SEMASA PRU-11 pada tahun 2004, PAS pernah hampir tersungkur di Kelantan apabila hanya menang di 24 kerusi DUN manakala baki 21 kerusi DUN lagi dikuasai oleh BN.
Ramai pemimpin PAS mengurut dada, tak terjangka sedemikian rupa kebangkitan rakyat Kelantan ketika itu.
Dengan jurang majoriti hanya berbeza 3 kerusi sahaja, kerajaan PAS Kelantan senantiasa berada dalam keadaan dihujung tanduk. Tambahan pula sebahagian DUN yang dimenangi PAS tika itu pula majoriti kemenangannya di bawah 1,000 undi sahaja.
Kini, senario yang hampir sama juga tidak mustahil berulang kembali. Gelombang kebangkitan rakyat Kelantan sudah semakin marak hampir ke kebanyakan kawasan DUN dan Parlimen negeri.
Semenjak PAS hanya menang nyawa-nyawa ikan di Manek Urai dan tewas teruk di DUN Galas tidak berapa lama dulu, kedua-dua peristiwa bermakna itu, merupakan antara faktor tambahan yang membantu merancakkan kebangkitan khalayak untuk menolak PAS.
Penglibatan serius beberapa bekas pemimpin PAS turun berkempen di Kelantan dalam membantu UMNO juga memberikan impaknya yang tersendiri. Kesannya, menyebabkan mitos kononnya Kelantan masih kebal di bawah jajahan PAS jelas semakin pudar dari fikiran rakyat.
Tambahan pula beberapa kajian dan culaan trend sokongan terkini baik dari pihak UMNO mahupun PAS sendiri, juga telah mengesahkan kedudukan PAS di negeri Cik Siti Wan Kembang ini sudah tidak selesa seperti dulu.
Realiti tersebut hingga saat ini masih sukar untuk dicerna dek akal fikiran sesetengah pimpinan PAS negeri.
Dalam satu kenyataan terbaru seorang exco kanan kerajaan negeri, Nik Amar Nik Abdullah menyatakan pengaruh PAS di Kelantan tidak tergugat, hakikatnya senario semasa menunjukkan sebaliknya.
Sedangkan beberapa sumber dalaman PAS juga mengakui salah satu laporan kajian yang dilakukan oleh PAS mendapati parti itu hanya selamat betul-betul selamat di 17 kerusi DUN sahaja. Sebahagian besar kerusi selamat itu dikatakan berpusat dalam Parlimen Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa.
Ditambah lagi dengan kajian terkini dari UMCEDEL, walaupun tidak berapa tepat dengan senario semasa namun sekurang-kurangnya mengesahkan kebangkitan rakyat sedang berlaku dan populariti PAS di negeri Serambi Mekah itu juga semakin goyah.
Pun begitu, tetap perlu digandakan gerak kerja tambahan supaya kekuatan UMNO dan BN di 25 kerusi yang sudah putih dan kini menjadi kubu kuat UMNO itu bukan sahaja kekal teguh malah baki 3 kerusi lain yang masih kelabu juga perlu diusahakan supaya dapat dikuasai sama.
Paling penting usah sesekali UMNO tersilap langkah atau cuai dalam meraikan kebangkitan rakyat tika ini.
Sekarang pun sudah wujud beberapa gerakan aggresif oleh PAS untuk menarik seramai mungkin pemimpin UMNO yang berpengaruh di peringkat cawangan dan bahagian supaya menyertai PAS, jelas satu usaha terdesak untuk memperlahankan impak kebangkitan rakyat.
Habuan tanah dan konsesi balak misalnya adalah antara sandaran utama dalam percubaan mereka untuk menarik minat pemimpin UMNO yang menjadi sasaran.
Sekalipun jika umpan oleh PAS itu mungkin mengena dan kesannya pula diyakini tidak begitu membimbangkan berikutan di pihak UMNO sendiri turut menyedarinya dan telahpun mengambil langkah perlu untuk menghadapinya, namun langkah berwaspada tetap perlu dipertingkatkan.
