Ahad, 11 Mac 2012

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Homestay <b>di Pengkalan Chepa</b> : Semua Homestay

Posted: 30 Jan 2012 02:40 AM PST

Kasih Teratai Homestay

Lot 4363 , Taman Sri Setia , Pengkalan ChepaKelantan.

Lengkap dengan peralatan rumah dan perkasasmemasak,setarika dan seliumut serta bantaltambahan disediakan. muat untuk 2-3 keluarga

Terletak di kawa. perumumahan yang berkejirananbaik. Bermpiran dengan kedai makan , kedaiserbanika 7 E, stesen Minyak.

Jarak perjalanan :

5 minit ke UMK & bandar pengkalan Chepa
8 minit ke Airport
15 minit ke kota Bharu
30 minit ke pasar wakaf Che Yeh

kadar sewa :
1 hari 1 malam RM 160

sekiranya melebihi 3 hari penginapan , hargadiskaun akan diberikan.

Contact Mariana Muhammad

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


<b>Negeri Kelantan</b> Seindah Namamu: Oki Setiana Dewi

Posted: 10 Mar 2012 06:24 AM PST

http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/41391_100000284467391_5085_n.jpgArtis itu memulakan ucapan dengan kata-kata yang sangat menyentuh hati nurani: Pertama kali aku datang ke Kelantan, lantas aku jatuh cinta pada Tok Guru, seorang yang luar biasa, zuhud dan sentiasa merendah diri.

Ribuan khalayak, majoritasnya anak muda yang memenuhi gedung Kelantan Trade Centre (KTC) malam itu diam seketika saat mendengar kata-kata yang dilontarkan artis cantik yang melakonkan peran Ustazah Ana dalam filem "Ketika Cinta Bertasbih" Oki Setiana Dewi.

Khalayak sepertinya terpukau bila sang artis pujaan mereka dengan suara penuh kelembutan memuji negeri Kelantan dan Menteri Besarnya, Tok Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sekali pandang mungkin orang tersalah tanggapan, apakah ia benar-benar seorang artis filem dan sinatron terkenal Indonesia, kerana penampilannya tidak seperti majoritas artis-artis lain yang sering mendedahkan aurat, sebaliknya Oki Setiana Dewi mengenakan jilbab labuh mentutupi sehingga paras dadanya. Bertambah cantik dan ayu bila dipadankan dengan baju warna unggu yang dipakai malam itu.

"Oki memakai jilbab bukan disebabkan mahu menghadiri acara "Bicara Selebriti" yang dianjurkan Kerajaan Negeri Kelantan, di Kota Bharu, tapi Oki memakai jilbab sejak usia 16 tahun dan sebelum berlakon filem" tutur Oki.

Ketika usianya 16 tahun ia bertekad mahu menjadi seorang solehah, meskipun ia menyedari ilmu agamanya sangat minimum ketika itu. Namun telah tertanam dalam hati nuraninya satu perasaan bahawa perjalanan hidupnya kini menuju Allah SWT. Memakai kerudung adalah satu perintah agama, untuk menjaga keselamatan wanita, justeru tiada alasan untuk muslimah mengingkarinya.

Sehingga jika datang keinginan untuk melakukan hal-hal yang ditegah agama, ia teringat kerudung yang dipakainya, lantas tak jadi melakukannya. Kata Oki yang ketika itu tinggal di Batam, Riau bersama orang tuanya.

Namun memakai jilbab atau kerudung dalam usia muda pastinya banyak cabaran. Pernah orang bertanya, kenapa sih kamu pakai kerudung, bukankah itu pakaian Arab? Oki lantas menjelaskan, ini bukan pakaian Arab tapi pakaian Islam bagi muslimah. Beritahu Oki di acara bicara Selebriti malam itu.

Oki sejak dari kecil bercita-cita mahu jadi artis, namun setelah berubah ke jalan Allah dengan memakali kerudung dalam usia 16 tahun, ia merasakan peluangnya untuk menjadi artis tertutup rapat. Cita-citanya harus dikuburkan kerana mana ada direktor filem mahu mengambil wanita yang memakali kerudung sebagai artis. Lantas Oki bercita-cita pula mahu menjadi guru.

