membawa Tukang Screw berjumpa bapa kepada wanita tersebut yang tinggal di Kuala Geris, Dabong untuk penjelasan lanjut. Ya, memang beliau mengakuinya dan berasa amat kecewa dengan sikap dan contoh yang telah ditunjukkan oleh ADUN tersebut. Kebelakangan ini banyak aktiviti parti yang diadakan di sana kurang mendapat sambutan dan ADUN tersebut juga makin jarang turun padang kerana malu dengan tingkah lakunya sendiri. Moral daripada kisah ini, manusia tidak sempurna dan punyai nafsu. Hanya akal dan iman yang mampu mencegah kita daripada melakukan maksiat ini. Hari ini kita tidak boleh mendabik dada bahawa kita lebih islam daripada orang lain kerana ujian Allah kepada orang-orang yang beriman adalah benar. Wallahualam.

Tamat Bab 1

Full content generated by Get Full RSS.

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


JOM JALAN MAKAN: <b>Jeli</b>, <b>Kelantan</b>

Posted: 19 Jan 2012 12:49 PM PST

Dari Sungai Golok, kami bejalan menyebrangi sungai ke Rantau Panjang, Kelantan. Kami berada di Jeli, Kelantan selama 2 malam untuk menghadiri kenduri kahwin kawan baik masa di UM dulu. Kali ni tak jalan sangat la, sibuk dengan persiapan kenduri, bejalan pun di sekitar Jeli je.


Di Jeli kami menginap di Jelita Inn, sebuah hotel bajet yg dimiliki oleh MRSM Jeli. Tempat ni agak strategik terletak di sebelah MRSM, di tingkat bawah ada kedai-kedai ala-ala R&R sementara tingkat atas pula dijadikan hotel. Bilik yg kami duduk rm50 semalam dan biliknya agak luas dan selesa tapi tak ada aircond. Tak perlu aircond tu, kat sini malam-malam sejuk...lagipun orang sponsor, dah ira bagus sangat dah...haha. Satu lagi jenis bilik ada aircond siap dengan ruang tamu yg luas (ala-ala bilik apartment) dan ada tv astro rm90 semalam, satu bilik muat ramai.
Sebahagian masa kat sini lepak rumah kenduri. Tolongnya tak seberapa, makan je banyak...haha


Kat Jeli ni ada satu pekan tempat membeli belah yg agak popular. Barang-barang kat sini seperti toto, teddybear, bantal, kain batik dan makanan sebahagian besar dari Thailand. Harga barang kat sini pun sangat murah, tak payah pgi rantau panajng pun.



Gambar-gambar kahwin...yg lain sibuk tumpang glamer...hahaha ::p
Full content generated by Get Full RSS.

Tanah Lot Getah <b>di Jeli Kelantan</b> RM170,000 - Iklan di Mudah <b>...</b>

Posted: 08 Jan 2012 05:33 AM PST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 1Visi.com tampil dengan KONSEP BARU – Dengan motto "100% Bonus* 100% Free to Join" memberi ruang kepada semua pengguna INTERNET terutama kepada 8, 000, 000 pengguna FACEBOOK Malaysia. Menyahut seruan PM Malaysia, agar rakyat Malaysia mengguna Laman Social untuk membuat pasaran produk. TANPA MODAL, anda boleh sertai 1VISI dan mempromosikan laman web ini. 1Visi.com…


Full content generated by Get Full RSS.

Masyarakat Cina <b>Di Kelantan</b> Sokong BN

Posted: 05 Feb 2012 01:26 AM PST

JELI – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan dakwaan pembangkang bahawa kaum Tionghua di negeri itu tidak akan menyokong parti berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Sebaliknya, kata beliau, pihaknya yakin bahawa  masyarakat Cina di negeri ini akan menyokong BN kerana perkara itu boleh dibuktikan melalui kehadiran besar masyarakat Cina dalam majlis yang diadakan BN di Kelantan.

"Masyarakat Cina hadir dengan jumlah yang begitu besar dalam satu majlis BN baru-baru ini, dan ini antara bukti sokongan mereka semakin meningkat di Kelantan.

"Pemimpin masyarakat Cina termasuk pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) juga telah menyatakannya (sokongan kepada BN) beberapa hari lalu," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Parlimen Jeli di Bukit Nangka di sini hari ini.

Mustapa seterusnya berkata, BN Kelantan juga yakin masyarakat Cina akan menyokong BN pada PRU13 kerana mahukan perubahan yang gagal dilaksanakan PAS selepas mentadbir Kelantan selama 22 tahun.

Mengulas perkara berkaitan, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata berkata, beliau berharap ahli UMNO di Kelantan bersatu padu.

Menurutnya, UMNO bersedia menerima sesiapa sahaja yang mahu menyertai parti tonggak bangsa Melayu itu asalkan sanggup menerima dasar perjuangan parti tersebut.

Berita Berkaitan:

Full content generated by Get Full RSS.

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


Dun <b>Kelaboran</b>: YB ADUN <b>Kelaboran</b> Menyantuni Pesakit Hospital <b>...</b>

Posted: 06 Nov 2011 07:42 PM PST








Pesakit di Hospital Tumpat sangat bertuah kerana telah dilawati oleh YB Mohd Zaki Hj Ibrahim, ADUN Kelaboran bersama Crew Skuad Kito Cakno pada 3hb November 2011 baru-baru ini. Lawatan ini adalah sebagai satu misi kebajikan yang biasa dilakukan seperti tahun-tahun sebelum ini.  
Seramai hampir seratus (100) orang pesakit dan kakitangan Hospital telah menerima cenderahati dari YB ADUN sebagai satu tanda mata keperihatinan Kerajaan Negeri Kelantan terhadap kesihatan dan kebajikan rakyatnya.
Full content generated by Get Full RSS.

ads