BACHOK- Ibu mana yang tidak tersentuh bila melihat anak kandung yang dilahirkan tidak seperti kanak-kanak lain yang melalui hidup secara normal.
Namun, bagi bagi Asliza Omar,30,keganjilan tubuh anaknya, Nurul Afida Razi,3, yang berbulu diseluruhi badan tidak pernah membuatkan dia merasa rendah diri.
Menurut Asliza,bulu yang ada pada tubuh anak bongsu dari tiga adik-beradik wujud sejak dilahirkan dan menyebabkan dia mempunyai kad kanak-kanak kurang upaya(OKU).
"Sejak lahir lagi, bulu lebat di badan Nurul, namun dia tiada masalah kesihatan melainkan agak lambat bercakap.
"Saya telah merujuk Nurul Afida ke hospital dan setiap enam bulan dia akan dibawa untuk pemeriksaan. Ujian darah telah diambil dan menunggu keputusan daripada pihak hospital," katanya ketika ditemui di rumah di Kampung Changgong,semalam.
Asliza berkata, kali pertama sampel darah Nurul Afida diambil ketika berusia dua bulan, namun setelah dua tahun menunggu keputusan,pihak hospital memaklumkan sampel darah anaknya itu hilang.
Oleh itu katanya, dia membawa Nurul Afida kembali ke hospital terbabit pada 3 Julai 2011 dan temu janji terbarunya pada 9 April nanti.
Asliza berkata, dia sendiri tidak tahu bagaimana keadaan itu boleh berlaku terhadap Nurul Afida, namun tidak kekok untuk membawa anaknya itu ke mana-mana majlis.
Dua lagi adik beradik Nurul Afida, Mohd Zulkifli Hanif,8, dan Nurul Aimi,7 normal dan tidak mengalami kesihatan.
Menceritakan keadaannya, Asliza berkata, dia tidak pernah mengalami kejadian yang pelik semasa mengandungkan Nurul Afida, namun mengakui pernah melihat lembaga semasa berada di pantai.
"Sebulan sebelum saya hamil, beberapa minit sebelum Maghrib, saya bersiar-siar di pantai dan tiba-tiba terlihat satu lembaga seperti seekor kambing yang datang dari arah laut.
"Ia berwarna hitam dan berbulu, saya tidak terkejut atau menegur makhluk itu dan menganggap ia biasa sahaja. Beberapa minggu selepas itulah baru saya hamilkan Nurul Afida," katanya.
Bagaimanapun, Asliza berkata, keadaan Nurul Afida tidak seteruk yang dihidapi beberapa kes sama yang berlaku di dunia, sehingga menjejaskan kehidupan seharian.
Menurutnya, bulu yang tumbuh pada badan Nurul Afida hanya kelihatan lebat, namun tidak menjejaskan saluran pernafasan atau penglihatannya.
Azliza berkata, dia dan suaminya, Razi Mohd Nor,37 yang bekerja sebagai nelayan reda dengan ketentuan tuhan dan mengharapkan anak itu kembali normal setelah mendapat rawatan dari pihak hospital.
Dalam pada itu, ketika dihubungi,Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu (HRPZ) akan memberi kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.
Untuk rekod kanak-kanak perempuan di Thailand, Supatra Sasuphan,12, berbulu di seluruh badan dipercayai mengidap Sindrom Ambras itu sejenis penyakit akibat genetik kromosom. Mengikut rekod hanya 50 individu di dunia pernah mengidapnya.
Manakala,di Mumbai, India, tiga gadis Aavita,23, Monisha,18, dan Savitri,18, berdepan kemungkinan menjadi anak dara tua akibat pertumbuhan bulu tidak terkawal akibat penyakit Hypertrichosis Universalis.
Mengikut nisbah, penyakit itu dihidap seorang daripada satu bilion penduduk dunia.
Bachok terletak kira-kira 30 km dari Pusat Bandar Kota Baru. Sumber ekonomi utama penduduknya ialah pertanian. Kebanyakan penduduk Bachok terlibat dengan penanaman tembakau.