Walaupun apapun, senario kini yang sedang memihak pada BN ini jangan dipersia-siakan atau dipandang selesa oleh pimpinan UMNO negeri. Sekarang bukan masanya untuk bergoyang kaki sebaliknya usaha perlu digandakan supaya PAS benar-benar bungkus dalam PRU 13 kelak.
KUALA LUMPUR, 4 Okt - Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (ROYALTI) mengadakan perhimpunan aman di hadapan pintu masuk utama Bangunan Parlimen Malaysia hari ini bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri berkaitan tuntutan yang disuarakan badan bukan Kerajaan tersebut.
Antara yang terkandung dalam memorandum tersebut adalah mendesak Perdana Menteri memastikan pembayaran Wang Royalti secara tunai dibuat oleh PETRONAS kepada Kerajaan Negeri Kelantan seperti yang termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974. Akta yang menggantikan Ordinan Darurat 1969 dan 3 Batu Nautika itu ada mengatakan berkaitan pemberian royalti minyak 5% dan jarak perairan laut Negeri-Negeri.
Menurut Pengerusi ROYALTI Nazri Deraman, Sultan Muhammad V Tuanku Faris Petra pernah bertitah pada Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Dewan Undangan Negeri ke 12 Disember 2012 lalu, sekaligus mendapat sokongan penuh pertubuhan itu (ROYALTI).
"Beta berharap gas ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan zon industri petroleum di Bachok seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990-an lagi," titah baginda.
Oleh yang demikian juga, ROYALTI menggesa Perdana Menteri dan PETRONAS supaya pembinaan hab pengumpulan, pemprosesan dan pengangkutan gas serta pembinaan paip sepanjang 300km diwujudkan di negeri Kelantan.
Perhimpunan aman dan penyerahan memorandum ini dihadiri kira-kira 50 orang yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa ROYALTI.
Memorandum tersebut diterima oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin.
Turut hadir, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd. Samad.
Bulan puasa nie kalau dapat berbuka kat luar sekali sekala bersama teman sekerja best jugak. So, kitaorang telah pun berpakat dan membuat plan secomelnya berkenaan niat murni kami semua untuk berbuka puasa kat luar.
Betullah kita hanya merancang, yang lain semua Tuhan tentukan. Plan kami untuk berbukak kat Four Season nampaknya tak kesampaian kerana meja semua sudah fully booked. Try tanya kat New Horizon dan Kengsom pun sama jugak. Rasa kecewa jugak sebab plan nak berbuka posa bersama semacam dah tak jadi. Nak dijadikan penemuan kepada penyelesaian, salah seorang rakan mencadangkan berbuka kat Mawar Merah. Eh, kat mana tu ? Tak pernah dengar pun. Rakan aman cakap makanan kat sini kira oklah dan dia pun pernah makan kat sana sebelum ini. Lokasi dia pun senang nak cari kat Wakaf Che Yeh. Masuk ikut pasar borong Wakaf Che Yeh dan selepas medan parking yang besar, akan segera nampak restaurant colour merah. Tulah Mawar Merah.
Nak dijadikan hal, kitaorang dah try cari no phone restaurant kat internet untuk buat tempahan awal tapi tak jumpa-jumpa. Nasib baiklah kawan sorang tu pegi tanya kawan dia yang lain. Akhirnya dapatlah jugak tempah meja kat sana.
Kitaorang pegi awal, dalam enam petang dah sampai. Sebabnya kami tak tahu nak order apa kerana tak familiar makan kat sini. Bila tengok kat menu dia, lebih kurang sama macam kat tempat lain. So tak jadi masalah untuk buat order. Kitaorang order ikan 3 rasa, kerabu mangga, ayam lemon, butter prawn, tomyam, sayur khailan ikan masin dan air teh o beng satu jug besar. Tak dilupakan jugak colek sebagai starter. Ceh, besar bebenar nafsu.
Bila makanan dah sampai terus tak makan dulu. Tunggu azan maghrib...
