Rabu, 11 April 2012

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Kenangan <b>Di</b> Selat <b>Melaka</b> 2 « Duacongkak&#39;s Spot

Posted: 04 Apr 2012 10:37 PM PDT

Kenangan Di Selat Melaka 2

Dikirim dalam Uncategorized tagged pada 1:37 pm oleh duacongkak

Pelayaran ke Pulau Pisang.

Semakin hampir ke Pulau yang dituju dan penglihatan semakin jelas. Hati membara melihat bentuk pulau yang bakal di jejaki tidak lama lagi. Selama ini hanya memandang dari daratan dan kini berpeluang lihat didepan mata.

 Air laut Selat Melaka agak tenang dan sesekali dialun dengan gelombang kecil dan terasa bagaikan dibuai lembut, menggamit kehadiran kami ke Pulau Pisang. Deruan angin dari pergerakan bot menghilangkan sedikit rasa kepanasan bahang mentari dan juga pantulan dari air laut. Semua itu tidak dihiraukan apabila pandangan Pulau berada didepan mata, semangat untuk jejakkan kaki di Pulau semakin membara.

Teruja sekali bila melihat bentuk Pulau kecil yang berada dipenghujung Pulau Pisang yang lebih besar. Pulau ini dikenali dengan nama Pulau Sauh. Dari jauh atau jika dilihat dari daratan, kita hanya nampak sebuah pulau saja, tapi bila dihampiri rupanya ada pulau pulau kecil lagi. Salah satu adalah Pulau Sauh ini yang dapat dilihat dengan jelas melalui gambar di bawah.

 Akhirnya Pengkalan Jeti untuk bot berlabuh sudah dapat dicapai tangan. Setelah tali bot diikat, tanpa membuang masa lagi, kaki kanan melangkah dan memijak jeti yang menganjur ketengah laut. Kehijauan air memukau pandangan mata dan nampak segar bersama desiran bayu yang lembut tapi terasa pula bahang panas. Badan berpeluh peluh dan membasahi baju yang dipakai. Rupa rupanya jeket keselamatan yang dipakai sewaktu dalam bot tidak ditanggalkan sehingga kawan menegur. Betapa malunya waktu itu kerana disindir oleh kawan kawan. Nampak sangat kemaruknya diri ini untuk melihat suasana Pulau tanpa disedari jeket keselamatan masih dipakai.

 

Kelihatan pantai pulau yang berbatu…disangkakan pantai pulau ini berpasir, rupanya penuh dengan batu batu yang cantik. Dapat dilihat corak hakisan air yang berlapis.

 

Pondok persinggahan untuk berehat yang dibuat dipersisiran pantai berbatu. Sewaktu kehadiran kami disini rupanya tiada sesiapa dalam pondok tersebut. Mungkin tuannya belum datang atau mungkin ianya dibina hanya untuk berahat atau berteduh sewaktu musim hujan atau ribut. Pondok yang dibina oleh nelayan nelayan.

 

Juga terdapat pondok milik kerajaan yang juga kosong sewaktu kami sampai, bertutup dan berkunci.

 

Tidak jauh dari pantai, kita kena mendaki pula untuk melihat suasana yang ada di pulau. Rupa rupanya dibahagian atas bukit ini terdapat beberapa pondok yang kecil dan comel milik individu yang menjaga kebun dan dusun. Ternyata diatas pulau pisang ini banyak pokok pokok buah buahan seperti mempelam, kuini, pokok kedondong dan pelbagai lagi. Nasib kurang baik sewaktu kehadiran kami, bukannya musim buah buahan. Jika tidak, dapat juga merasai keenakan buahnya. Pondok yang ada ini tanpa penghuni dan mungkin bukan musim buah maka tuannya tidak hadir. Apa pun kelihatan persekitarannya amat bersih dan seperti diselia selalu. 

 

Pokok besar berdiri tegak, sayangnya masih belum berbuah.

 

Betapa tingginya pokok besar ini, dan sekiranya berbuah tentu sekali sukar untuk diambil buahnya.

 

Mengharapkan buah tidak dapat, keadaan pulau pula sunyi rupa rupanya ada seekor labah labah bersarang. Niat dihati ingin mendapatkan gambar unggas atau hidupan lain yang ada, rupa rupanya labah labah saja yang jadi perhatian maka, ambil juga gambarnya untuk kenangan.

 

Labah labah yang menyambut kedatangan kami di Pulau ini…

Hasrat dihati ingin memanjat lebih tinggi lagi untuk melihat bahagian puncaknya, apakan daya dihari ketibaan kami keadaan air laut sudah hampir surut dan tidak mengizinkan kami tinggal lebih lama. Sebelum bot tersadai lebih baik kami beredar dulu…jika ada masa yang terluang lagi akan saya jejakkan kaki hingga kebahagian puncaknya, dimana terdapat rumah api untuk panduan kepada kapal kapal yang menggunakan laluan di Selat Melaka.

Kena tunggu dimasa akan datang untuk dapatkan suasana dipuncak Pulau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads