Rabu, 25 Julai 2012

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


Tiada alasan lagi tolak daratkan minyak <b>di Bachok</b>

Posted: 10 Jun 2012 03:33 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KOTA BHARU: Tidak ada sebab lagi untuk Kerajaan Pusat menolak tuntutan pendaratan gas ke Pantai Bachok oleh kerajaan negeri apabila Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V turut menyokong tuntutan itu. (Sidang ...

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


Wak Mat Bomoh Herba |antalhaqq

Posted: 25 Jul 2012 09:00 AM PDT


MAT bin Deraman atau lebih mesra dipanggil Wak Mat 90, menetap di RPT Batu Mengkebang, Kg Bawah Lebih Sentiasa, Kuala Krai sangat dikenali sebagai Bomoh Herba di situ. Kemahirannya tentang campuran herba bagi tujuan kesihatan tidak diragukan lagi oleh penduduk tempatan. Itulah pekerjaan Wak Mat sejak usia mudanya lagi sampailah sekarang bagi menyara hidup seharian sekadarnya sahaja. Wak Mat berguru tentang herba-herba hutan dan kampung dengan seorang tua yang arif tentang herba sekitar tahun 1970an. Dengan ilmu yang diajarkan gurunya itulah Wak Mat memulakan usahanya berjaja aneka herba-herba campuran yang dibuatnya sendiri ke merata pekan seperti Gua Musang, Kuala Krai dan Pasir Puteh. Ramuan herbanya diadun khusus untuk keperluan kesihatan dan penawar penyakit yang tertentu.
Antara ramuan campuran herbanya adalah akar tongkat ali yang diadunkan dengan campuran herba lain seperti akar kunyit yang berkhasiat untuk buang angin. Begitu juga dengan pokok kancing baju yang dicampur bersama untuk memujarabkan lagi kesannya, khusus untuk kesihatan urat saraf lelaki bagi memulihkan tenaga secara tradisional. Disamping itu, Wak Mat turut mengadunkan herba yang khusus untuk wanita selepas bersalin.

Bagi yang ingin merancang keluarga, Wak Mat juga mahir mengadun herba untuk tujuan penjarak anak. "Pemakanan herba seperti ini tiada kesan sampingan kerana semuanya berasaskan herba-herba asli. Malah ia membantu mengecutkan peranakan wanita selepas bersalin. Apabila kesihatan dalaman wanita terjaga, fungsi tubuh kembali seperti asalnya tentulah suami pun bertambah sayang. Selain itu ia menjadi perapat secara tidak langsung. Setakat ini, memang ramai yang mengambil herba penjarak anak atau perapat ini. Keberkesanannya telah terbukti. Selagi wanita itu mengamalkan pengambilan herba ini, dia tidak akan hamil. Tapi jika dia berhasrat ingin mendapatkan anak lagi, selepas berhenti mengambil herba ini dia tetap mempunyai peluang untuk hamil seperti biasa.." terang Wak Mat yang mahir dengan apa yang dilakukannya.
Meyakini akan khasiat herba-herba asli yang diadunnya, Wak Mat tidak ragu-ragu berkongsi penawar barah payudara bagi penghidap yang masih diperingkat awal. "InsyaAllah saya boleh ikhtiarkan agar barah itu reda dan pulih secara normal dengan pengambilan herba-herba yang tertentu. Tapi ada syaratnya, penghidap mestilah belum menjalani sebarang pembedahan lagi. Sebaik mengesan ada yang tidak kena, terus datang ke sini untuk ikhtiar. Dengan izinNya,tidak mustahil penyakit yang dihidapi boleh sembuh.."
Jelas Wak Mat lanjut, "Semua jenis barah bersifat panas. Oleh yang demikian, saya adunkan herba-herba penyejuk untuk memulihkan radang yang ada. Semua campuran herba ini adalah formula asli masyarakat terdahulu yang telah digunapakai sejak zaman berzaman. Ia diyakini dan selamat untuk kesihatan, terpulanglah cara pengambilan yang sesuai samada dalam bentuk kapsul ataupun meminum air rebusan. Bagi saya, meminum air rebusan herba adalah kaedah yang terbaik.."
Selain itu Wak Mat juga boleh ikhtiarkan merawat penyakit Raja Satung, iaitu sejenis penyakit darah yang keadaannya seakanTakan bisul tetapi ia lazimnya tumbuh di atas belakang tubuh. Penyakit Raja Satung boleh mengakibatkan maut jika lambat mencari penawarnya. Dengan kaedah rawatan herba, penyakit seperti ini ada ubatnya.Telah ramai yang datang kepada Wak Mat cuba diikhtiarkan. Bagi yang masih diperingkat awal, mereka kembali sembuh seperti biasa. Namun ada juga yang gagal sembuh dan meninggal dunia kerana lambat mendapatkan rawatan yang berkesan.
"Dari orang-orang tua dahulu, Raja Satung ini sebenarnya lebih serius berbanding resdung. Seringkali berlaku, keadaan sudah terlambat apabila pesakit mengetahui penyakit ini yang jika dibiarkan boleh membawa maut. Dalam kaedah rawatan yang biasa, mereka yang menghidapi penyakit ini akan menyangka ia sejenis barah. Sebenarnya ia adalah resdung yang lebih serius.." terang Wak Mat tentang penyakit Raja Satung yang diketahuinya dari orang tua-tua dahulu. "Begini kaedahnya, jika berkudis dibahagian dada ke bawah kita boleh katakan ianya barah. Jika bernanah dimuka dikatakan ia kudis. Sebaliknya jika berkudis bahagian belakang tubuh, itu dipanggil sebagai Raja Satung. Begitu juga dengan penyakit kayap. Ia juga ada beberapa jenis juga seperti kayap ular, kayap tapak anjing dan kayap bertih. Ada kaedah dan penggunaan herba yang khusus untuk menawarkannya.Bagi penyakit yang begitu lazimnya saya membacakan doa-doa khusus dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran sebagai induk perubatan seterusnya saya rawat dengan menggunakan herba sebagai ikhtiar. Cara pengubatan bukanlah bergantung kepada herba semata, namun ada juga sesetengah pesakit yang sembuh dengan penggunaan herba, bergantung kepada tahap keseriusan penyakit seseorang itu. Orang-orang lama menggelarkan kaedah itu sebagai tepung tawar. Di kampung-kampung, masih ramai yang menggunakan kaedah rawatan saya ini.." Dikalangan generasi baru, persepsi mereka tentang kaedah rawatan cara kampung dan herba ini sebagai 'rawatan sementara' sebelum ke klinik ada reaksi biasa yang diterima Wak Mat.
Wak Mat hanya tersenyum. "Mulanya kurang yakin, tapi apabila rasa sakit tidak tertahan Iagi, sebagai ikhtiar mereka datang juga berjumpa saya. Kononnya untuk rawatan sementara sebelum mendapat ubat klinik, tapi sudahnya sembuh dengan begitu sahaja tanpa perlu ke klinik. Maka pesakit yang serasi seperti itu akan meyakini keberkesanan kaedah rawatan herba ini. Malah ramai pula yang tidak ragu-ragu mengamalkan herba-herba saya sebagai amalan kesihatan harian selepas itu.."
Wak Mat juga menjelaskan, penyakit buasir juga boleh dirawat dengan penggunaan herba. "Tidak kira sepanjang mana duburnya yang terkeluar, saya boleh ikhtiarkan dengan pengambilan herba yang khusus untuk buasir. Ramai yang telah berjaya di ikhtiarkan. Beberapa penghidap buasir yang keadaannya sudah perlu dibedah, mencuba rawatan disini dan sembuh. Saya menyarankan, bagi penghidap buasir sebelum sampai ke tahap 'membuang' bahagian yang terkeluar itu, cuba ikhtiarkan secara herba dulu. Ditakuti akibat masalah buasir dan rawatan yang dijalani, bagi orang lelaki mungkin boleh menyebabkan masalah lain seperti lemah tenaga batin.."
Bagi Wak Mat yang menyediakan sendiri ramuan herba untuk perubatannya, harga herba-herba yang disediakannya tidaklah semahal persediaan herba yang telah dikomersilkan atau semahal ubatan-ubatan moden. "Harga setiap satu bermula daripada RM5 hingga RM10 sahaja. Maklum sahajalah, sebut saja ubat-ubat akar kayu dan daun-daun hutan buatan orang-orang kampung, kalau mahal tiada siapa yang mahu membelinya? Tidak ada nilai jika dibandingkan dengan ubatan moden. Sedangkan kandungan herba yang asli dengan khasiat-khasiatnya yang telah teruji sebenarnya lebih elok dan tidak menimbulkan kesan sampingan yang tidak baik kepada kesihatan. Saya sendiri, setelah betul-betul mahir dan mendalami satu-persatu setiap jenis akar kayu dan daun-daun ubat ini, barulah saya adunkan bersama bagi rawatan untuk penyakit tertentu. Tidak kira ubat apa sekalipun, jika tersalah campurannya ia tidak menjadi malah dalam sesetengah keadaan ia menyebabkan keracunan pula. Sepanjang saya menyediakan ubat-ubat herba ini, belum ada lagi yang saya dengar khabar mati akihat memakan herba!"
Wak Mat mendapatkan bekalan herba-herba hutan dari orang-orang kampung dan juga masyarakat orang asli yang sudah lama menjadi pembekal herba-herba yang diperlukan Wak Mat. Wak Mat juga menyediakan herha hagi mengawal penyakit kencing manis, darah tinggi dan penawar resdung yang cukup mendapat sambutan dari kalangan masyarakat tempatan.
"Jangan memandang rendah akan penggunaan herba, khasiatnya memang terbukti dan berkesan. Kalangan pengguna ubat-ubat herba saya ada juga dikalangan doktor dan ahli farmasi sendiri kakitangan profesional lain datang membeli herba-herba disini sebagai amalan pemakanan kesihatan mereka yang semulajadi.." Dari hasil menjual ubat-ubat herbanya inilah Wak Mat menanggung hidupnya yang sebatang kara sejak kematian isterinya beberapa dekad lalu. Sakit pening dirinya, dialah yang menanggung seorang diri. Namun hendak mencari pengganti isterinya, Wak Mat langsung tidak pernah terlintas kerana baginya, siapalah yang betul-betul sudi dan ikhlas mahu menjaganya ketika dini sudah semakin uzur mi. Setakat sakit-sakit ringan, Wak Mat hanya mengamalkan ubat-ubat herba dan akar kayu sebagai penawarnya. Dia bersyukur dengan keadaan kesihatannya yang tidak pernah melarat hingga terpaksa dibawa ke hospital.
Ö Kepada yang ingin bertanya lebih lanjut dan berhajat untuk berikhtiar mencuba rawatan herba Wak Mat, boleh berhubung dengan jirannya Fahmi di talian 017-9566179.