Tak sabar nak tunggu bukak posa.Sabar sabar
Azan dah berbunyi. Doa dulu pastu makan kurma sebijik tiga dan minum air teh o beng yang sejuk. Lega rasa yang tak mampu diungkap dengak kata-kata.hehehe
Tomyam dia sedap. Gambar diambil sebelum mangkuk tu licik habih
Overall apa yang kami order memang sedap ditambah dengan lapar seharian. Yang paling aman suka dia punya ikan 3 rasa dan kerabu mangga. Rasa nasik sepinggan macam tak cukup. Harganya pula boleh dikatakan berpatutan. Lupa pulak pasal tomyam. Tomyam dia pun sedap jugak. Cumanya ayam lemon tu rasa macam tak kena.
Habih dah bagi komen. Jom pakat go semayang terawih pulak !!
SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menafikan beliau telah bernikah dengan artis Abby Abadi, yang bulan lalu menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup.
Wakil rakyat Pas itu menegaskan, segala apa yang diperkatakan menerusi blog dan twitter pro-Umno sejak awal minggu ini adalah satu fitnah dan tohmahan yang tidak benar sama sekali.
Katanya, itu semua adalah permainan politik yang mahu menjatuhkan karier beliau.
"Cerita itu tidak betul, saya pun tidak tahu macam mana isu ini boleh timbul. Mungkin cerita ini sengaja diada-adakan oleh musuh-musuh politik bertujuan menjatuhkan karier politik saya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Ditanya pernahkah beliau berjumpa Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan sebelum ini, Mohd Zaki, 41, menjelaskan, beliau hanya baru sekali berjumpa dengan Abby ketika artis itu diundang menjadi penceramah pada sebuah program dianjurkan di kawasan beliau, 3 Julai lalu.
"Saya berharap hentikan segala penyebaran cerita yang tidak benar ini terutama pada bulan Ramadan ini kerana sesungguhnya fitnah itu adalah satu perbuatan buruk dan tolong hormati bulan Ramadan yang penuh barakah ini dengan tidak menyebarkan sebarang fitnah.
"Saya masih memberi masa kepada pihak yang bertanggungjawab menyebarkan cerita ini agar tarik balik kenyataan fitnah itu sempena Ramadan ini dan jika dia enggan berbuat demikian, baru saya akan fikir untuk mengambil langkah seterusnya, yang dirasakan wajar demi membersihkan nama saya," kata bapa kepada lima cahaya mata ini.
Abby pantas menjawab dakwaan mengenai perkara itu menggunakan medium laman sosial twitter sebagai platform menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan Mohd Zaki tetapi tetap meminta peminatnya agar mendoakan semoga jodohnya cepat sampai.
Seorang pengikut twitternya @wariechemanan bertanya kepada Abby, "hai abby... betulkah cerita saya dengar you dah kahwin dengan YB Kelaboran" dan Abby menjawab pertanyaan itu sambil menegaskan, itu semua fitnah semata-mata.
Abby turut menambah, ini bukan kali pertama dia mendapat 'jodoh' hasil cakap-cakap orang ramai dan menerima gosip sebegini sebagai asam garam dan lumrah kehidupan apabila dirinya terbabit dalam dunia politik.
Petandingan kibar jalur gemilang peringkat negeri Kelantan sudah berakhir. Perumahan Kusial Baru hanya sekadar meraih sagu hati. Tahun ini sagu hati tahun hadapan insyaAllah, JOHAN!
PERTAMA kali melawat ke sebuah dusun durian kunyit di Gua Musang, Kelantan, timbul tanda tanya apa istimewanya dusun tersebut berbanding dusun-dusun durian lain di seluruh negara. Bersama jurugambar, HAFIZ JOHARI, kami menyusuri jalan raya sejauh lebih 200 kilometer dari Kota Bharu menerusi Kuala Krai ke pekan Gua Musang.
Sehari sebelumnya, penulis telah membuat temu janji dengan pemilik dusun tersebut, Tina Chong, 40.
Pada hari yang dijanjikan kami diundang ke kediamannya sebelum dibawa ke dusunnya yang terletak di Kampung Pulai, lebih kurang 15 kilometer dari pekan Gua Musang. Ia mengambil masa hampir 45 minit.
Untuk ke dusunnya, kami terpaksa meredah kawasan yang dilitupi hutan hujan Khatulistiwa yang belum terusik kecuali beberapa projek kuari yang kelihatan rakus menarah bukit.