Penanaman tembakau biasanya dimulai setelah berakhirnya musim tengkujuh iaitu seawal bulan januari atau februari.
Ada juga petani yang memulakan penanamannya pada bulan mac. Ini kerana mereka ingin memastikan musim hujan betul-betul telah berakhir.
Pokok tembakau sangat alahan dengan hujan yang lebat. Pokok-pokok tembakau ini akan musnah jika ditimpa hujan yang berterusan. Inilah risiko yang terpaksa ditanggung oleh para petani yang menanam tembakau di Bachok.
Harap-harap hasil tanaman mereka sentiasa menjadi sepanjang tahun.
Bachok terletak kira-kira 30 km dari Pusat Bandar Kota Baru. Sumber ekonomi utama penduduknya ialah pertanian. Kebanyakan penduduk Bachok terlibat dengan penanaman tembakau.
Penanaman tembakau biasanya dimulai setelah berakhirnya musim tengkujuh iaitu seawal bulan januari atau februari.
Ada juga petani yang memulakan penanamannya pada bulan mac. Ini kerana mereka ingin memastikan musim hujan betul-betul telah berakhir.
Pokok tembakau sangat alahan dengan hujan yang lebat. Pokok-pokok tembakau ini akan musnah jika ditimpa hujan yang berterusan. Inilah risiko yang terpaksa ditanggung oleh para petani yang menanam tembakau di Bachok.
Harap-harap hasil tanaman mereka sentiasa menjadi sepanjang tahun.
KOTA BHARU, 16 April: Pada Febuari lalu sekumpulan Orang Asal dipercayai didalangi Jaringan Orang Asal Semenanjung (JOAS) mengadakan demontrasi dan sekatan jalan raya di Kuala Betis, Gua Musang.Ekoran itu penduduk Orang Asal tempatan, Ajom A/L Alang membuat laporan polis kerana tidak senang dengan tindakan JOAS yang disifatkan menganggu kehidupan mereka.
Ini kerana kumpulan terbabit sebahagian besar bukan penduduk Orang Asal tempatan, sebaliknya didatangkan dari Perak dan Pahang.
Dan semalam pula kumpulan sama yang mahu dikenali sebagai Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan mengadakan demontrasi di hadapan kompleks Kota Darulnaim.
Mereka datang dengan empat bas yang disewa khas dan sebahagian besar dipercayai bukan penduduk tempatan, sebaliknya datang dari Perak dan Pahang.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yusoff berkata, kumpulan Orang Asal itu dilihat berada di hadapan Kota Darulnaim sebelum jam 8 pagi, ketika pejabat kerajaan belum beroperasi.
"Sebahagian besar mereka dipercayai bukan penduduk Orang Asal tempatan. Pihak terbabit sengaja mahu menimbulkan persepsi negetif terhadap kerajaan negeri dengan mengungkit-ungkit perkara yang sama.
"Sedangkan kerajaan negeri sudah menjelaskan tidak ada istilah tanah adat Orang Asal di Kelantan seperti sesetengah negeri lain.
"Biar pun begitu kerajaan tetap mewartakan tanah bagi kepentingan masyarakat mereka. Perkara itu sudah difahami penduduk Orang Asal tempatan kecuali mereka yang tinggal di Perak atau Pahang," katanya di sini.
Akhbar tempatan hari ini melaporkan penduduk Orang Asal demontrasi dan menyerah memorandum mendesak kerajaan Kelantan mewartakan tanah adat mereka.
Sementara itu di Kuala Krai, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menjelaskan kawasan seluas 100 hektar di Pos Jedip dalam proses untuk diwartakan sebagai penempatan masyarakat Orang Asal.
Selain itu katanya, pada 2010 kerajaan negeri menyerah surat hak milik tanah kepada 89 penduduk Orang Asal di Pos Sendrop, Lojing.
"Kawasan lain termasuk Kuala Betis juga akan diwartakan sebagai kawasan penempatan Orang Asal dan tidak berbangkit kerajaan negeri mengenepikan masyarakat Orang Asal di Kelantan," katanya selepas majlis penyampaian geran tanah dan bantuan sosial di Mengkebang.