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Warga <b>Kelantan</b> memang bersedia « <b>KELANTAN</b> DARUL NAIM <b>...</b>

Posted: 14 Jul 2012 10:33 AM PDT

Warga Kelantan memang sudah bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran di hari muka.  Ini dapat dilihat dalam berbagai aspek atau bidang kehidupan mereka.  Semangat juang mereka untuk maju,  rasanya tidak ada tolok bandingnya. Sikap mereka untuk berdikari, berpadu dan bantu membantu antara satu sama lain,  sudah lama berakar umbi dalam kehidupan mereka.

Warga Kelantan tidak syak lagi adalah sinonim dengan semangat juang,  ingin berdikari,  ingin maju  dan  rajin berusaha untuk mencapai kejayaan.

Ikan kering di Pasar Jelawat

Banyak contoh yang dapat kita lihat.  Tidak perlu kita jalankan projek kajian dan penyelidikan untuk mendapatkan bukti keadaan ini.  Di mana juga kita berada keadaan atau senario ini dapat kita temui.  Di pasar besar,  di warung-warung,  di pasar pagi atau malam,  di kedai-kedai runcit,  di kedai emas,  dan lain-lainnya dapat kita lihat bagaimana suasana ini menyerlah.

Memang diketahui bahawa terdapat empat tugas penting dalam kehidupan tiap anggota masyarakat Kelantan iaitu  bekerja keras untuk mengumpul cukup dana,  dana ini akan digunakan untuk menentukan kejayaan anak-anak di bidang pengajian,  dana ini  akan digunakan untuk mengerjakan ibadah Haji,  dan dana ini juga untuk membina rumah serba moden tempat tinggal keluarga.

Dalam aspek bekerja keras,  ini dapat dilihat dari komitmen mereka dalam perniagaan,  bertani,  menternak dan  menangkap ikan,  iaitu selain dari penglibatan mereka dalam perushaan-perushaan desa, sebagai contoh, menghasilkan makanan ringan atau sampingan seperti serunding,  keropok,  kerepek dan sebagainya.  Kita jangan pula lupa penglibatan mereka dalam bidang-bidang pembuatan – membatik,  mentenun kain songket,  mengeluarkan hasil kraft dari perak, emas, tembaga dan kayu, dan banyak lagi.

Zahar … periang dan peramah. Tok Bali

Banyak tempat yang dapat menggambarkan suasana ini.  Di Wakaf Che Yeh, di Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu,  di Pantai Seri Tujuh Tumpat,  di Kampung Laut,  di sepanjang jalan ke Pantai Cahaya Bulan, di pasar Mundok Pasir Mas, di TokBali,  di Wakaf Aik, di Rantau Panjang dan banyak lagi.  Selain dari itu keadaan ini dapat juga kita lihat di komplek-komplek seperti Bazar Buluh Kubu,  Bazar Tok Guru dan seumpamanya.

Pendek kata,  warga Kelantan adalah kumpulan insan yang sentiasa bergerak cergas dalam menjalani hidup seharian mereka.  Pengurusan waktu adalah penting kepada mereka.

Datanglah ke Kelantan Darul Naim untuk menyaksikan ini semua.

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


JAWATAN KOSONG <b>DI</b> KOLEJ KOMUNITI <b>KOK LANAS</b> ( 24 JULAI <b>...</b>

Posted: 17 Jul 2012 10:31 PM PDT

Warganegara Malaysia berumur 18tahun keatas dan berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan kosong berikut di  Kolej Komuniti Kok Lanas  :-

   1. Jawatan : Pensyarah Sambilan Harian (Terapi Kecantikan dan Spa)

Syarat-syarat:

  • Ijazah Sarjana Muda @ Diploma dalam bidang Terapi Kecantikan dan Spa atau
  • Sijil-sijil Kemahiran yang berkaitan dengan Terapi Kecantikan dan Spa.

   2. Jawatan : Pensyarah Sambilan Harian (Terapi Kecantikan dan Spa)

Syarat-syarat:

  • Ijazah Sarjana Muda @ Diploma dalam bidang Dandanan Rambut atau
  • Sijil-sijil Kemahiran yang berkaitan dengan Dandanan Rambut.
Hantarkan resume dan permohonan pada atau sebelum 24 Julai 2012

Kolej Komuniti Kok Lanas
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
16450 Ketereh, Kelantan.
(UP: Puan Shuhaila binti Ibrahim)
Tel:09-7880400 Fax:09-7880401

Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk ditemuduga.

Sebarang pertanyaan, sila berhubung Puan Shuhaila Ibrahim di talian 09-7880400.

Jawatan Kosong <b>di</b> Kolej Komuniti <b>Kok Lanas</b> ~ Kerja Kosong <b>...</b>

Posted: 18 Jul 2012 04:59 PM PDT


Kolej Komuniti Kok Lanas mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara sambilan/sementara.
  1. Pensyarah Sambilan Harian (Terapi Kecantikan dan Spa)
MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN DAN BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan: 24/7/2012

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


UMNO Online - Syukur, BN Menang Besar – Tengku Adnan

Posted: 04 Nov 2010 12:12 PM PDT

Kategori Dari Setiausaha Agung

Syukur, BN Menang Besar – Tengku Adnan

Oleh : Ropikah Ahmad.

