Ahad, 1 Julai 2012

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


PROGRAM PERKAHWINAN DAN PENGISLAMAN <b>DI</b> PULDOA <b>KOK</b> <b>...</b>

Posted: 24 Jun 2012 08:53 AM PDT

16 JUN- Majlis perkahwinan serentak seramai 9 pasangan pengantin dan pengislaman lebih kurang 25 orang asli Pos Belau, Gua Musang Kelantan yang diadakan di Pusat Latihan dan Dakwah Orang Asli (PULDOA) Kok Lanas, Kelantan berlangsung dengan meriah tempoh hari.
Majlis turut dihadiri tetamu VVIP Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,Y.B. Dato' Dr. Hj. Zainuddin bin Ibrahim dan Dato Hj Dr Razak Bin Hj Kechik( Yayasan Al-Khalifah ,IOA ,MRA), Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) JAKIM, JHEIK, M AIK dan pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta  banyak lagi. 
Kegembiraan ini bolehlah kita berkongsi seperti mana dengan firman Allah dlm surah An-Nasr :
1. Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, 
2. Dan kamu Lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, 
3. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia   adalah Maha Penerima taubat.









 

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


4500 Rumah Penduduk Miskin Dibaikpulih | Detik Perubahan

Posted: 30 Jun 2012 05:02 PM PDT

Awang Adek menyampaikan bantuan kepada mangsa ribut di DUN Jelawat.

 
Oleh IZZ MIQAEL

BACHOK –  Sejumlah 4,500 rumah penduduk miskin di negeri ini bakal dibaikpulih melalui peruntukan wang ehsan bernilai RM9 juta dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ehsan Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, agihan peruntukan itu bakal disalurkan melalui 45 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negeri Kelantan.

Menurutnya, pemilihan akan dibuat melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di kawasan masing-masing bagi penduduk yang layak.

"Setiap DUN akan memperolehi RM200,000 untuk diagih-agih kepada penduduk miskin yang layak. Penduduk yang layak akan mendapat peruntukan yang kira- kira RM2,000 setiap rumah untuk membaikpulih rumah seperti atap, dinding dan papan lantai.

"Mereka yang layak akan mendapat bantuan itu tanpa mengira fahaman politik sebaliknya ia ditentukan oleh kelayakan kemiskinan bagi meringankan beban mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan berjumlah RM337,000 kepada 448 mangsa ribut di kawasan DUN Jelawat di sini.

Turut hadir pada majlis yang dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara Cawangan Kelantan itu ialah Timbalan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bachok, Datuk Dr Ilias  Hussin.

Bencana yang melanda di beberapa kampung sejak sebulan lalu itu memusnahkan kebanyakan rumah mereka terutama pada bumbung yang diterbang oleh angin kencang yang berlaku dalam masa yang singkat.

Beliau berkata, bantuan tersebut adalah susulan bantuan pemberian rumah dibawah projek Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang banyak dilaksanakan di seluruh negeri ini.

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Jambatan gantung <b>Manek Urai</b> hampir siap | Come2Kelantan

Posted: 01 Jul 2012 05:11 PM PDT

KUALA KRAI – Kesukaran penduduk beberapa kampung selepas jambatan menghubungkan mereka dengan Manek Urai Baru, di sini, runtuh sejak akhir tahun lalu bakal berakhir apabila jambatan baru kini hampir siap.

Ahli Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah berkata, projek menggantikan jambatan gantung itu dilaksanakan Jabatan Parit dan Saliran (JPS) melalui peruntukan disalurkan Kerajaan Negeri.

jambatan gantung manek urai

"Kerja tukar wayar rod dan pelantaian baru dilaksanakan sejak tiga bulan lalu dan kini 75 peratus siap. Kita jangka jambatan ini dapat digunakan pada Ramadan tidak lama lagi," katanya.

Pada kejadian dipercayai berlaku antara lewat tengah malam dan awal pagi 16 November tahun lalu, jambatan sepanjang kira-kira 200 meter itu runtuh selepas wayar rod utamanya terputus.

Selain laluan harian penduduk kampung seperti Kuala Sok, Kampung Gajah, Temiang dan Ragu, jambatan itu penting sebagai laluan utama dan selamat untuk pelajar dari kampung terbabit, berulang-alik ke sekolah di Manek Urai Baru.

Kemudahan infrastruktur itu dibina Skuadron Ke-7 Rejimen Askar Jurutera Diraja di bawah projek Tentera Bersama Rakyat menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Julai 2009.

Mohd Fauzi berkata, apabila projek itu siap, penduduk terbabit tidak perlu lagi berdepan bahaya menggunakan jalan utama Gua Musang-Kota Bharu yang sentiasa sibuk untuk
ke pasar, klinik dan masjid di Manek Urai Baru.

"Usaha baiki jambatan ini ambil masa lama kerana libatkan kos yang agak tinggi dan saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana luluskan peruntukan demi
kemudahan rakyat di Manek Urai," katanya. -hmetro

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Munna Punya: Aiskrim Baba <b>Di Rantau Panjang</b>

Posted: 27 Jun 2012 08:36 PM PDT

Hujung minggu yang lalu munna sekeluarga balik ke Kelantan. Kebetulan Mek en. abang nak balik ke sana jadi kitaorang hantarkan sambil jalan-jalan kesana. 
Kalau balik ke Kelantan wajib ke Rantau Panjang cari barang-barang sikit di sana. Kali ini munna rembat periuk kukus size 44cm dan toto je. 
Satu lagi yang wajib dibeli di sana ialah aikrim baba ni... memang tercari-cari aiskrim ni kalau ke sana. 
Kakak Meya sedang menikmati aiskrim baba ...pilihan dia dalam aiskrim tu cuma pulut dan jagung je.

Pilihan mana yang berkenan dan nak tambah apa pun tapi harga tetap sama RM2 untuk secawan tu.

Pilihan munna ... semuanya munna isi kat dalam tu dan dgn extra kacang... memang sedap!!

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


BaCk PacKEr <b>Di</b> KeLAntan, ThaILaND, dan <b>DaBOng</b>...