Menurutnya juga tidak ada istilah tanah adat Orang Asal di Kelantan seperti didakwa kumpulan terbabit.
Beliau juga menafikan kerajaan negeri melulus aktiviti pembangunan berhampiran penempatan Orang Asal di Gua Musang.-SOURCE
KUALA KRAI, 21 Feb: Peristiwa cemas penduduk di Dun Manek Urai pada Julai 2009, diserang umpan kebendaan kini semakin dilupakan.
Sebaliknya hari ini mereka bangkit mengumpulkan semula kekuatan lama, ketika PAS hanya tinggal dua kerusi Dun pada pilihan raya umum 1978 di Kelantan.
Ketika itu PAS hanya bertahan di Dun Manek Urai dan Sering (Panchor).
Longgokan duit dikatakan diangkut menggunakan helikopter ditabur menjelang hari pengundian pada 14 Julai 2009, menambah semangat penduduk bagi mempertahankan PAS.
Semangat lama dibangkit kembali apabila ramai penduduk memenuhi program Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di padang Majlis Daerah Dabong di Manek Urai Lama petang semalam.
Semangat berkobar-kobar turut dipamerkan anak muda apabila seramai 100 belia menyambut dan mengiringi kedatangan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ke program berkenaan.
Perarakan motosikal kapcai sejauh dua kilometer dengan mengibarkan bendera hijau seperti menenggelamkan aura kedatangan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Manek Urai Baru dua minggu lalu.
Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah berkata, berbeza jauh apabila rakyat datang beramai-ramai tanpa perlu diangkut pada program yang diadakan di Markas PAS Kampung Manek Urai Lama.
"Berbeza dengan kehadiran TPM apabila guru-guru dan kakitangan kerajaan pusat dikerah hadir sehingga pelajar dibenarkan pulang awal pada hari berkenaan.
"Kita boleh lihat sendiri dua situasi yang berbeza. Saya nampak rakyat di Dun Manek Urai bangkit semula selepas mereka dikejutkan pada pilihan raya kecil lebih dua tahun lalu," katanya ketika ditemui di program berkenaan.
Menurutnya kedatangan Timbalan Presiden PAS seperti memulihkan semula semangat penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Dun Manek Urai.
Program Pemimpin Bersama Rakyat dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri bermula jam 3 petang. Hadir pegawai penerangan urusetia terbabit, Norhashimah Deraman.
[unable to retrieve full-text content]Haji Abdullah Tahir Bunut Payong (20 Jun 1897 - 15 Ogos 1961), merupakan salah seorang 'ulama' besar negeri Kelantan yang masyhur alim dalam ilmu fiqh dan pengasas Pondok Bunut Payong yang terkenal di seluruh ...
SALAH seorang ulama' besar negeri Kelantan yang masyhur alim dalam ilmu fiqh. Pendiri Pondok Bunut Payong yang terkenal di seluruh semenanjung itu. Seangkatan dengan Hj. Ali Pulau Pisang, Hj. Yaakub Lorong Gajah Mati, Hj. Saad Kangkong, Hj. Ahmad Batu Tiga Repek, Hj. Salleh Pedada dan lain-lain.
Dilahirkan di Kg. Sireh, Kota Bharu pada 20 Muharram 1315 bersamaan 20 Jun 1897. Bapanya, Hj. Ahmad bin Mohd Zain yang berasal dari Kg. Chepa, Kedai Lalat pernah berkhidmat sebagai imam tua di Masjid Langgar, Kota Bharu (berkhidmat sehingga 1920)
Sesudah berguru selama 15 tahun dengan Tok Kenali, beliau belayar ke tanah suci Makkah untuk mendalami pengajiannya. Antara lain mengikuti kuliah Tuan Mokhtar Bogor, Sheikh Said al-Yamani, Sheikh Mohd Ali al-Maliki dan beberapa tokoh yang lain lagi.
Sekembali ke Kelantan, beliau diminta menyertai kumpulan tenaga pengajar Halaqat Kitab di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Bagaimanapun, khidmatnya tidak lama kerana pada 1931, beliau memulakan kegiatan keguruannya sendiri di Bunut Payong yang di beri nama Madrasah Ahmadiah. Madrasah ini kemudian terkenal ke seluruh pelosok semenanjung Melayu sebagai pusat pengajian pondok yang berprestasi tinggi di Kelantan.
Di Pondok Bunut Payong inilah Tuan Guru Hj. Abdul Tahir mengajar kitab hingga ke akhir hayatnya. Beliau terkenal sebagai seorang tok guru yang tekun mengajar serta mengamalkan disiplin diri yang tegas.
Kerana kegigihannya yang sedemikian, maka tidak peliklah jika Pondok Bunut Payong berjaya melahirkan ramai murid berilmu tinggi seperti Hj. Hussain Rahimi, Hj. Nik Man Sg. Budor, Hj. Abdul Aziz Pasir Tumbuh, Hj. Ismail Padang Lepai, Hj. Abdullah Kok Lanas, Hj. Omar Kubang Bemban, Hj. Abdul Rahman Slow Machang, Hj. Wook Lubok Chekok, Hj. Noor Teliar, Hj. Sulaiman Siram, Hj. Daud Bukit Bunga, Hj. Yaakub Kelong, Hj. Ghazali Pulau Chondong, Hj. Zakaria Selising, Hj. Osman Perlis, Hj. Ahmad Kodiang, Hj. Yahya joned Gurun, Hj. Ibrahim Bongek, Hj. Abdul Wahid Sungai Udang, Hj. Hussain Umbai, Hj. Ahmad Relai, Hj. Hasanuddin Berhala Gantang, Hj. Ismail Phuket, Hj. Ghazali Mundok.
Kerana ketokohannya juga beliau dilantik menganggotai Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam Kelantan beberapa penggal (seawal 1932). Kematian fuqaha' ini pada pukul 7.20 pagi Selasa 4 Rabiulawal 1381 bersamaan 15 Ogos 1961 menyebabkan negeri Kelantan kehilangan seorang tokoh ilmuan yang menerangi budaya ilmu dan dakwah Islamiahnya
KHAMIS baru-baru ini, iaitu pada 19 April 2012, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Haflah Ilmu telah menganjurkan majlis ilmu di Madrasah Ahmadiah, Pondok Bunut Payong, Kota Bharu, Kelantan sempena Hari Hol Almarhum Tuan Guru Haji Abdullah Tahir yang juga merupakan pengasas Pondok Bunut Payong. Pada majlis tersebut, Haflah Ilmu telah menganjurkan sessi Kuliah Zohor yang disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Datuk Bentara Setia, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Penulis telah berpeluang untuk menghadiri majlis tersebut yang bermula pada jam 12.30 tengahari. Namun begitu Penulis hanya tiba di majlis tersebut pada lebih kurang jam 1.15 tengahari. Namun begitu, Penulis masih bernasib baik kerana, Tuan Guru masih belum tiba semasa Penulis sampai. Tuan Guru Nik Abdul Aziz hanya tiba di majlis tersebut lebih kurang 5 minit selepas Penulis.
Selepas mengimamkan solat Zohor, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah menyampaikan kuliah Zohor yang mana intipati kuliah tersebut adalah berkisar tentang usaha dakwah oleh ulama'-ulama' terdahulu termasuklah Almarhum Tuan Guru Haji Abdullah Tahir sendiri dalam usaha untuk mengembangkan Islam dan ilmu terutamanya di Negeri Kelantan yang dikenali 'Negeri Serambi Mekah' dan juga 'Negeri Tadahan Wahyu'.
Hasil pemerhatian Penulis, walaupun telah berusia 82 tahun, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat masih mempunyai daya ingatan yang kuat kerana beliau masih lagi mampu untuk mengingati kisah-kisah lampau tentang perkembangan Islam di Kelantan termasuklah ketika masih di alam kanak-kanak dan semasa penjajahan tentera Jepun. Tuan Guru juga masih lagi kuat mengingati ayat-ayat suci Al-Qur'an dan al-Hadis dan ini secara tidak langsung menolak kata-kata jahat golongan sakit hati yang menuduh Tuan Guru sebagai sudah nyanyuk.