SANDAKAN, 4 Nov. – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersyukur atas kemenangan yang telah diperoleh dalam dua pilihan raya kecil iaitu di Parlimen Batu Sapi, Sabah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan.

Katanya, kemenangan besar BN ini adalah satu petanda gelombang rakyat yang menolak manipulasi dan janji-janji palsu parti-parti lain di negara ini.

"BN melaksanakan sebagaimana yang dimahukan rakyat dan kita tidak memberikan janji-janji palsu seperti mana yang dilakukan oleh pembangkang dan kerajaan Pas di Kelantan sendiri," katanya.

Menurut beliau, kejayaan BN ini adalah sangat bermakna yang membuktikan bahawa rakyat telah kembali memberi sepenuh sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Gagasannya, 1Malaysia Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.

"Inilah hadiah yang sangat bermakna diberikan oleh rakyat kepada Perdana Menteri dan kita semua berdoa agar beliau akan segera sembuh dan diberikan kesihatan dan dapat kembali bertugas serta membawa negara ke arah kecemerlangan," katanya.

Sehubungan itu, beliau turut mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada semua pengundi di kedua-dua tempat tersebut dan yakin bahawa BN akan memberikan perkhidmatan sebagaimana yang diharapkan rakyat iaitu untuk kesejahteraan dan kesinambungan pembangunan.

"Sokongan yang diberikan oleh masyarakat memberi perangsang kepada BN sebagai sebuah kerajaan untuk terus memperbaiki khidmat kepada rakyat.

"Kita sedar bahawa parti-parti pembangkang telah cuba menimbulkan pelbagai spekulasi dan fitnah terhadap kerajaan tetapi dengan kebijaksanaan rakyat khususnya para pengundi di kedua-dua tempat ini, terbukti mereka ditolak," katanya.

Beliau berkata demikian dalam mengulas kemenangan calon BN di Batu Sapi yang diwakili oleh Datin Linda Tsen Tau Lin dengan memperoleh majoriti besar iaitu 6, 359 dan di Galas meperoleh majoriti 1,190.

Dalam masa yang sama, beliau turut melahirkan penghargaan terhadap anggotan jentera parti yang telah bertungkus-lumus sepanjang tempoh sembilan hari berkempen bagi memastikan gerak kerja dan calon yang mewakili BN beroleh kemenangan.

"Berdasarkan kepada apa yang telah kita lakukan dan juga kejayaan yang kita capai ini terbukti bahawa parti-parti pembangkang tidak mendapat tempat di hati rakyat dan ini ibarat sebagai satu suntikan kepada BN untuk terus meningkatkan khidmatnya selaras dengan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan," ujarnya. -MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 3:12 AM

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


ramadhan memberkati kedah « masanya memilih jalan yang lurus

Posted: 20 Jul 2011 07:59 AM PDT

Salam Palestin,

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Kedah di atas kesungguhan dan kesepakatan mereka untuk terus melangkah ke depan di dalam melaksanakan kewajiban mereka sebagai pemerintah yang dipilih dan diberi amanah oleh rakyat Kedah untuk memimpin dan memastikan kehidupan rakyatnya ke arah yang lebih sejahtera dan diberkati Allah.

Minggu lepas, kerajaan negeri Kedah mengumumkan satu langkah 'bersih' untuk memberi 'sengat' kepada kehadiran bulan Ramadhan yang telah termaktub kemuliaan, keberkatan dan kebersihannya di atas langit semenjak lama dulu dan mula diwartakan selepas kedatangan al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam sebagai utusan Allah yang terakhir.

Kerajaan negeri mengumumkan keputusannya menguatkuasakan larangan kepada pusat-pusat hiburan termasuk pusat karaoke dan disko beroperasi di sepanjang bulan Ramadan mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Saya yakin semua umat Islam menyambutnya dengan baik, malah patut diiri hati oleh kerajaan-kerajaan negeri yang lain kecuali kerajaan negeri Kelantan yang telah pun mendahului semenjak dulu lagi dan semestinya merasa bangga dengan tindakan positif kerajaan negeri Kedah yang secara tidak langsung mendukung apa yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan itu.