Posted: 23 Dec 2008 06:22 AM PST

'Malaysia is our biggest biology class.Nothing is better then experiencing it live our of the classroom.With 1 world Heritage sites and score of "the big Nature Parks, just follow your desives and Don`t forget to bring you teacher, family and all friend."

mintak maaf kepada kwn2 pengembara psl up lmbt sgt story ni, a lot work to do..erm.story start bl s`org hamba allh ni suggest before 2day the realisasi kn program ni..so smu setuju tnp byk soal plak tu..hu2..on je..
discus2 bl tiket time nk grk, so hr khamis aku dan zapot berlari-lari dlm putra kt k.l sentarl 2 nk beli tiket g wakaf baru nsb baik ade..fuh lega..pas2 abg din plak xsempat nk dtg dr bndr tsk sltn, lg la mslh cuak gak time 2 japg aku n zapot je g..erm hampeh..nsb takdir yg menentukan abg.din tlh ready di kajang..lega..tahniah abg.din..he2..
kt org nek Keretapi Ekspres Wau
koc 42
sit 17d,c.18d
mula la pengembaraan kt org, tido 5 minit bgn,tido bgn mcm 2 la smpi wakaf baru..hu2..tp sblm 2 merat tempat kt org singgah.erm.sp2 yg nek krtpi g kltn jgn lp SINGGAH GEMAS psl nc lmk kt c2 sedap n ssh nk cr jual kt stesen gemas jek, so all backpacker gemas kn singgah br ckp syarat..dr c2 krtpi akn bertukar lndsn mhl k`arh timur plak..krtpi pn bergerak la menuju klntn,, singgah di mentakap,kuala krau,jerantot,merapoh,gua musang,byk ag la aku pn dh x igt psl lm sgt simpan..hu2..bkn ktorg je kaki rekreasi dlm train 2 rmi ag..smpi je gua musang fuh rmi je dk2 trn ktc2 psl nk jelawang.erm.bl dh bosan duduk mula la aku n abg.din wak keje..ha2. dr dpn kepala keretapi smpi lah gerabak blkg skali kt org jalan best mcm2 org dpt tgk, ade yg tido ggt jari la, yg mcm cacing, kepala kt bwh kaki kt ats la,tido dlm selimut sm2 lah..he2..cm la..aku senyum jek time tuh..tp are a personal pny gerabak dhla wangi eksktif plak tu..masyuk tu..RnR kt org kt kafe..he2 ktc2 la masing2 jd peramah ade sj je yg berbual dgn kt org, nmpk plik kot..ha2 whatever..jln pny jln, sembang pny sembang, pejam celik akhirnya tepat kul 1.00 pm smpilah kt org kt wakaf baru..wakaf baru hari jumaat pagi da pasar ktc2 peminat bundle leh p tgk mmg terbaik brg, psl kt k.l or mn2 xde cm kt kltn..psl aku dpt brg mhl tp murah kt klntn..hu2..jgn lp singgah k..
kt org pn jln lah dr stesen krtpi smpi ympt tgu bus..nek bus City Liner KB.naiklah smpi kb trn..kt org pn jln2 la kt klntn tmpt yg kt org g ;-
pasar besar siti khadijah : kt sni msyrkt tmpt2 berdagang hasil bumi sayur,
herba, bhn mentah, cm2 ag la.penjual pn comey2
nk cr jodoh ok kot..he2..
Tambatan Di Raja : ni dl gnrsi tua klntn ckp tmpt pelabuhan kapal
sultan klntn klu nk g mn2..
Muzium Perang ; byk ag muzium yg kt org p, muziam ni ade
peralatan lm, kipas flight, meriam
bank pitis ; tempat org kltn dl simpa wang, thn 1886 xslp la
msyrkt klntn dh da wang sndri..erm..
istana istiadat, pusat kraftangan, padang merdeka..byk ag ha lp plak smbil jln kt org mkn sotong kering yg di bakar dan da sos utk di cicah best tuh..
pas2 perut msng2 dh lapar singgah la kt kdi mamat ni, mkn la pe yg ade, berknlan plak cok cek deal..deal pe tguuuuuuuu...hik2.abs mkn kt org pn merayau la mncr tmpt nk beradu psl mlm ni nk g jln2 ag nih.isi ms jgn x isi..then dptlah kb back packer rmi gile kwn2 kt dr luar ade dr canada, england, australia, ireland, new zealnd so kt org lpk2 la dpn tv, da meja dpn 2 kt org sembang la, tkr2 pendapt. sgt menarik.try la nnt..

tepat jam 6.30pm ktorg pn kuarla g "pcb" pantai cahaya bulan.ktsne klu ptg best gile, anginnye xpnh nk slow,,hu2 pas2 pe ag pekena ketam,hotdog,kopok, udang, fish ball yg disalut tepung.sedap sos die..
then kt org g Wakaf che yeh plak...
abs melancong wakf che yeh cr2 brg...kt org g mkn burger yg dorg kt plg sedap kt area kota bharu..dpt cr n rs..erm..no bad...

sok nye pg2 ag dh kuar dr blk, g cr guide yg nk bwk msk thai golok, tgu2 pny tgu kt 5 jam gak la..igt klu tgu ayam jantan berterlur kuar skit la kot..ha2..whatever..jmp je guide 2 trs je g golok...msk je kn tggl i.c, pas2 cuak beb die pny askar ade je pgg senapang, dlm kpla otak aku, pakdin n pot ni klu kn tembak masak ni..huh2..xtenteram gile..sampai lah dpt kuar..fuh lega.rzki dpt gak la blaja bhs thai skit cthnye...Rok Keng,KOp Kun,Sawadicap,Peh Nain,PAi Kon,Ngen MAipo byk ag lp dh....
lpk2 jap kt rantau then blk g amik train kt pasir mas nk g dabung..tiket abis plak..erm..mcm2 hal..terpaksa la melompat, lompat sni, lompat sne..ha2..smpi la kantoi dgn inspektor train 2..double byr tau...nsb bdn la...
then dlm kul 11pm cm2 smpi lah d dabung dh da guide yg tgu deal dgn penyimpan brg2 klasik dan warisan lama pasir mas ( org ni wk2 pameran keris d muzium negara hr 2 die terlibat )..kwn die pn amik kt org bwk g minum2 n ajk g cr bahan kt gua ikan dlm kul 1 pg cm 2 la ditemankn oleh seorg aji yg muka die pn agak bersih dan bercahaya taw..org tua ni guide sultan naik stong ayam dl..senior pd arwah uncle baha ag...knowledge xcy cite la berkepok dlm poket die, dr dunia luar smpi lah dunia yg dlm2 ni...

ok lah ps2 pak aji ni bwk msk gua pg2 buta, die pn stat la cite sej gua 2..cite pny cite smpi kuar then die ckp nk blk umah..igt nk ajk kt org sm, dn2 plak die suh kt org tido kt c2..pe ag laju gak l ajantung time 2..ha2..abis lenjan jela kn..

sok pg dorg ni dtg blk, bwk kt org g stong ayam..tp kt org malas dan melpak jela kt puncak air terjun kem baha smpi ptg..mmg bestn la kn kt peak of waterfall 2...dh xigt pape dh..ale2 lp plak yg train kt org mlm 2 blk k.l..hu2..
tp sebelum blk Halim dabong ni bwk kt org p bird watching jap nk tau brg pe kt org dt tgk jap ek...
antarnya yela pet ling,serindit,duris lener,merbah tanduk hitam,chandek pipi merah,pipit bukit,murai,murai batu,murai ngri china,mata hitam,putih,merbah haji, tupah puteri dan ade ag aku pn dh xigt lm sgt smpn cite ni..huk2.pas2 kamera leh abis bateri plak...sory...
abs aktiviti 2 halim pn antr kt org g train..

then pulang lah kami ke k.l...

untuk yg berminat nk wat trip cmni kn, gua da wat skit costing la...
k.l-wakaf = rm28 (train)
wakaf-kb = rm1.40
makan = rm50 > 3 pax/3 day
`pcb' = rm30
pengkalan chepa-wakaf = rm20
Kb Backpacker = rm12.00 1pax
teksi rantau - rm32.oo
sampan = rm 2.oo
teksi pasr mas = rm20
pasr mas- dabong =rm7.00 + denda rm10
jelawang = rm2
dabong - k.l - rm25...

da ag tp sudah lp la kwn2...hu2..

ni lah cite aku dan rakan yg sk wat keje2 cmni...
xbyk tp blh la kongsi pengalaman...

yg mn tgk photo ni leh la tggl kn pesana xkire komen,support,cdgn atau pe je..thanks...

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


Mr. Secretary: 1st time ke Kelantan Part 4 : Ke <b>Wakaf Che Yeh</b> Cari <b>...</b>

Posted: 25 Jun 2012 09:51 PM PDT

Wah.. dah masuk part 4 dah kan. bab 3, CLICK HERE . Macam novel novela pulak rasanya.. Alah biasalah, nak jadi penulis novel tak layak n tak mampu nak imegine sepower novel novela kan. So, fefiling dalam penulisan dalam blog picisan tahap bayi 3 tahun nie pun dah cukup. bersyukur dengan apa yang ada ye tak. *tadah tangan amin.. Ok, back to d topic, haaaaaa... untuk entry kali nie, aku nak share n ceciter kat hampa semua benda yang menarik kat Wakaf Che Yeh nie. yelah, mana lah nak tau kan boleh bukakan hati konkrit korang yang tak pernah gi ke sini lagi kan. *x dapat ganjaran dari kerajaan negeri kelantan ok..
Aik, awat aku p wakaf che yeh semata dua mata nak p mencari abang Obama Ombak rindu. Aik, abang Obama belakon dalam ombak rindu ka? or depa ada buat shooting ombak rindu 2 yang dibintangi oleh abang Obama? wah. banyak betoi persoalan kan. Ok takpa, jap lagi hampa tau la sebab apa aku p cari Obama Ombak rindu kat Wakaf Che yeh nie kan. Aku siap bagi bukti lagi kat hampa.. kemain sungguh. (=_=")
Menurut Uncle Wikipedia, Wakaf Che Yeh nie terletak 7 KM dari Bandar Kota baru n popular dengan pasar malam hariannya.. *ingatkan Wakaf Che Yeh nie nama khas untuk pasar malam ala2 uptown tu je.(salah faham rupanya). ok, sambung.. Wakaf  Che Yeh nie dah beroperasi dari 10 tahun yang lepas woo. lama tu..*umur aku masa tu baru 10 tahun.. Uncle Wikipedia jugak cakap di Wakaf Che Yeh nie banyak barang yang kita boleh dapat. Dari pakaian sampailah ke makanan tradisonal Kelantan.. *Good-good kan?
Actually, memang benar-benar lagi betul apa yang uncle Wikipedia tu dok merapu. memang banyak barangan kat sini. nak makan , nak pakai, nak shopping, semua boleh kat sini. and yang penting sekali mesti nak ada duit datang ke sini. *rambang mata. Semua barang boleh dikatakan lagi murah berbanding ngan barang-barang kat tempat kita. Yelah, Siam sebelah kan. Pengunjung kat sini memang ramai weh. Bercampur gaul peluh-peluh aku dengan pengunjung kat sana. *jem dengan manusia. ramai sungguh. OPs! terlupa, aku gi malam minggu rupanya.. ihihihi
Rasanya, cukup kot aku dok meraban sorang-sorang kat sini. Tah..tah, hampa main scrool dari atas untuk tengok gambar je kan. *syok sendiri rupanya aku nie.. Lol. Oklah, macam biasa, mesti la aku nak show off kat hampa semua gambar-gambar yang sempat aku amik walaupun bermandi peluh kat sana. *walaupun...kemain~
Kan aku kata, orang-orang yang datang sini semuanya kusyuk beli belah. Yelah, kat sini kan barang-barang murah. Macam-macam ada wooo.. *nada ala2 pakcik astro punya iklan.

bukan takat makanan n pakaian ja juai kat sini. MAS pun ada woo. Juai main letak atas meja pun. Tak takut langsung kena rompak. pak guard bawak senapang pun tak diperlukan. *mas celop rupanya.. Glup~

Korang tengoklah sendiri. Betapa padatnya manusia-manusia kat sana. Betapa terkepit lagi terhimpitnya aku kat sana. Jem..jem..jem.. balik sampai rumah, macam-macam bau ada. bau kari, bau masak lemak, bau lontong.. bau ketiak.. semua dalam satu..


Titiba sampai kat kedai juai kasut nie, aku terpanggil-panggil oleh kasut tu suruh amik gambar dia.. so, aku pun melenting la.. Dah la tak cantik. kasut demam ciken pop bentuk love.. warna merah macam tema red mummy.. 2 dalam satu sebab jadi tong sampah.. Cait, tengok-tengok pusing belakang, ada tuan punya kedai rupanya. siap buat muka tak puas hati sebab dok mencarut kat kasut dia.. *slow-slow kluar kedai n blah dari situ. ahahah..


Sat.sat.. nak senyum lebar jap. *sambil tutup mata sebelah. Ini pertama kali aku jumpa papan tanda arahan kat baju. n 1st time aku jumpa 3 ayat yang di translate dalam tulisan rumi. Memang menakjubkan.. *kau mampu~ aku cuba baca yang ditulis dalam versi Kelantan, tapi filed. Nada tak sedap katanya. Cait~


Xlah shopping banyak sangat. Sebab ujung bulan kan. Itulah sebabnya. Kalau nak diikutkan hati nurani berjiwa remaja lagi kanak-kanak nie, 10 ribu hingggit pun tak cukup kan..

Nie la dua orang brother pemandu pelancong aku.. *mamposs kena siku.. Nie la dianya orang yang aku tumpang dari kelantan ke Tanjong malim. Kalau nak ikutkan, aku balik naik bus sebab tiket dah beli. Tapi, hati murni depa mengajak aku balik dengan depa, bertambah la satu hari lagi kehidupan aku di kelantan. Baik dorang nie tau. Sorang nama Onn, Sorang nama kudin.. sapa nak berkenalan, Gitau aku na. ihihihh. *dorang staf kat office aku jugak la..
Nie la propa yang aku nak tunjuk dari tadi. ihihi.. Ce tengok gambar kat bawah nie. Obama dah pakai tudung wooo.. Bagoih betoi.. Macam tak percaya.. Eh,eh.. *dah tukar jantina ka... kepelikan sebenarnya..
Wah. ombak rindu... Kain ombak rindu. Eh.. Izzah pakai kain nie ke? maya karin datang beli kain nie ka? or kain nie memang berombak.. berombak dan membuat sipemakai jadi buloh perindu.. Penawar rindu.. rindu serindunya.. ahhaha.. Macam mana la kain nie dipanggil ombak rindu.. :)
Oklah, cukup mengeksploitasi keadaan. Wakaf Che Yeh memang meriah..*maria cerry.. ahaha. Dok meraban panjang-panjang, buat isi entry nie lari jauh dari tajuk asalnya. Ok, cukup sampai sini ja taipan aku dalam entry nie. Kita jumpa dalam next entry lagi ok. untuk Part 5 pulak tau. Wah.. kata 4 hari kat sana, tapi dah masuk part 5 nie apa kes kan.. ihihi. yelah, part 5 nie kan pasal perjalanan balik. ada benda yang menarik dibuat n tempat menarik yang aku singgah masa dlm perjalanan tau. Nak tahu apa dia, tunggu next entry ok.. Assalamualaikum kawan-kawan semua. n thx alot sebab sudi baca. *nada sopan.

Sabtu, 30 Jun 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Sabahdaily: Artis masuk PAS ! Aneh bunyinya?

Posted: 30 Jun 2012 03:18 PM PDT

Artis masuk PAS! Aneh bunyinya. Tapi itu 20 tahun dulu. Ketika para artis melihat parti Islam itu dengan mata serong. Bahkan untuk mendampingi aktivis PAS juga artis terasa takut, mereka khuatir ada mata yang memerhatikan untuk menutup periuk nasi.

Ketika PAS Kelantan berjaya merampas Negeri Serambi Mekah dari tangan UMNO/BN pada 23 Oktober 1990, kejayaan itu juga tanpa sumbangan artis. Tiada seorang pun bergelar artis atau selebriti tampil di pentas PAS membantu kempen ketika itu.

Hanya awal 2000 muncul seorang penyanyi tahun 80an menyertai PAS iaitu Akay Hai. Artis yang bergelar ustaz ini tampil di atas pentas PAS dengan persembahan yang sedikit berbeza iaitu berceramah sambil mendendangkan lagu, justeru beliau cepat popular terutama dikalangan anak-anak muda, sehingga penganjur mengelar program beliau sebagai "konsert hiburan alternatif".

Sebelum itu, di era refomasi (1998-1999) penyanyi lagu bluse terkenal Ito pernah beraksi di pentas Keadilan dan PAS bersama Nasir Jani sang direktor filem.

Keberadaan Akay Hai dalam PAS tak lama, sekitar tahun 2010 penyanyi lagu-lagu berunsur ketuhanan itu ditawarkan slot dakwah di televisyen berbayar, lantas meninggalkan pentas PAS. ketika itu ia berdepan dengan krisis rumahtangga.

Namun sumbangan beliau kepada perjuangan PAS terpahat dalam lembaran sejarah parti Islam itu kerana beliau dianggap sebagai pelopor atau pembuka denai kepada artis-artis sekarang mendekati PAS.

Kini mendekati PAS tidak lagi takut dan segan silu. Artis sudah berani menghadapi resiko kemungkinan akan kehilangan rezeki kerana menyokong oposisi. Mereka bertindak jauh ke depan dengan tampil berceramah di pentas-pentas PAS seluruh negara. Membantu Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya yang akan berlangsung bila-bila masa dari sekarang.

Fenomena penghijrahan artis ke dalam PAS ini bermula dua tahun lalu (2011) bila artis, pelawak dan penulis lirik terkenal Bob Lokman bergabung dengan PAS.

"PAS akan ku jadikan wadah perjuangan untuk memperkenalkan Allah SWT kepada mereka yang belum kenal kekuasaan-Nya" Masih ingat ujaran Bob Lokman saat ia mula terpaut hati dengan PAS.

Sejak itu artis-artis dari pelbagai profesion, pelakon, penyanyi, pelawak dan gitaris mula menyertai PAS dan sebahagianya sudah pun ditampilkan di atas pentas Pakatan Rakyat sebaris dengan penceramah terkenal dari kalangan politikus, ustaz, bahkan bersama Mursyidul Am PAS sendiri, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Gitaris Sam kamikaze, Zuar XPDC, Iwan dan beberapa artis lain sudah sering kali beraksi di atas pentas PAS terutama di Kelantan. Begitu juga pelakon Mustafa Kamal sering hadir pada majlis PAS. Tapi yang terkenal ialah juara lagu 1990 Wan Aishah Wan Arifin atau nama glamor Aishah juga sudah bergabung dengan PAS.

Penyanyi suara lunak yang popular dengan lagu "janji manismu" itu agak istimewa kerana pada Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang berlangsung di Alor Setar, Kedah, telah di beri penghormatan untuk berucap di depan ratusan ribu penyokong PAS dari seluruh negara mewakili kelompok artis. " Bimbinglah kami, jangan pandang serong kepada kami golongan artis" kata Aishah dengan sayu.

Pertama kali saya hadir mengikuti ceramah panyanyi Dayangku Intan di kg. Mahligai dalam Dewan Undangan Jelawat, Kelantan, saya teruja dengan kata-katanya yang sangat menyentuh nurani.

Kerajaan yang dipimpin UMNO/BN melayani rakyat seperti seorang kaya yang sombong melayani orang miskin. Mereka berasa bangga bila dapat menghulurkan sedikit wang kepada orang miskin dan diketika yang sama menyuruh si miskin tadi menuruti segala kehendak mereka.

"Benar, walaupun kita orang miskin, tapi ada maruah. Saya bukan menolak pemberian BR1M (RM500) dan lain-lain bantuan. Ambillah…, kerana itu wang kerajaan, tapi jangan meletakkan taraf rakyat begitu hina, sehingga boleh dibeli dengan wang ringgit". Kata Dayangku dengan penuh kesal.

Menyertai PAS bukanlah satu keputusan yang mudah bagi hero filem epik Melayu Leftenan Adnan, Hairie Othman bahkan beliau mengakui tindakan yang diambilnya itu mengundang risiko dalam dunia lakonannya yang diceburi selama 20 tahun.

Namun bagi Hairie, keputusan yang dibuat adalah keputusan yang paling tepat walaupun beliau yakin akan hilang pekerjaan selepas menyertai PAS.

"Mahu masuk UMNO ramai yang berani. Mahu masuk PAS harus berfikir semasak-masaknya. Mahu makan apa? Tapi saya yakin yang memberikan rezeki bukan Barisan Nasional tetapi Allah SWT. Saya dapat rasa dan saya benar-benar yakin" ujar beliau ketika berucap dalam forum Artis Berpolitik: Sekadar Glamor atau Kerana Prinsip? anjuran Akademi Pak Sako di Dewan Himpunan Cina KL-Selangor.

Hairie telah menyerahkan borang keahlian PAS kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Program Himpunan Hijau dan Ceramah Perdana yang berlangsung di Taman Dahlia, Johor Bahru (29 Jun 2012).

Malah Hairie mengakui sejak menyertai PAS beliau tidak lagi menerima tawaran berlakon dan kondisi ini seperti sudah dijangka namun tidak sekali-kali mematahkan semangatnya untuk bersama-sama parti pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selain Hairie turut menyertai PAS ialah Leman Raja Lawak dan pelakon drama Zulkifly Ismail. Ada yang mencemoh, kemasukan artis dalam PAS diperbesar-besarkan, walhal artis yang menyertai UMNO lebih ramai. Dakwaan itu tak dinafikan. Pelakon veteran Tan Sri Jins Shamsuddin merupakan artis yang mendapat penghormatan dari pemerintah sehingga dilantik senator. Cuma bezanya artis yang bergabung dengan PAS sekaligus merelakan dirinya mengalirkan keringat untuk perjuangan Islam dengan turut berkempen memenangkan parti itu tanpa dibayar.

Penghijrahan tak lain kerana kesedaran berpolitik mereka cukup tinggi, rasa tak puas hati kepada UMNO/BN sudah tak tertahan lagi. Kezaliman yang dilakukan UMNO/BN kepada rakyat, contohnya menafikan hak rakyat Kelantan ke atas royalti minyak, sehingga tergamak mendaratkan minyak melalui Thailand (Songhkla) yang jaraknya 270 kilometer berbanding 150 kilometer daripada pantai Bachok, Kelantan, membuka mata rakyat Malaysia di atas penkhianatan mereka kepada orang Melayu yang majoriti di Kelantan.

Begitu juga dengan projek lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai. Menurut perlembagaan tanggungjawab membina lebuhraya adalah dibahu kerajaan pusat, tapi tak dilakukan, sedangkan lebuhraya itu sangat penting. Pusat telah mendiskriminasikan hak rakyat Kelantan yang 95 peratusnya Melayu. Justeru Kerajaan Kelantan mengambil keputusan membina sendiri lebuhraya tersebut. Anehnya, inisitif kerajaan PAS Kelantan itu menjadi bahan sindiran UMNO.

Kezaliman yang dilakukan UMNO/BN itu rupanya telah membuka mata golongan professional termasuk artis menyertai perjuangan PAS. Seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad : Yang cerdik masuk PAS! Artis menjadi ahli politik sebenarnya bukan aneh, di negara luar seperti India, ramai bintang filem Bolywood yang terjun ke gelanggang politik bahkan ada yang bergelar wakil rakyat. Di Indonesia Raja Dangdut Oma Irama pernah bergabung dengan Partai PPP sehingga pemerintah Orde Baru (Suharto) melarang Oma Irama tampil di TVRI selama 11 tahun. Pada pilihan raya Indonesia 2004 Oma bergabung dengan Parti Kesejahteraan Rakyat (PKS), sebuah parti kolosi dengan partai Demokrat membentuk kerajaan yang sekarang dipimpin SBY.