Pada sebelah malamnya pula iaitu selepas solat Isya', majlis diteruskan pula dengan program bual bicara oleh penceramah bebas yang tersohor iaitu Ustaz Azhar Idrus yang turut dikenali dengan jolokan 'Ustaz Youtube'.
Satu kejutan berlaku pada malam tersebut, bilamana Ustaz Azhar Idrus tiba di majlis tersebut dengan dibawa menaiki motosikal berkuasa tinggi secara berkonvoi. Ketibaan Ustaz 'glamour' tersebut di majlis tersebut disambut meriah oleh kira-kira lebih dari 15 ribu peminat dengan laungan takbir dan tembakan berdas-das bunga api ke udara.
Kehadiran begitu ramai, para hadirin termasuk muslimah yang ditempatkan di dalam madrasah dan muslimin di tempat terbuka menyebabkan berlakunya sedikit kesesakan jalan raya bilamana ruang di kawasan Pondok Bunut Payong tidak mampu untuk menempatkan semua hadirin sehingga ada hadirin terpaksa duduk di atas pembahagi jalan . Namun begitu keadaan sesak tersebut sedikit sebanyak berjaya dikawal oleh Unit Amal PAS yang bertugas.
Seperti kebiasaan kuliah Ustaz Azhar, beliau diberikan peluang selama lebih kurang sejam untuk menyampaikan tazkirah beliau yang disampaikan secara santai dan bersahaja serta penuh dengan kelucuan. Kuliah beliau yang bermula lebih kurang pada jam 9.15 malam berakhir pada lebih kurang jam 10.15 malam.
Setelah selesai sessi pertama (kuliah/tazkirah) maka tibalah pula sessi kedua iaitu sessi menjawab soalan dari para hadirin. Seperti biasa, hadirin mengutarakan pelbagai bentuk soalan yang kadangkala menimbulkan kelucuan pada hadirin yang lain namun semua soalan yang diajukan tersebut berjaya dijawab secara bersahaja dan penuh kecerian oleh Ustaz Azhar dan sekali sekala Ustaz Azhar turut mengusik pengerusi majlis.
Namun begitu, konsentrasi sebahagian hadirin semasa sessi soal jawab tersebut sedang berlangsung agak terganggu bilamana ada tindakan tidak bijak dari pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengganggu tumpuan hadirin. Pihak yang tidak bertanggungjawab ini didapati berkali-kali melakukan tindakan berbentuk provokasi dengan memancarkan sinaran laser ke arah salah satu skrin besar yang dipasang pihak penganjur ditempat terbuka. Tindakan tersebut sikit sebanyak menimbulkan ketidakpuasan hati sebahagian hadirin. Namun begitu, kematangan para hadirin berjaya mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini sehingga program bual bicara tersebut berakhir lebih kurang pada jam 11.45 malam.
Sebelum mengakhiri majlis bual bicara tersebut, Ustaz Azhar sempat menyampaikan hajatnya agar pihak MAIK dapat mempertimbangkan agar beliau diberi kebenaran untuk menyampaikan kuliah-kuliah beliau di masjid-masjid di Kelantan. Ini adalah supaya syiar Islam dapat dikembangkan lagi ke tengah-tengah masyarakat.
Pada pandangan Penulis, program yang dianjurkan oleh pihak Haflah Ilmu ini boleh dikatakan berjaya dan boleh diteruskan lagi pada masa-masa akan datang. Sepanjang mengikuti program tersebut, Penulis rasa amat berpuas hati dan InsyaAllah, Penulis akan sentiasa berusaha untuk menghadiri lagi program-program berbentuk ilmu seperti ini. InsyaAllah..