Selanjutnya, kata Oki "Suatu hari, tanpa diduga, terima telefon dari direktor filem. Kamu ditawarkan berlakon filem. Belum usai percakapan, Oki beritahu, aku sekarang memakai jilbab. Mana bisa…Jawab direktor. Bisa!"

Mendengar tawaran itu, cita-citanya mahu jadi artis filem seperti hidup kembali. Ia berlari ke musolla lantas mengadu kepada Allah SWT. "Ya Allah, aku sekarang sedang berlari menuju-Mu. Manakala rezeki juga di tangan-Mu. Jangan persulitkan rezekiku lantaran jilbab ku ini. Namun paling penting, apakah dengan pekerjaan ku (rezeki) sebagai pelakon filem kelak akan berpaling dari-Mu?

Oki diterima berlakon untuk filem "Ketika Cinta Bertasbih" yang diangkat dari novel Islami terkenal hasih karya Habiburrahman El-Shirazy dan diberi peranan sebagai ustazah Ana. Filem itu bukan saja diminati di Indonesia, bahkan Malaysia.

Menurut Oki, maklum balas yang diterimanya selepas publik menonton filem KCB, ramai remaja perempuan mula memakai kerudung. Ini adalah kesan positif yang diterima mereka lewat filem itu. Dan ini merupakan salah satu dari uslub dakwah.

Mengakhiri "Bicara Selebriti" Oki mendeklamasi sebuah puisi terkait dengan pengalamannya selama 4 hari di Kelantan dan kesempatan berjumpa dengan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman rasmi Tok Guru, di JKR 10.

Negeri Kelantan Seindah Namamu

Tanah Serendah Sekebun Bunga

Negeri Tadahan Wahyu

Cik Siti Wan Kembang

Cukup indah namamu

Seindah negerimu

Duhai

Wajahmu nan indah

Persis Jeddah

Yang pernah ku lewati

Taat menjunjug al-Quran

Teguh menggalas syariat

Yang tidak pernah goyah

Tersentuh hati kudus ku

Lantaran aku di sini

Biar tidak pernah ku duga

Bertemu seorang ulama'

Yang dicintai rakyatnya

Lalu…

Kuntum rindu yang lama tersimpan

Terubat jua akhirnya

Biar sekelumit Cuma

Beruntung rakyatnya

Menumpang teduh seorang ulama'

Yang lembut… tapi tegas beribadat

Yang pengasih…namun tidak goyah

Pada percikkan kealpaan dunia

Pasti aku merindui mu lagi

Entah kapan bisa diubati

Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu

Moga sejahtera selamanya

Memacu

Membangun Bersama Islam

Moga kita bertemu kembali

Selama berada di Kelantan, Oki juga meluncurkan buku novel terbaru beliau selepas novel pertama Melukis Pelangi di Perpustakaan Negeri Kelantan. Manakala pada pagi Jumaat Oki menghadiri kuliah mingguan Tok Guru di Medan Ilmu, Kota Bharu.

Seperti kata moderator pada malam itu, pengacara undangan dari TV Hijrah, Amim Idris, Negeri Kelantan sejak dulu menjadi tempat artis-artis yang berhijrah kepada kehidupan lebih Islami meluahkan perasaan dan isi hati mereka untuk dikongsi bersama bagi menghidupkan dakwah Islamiyyah dan memantapkan iman.

Tahniah penganjur khususnya YB Ustaz Ahmad Bhaiki Atiqullah.

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search


UMNO <b>Ketereh</b> Bantu RM10,000 | Detik Perubahan

Posted: 11 Mar 2012 03:41 AM PDT

Mohd. Izzat menerima bantuan wang tunai sebanyak RM5,000 disampaikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Datuk Md Alwi Che Ahmad di sini hari ini.

Oleh AMIRUL HAFIZ

KOTA BHARU – Dua mangsa kebakaran berhampiran pekan Ketereh, di sini Jumaat lepas menerima bantuan sebanyak RM10,000 dari UMNO Bahagian berkenaan.

Mangsa terbabit Rosidah Mohd. Zinon, 33, dan Mohd. Izzat Mohd. Wardi, 24, menerima bantuan tersebut secara tunai yang disampaikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian berkenaan, Datuk Md Alwi Che Ahmad, pada satu majlis ringkas di sini, hari ini.

"Masing-masing mangsa terbabit menerima sebanyak RM5,000. Kita harap bantuan ini sedikit-sebanyak dapat meringankan beban selepas dilanda musibah kebakaran tersebut.

"Walaupun hanya selaku pembangkang di negeri  ini namun kita amat perihatin dengan nasib semua rakyat sebab itu kita sentiasa berusaha sedaya upaya membantu rakyat mengikut kemampuan yang ada," katanya ditemui selepas majlis tersebut.

Dalam kejadian Jumaat lepas rumah kedai yang disewa mangsa untuk menjalankan akiviti perniagaan alat pengantin dan repair pakaian berjenis jeans hangus terbakar menyebabkan mereka mengalami kerugian hampir RM200,000.

Bagi Rosidah, bantuan tersebut menjadi bukti keperihatina pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap nasib rakyat atau golongan yang memerlukan.

"Saya terharu dengan bantuan ini. Sekurang-kurangnya sebagai rakyat saya dapat merasai keperihatinan seorang pemimpin," katanya.

Sementara itu Mohd. Izzat menyifatkan sumbangan sebagai penawar keresahan selepas dilanda musibah.

Dia memberitahu, akan menggunakan bantuan tersebut secara berhemah sebagai modal bagi memulakan kembali perniagaan dalam bidang jahitan yang telah menjadi kerjaya hidupnya sebelum ini.

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


SUKAN OLAHRAGA ZON <b>KELABORAN</b> - BERSAMA MEMBINA <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2012 06:31 PM PST

Hari ini 7.03.2012..sekali lagi sekolah SK Sri Tumpat 2 menjadi tuan rumah bagi acara kejohanan olahraga peringkat ZON KELABORAN. Sebelum ini sekolah menjadi tuan rumah kejohanan Badminton dan sepaktakraw juga bagi zon yang sama pada Febuari lalu.

Kejohanan olahraga merupakan kali pertama diadakan di padang sekolah. Kejohanan disertai oleh 7 sekolah yang termasuk Zon Kelaboran iaitu  Sk Tumpat, SK Sri Tumpat1, SK Sri Tumpat2, SK Berangan1 , SK Berangan2, SK Kelaboran, dan SRJK Yuk Tze.

Acara kejohanan melibatkan acara100m ,80m, 200m,4x100,Lompat tinggi, Lompat jauh dan Lontar Peluru yang merangkumi  murid lelaki dan perempuan.Acara yang diadakan dengan secara sederhana tetapi meriah. Kejohanan dijangka tamat jam  4.00 petang.







Sabtu, 10 Mac 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Kejayaan Pas <b>Kelantan</b> Sarang Gejala Sosial Berkembang Pesat «

Posted: 09 Mar 2012 05:19 PM PST

Boleh dikatakan setiap kali ceramah atau berucap, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyatakan bahawa Pas bejaya memasukkan 'Islam' ke dalam roh setiap rakyat negeri ini.

Kata Nik Aziz lagi, pembangunan tidak penting kerana perkara pertama yang perlu diperbetulkan ialah pegangan akidah dan akhlak rakyat negeri ini terlebih dahulu.

Bagaimanapun kata-kata tersebut sama sekali tidak berlandaskan realiti sebenar yang berlaku di negeri ini. Lihat statistik pihak polis, dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini sebanyak tujuh kes tembak berlaku dan lebih membimbangkan penjenyah terbabit bertindak ganas tanpa mempedulikan siapa mangsa mereka.

"Pada 31 Januari lalu, seorang wanita ditembak oleh dua lelaki yang menceroboh masuk ke dalam rumahnya sebelum melarikan sebuah kereta jenis Proton Waja di Kampung Slow Machang, Pasir Mas.

"Empat hari sebelum itu, seorang remaja lelaki cedera di pergelangan kaki kanan selepas ditembak seorang lelaki di Kampung Kuchelong, Jelawat, Bachok kerana berbalah dalam isu gadai motosikal.

Pada 7 Januari, seorang seorang tukang masak warga Thailand cedera terkena tembakan di sebuah kedai makan di Kampung Binjai, Kedai Mulong.

"Terbaru semalam, lima lelaki bertindak ganas merempuh dan mengacu pistol kepada pihak polis selepas kereta mereka ditahan di Bunut Susu, Pasir Mas.