-Detikdaily

Wang Ihsan RM9 Juta Untuk Baik Pulih Rumah <b>Di Kelantan</b> – Perak <b>...</b>

Posted: 30 Jun 2012 07:54 PM PDT


BACHOK, 30 Jun – Kerajaan pusat menerusi pemberian Wang Ihsan memperuntukkan RM9 juta untuk membaik pulih 4,500 buah rumah rakyat miskin di Kelantan dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pengagihan itu akan disalurkan menerusi 45 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Setiap DUN akan memperolehi RM200,000 untuk diagih-agih kepada penduduk miskin yang layak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan berjumlah RM337,000 kepada 448 mangsa ribut di kawasan DUN Jelawat di sini, hari ini.

Bencana yang melanda di beberapa kampung sejak sebulan lalu itu memusnahkan kebanyakan rumah penduduk terutama bahagian bumbung yang diterbangkan angin kencang yang berlaku dalam beberapa minit.

Turut hadir pada majlis yang dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara Cawangan Kelantan itu ialah Timbalan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bachok, Datuk Dr Ilias Hussin.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, mereka yang layak akan ditentukan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di kawasan masing-masing.

Beliau berkata, setiap mereka yang layak akan mendapat peruntukkan yang dianggarkan RM2,000 setiap rumah untuk membaik pulih seperti atap, dinding dan papan lantai.

Awang Adek berkata, pemilihan itu tidak berdasarkan kepada pegangan politik seseorang sebaliknya ia ditentukan oleh kelayakkan sebenar bagi meringankan beban mereka

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


Jawatan Kosong (Pensyarah) <b>Di</b> kolej Komuniti <b>Kok Lanas</b> ~ info <b>...</b>

Posted: 19 Jun 2012 08:56 PM PDT


Kolej Komuniti Kok Lanas mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara sambilan/sementara

Jawatan: Pensyarah Sambilan Harian (Bahasa Inggeris)

Syarat-syarat:

a) Ijazah Sarjana Muda TESL yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

b) Calon-calon hendaklah mengemukakan resume dan permohonan tersebut hendaklah sampai ke Kolej Komuniti Kok Lanas pada atau sebelum 5/7/2012.

Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk ditemuduga.

Sebarang pertanyaan, sila berhubung Puan Shuhaila Ibrahim di talian 097880400.

sumber iklan :  http://www.kkklk.edu.my

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


IPOH MALAY: PAS Belum Puas Hati Dengan Rakyat Johor

Posted: 17 Jun 2012 01:25 AM PDT


Hadi Awang Gelar Johor "Ekor Cicak"



Selepas Nizar mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya kepada Sultan Johor berhubung nombor WWW1, kini giliran Hadi Awang pula menghina Johor dengan umpamakan negeri itu seperti "ekor cicak".
Sebelum ini Hadi Awang pernah juga menghina masyrakat Sarawak pakai cawat lagi dalam pilihan raya kecil Manek Urai. 
11 Julai 2009, ketika berkempen dalam pilihanraya kecil di Manek Urai, Hadi Awang pernah mengatakan seperti berikut "Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS," (baca sini). Sampai hari ini Hadi Awang belum lagi minta maaf.


Kali ini Hadi Awang menghina Johor pula. Abdul Hadi menyatakan rakyat Johor perlu berubah dengan menyokong pakatan pembangkang sekiranya tidak mahu ketinggalan dan menjadi seperti 'ekor cicak'.

Selanjutnya baca di sini.
Entah pada waktu bilakah polis dan tentera menyokong Pakatan Haram jika mereka tidak sudah-sudah memaki hamun polis . Hadi Awang dengan konfiden menyebut bahawa mereka disokong oleh polis. Presiden PAS dibolehkan menipu oleh ajaran agama PAS.


Selepas Nizar mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya kepada Sultan Johor berhubung nombor WWW1, kini giliran Hadi Awang pula menghina Johor dengan umpamakan negeri itu seperti "ekor cicak".
Sebelum ini Hadi Awang pernah juga menghina masyrakat Sarawak pakai cawat lagi dalam pilihan raya kecil Manek Urai. 
11 Julai 2009, ketika berkempen dalam pilihanraya kecil di Manek Urai, Hadi Awang pernah mengatakan seperti berikut "Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS," (baca sini). Sampai hari ini Hadi Awang belum lagi minta maaf.


Kali ini Hadi Awang menghina Johor pula. Abdul Hadi menyatakan rakyat Johor perlu berubah dengan menyokong pakatan pembangkang sekiranya tidak mahu ketinggalan dan menjadi seperti 'ekor cicak'.

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Berkongsi Cerita: Kota Bharu - <b>Rantau Panjang</b>

Posted: 01 Jun 2012 01:44 AM PDT


Perjalanan sejauh 330 km melalui Grik, Jeli, Rantau Panjang, Pasir Mas dan Kota Bharu yang mengambil masa selama 6 jam.  Kami tiba di hotel ketika matahari hampir melabuhkan tirai.  Pada malam itu, kami hanya berjalan-jalan sekitar hotel mencari tempat makan malam saja, makanan yang 'biasa-biasa' saja, tetapi agak mahal!



Destinasi pertama kami, Pantai Cahaya Bulan, sekadar ingin meninjau-ninjau kawasan saja.  Kami menikmati ABC di sana, pertama kali menikmati ABC di dalam gelas besar, kebiasaannya, di dalam mangkuk.
Sekadar ingin melawat, kami ke Rantau Panjang, destinasi yang dikatakan syurga membeli-belah.  Kami bergantung kepada 'pemandu pelancong' yang tidak boleh dipercayai 100% ini untuk tiba di Rantau Panjang (nanti saya ceritakan pengalaman menggunakan GPS).


Kami singgah di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing)  yang senibinanya bercirikan senibina Cina.  Sangat menarik.  Ianya menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih 1,000 tahun di Beijing,China (sumber)


Pengunjung mesti mencuba Aiskrim Baba ini yang dijual di perkarangan masjid... aiskrim homemadenya melapisi kek span, jeli dan pulut.  Di atas aiskrimnya pula diletakkan jagung dan kacang. Tidak lemak seperti aiskrim biasa, nyaman!