Perjalanan ke dusun tersebut sejauh lima kilometer dari jalan utama hanya boleh menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Ini kerana laluannya begitu sukar dan mencabar apabila terpaksa melalui lereng-lereng bukit, jalan berbatu dan berlumpur.
Kami mengagumi kebolehan Tina kerana selain mengusahakan dusun durian, beliau begitu cekap mengendalikan kenderaan pacuan empat roda.
Detik paling mencabar ialah apabila kami terpaksa merentasi sebatang sungai yang hanya menggunakan dua batang kayu selebar tayar kenderaan tersebut yang dijadikan titi. Setelah mengharungi perjalanan yang cukup mencabar, kami bagaikan tergamam dan teruja dengan keindahan dusun tersebut.
Selain keindahan buah-buah durian yang berjuntaian di dahan pokok, dusun tersebut begitu bersih dan dijaga rapi tanpa rumput dan lalang.
Tina yang sangat mesra mula bercerita tentang dusunnya yang berkeluasan 10 hektar itu. Kebanyakannya ditanam dengan durian kunyit.
Selain itu, dusun tersebut juga mempunyai pokok buah-buahan lain antaranya durian D24, durian kampung, rambutan, duku dan dokong.
"Saya menggemari buah durian sejak kecil dan pernah memasang impian untuk memiliki kebun durian sendiri suatu masa dulu.
"Pada mulanya kebun ini dimiliki oleh kakak saya tetapi 10 tahun lalu beliau menyatakan hasrat untuk menjual dusun tersebut dan saya tidak melepaskan peluang untuk memilikinya," kata Tina.
Dusunnya itu memiliki lebih 300 pokok durian kunyit. Buahnya boleh dijual pada harga yang sangat tinggi iaitu mencecah RM28 sekilogram.
Bersama adiknya Jenny Chong, 36, dan rakan kongsi mereka, Chong Wan Yoong, 46, hampir 90 peratus daripada hasil kebun itu terutama durian kunyit dieksport ke luar negara termasuklah Singapura.
Penjagaan yang rumit Jenny memberitahu, Wan Yoong, bertanggungjawab sepenuhnya dalam aktiviti penjagaan dusun tersebut. Penjagaan durian kunyit sangat rumit kerana ia terlalu sensitif terhadap cuaca selain proses pembajaan yang berterusan diperlukan.
Jelasnya, hujan lebat dan angin kuat boleh merencatkan proses tumbesaran pokok selain bunga yang terlalu lemah dan mudah gugur jika ditiup angin kencang.
"Sebab itu, durian ini bukan tiap-tiap tahun ada, memang susah untuk menjadi. Bila ia berbunga, masa itu kita kena jaga betul-betul kalau tidak bunganya akan gugur.
"Kadang-kadang kita tengok bunganya lebat tetapi jika hujan lebat atau angin kencang semua akan gugur. Proses pembajaan juga diperlukan untuk mengelak daripada ancaman penyakit," ujarnya musim durian kunyit bermula dari bulan Jun hingga Ogos.
Jelas Tina, durian kunyit memerlukan 100 hari dari tempoh ia mula berputik untuk masak dan gugur. Buah yang baik boleh mencapai berat sehingga tiga kilogram sebiji.
Katanya, bermula daripada ia berputik, proses penjagaan rapi amat diperlukan kerana jika tidak buah akan gugur sebelum tempoh matangnya.
Seperti kebun-kebun lain, dusun juga tidak terlepas daripada ancaman binatang buas, sementelah ia berada jauh ke dalam hutan.
Jelas Tina, beliau terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk menghalang binatang buas daripada menceroboh dusunnya dan memakan buah-buah yang gugur.
"Memang banyak, selalunya gajah, babi hutan dan harimau yang masuk. Kami biasa gunakan mercun untuk menghalau dan sekarang saya sedang membina pagar-pagar yang lebih kukuh untuk menghalang haiwan liar.
"Ketika musim durian kami adakalanya terpaksa tidur di dalam pondok di dusun untuk menjaga tanaman dan buah-buahan," kata bekas peragawati sambilan dan pendandan rambut profesional ini.