Dua daripada mereka ditahan manakala tiga lagi meloloskan diri. Polis menemui sepucuk pistol, kelopak tanpa peluru, dua bilah parang, sebotol cecair dipercayai dadah dan empat biji pil berwarna pink.

Itu baru merupakan kes tembak yang semakin menjadi-jadi.

"Pada sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan kira-kira dua tahun lalu, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar mengakui Kelantan adalah negeri yang tertinggi di Malaysia yang mencatatkan peningkatan pesakit HIV dan Aids.

Keadaan itu kata beliau berpunca daripada remaja yang tidak mengendahkan ajaran sebenar agama Islam sehingga menyebabkan mereka terjerumus dengan maksiat dan menghidap penyakit berbahaya tersebut.

"Menurut Kementerian Kesihatan, nisbah yang dijangkiti HIV dan AIDS di Kelantan ialah 28.8 orang bagi setiap 100,000 penduduk negeri itu.

"Begitu juga dengan masalah penyakit berjangkit, menurut statistik negeri ini juga menjadi juara dalam kategori tersebut yang kebanyakkannya berpunca daripada masalah air.

Malah penyakit yang jarang ditemui di negeri lain masih ada di sini, seperti demam kepialu.

"Masalah ini tidak termasuk dengan statistik penagihan dadah, perceraian dan jenayah jalanan sehingga menyebabkan Penjara Pengkalan Chepa sesak.

Apakah ini ukuran kejayaan Pas memerintah Kelantan? Selepas 21 tahun tidak ada perubahan malah lebih teruk. Sudahlah ketinggalan dalam pembangunan tetapi dalam aspek kerohanian juga semakin rosak.

Blogger @ CBC <b>Jelawat</b>: Kelas blog bersama peserta sekolah <b>...</b>

Posted: 08 Mar 2012 07:54 PM PST

Hai semua....Hari ini Kak Bi bersama peserta baru bagi berkongsi cara-cara membuat blog di Blogspot.

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


Gangguan bekalan air <b>di Kuala Krai</b>, Bachok esok - Utusan Online

Posted: 06 Mar 2012 08:01 AM PST

Gangguan bekalan air di Kuala Krai, Bachok Khamis

Gangguan bekalan air di Kuala Krai, Bachok Khamis

06/03/2012 2:50pm

KOTA BHARU 6 Mac - Penduduk di daerah Kuala Krai dan Bachok akan mengalami gangguan bekalan air esok dan Jumaat ini.

Menurut Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB), Hazwan Hassan, gangguan bekalan air di Kuala Krai esok berlaku disebabkan kerja-kerja penukaran paip air mentah di Loji Tualang dan dijangka menyebabkan tekanan air rendah.

Beliau berkata, gangguan dijangka berlaku antara pukul 9 pagi hingga 5 petang dan kawasan terlibat adalah Gichil 7, Taman Krai, Aur Duri, Batu Lada serta kawasan sekitar bandar Kuala Krai.

Bagi daerah Bachok pula katanya, gangguan pada Jumaat ini disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Air Kampung Chap dalam usaha meningkatkan perkhidmatan bekalan air kepada pengguna.

"Antara kawasan terlibat ialah Kampung Kuau, Padang Bual, Beris Tengah, Bekelam, Kampung Nangka, Kampung Chap, Padang Lati, Banggol Pauh, Dusun Durian, Belukar, Bator, Cherang Hangus, Kucelong Teratak Pulai.

"Gangguan dijangka berlaku bermula pukul 10 malam hingga 5 pagi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


SAINS: Banyak Tersirat <b>Di</b> sebalik Paparan Ini

Posted: 10 Mar 2012 01:46 AM PST

KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.

Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.

Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.

Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.

Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya. - Harian Metro

Bersama kita renungkan

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Sayap CandidSyndrome akan dibuka <b>di Kota Bharu</b> » Wedding <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2012 06:59 AM PST

Salah satu kenangan manis saya semasa berkongsi pengalaman fotografi dengan peminat fotografi di Bandar Sandakan, Sabah. Kursus anjuran Photochronic ini telah mencatat sejarah kursus fotografi berbayar yang paling berjaya di Sandakan.