 

Kami balik dengan tangan kosong saja petang itu, tiada periuk, pinggan mangkuk, makanan atau kain baju. Sekurang-kurangnya kami sudah melihat bagaimana keadaannya di Rantau Panjang itu.  Ketika melepasi pemeriksaan kastam, pegawai kastam itu hanya tersenyum apabila kami beritahu tidak beli apa-apa!

- bersambung - Masjid Kg. Laut

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Calon-Calon Umno <b>Di</b> Pasir Puteh Percaturan Yang Tepat..!!

Posted: 20 Jun 2012 02:08 AM PDT

Umno Pasir Puteh menjadi bahagian pertama di Kelantan yang sudah selesai muktamadkan calon-calon untuk ke empat kerusi di kawasan parlimen itu iaitu, kerusi Parlimen Pasir Puteh, dan empat Dun, Gaal, Limbongan, Semerak dan Selising.

Senarai nama-nama yang bertanding di kerusi-kerusi berkenaan sudah pun berada dalam fail "beres" atas meja presiden parti di Ibu Pejabat Umno Kuala Lumpur. Pengerusi Umno Kelantan Mustapa Mohamed juga dikatakan merestui calon-calon berkenaan.

Kerusi parlimen yang sebelum ini menjadi rebutan beberapa nama sudah muktamad dengan bekas ketua bahagian Kamaruddin Mohd Noor akan diberikan tanggungjawab untuk merampas kerusi berkenaan. Walaupun pencalonan Kamaruddin mendapat tentangan khasnya dari ketua bahagian Zawawi Othman, namun atas kehendak Kuala Lumpur, Zawawi dikatakan terpaksa akur.

Pemilihan Kamaruddin katanya atas naluri Udin anak Yassin. Ha Najib Razak juga bersetuju kalau Kamaruddin dicalonkan. Pemilihan Kamaruddin salah satu sebab berdasarkan kepada latar belakang pendidikan dan syaksiah beliau yang dikatakan jauh lebih baik dari Zawawi yang sebelum ini hanya guru sekolah rendah sahaja.


Zawawi menentang pencalonan ini kerana beliau dikatakan lebih melihat pencalonan itu bakal memberi cabarannya di masa datang dalam hirerki kepimpinan Umno Pasir Puteh. Rata-rata berpendapat sekiranya Kamaruddin terpilih menjadi calon menyebabkan dia akan kembali memimpin Umno Bahagain Pasir Puteh dan ini paling diktakuti Zawawi berbanding kalah dalam pilihan raya. Zawawi pula lebih selesa menjadi ketua bahagian kerana dengan kedudukan itu beliau dapat mengendalikan peruntukan yang disalurkan menerusi Umno Pasir Puteh.

Sebagai gantiannya Zawawi dicadangkan bertanding di Dun Semerak untuk bertemua dengan Wan Hassan Wan Ibrahim. Walaupun Zawawi memilih Gaal sekiranya tidak dapat Parlimen Pasir Puteh tetapi ada usaha termasuk dari Kuala Lumpur mencaturkan supaya Zawawi bertanding di Semerak. Perletakkan Zawawi di itu adalah untuk 'membunuh' kerjayaanya dalam politik.  Cara paling baik bagi membunuh Zawawi di Pasir Puteh ialah dengan meletakkan bertanding di kerusi yang sukar dimenangi.

Bila-bila masa dan di lihat dari celah mana sekali pun Zawawi tidak akan mampu untuk mengalahkan Wan Hassan yang dilihat sebagai wakil rakyat Pas yang ampuh di Pasir Puteh. Isu perceraian Wan Hassan dengan isteri keduanya yang cuba dijaja tidak berbekas langsung. Wan Hassan pula dilihat calon Pas yang sesuai untuk mengekangkan kemaraan Zawawi. Gedebe lawan gedebe.

Gaal yang menjadi kerusi pilihan kedua untuk Zawawi akan diserahkan kepada muka baru seornag doktor giri, Dr Sumardi Hassan. Sumardi dikatakan anak tempatan yang mempunyai kualiti untuk menjadi calon. Selain dari mempunyai keluarga besar doktor gigi ini juga dikatakan mempunyai latar belakang pendidikan Islam. Beliau pernah menuntut di Pakistan. dan berperwatakan sedarhana dan mesra rakyat.

Kemungkinan kalau Pas tidak memindahkan Nik Mazian Nik Mohamad di Gaal, kemungkinan kerusi ini akan dimenangi mudah oleh Sumardi. Justeru Pas perlu mencari jalan terbaik untuk menyelamatkan Dun Gaal. Setakat ini timbalan Yang Dipertua Pas Pasir Puteh, Yuganu Yunus dikatakan telah disebut-sebut untuk mengganti tempat Nik Mazian di Gaal.

Manakala di Limbongan pula Umno akan mempertaruhkan timbalan ketua bahagiannya Rujahan Salleh. Berlaku perebutan tiga calon untuk Dun Limbongan ini dari Umno, bekas wakil rakyat Che Min Che Mat yang juga dikenali dengan "wakil rakyat 30 sen",  Wan Mohd Najib dan Rujahan Salleh.

Rujahan juga pernah bertanding namun tewas. Bagaimana peluang Rujihan untuk nertanding di Limbongan cerah mmancar  apabila beliau jauh lebih muda berbanding Che Min dan Wan Najib yang sudah hampir lupus tempoh dan ditutupi senja limun.

Di Selising pula Umno telah hampir pasti meletakkan pegawai startegi Umno Sukri Salleh yang juga Naib Ketua Umno Pasir Puteh. Zukri yang bermasalah dengan ketua bahagian selama ini mendiamkan diri dan banyak memonitorkan jarum politiknya di Pasir Puteh dari Kuala Lumpur. Walaupun Ybekas wartawan Utusan Yazid Othman dikatakan berminat, tetapi Zukri dilihat lebih berpeluang memandangkan hubungan baik beliau dengan salah seorang orang kanan Najib Razak.