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih dari 54 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan keutamaan kepada rakyat Negeri Kelantan untuk mengisi jawatan berikut:-
Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
i)Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang MDT. 1 yang boleh didapati di Bahagian Pentadbiran Majlis Daerah Tumpat, Jalan Hilir Pasar, 16200 TUMPAT, Kelantan dengan harga RM1.00
ii)Pemohon dalam perkhidmatan Kerajaan/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah memajukan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing‐masing dengan melampirkan Laporan Sulit dan Penyata Perkhidmatan yang terkini mengikut Perintah Am Bab A17.
iii)Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan gambar ukuran pasport, salinan kad pengenalan/surat beranak, sijil berhenti sekolah, sijil persekolahan dan dokumen‐dokumen lain berkaitan yang telah disahkan.
iv)Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 30 April 2012 kepada:
Tarikh Tutup Permohonan : 30 April 2012
(a)Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
(b)Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab calon sendiri.
(c)Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menggangap permohonan tidak berjaya.
TUMPAT, 9 April: Pada tahun 1950-an seramai 45 penduduk mendirikan rumah sebagai tempat berteduh di atas tanah milik kerajaan di pekan ini. Malangnya selepas Umno dan Barisan Nasional (BN) mentadbir Kelantan pada 1980-an tiba-tiba tanah tersebut dipindah milik kepada seorang pemimpin BN, Datuk Foo Chow Yong.
Sedangkan tanah berkenaan terletak berhampiran Pasar Tumpat dan Masjid Ismailiah menjadi kediaman penduduk Melayu sejak sebelum merdeka lagi. Semasa pilihanraya 1980-an, Foo Chow Yong calon tunggal daripada MCA menang di kerusi Dun Sungai Keladi, Kota Bharu kemudian dilantik sebagai anggota Exco kerajaan negeri.
Difahamkan dengan kedudukan sebagai anggota Exco membolehkan pemimpin terbabit mengambil kesempatan memiliki tanah diduduki penduduk kampung. Mengulas isu berkenaan Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim (gambar) berkata, kemungkinan pemimpin terbabit menggunakan kedudukannya sebagai anggota Exco mendapatkan tanah bagi kepentingan peribadi dan keluarga.
Katanya, berdasar maklumat banyak tanah dimiliki keluarga pemimpin berkenaan di jajahan Tumpat.
"Ketika itu pemimpin Umno dan BN boleh melakukan apa sahaja termasuk mengambil tanah-tanah diduduki rakyat bagi kepentingan peribadi.
"Mereka tidak kira tanah tersebut diduduki penduduk kampung atau tidak. Mungkin ini yang berlaku di Tumpat sekarang apabila 45 keluarga terpaksa berpindah biar pun sebelum merdeka sudah menduduki tanah berkenaan," katanya di sini.
Kes berkenaan dibawa ke mahkamah oleh keluarga pemilik tanah. Pengurusan kes berkenaan ditetapkan pada 26 Mac lalu. Bagaimanapun penduduk berharap mendapat perintah membolehkan tempoh perpindahan dilanjut dan dibayar pampasan.
Prosiding kes berkenaan dijangka berlangsung di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, esok. Adun Kelaboran menyediakan khidmat peguam bagi mewakili penduduk. Dfahamkan sebahagian besar penduduk Melayu yang tinggal ditanah milik keluarga Foo Chow Yong merupakan penyokong Umno.
"Mereka datang menemui saya menceritakan isu berkenaan apabila keluarga mendiang Foo mengarahkan mereka supaya berpindah di atas tanah yang mereka diami sebelum merdeka.
"Penduduk akur tanah tersebut bukan lagi menjadi milik mereka biar pun lebih awal meneroka di situ, namun mereka menuntut keadilan dibayar pampasan setimpal dan tempoh masa berpindah lebih sesuai," kata Mohd Zaki.
Difahamkan perkampungan Melayu itu akan hanya tinggal nama sahaja sedikit masa lagi apabila rumah-rumah diroboh bagi membolehkan bangunan perniagaan dibina. (Hrkh)
Bagaimanapun, Naib Ketua che Johan Che Pa tidak dapat mengesahkan individu itu timbalan pengerusi SPR.