Maaf foto rendah kualiti memandangkan pada malam ketika foto ini di ambil, elektrik galeri ini tidak berfungsi. Ini bakal menjadi galeri fotografi CandidSyndrome Kota Bharu. Individu dalam foto ini ialah rakan kongsi tempatan di Kota Bharu yang juga seorang jurufoto antarabangsa didikan dari Saiful Nang Academy of Photography (SNAP)

Jika mahu semua yang mustahil pun boleh jadi. CandidSyndrome bermula dari modal RM90 pada tahun 2004 telah mula melebarkan sayap ke Brunei Darussalam sebagai cawangan luar negara yang menjadi pada tahun 2006. Itupun setelah kegagalan representasi yang diutus oleh CandidSyndrome untuk pelebaran dan penerokaan pasaran fotografi di United Kingdom pada tahun 2005. Lalu selepas itu, ia terus berkembang sehingga pada tahun 2010 kami sekali lagi menghantar utusan ke Stockholm melalui Mattias Ram dan Jakarta melalui Agah Permadi. Mereka ini adalah representasi jenama yang melakukan percubaan dan proses mengenali pasaran tempatan sebelum kami terjun ke sana. Juga satu lagi rancangan gagal untuk ekspansi ke Perth Australia disebabkan kegawatan ekonomi juga beberapa sebab lain. Semua yang ada kini bukan terjadi begitu sahaja, ia telahpun terjadi melalui siri kegagalan demi kegagalan. Apa yang paling penting ialah, kita belajar dari kegagalan itu untuk kita mengorak langkah lebih kemas pada masa mendatang.

Pada tahun 2011, Lembaga Pengarah syarikat, Colours of Asia Sdn Bhd yang dipengerusikan oleh saya sendiri dan juga pengarah-pengarahnya bersepakat untuk mempelbagaikan produk CandidSYndrome melangkaui fotografi perkahwinan sahaja. Maka dengan itu, kami menjadi tumpuan pula untuk tugasan-tugasan fotografi korporat, industrial, komersil, produk, travel, lanskap dan sebagainya. Selain dari fotografi, kami juga melebarkan model perniagaan kepada Pendidikan melalui Akademi Saiful Nang dan juga CandidSyndrome Film (CSF) untuk cabang produksi visual yang juga semakin popular bagi pelanggan yang mahu mendapatkan perkhidmatan video korporat berprofil tinggi, dokumentari, Program TV, Filem Pendek dan banyak lagi. Selain dari itu kami juga sedang menjalankan beberapa perniagaan fotografi yang belum boleh kami umumkan kepada semua TETAPI masih dalam ruanglingkup yang sama iaitu SENI VISUAL.

Selaras dengan itu, kami membuat perancangan ekspansi ke dua tempat utama dahulu iaitu di Kota Bharu dan Pulau Pinang. Dengan adanya ekspansi ini, kami merasakan ia satu cabang yang sangat baik dalam penyampaian CandidSYndrome agar ia dikenali sebagai satu jenama besar dalam segala keperluan fotografi. Kota Bharu adalah anak pertama dalam perancangan ini. Doakan kami, insyaAllah jika tiada aral melintang, GALERI FOTOGRAFI CANDIDSYNDROME KOTA BHARU akan beraksi dalam 3-4 bulan dari sekarang. Terima kasih kepada anda semua yang telah menyokong kerjaya saya selama ini dari mula tiada apa hinggalah kini masih terus merangkak tanpa letih.

Semoga Allah berkati anda semua.

ENjoice!

SAIFUL NANG
MPA (UK), WPJA, B.Sc Media (MMU)
Principal Photographer of CandidSyndrome International.
saifulnang@candidsyndrome.com

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


BANGLO <b>DI BUNUT PAYONG</b> TANAH 430DEPA

Posted: 14 Nov 2011 10:45 AM PST

8458 Hollywood Drive

Kawasan yang sangat berpotensi untuk didiami atau untuk dilaburkan kerana berada di kawasan bunut payung,kota bharu. Prasarana yang tersedia sekeliling memudahkan pelanggan dan menjimatkan segala kos. Kawasan projek berdekatan dengan Pejabat pendidikan negeri,

Sekolah Menengah Zainab 1,Sekolah Menengah Zainab 2,Sultan Ismail Kolej,Billion Hypermarket,Hotel Renaissance,Apartmen Sri Mutiara,McDonald Wakaf Che Yeh, Pusat Membeli belah wakaf Che yeh dengan kemudahan & prasarana yang dekat dengan tapak projek menyebabkan projek ini dijangka melambung tinggi harga bila-bila masa.