Kedudukan ini menjadikan Zukri lebih berpeluang. Bagi Umno Selising bukan kawasan yang diimpikan tetapi tidak mustahil kalau Zukri diturunkan dan Pas pula gagal mencari pengganti Saiful Bahari kemungkinan kerusi itu boleh berpindah tangan. Kekuatan yang ada kepada Zukri ialah beliau memiliki keluarga besar di Selising.

Nama-nama disebut itu sudah pun dimuktamadkan. Ia boleh berubah sekiranya ada perkembangan-perkembangan terkini yang mungkin akan dilakukan oleh Zawawi. Umno Pasir Puteh dan masyarakatnya juga sudah faham dengan cara Umno bahagian itu berpolitik. Peristiwa penghantaran mesej kepada Fuad Zarkasi sewaktu timbalan menteri pelajaran itu turun ke Pasir Puteh menjelaskan akan kesamsengan politik di bahagian itu.

MSO.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Lebih 18000 pengguna tiga jajahan <b>di Kelantan</b> alami gangguan air <b>...</b>

Posted: 26 Jun 2012 08:11 PM PDT

KOTA BHARU: 27 Jun – 18,000 pengguna air bersih di Jajahan Machang, Pasir Puteh dan sebahagian Kok Lanas di sini akan mengalami gangguan tekanan air rendah secara berkala selama dua hari, mulai hari ini.

Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Hazwan Hassan, berkata gangguan itu berikutan kerja-kerja penyelenggaraan pam secara berjadual di muka sauk Loji Rawatan Air Merbau Chondong, Machang.

Gangguan di jajahan Machang yang membabitkan 12,000 pengguna berlaku di bandar Machang; Universiti Teknologi MARA (UiTM) Machang; Labok, Merbau Chondong; Padang Selising; Bukit Tiu, Banggol Petai, Kweng Hitam, Pangkal Meleret; Wakaf Bata, Paloh Rawa; Kemuning, katanya kepada Bernama.

Kampung-kampung yang terbabit di jajahan Pasir Puteh pula ialah Bukit Bidang, Taman Sentosa, Alor Hijau, Selising, Jeram, Dalam Rhu, Semerak, Tok Bali, Tualang Tinggi, Tasik Pauh, Kedai Menanti, Bukit Jawa, Bukit Tanah, Kampung Jerus, Bukit Abal, Sri Aman, Taman Kobena, Kampung Lepah, Kampung Berangan, Banggol Telipot membabitkan kira-kira 5,500 pengguna.

Di kawasan Kok Lanas ialah Pekan Kok Lanas, Kampung Pak Badol, Melor dan sekitarnya melibatkan kira-kira 1,000 pengguna.

Sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi Pusat Talian Info AKSB PINTAS di talian 1300-88-2572 atau layari laman web AKSB di www.airkelantan.com.my.

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


ROYALTI UNTUK SEMUA RAKYAT <b>KELANTAN</b> « MOHD NURI

Posted: 26 Jun 2012 07:30 PM PDT

Salam perjuangan….
Tuntutan royalti oleh ngo Royalti adalah untuk menuntut hak Negeri Kelantan dan rakyat seluruhnya supaya perjanjian petronas dgn Kerajaan Negeri Kelantan 1974 dipatuhi. Himpunan aman royalti dicemari dgn insiden yg tidak diingini yg diprovokasikan oleh ngo yg pro umnobn.  Seramai 5 org yg dikasari sepanjang himpunan berlangsung.

Apa yg perlu diketahui ialah jika sekiranya royalti yg diperjuangkan ini diberikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan sebagaimana termaktub dalam perlembagaan maka semua rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan kaum malah parti akan memperolehi manafaatnya. Malah 5 generasi akan datang masih boleh menikmati kesan perjuangan royalti pada hari ini.

Antara lain perjuangan royalti ialah mendaratkan minyak diperairan Kelantan ke negeri Kelantan bukannya didaratkan di negeri lain. Jika minyak didaratkan di negeri Kelantan maka kesan segera kepada rakyat Kelantan ialah peluang pekerjaan di mana beratus-ratus ribu rakyat Kelantan mendapat peluang.

Himpunan royalti juga turut menyerahkan plak royalti yg ditandatangani oleh Sultan Mohamad Ke 5 yg diterima oleh yb dato hj husam musa bagi pihak yab tgna mb kelantan. Selepas insiden yg tidak diingini berlaku mereka yg dikasari mendapat rawatan diHUSM dan kemudiannya membuat laporan polis di ipd kota bharu pengkalan chepa. Kini terserah kepada polis utk mengambil tindakan….

image

image

image

image

image

image

image

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Lebih 100 rumah, kedai akan dibina <b>di Gua Musang</b> | :: cina islam <b>...</b>

Posted: 07 Jun 2012 05:11 PM PDT

KOTA BHARU: Bandar Gua Musang bakal berubah wajah apabila beberapa buah projek yang membabitkan pembangunan bercampur bakal dibangunkan bermula tahun ini.
Projek yang mengandungi dua fasa itu dimajukan sebuah syarikat swasta True Impression Sdn Bhd dengan Majlis Daerah Gua Musang yang membabitkan tanah seluas 16.7 ekar di Bandar Lama Gua Musang.
Majlis menandatangani perjanjian antara kedua-dua pihak itu disaksikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di sebuah hotel, di sini semalam.
Majlis Daerah Gua Musang diwakili Yang Dipertuanya, Mohd Yusof Hussin dan Ketua Whip MDGM, Hussin Embong.
Manakala syarikat berkenaan diwakili dua orang Pengarah Urusannya, Rusnifa Wahid an Tan May Wee.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sebanyak 33 buah unit rumah, 18 unit rumah kedai akan dibangunkan untuk fasa pertama ini.
Tambahnya, manakala fasa kedua pula akan dibina 73 unit rumah teres disamping beberapa lagi pembangunan lain bagi menampung keperluan masyarakat di situ.
"Gua Musang sebagai sebuah jajahan pintu masuk ke negeri ini perlu disediakan pembangunan yang teratur memandangkan ianya menjadi tarikan pelancong,"ujarnya.

ads