(Free Malaysia Today) - Umno Pasir Mas mengesahkan ada ahlinya yang bernama Wan Ahmad Wan Omar, tetapi tidak dapat mengesahkan ia timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Bagaimanapun, Naib Ketua Umno bahagian, Che Johan Che Pa berkata, Wan Ahmad menjadi ahli Umno dalam sebuah cawangan dalam DUN Chetok.
"Saya telah membuat semakan dan mendapati ada individu yang bernama Wan Ahmad yang menjadi ahli di sebuah cawangan dalam DUN berkenaan.
"Tetapi (saya) tidak tahu individu itu adalah timbalan pengerusi SPR. Kalau hendak mengesahkan Wan Ahmad itu timbalan pengerusi SPR, kena beri nombor kad pengenalannya," katanya ketika dihubungi.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa timbalan pengerusi SPR itu merupakan ahli Umno di Pasir Mas.
Beliau juga mendakwa Pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga menjadi ahli Umno.
Bagaimanapun, Wan Ahmad dan Abdul Aziz menafikannya.
Menurut Wan Ahmad, beliau tidak pernah mendaftar untuk jadi ahli Umno dan tidak pernah mengenali serta tidak mempunyai kaitan dengan individu bernama Wan Ahmad bin Wan Omar yang memegang keahlian Umno bernombor 2374564 di cawangan Umno Kubang Bunggor, Pasir Mas, Kelantan.
Sampai Pulau Melaka dah pukul 4 lebih. Nak pergi tengok show Wildlife Theatre Melaka yang session pukul 3 petang pun dah tak sempat. Pusing-pusing sampai hujung jalan. Dari jauh dah nampak kubah masjid. Masjid Selat Melaka terletak di penghujung jalan dan strukturnya dibina atas laut mengadap Selat Melaka.
Ini kali pertama aku sampai ke Pulau Melaka dengan bantuan GPS. Pulau Melaka bukanlah pulau semulajadi, sebaliknya ia dibina secara reclaimation works. Aku rasa Pulau Melaka ni dibina sebagai daya tarikan pelancong, tetapi bila sampai ke sini, aku tengok ada bangunan lot kedai yang siap tetapi belum dihuni, ada yang dalam pembinaan dan ada jugak projek terbengkalai, tak taulah apa sebabnya. Macam mana nak tarik pelancong? Nasib baiklah ada Wildlife Theatre Melaka dan Masjid Pulau Melaka.
Selat Melaka, dikenali sebagai selat terpanjang dan tersibuk di dunia.
Tersangatlah cantiknya dekor kat cermin pintu masuk masjid ni.
Berlatarbelakang Selat Melaka. Cantiknya pemandangan kat sini. Kalau ada kesempatan bolehlah singgah sembahyang di sini dan nikmati panorama yang sungguh mengasyikkan.
Pulau Melaka merupakan sebuah pulau buatan manusia yang terletak di negeri Melaka, Malaysia. Di sini terdapat sebuah masjid yang dinamakan Masjid Selat. Namun, kebanyakan kedai-kedai di sini kelihatan terbengkalai dan tidak berpenghuni. Terdapat sebuah jambatan yang dihubungkan dengan daratan dari Melaka Raya.
Terbaru, kerajaan negeri telah mengambil inisiatif untuk menjadikan Pulau Melaka sebagai kawasan tumpuan pelancong dengan membina Taman Ikan Lumba-lumba dan Pertunjukan Singa Laut. Selain itu, pembinaan Kota Arab (Arab City) di Pulau Melaka juga dapat menarik pelancong-pelancong Arab ke Melaka.
Semakin hampir ke Pulau yang dituju dan penglihatan semakin jelas. Hati membara melihat bentuk pulau yang bakal di jejaki tidak lama lagi. Selama ini hanya memandang dari daratan dan kini berpeluang lihat didepan mata.
Air laut Selat Melaka agak tenang dan sesekali dialun dengan gelombang kecil dan terasa bagaikan dibuai lembut, menggamit kehadiran kami ke Pulau Pisang. Deruan angin dari pergerakan bot menghilangkan sedikit rasa kepanasan bahang mentari dan juga pantulan dari air laut. Semua itu tidak dihiraukan apabila pandangan Pulau berada didepan mata, semangat untuk jejakkan kaki di Pulau semakin membara.