Kawasan sekeliling tapak projek akan di bangunkan surau, projek-projek perumahan(sebelah tapak projek)

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Masjid Beijing <b>Rantau Panjang</b>|Great Teacher Onizuka

Posted: 17 Feb 2012 05:08 AM PST

Semasa bershopping di Rantau Panjang last time, sempatla lalu di Masjid Beijing. Plan nak singgah lepas bershopping, namun atas ke jem an yang melampau, sempat ambil gambar masa pergi tu je ...
Fakta menarik mengenai Masjid Beijing ini :
  1. Menggabungkan seni budaya Cina dan Thailand yang menjadi simbol perpaduan masyarakat Kelantan.
  2. Diurus sepenuhnya oleh kaum cina muslim dari imamnya hinggalah ke ajk-ajknya.

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


KENALI <b>NEGERI KELANTAN</b> | Selami Hati Kenali Diri

Posted: 04 Mar 2012 11:54 PM PST


DI NEGERI MISKIN INILAH,Jual beli dihentikan bila... azan berkumandang,
|DI NEGERI MISKIN INILAH|
>Selebriti wanita popular tanah air bertudung ayu,
... |DI NEGERI MISKIN INILAH|,
>Berebut ibu ayah mendaftar anak di Maahad Tahfiz Sains,
|DI NEGERI MISKIN INILAH|,
>Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak riba,
|DI NEGERI MISKIN INILAH|,
>Kerja 5 hari seminggu mula berkuatkuasa,
|DI NEGERI MISKIN INILAH|,
>Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama,
|DI NEGERI MISKIN INILAH|,
>Cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke 60 hari,
|DI NEGERI MISKIN INILAH|,
>Elaun Menteri Besar dipotong utk Tabung Serambi Mekah,
|DI NEGERI MISKIN INILAH|,
>Amalan memberi cenderamata kpd pemimpin dihentikan,
|DI NEGERI MISKIN INILAH|,
>Waktu bekerja pd bulan Ramadhan dipendekkan,
|DI NEGERI MISKIN INILAH|,
>Iddah diberikan khusus kpd kakitangan wanita yg kematian suami,
|DI NEGERI MISKIN INILAH|,
>Tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat hiburan,
|DI NEGERI MISKIN INILAH|,
>Papan tanda cara menjaga aurat ditayangkan,
|DI NEGERI MISKIN INILAH|,
>Peringatan waktu solat di sepanjang jalan,
|DI NEGERI MISKIN INILAH|,
>Lahirnya tokoh2 terkenal,
|DI NEGERI MISKIN INILAH|,
>Ramai org diajar agar mula mengenal TUHAN (ALLAH)

Kredit Idea: Rakan FB Wan Sham & Azlan Tan

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


Najib <b>di Kelantan</b> untuk lawatan kerja sehari | Macam Best

Posted: 01 Mar 2012 10:24 PM PST

KOTA BHARU 2 Mac — Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini pagi ini untuk lawatan kerja sehari ke tiga daerah di Kelantan.

Perdana Menteri tiba pada 9.25 pagi sebelum menaiki helikopter untuk menghadiri majlis ramah mesra bersama anggota tentera Rejimen Sempadan dan keluarga mereka di Batu Melintang, Jeli, selain menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Jeli.

KLIK LIKE JAP. Terime kasih. =)

Di Pasir Mas, beliau akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Hutan Chengal, dan menemui pengetua dan guru-guru di kawasan Parlimen berkenaan serta menghadiri jamuan rakyat di Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas.

Seterusnya, Perdana Menteri akan menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan ramah mesra bersama profesional Kelantan di Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab, Kota Baharu.