Bercerita mengenai keenakan durian kunyit Tina memberitahu, mungkin tidak ramai yang mengetahuinya kecuali jika disebut Musang King.
Durian tersebut dijual di pasar raya-pasar raya dipek dan dijual mengikut ulas.
Kepada penggemarnya, harga bukan satu masalah tetapi adakalanya mungkin membuatkan kita terfikir, betulkah dua ulas durian Musang King harganya sampai RM15?
"Durian ini dikenali sebagai durian kunyit kerana warna isinya yang kekuningan seakan kunyit selain rasanya yang berbeza daripada durian biasa serta tekstur isinya.
"Saya difahamkan, Musang King adalah spesies yang sama dengan durian kunyit.
"Kononnya durian jenis ini hanya ada di Gua Musang manakala King pula merujuk pada 'gelaran' raja buah-buahan itu," ujar wanita yang masih bujang ini.
Tina memberitahu, dusunnya mampu mengeluarkan sehingga dua tan durian kunyit untuk tempoh tiga bulan setiap musim dan mampu memperoleh pendapatan sehingga RM300,000," ujar Tina.
PULAU MELAKA - Malaysia Eye yang akan dibina di Pulau Melaka akan mengantikan Eye On Malaysia yang beroperasi sebelum ini di Kota Laksamana. Dengan ketinggian 88 meter, beberapa meter lebih tinggi daripada yang asal, Malaysia Eye mempunyai 54 gondola berhawa dingin dan boleh menampung enam orang bagi setiap gondola dengan mengambil masa kira-kira 16 minit sekali pusingan. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, Malaysia Eye boleh menampung seramai 324 penumpang dalam satu-satu masa. Menurutnya, setiap gondola dilengkapi sistem telekomunikasi dan muzik bagi memberi keselesaan kepada pengguna. "Kos pembelian dan pembinaannya bernilai RM30 juta dan dijangka siap akhir tahun ini. "Dengan pembinaan Malaysia Eye ini, diharap dapat menyumbang kepada kemasukan pelancong hampir 1 juta setahun," katanya. Mohd Ali berkata, kerajaan negeri juga berharap pelancarannya dapat dilakukan pada 1 Januari 2012. "Dengan siapnya projek ini, ia menjadi mercu tanda baru pelancongan di negeri ini, selain jeti dan Taman Singa laut yang turut terletak di sini," katanya. Menurutnya, memajukan sektor pelancongan amat penting dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi kerana ia mempunyai kesan berganda dalam ekonomi perkhidmatan. "Ia merangkumi sektor perhotelan, restoran, pengangkutan, peruncitan, kraf tangan dan lain-lain lagi yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi, selain mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. "Sejak 1999 hingga 2009, seramai 47.25 juta pelancong melawat Melaka dengan purata peningkatan hampir 20 peratus," katanya. Mohd Ali berkata, sepanjang tempoh 11 tahun, 72 peratus yang datang ke Melaka adalah pelancong domestik dan bakinya 28 peratus terdiri daripada pelancong asing," katanya. "Bagi 2009 sahaja, Melaka telah menerima kedatangan pelancong seramai 8.9 juta berbanding 7.2 pada 2008 yang menunjukkan peningkatan sebanyak 23.6 peratus," katanya.
Minggu lalu ada dua perhimpunan dianjurkan oleh Pembangkang,kedua-duanya kebetulan bersangkut paut dengan perkara yang sama yakni membabitkan isu petrokimia.Perhimpunan pertama berlaku di Pengerang,Johor dan satu lagi himpunan berlangsung di Shah Alam,Selangor.Ironinya,dalam isu petrokimia di Pengerang,para pemimpin parti pembangkang dan NGO proksi mereka membantah pembangunan Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) manakala di Shah Alam pakatan pembangkang dan NGO proksinya beria-ia menuntut pembinaan kemudahan loji petrokimia yang sama di Bachok Kelantan.Dalam perhimpunan di Shah Alam itu,kira-kira 2000 orang penyokong pakatan pembangkang termasuk dua tiga ratus orang peserta konvoi dari Kelantan telah berkumpul di Dataran Kemerdekaan Shah Alam sempena penganjuran program Ceramah Mega Royalti Kelantan.Program tersebut adalah anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti,Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan ataupun dikenali dengan singkatan nama ROYALTI, sebuah NGO proksi kepada PAS Kelantan.
Selain daripada menuntut pembinaan kompleks dan loji petrokimia,mereka juga mahukan pembayaran royalti daripada Petronas atas alasan wujudnya carigali gas dan minyak dalam kawasan perairan Kelantan serta menuntut supaya semua hasil gas dan petroleum di daratkan di Pantai Senok Bachok,Kelantan.Mengikut janji kerajaan PAS Kelantan pada 2003,sebuah kompleks yang mengandungi kemudahan simpanan gas dan minyak atau dikenali juga sebaga loji petrokimia akan dibina di tanah seluas 2000 hektar yang turut membabitkan pengambilan tanah penduduk setempat di Pantai Senok,Bachok.Jika asas bantahan rakan mereka di Pengerang di ambil kira,terutama dalam soal projek petrokimia RAPID kononnya membahayakan nyawa dan memberi kesan buruk pada alam sekitar serta merugikan penduduk setempat dari segi pendapatan dan hartanah,timbul persoalan menarik apakah pembangunan projek loji petrokimia di Bachok Kelantan memberi impak berlainan ???
Alang-alang PR dan NGO mereka membantah projek petrokimia RAPID maka sepatutnya di masa yang sama PAS Kelantan dan NGO proksinya,ROYALTI juga sewajarnya menolak idea mendaratkan hasil gas atau minyak ke Pantai Senok Kelantan.Tapi ia tidak berlaku sedemikian kerana parti pembangkang sama ada PAS,PKR mahupun DAP serta semua NGO proksi mereka tahu hakikat sebenar,tidak wujud pun bahaya atau kesan buruk pada manusia mahupun alam sekitar.Bantahan di Pengerang tapi dimasa yang sama menuntut pembinaan kompleks dan petrokimia serta meminta pendaratan hasil gas di Bachok Kelantan cukup untuk membuktikan wayang pembangkang berkaitan bahaya RAPID Pengerang hanyalah propaganda politik untuk mengabui mata rakyat sahaja.Logiknya,jika kompleks dan loji petrokimia RAPID di Pengerang benar-benar mengancan nyawa penduduk dan alam sekitar, bermakna tuntutan kerajaan PAS Kelantan dan NGO ROYALTI seumpama sengaja mahu membahayakan nyawa penduduknya.Bukankah begitu wahai pembaca Badut Rakyat ???
By admin on 02/07/2012Total Views : 211Daily Views : 0
KUALA KRAI – Kesukaran penduduk beberapa kampung selepas jambatan menghubungkan mereka dengan Manek Urai Baru, di sini, runtuh sejak akhir tahun lalu bakal berakhir apabila jambatan baru kini hampir siap.
Ahli Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah berkata, projek menggantikan jambatan gantung itu dilaksanakan Jabatan Parit dan Saliran (JPS) melalui peruntukan disalurkan Kerajaan Negeri.
"Kerja tukar wayar rod dan pelantaian baru dilaksanakan sejak tiga bulan lalu dan kini 75 peratus siap. Kita jangka jambatan ini dapat digunakan pada Ramadan tidak lama lagi," katanya.
Pada kejadian dipercayai berlaku antara lewat tengah malam dan awal pagi 16 November tahun lalu, jambatan sepanjang kira-kira 200 meter itu runtuh selepas wayar rod utamanya terputus.
Selain laluan harian penduduk kampung seperti Kuala Sok, Kampung Gajah, Temiang dan Ragu, jambatan itu penting sebagai laluan utama dan selamat untuk pelajar dari kampung terbabit, berulang-alik ke sekolah di Manek Urai Baru.
Kemudahan infrastruktur itu dibina Skuadron Ke-7 Rejimen Askar Jurutera Diraja di bawah projek Tentera Bersama Rakyat menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Julai 2009.