Teruja sekali bila melihat bentuk Pulau kecil yang berada dipenghujung Pulau Pisang yang lebih besar. Pulau ini dikenali dengan nama Pulau Sauh. Dari jauh atau jika dilihat dari daratan, kita hanya nampak sebuah pulau saja, tapi bila dihampiri rupanya ada pulau pulau kecil lagi. Salah satu adalah Pulau Sauh ini yang dapat dilihat dengan jelas melalui gambar di bawah.
Akhirnya Pengkalan Jeti untuk bot berlabuh sudah dapat dicapai tangan. Setelah tali bot diikat, tanpa membuang masa lagi, kaki kanan melangkah dan memijak jeti yang menganjur ketengah laut. Kehijauan air memukau pandangan mata dan nampak segar bersama desiran bayu yang lembut tapi terasa pula bahang panas. Badan berpeluh peluh dan membasahi baju yang dipakai. Rupa rupanya jeket keselamatan yang dipakai sewaktu dalam bot tidak ditanggalkan sehingga kawan menegur. Betapa malunya waktu itu kerana disindir oleh kawan kawan. Nampak sangat kemaruknya diri ini untuk melihat suasana Pulau tanpa disedari jeket keselamatan masih dipakai.
Kelihatan pantai pulau yang berbatu…disangkakan pantai pulau ini berpasir, rupanya penuh dengan batu batu yang cantik. Dapat dilihat corak hakisan air yang berlapis.
Pondok persinggahan untuk berehat yang dibuat dipersisiran pantai berbatu. Sewaktu kehadiran kami disini rupanya tiada sesiapa dalam pondok tersebut. Mungkin tuannya belum datang atau mungkin ianya dibina hanya untuk berahat atau berteduh sewaktu musim hujan atau ribut. Pondok yang dibina oleh nelayan nelayan.
Juga terdapat pondok milik kerajaan yang juga kosong sewaktu kami sampai, bertutup dan berkunci.
Tidak jauh dari pantai, kita kena mendaki pula untuk melihat suasana yang ada di pulau. Rupa rupanya dibahagian atas bukit ini terdapat beberapa pondok yang kecil dan comel milik individu yang menjaga kebun dan dusun. Ternyata diatas pulau pisang ini banyak pokok pokok buah buahan seperti mempelam, kuini, pokok kedondong dan pelbagai lagi. Nasib kurang baik sewaktu kehadiran kami, bukannya musim buah buahan. Jika tidak, dapat juga merasai keenakan buahnya. Pondok yang ada ini tanpa penghuni dan mungkin bukan musim buah maka tuannya tidak hadir. Apa pun kelihatan persekitarannya amat bersih dan seperti diselia selalu.
Pokok besar berdiri tegak, sayangnya masih belum berbuah.
Betapa tingginya pokok besar ini, dan sekiranya berbuah tentu sekali sukar untuk diambil buahnya.
Mengharapkan buah tidak dapat, keadaan pulau pula sunyi rupa rupanya ada seekor labah labah bersarang. Niat dihati ingin mendapatkan gambar unggas atau hidupan lain yang ada, rupa rupanya labah labah saja yang jadi perhatian maka, ambil juga gambarnya untuk kenangan.
Labah labah yang menyambut kedatangan kami di Pulau ini…
Hasrat dihati ingin memanjat lebih tinggi lagi untuk melihat bahagian puncaknya, apakan daya dihari ketibaan kami keadaan air laut sudah hampir surut dan tidak mengizinkan kami tinggal lebih lama. Sebelum bot tersadai lebih baik kami beredar dulu…jika ada masa yang terluang lagi akan saya jejakkan kaki hingga kebahagian puncaknya, dimana terdapat rumah api untuk panduan kepada kapal kapal yang menggunakan laluan di Selat Melaka.
Kena tunggu dimasa akan datang untuk dapatkan suasana dipuncak Pulau.