Pada sebelah malam, Najib dijadual menghadiri majlis bersama pemimpin-pemimpin Barisan Nasional negeri sebelum pulang ke Kuala Lumpur. — BERNAMA

Incoming search terms:

  • lawatan najib ke kelantan (4)
  • gambar lawatan najib ke kelantan (3)
  • umk jeli 2 mac (2)
  • gambar lawatan pm ke kelantan (2)
  • lawatan pm ke umk kelantan (1)
  • najib kat jeli (1)
  • najib kelantan (1)
  • najib kelantan 3 mac (1)
  • pm di jeli (1)
  • pm umk jeli (1)

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


Amy <b>di Tanah Merah</b>.......Miz U lah - Remyhazza

Posted: 01 Mar 2012 02:11 AM PST

Salam utk semua...... hai2..... moga ceria semuanyer......
pelik tak tajuk remy pada kali nie ???
Amy di tanah merah.....
he3.... nothing to worried about..... 
amy di tanah merah tu sebenarnya nama sebuah restaurant.....
remy translate kan.... sebenarnya... nama restaurant tersebut adalah Amy red land Chinese kelantan restaurant.....
best sangat lepaking kat sini dua hari lepas.....dah lama remy tak mkn2 kat sini... selalu lalu jer..... alang2 dah ada geng bas sekolah yg memang geng kaki mkn, remy bawaklah ke sini.....
sebenar restaurant nie ade dua cawangan... satu terletak berhampiran dgn stesen komuter nilai dan satu lagi yg remy lepak nie kat area persimpangan ke kota seri emas.
deco kat dlm restaurant nie pun cantik.....
tengok dari jauh pun dah menarik minat kita utk singgah selalu.....
kemas dan yg penting....nampak kebersihan diutamakan.....
presentation food pun not bad.....
sedap2 mknan kat sini......byk pilihan dan rega yg masih dibwh tahap  
mampu......aritu remy mkn tomyam yong tau fu.... diet ler tu konon....tapi kalau dah semangkuk... diet ker ???
manakala kenkawan yg lain ade yg mkn kueh tiaw tomyam, bihun sup dan juga hotplate noodle...... setiap satu nampak menarik sangat.... tak kedekut inti.....
tapi satu jer air feberet remy kat sini........ remy suka ice lemon tea sebab ade sentuhan buah pala dalam air tea tersebut...... so rasanya ade sedikit kelainan dari ice lemon tea ditempat lain....wangi buah pala....
so moh kita mkn2......sesekali kena tomyam semangkuk....panas jugak telinga kan.....? tapi biler dpt mkn free dessert puding hijau tu.... sejuk rasanyer hati.....
enjoy your meal....yummy2....

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search


Nasi Lemak Buah <b>Ketereh</b> - yang ingin kukongsi...

Posted: 07 Jan 2012 04:02 PM PST

Assalamualaikum
Ahad
08-01-2012
Salam hari minggu!

Pagi ni, Nasi Lemak Masak Sendiri untuk anak-anak, juga untuk dikirim sedikit kepada kengkawan ber-mini-gathering sarapan pagi ini nun di BBB. Sori Berlori tak dapat join, kerana harus berada di luar kawasan pagi ini.

KAKCIK, tolong bawakkan eh?


Dengan ucapan, "Kenang daku dalam doamu." > macam ucapan tahun 70-an! hahahaha

Aku baru tahu "ketereh @ tere" tu rupanya buah gajus! uishhh naifnya aku!

Selamat berhujung minggu kengkawan!

~...HISYAM sudah bersedia di tepi Sungai Menghijau Lumut, menanti SERI BULAN untuk menjelajah baruh dengan pesanan jangan memakai kebaya dan batik lepas, nanti banyak mata tidak lepas, banyak tangan tidak terbatas...~

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Kepimpinan Ku Li masih diperlukan <b>di Gua Musang</b> « Persada

Posted: 05 Mar 2012 04:20 PM PST

Gua Musang – Desas desus mengenai pengguguran Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) untuk bertanding kerusi itu Pilihan Raya Umum Ke 13 nanti mendapat pelbagai reaksi.

Seorang penduduk, Abdullah Yusiff, 63, berkata, rakyat akan menolak BN sekiranya Ku Li tidak dicalonkan semula untuk kerusi Parlimen Gua Musang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.

Dia menyifatkan Ku Li masih mampu menjalankan tugas sebagai wakil rakyat kawasan tersebut kecuali Ku Li sendiri menyatakan ingin bersara daripada perjuangan politik.