Mohd Fauzi berkata, apabila projek itu siap, penduduk terbabit tidak perlu lagi berdepan bahaya menggunakan jalan utama Gua Musang-Kota Bharu yang sentiasa sibuk untuk ke pasar, klinik dan masjid di Manek Urai Baru.
"Usaha baiki jambatan ini ambil masa lama kerana libatkan kos yang agak tinggi dan saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana luluskan peruntukan demi kemudahan rakyat di Manek Urai," katanya. -hmetro
Syukur ke hadratiLLAHSWT kerana dengan kudrah,iradah & izinNya, permohonan & hajat ana untuk bertukar balik ke Kelantan telah diqabulkan walaupun dengan diiringi ujian yang besar bagi ana & keluarga. Bermula dari 10 Jun 2012 baru ni ana telah bertugas di SMK Gaal, Pasir Puteh setelah hampir 9 tahun 'bertapa' di Merapoh, Kuala Lipis, Pahang. Erm...dari sempadan Pahang-Kelantan sekarang ni ana ke sempadan Kelantan-Terengganu pula. Hehehe...jaga sempadan. Jangan sempadan Thai & sempadan Perak udah...
Maaf kepada yang menunggu khabar berita terkini dari ana, terutamanya sahabat-sahabat & tak lupa murid-murid kat Merapoh yang ana kasihi. Lama tak online sebab kabel kat sini kena curi. Jadi perkhidmatan internet kat sekolah pun tergendala. Tak tau la bila akan ok. Nak isi markah pelajar dalam sistem SAPS pun susah.
Bagaimana sekolah baru? Ana rasa masih terlalu awal untuk ana buat rumusan. Ramai dah yang tanya, cuma pandangan awal ana, generally macam kebanyakkan sekolah-sekolah luar bandar yang lain. Cuma buat masa sekarang, agak membosankan. Mungkin kerana hubungan guru-murid masih belum terjalin dengan baik. Masih baru lagi & masih dalam proses menyesuaikan diri dengan segala-galanya yang baru di sini. Ada sesetengah aspek tu yang agak jauh berbeza antara sini dengan Merapoh. Erm…rindukan suasana kat sana.
Ana sangat-sangat berharap agar hadirnya ana di sini mendatangkan kebaikan & memberikan manfaat yang besar kepada warga sin,i bukan sebaliknya. Semoga ALLAH SWT dengan kasih sayangNya membantu & memudahkan segala urusan ana di sini. Mohon doakan ana…
KUALA KRAI - Rumah Rehat Majlis Daerah Dabong (MDD), di sini, diswastakan sejak Ogos lalu, selaras usaha menjadikan daerah ini destinasi pilihan pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12).
Setiausaha MDD, Md Yani Mat Zin berkata, penswastaan itu membolehkan segala aktiviti pelancongan di Dabong dilaksanakan dengan lebih fokus dan teratur, sekali gus menarik lebih ramai pengunjung ke daerah ini.
"Susulan penswastaan ini, Rumah Rehat MDD kini jadi 'one stop centre' atau pusat sehenti yang menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk aktiviti pelancongan terutama di Dabong.
"Selain pemandu pelancong dan pakej pelancongan untuk beberapa tempat menarik sekitar Dabong seperti Gunung Stong dan Gua Ikan, pengurusan baru juga boleh uruskan pakej pelancongan ke tempat lain," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dabong, Arifabillah Ibrahim melawat rumah rehat itu yang terletak di hadapan Pejabat MDD, dekat sini.
Bangunan dulunya dikenali sebagai Rumah Rehat Majlis Daerah Kuala Krai Selatan (MDKKS), dibuka secara rasmi oleh bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Mohamed Yaacob pada Disember 1982.
Antara kemudahan disediakan ialah tiga bilik penginapan untuk keluarga dan bakal bertambah satu lagi sebaik sahaja kerja ubah suai di bangunan itu siap dalam masa terdekat.
Sementara itu, Arifabillah menyambut baik langkah penswastaan itu kerana secara tidak langsung dapat membantu membangunkan usahawan bumiputera dengan beri peluang kepada mereka menceburkan diri dalam sektor pelancongan.
Pada masa sama katanya, beliau mengharapkan pengurusan baru dapat mempertingkatkan lagi kemudahan dan kualiti perkhidmatan sedia ada di rumah rehat berkenaan.
"Saya harap pihak pengurusan baru dapat menyediakan lebih banyak perkhidmatan dan kemudahan di rumah rehat ini untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke Dabong.
"Walaupun diswastakan, saya yakin caj dikenakan untuk setiap perkhidmatan yang ditawarkan bawah pengurusan baru juga berpatutan dan tidak tinggi," katanya.
Dalam pada itu, difahamkan, berita penswastaan tersebut belum tersebar luas apabila masih ramai menghubungi MDD bagi menempah bilik di rumah rehat berkenaan.
KOTA BAHRU: Polis Kelantan bersiap-sedia bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dalam menghadapi pilihan raya kecil sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Gua Musang perlu diadakan dalam masa terdekat. Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, terserah kepada SPR bagi menentukan tarikh yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya kecil itu dan anggota polis mencukupi bagi memastikan ia berjalan lancar.
"Semua kekuatan logistik dan tenaga anggota mencukupi, kontinjen Kelantan sentiasa bersiap sedia menghadapi pilihan raya bagi memastikan suasana aman, selamat," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Sambutan Hari Raya Kontinjen Kelantan bersama masyarakat di sini, semalam.
Pilihan raya kecil DUN Galas dijangka diadakan selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu Che Hashim Sulaiman, 46, meninggal dunia di Hospital Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam.
Hashim yang menghidap barah usus menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga kira-kira jam 4.30 petang semalam selepas dimasukkan ke hospital itu beberapa hari lalu.
Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Betis, Gua Musang lewat malam tadi sebaik tiba dari Kuala Lumpur kira-kira jam 11.30 malam.
Abdul Rahim berkata, polis tidak ada masalah bagi menghadapi pilihan raya itu dan berharap kempen yang dijalankan oleh parti-parti terbabit dalam suasana aman dan harmoni.-Bernama
Jawatan Kosong 2012: Secara rasminya Kolej Komuniti Cawangan Kok Lanas telah dirasmikan dengan sempurnanya pada 14 Oktober 2005 oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia YB Dato' Dr.Hj.Shafie bin Mohd Salleh bertempat di Kolej Komuniti Cawangan Kok Lanas. Kolej Komuniti Cawangan Kok Lanas adalah sebuah institusi pendidikan dan latihan dibawah pengurusan induk Kolej Komuniti Kuala Terengganu. Kolej Komuniti Cawangan Kok Lanas mula beroperasi pada 1 Jun 2005 dengan menumpang bangunan di Politeknik Kota Bharu. Pada 1 April 2009 Kolej Komuniti Kok Lanas telah berpindah ke premis tetap di Jalan Pangkal Kalong,Ketereh,Kelantan dan setahun kemudian Kolej Komuniti Pasir Mas dan Kolej Komuniti Jeli secara rasmi menjadi Kolej Cawangan kepada Kolej Komuniti Kok Lanas.
Kolej Komuniti Kok Lanas mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara sambilan/sementara.
1.Jawatan: Pensyarah Sambilan Harian (Terapi Kecantikan dan Spa)
Syarat-syarat:
a) Ijazah Sarjana Muda @ diploma dalam bidang Terapi Kecantikan dan Spa atau
b) Sijil-sijil Kemahiran yang berkaitan dengan Terapi Kecantikan dan Spa.
a) Ijazah Sarjana Muda @ diploma dalam bidang Dandanan Rambut atau
b) Sijil-sijil Kemahiran yang berkaitan dengan Dandanan Rambut.
Calon-calon hendaklah mengemukakan resume dan permohonan tersebut hendaklah sampai ke Kolej Komuniti Kok Lanas; di alamat
Kolej Komuniti Kok Lanas Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 16450 Ketereh, Kelantan. (UP: Puan Shuhaila binti Ibrahim) Tel:09-7880400 Fax:09-7880401
Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk ditemuduga.
Sebarang pertanyaan, sila berhubung Puan Shuhaila Ibrahim di talian 09-7880400.
* Jawatan Kosong 2012 di Kolej Komuniti Kok Lanas *