"Kami sebagai rakyat Gua Musang tetap mempertahankan Ku Li supaya kepimpinan BN dapat mencalonkan semula kerusi kawasan itu kerana kami masih sayangkan perjuangan dia," katanya.

Mustapha Ab Rahman, 52, pula berkata, Ku Li yang sekian lama berjuang untuk rakyat Gua Musang tidak sewajarnya dibelakangkan untuk menghadapi PRU 13 akan datang dan perlu dikekalkan.

Beliau bimbang sekiranya Ku Lu tidak dicalonkan semula kemungkinan bukan sahaja kerusi Parlimen Gua Musang yang kalah, tetapi juga tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) termasuk Galas, Nenggiri dan Paloh.

"Kami benar-benar terkejut apabila Ku Li membuat pengumuman akan bertanding calon Bebas jika digugurkan sebagai calon BN dan ini seolah-olah beliau telah tahu tidak akan dicalonkan semula," katanya.

Deraman Harun, 45, berkata, beliau amat sedih dengan kenyataan Ku Li itu dan berharap kepimpinan BN di peringkat atasan tidak membuat kejutan dengan menggugurkan Ku Li daripada bertanding pada PRU13 nanti.

"Kita mempertahankan Ku Li sebagai pemimpin paling lama dan jangan gugat kewibawaan pemimpin itu dengan meletak calon tidak diterima rakyat," katanya.

//sinar harian

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


Anak Cucu Nawi & Esah: Piknik <b>di</b> Pantai <b>Kelaboran</b>

Posted: 26 Jan 2012 11:58 PM PST

Ya Allah... Rahmatilah keluarga kami, berikan kebahagiaan dan rezeki yang tidak putus-putus pada kami. Kekalkanlah dan hadirkanlah kasih sayang dalam hati kami. Kami merayu agar Kau lindungi keluarga kami dari kejahatan yang lahir dari keburukan dan kelemahan insan dan juga dari ciptaanMu yang lain. Mohon padaMu Ya Fattah, permudahkan setiap urusan kami selagi ia membawa kebaikan. Bekalkanlah kami semua dengan ilmu yang berguna dan perbaikilah amalan kami, demi dunia dan akhirat kami. Amin...

Lagi 10000 Dijangka Terima BR1M | Detik Perubahan

Posted: 16 Feb 2012 12:31 AM PST

TUMPAT – Dijangkakan seramai 10,000 lagi penduduk Tumpat akan menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan diagihkan secara berperingkat di daerah ini sehingga pertengahan bulan Mac depan.

Naib Ketua Umno Bahagian Tumpat, Wan Hanapi Wan Yaakob berkata, setakat ini sebanyak 14,000 borang permohonan BR1M yang diisi oleh mereka yang berpendapatan isi rumah RM3000 ke bawah sudah diluluskan.

"Daripada jumlah itu sebanyak 7,300 mereka yang layak sudah menerima BR1M sebanyak RM500 setiap orang melibatkan peruntukkan RM3.65 juta.

"Pemberian BR1M ini membuktikan kerajaan komited dalam membantu golongan bawahan.

"Ini jelas membuktikan bahawa slogan 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' bukanlah satu omong kosong daripada pihak kerajaan seperti yang diuar-uarkan pihak pembangkang," katanya.

Wan Hanapi berkata demikian ketika ditemui dalam majlis penyampaian BR1M bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelaboran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Berangan.

Menurutnya, bagi penduduk Dun Kelaboran, agihan BR1M seterusnya akan diadakan pada Jumaat ini di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Biji Wangsa pada jam 8 pagi untuk 652 penerima.

"Agihan pada Jumaat ini merupakan agihan fasa yang ke- 4 dan setakat ini seramai 2710 rakyat di Dun Kelaboran sudah menerima BR1M tersebut," katanya.

Seorang penerima, Poot A/P Jamak, 81, berkata, dia amat berterima kasih kepada kerajaan yang prihatin dengan nasib rakyat yang berpendapatan rendah apabila menghulurkan wang RM500 setiap orang.

"Terima kasih banyak–banyak, saya akan gunakan wang ini untuk kebajikan, nak buat amal," katanya.

Sempena agihan fasa ke–3 di SMK Berangan itu, seramai 840 rakyat di Dun Kelaboran menerima BR1M membabitkan peruntukkan sebanyak RM420,000. – Sinar Harian

ads