Tidak banyak yang kita dengar daripada kerajaan baru di bawah pentadbiran PAS ini yang berkait penguatkuasaan yang bersifat larangan dan pencegahan. Ia berbeza dengan negeri Kelantan di awal pemerintahannya dulu yang dilihat lebih rancak dan tegas melakukan perubahan demi perubahan ke arah pentadbiran Islam yang lebih jelas dan baik. Keadaan ini menyebabkan sesetengah pihak yang begitu bersemangat ingin melihat negeri Kedah melaksanakan Islam mudah mengkritik kerajaan Kedah yang dilihat lemah, takut dan teragak-agak.

Apabila saya ditanya, saya selalunya akan mendengar dulu dengan baik kritikan tersebut, kemudian saya akan cuba menjawab melalui penjelasan berkaitan kaedah-kaedah umum dakwah Islamiah dan siasah syar'ieyah yang menjadi pemandu kepada perlaksanaan hukum-hukum Islam dan pengajarannya. Saya akan menyokong tindakan-tindakan kerajaan Kedah yang walaupun perlahan tetapi agak berbekas kesan dan tindak balas orang ramai terhadapnya. Perihal butir-butir perinciannya, saya serahkan kepada penanya itu merujuk dan mendapatkannya sendiri. Saya tidak rajin untuk mengetahui secara detail semua perkara kecuali berkaitan Kelantan. Itu lainlah sebab saya mudah saja memperolehi maklumatnya. Saya dok di Kelate.

Biasanya, saya akan menyentuh mengenai konsep tadarruj atau berperingkat-peringkat di dalam perlaksanaan peraturan dan bezanya dengan pendekatan 'tadarruj palsu umno'

Berkaitan penguatkuasaan larangan ke atas beberapa hiburan terlarang di bulan Ramadhan tersebut, beberapa persoalan timbul. Antaranya, mengapa lambat? mengapa baru sekarang sedangkan PAS telah 3 tahun mentadbir Kedah? Mengapa penguatkuasaan di bulan Ramadhan sahaja? Tidakkah larangan agama itu adalah sepanjang masa dan itulah yang dilakukan di Kelantan? Kemudian, bagaimana hak-hak non muslim di negeri tersebut? Tidakkah perlaksanaan Islam itu boleh mencetuskan rasa tidak puas hati mereka apabila ia turut mengganggu kebiasaan mereka terutamanya?

Ya, persoalan seperti ini akan segera timbul. Itulah sifat islah, pembaikan dan ujiannya. Lihat, tidakkah enakmen hiburan tersebut telah diluluskan di zaman BN? Mengapa mereka tidak melaksanakannya sedangkan apabila mereka telah meluluskannya, sudah tentu ianya satu keperluan yang perlu dilaksanakan.

Jawabannya adalah keberanian melaksanakan apa yang dituntut oleh ugama. BN yang diketuai Umno tidak bersedia menghadapi risiko ditolak oleh rakyat yang menyokong mereka. Mereka mengutamakan kepentingan politik berbanding tuntutan ugama mereka sendiri. Apabila PAS memulakannya, maka tempoh 3 tahun bukanlah satu kelewatan, tetapi ianya adalah perjalanan yang sederhana dan benar secara syar'ie. Apatah ianya tetap dilaksanakan ketika ramai melihat PAS tidak akan melakukannya di atas sebab yang sama sebagaimana Umno dulu. Anggapan itu ternyata salah.

Mengapa Ramadhan sahaja? Saya yakin ia satu proses ke arah memahamkan masyarakat Islam yang telah lama diulik pembohongan Umno sehingga mereka gagal menilai di antara perlaksanaan politik Islam yang benar dan yang palsu. Ia bukan soal non Islam, bahkan umat Islam sendiri. Tempoh kemenangan di Kedah yang baru memerlukan ahli politik Islam meletakkan kefahaman rakyat di tempat yang pertama. Rakyat perlu kenal Islam, kemudian PAS sendiri setelah mereka agak asing dengan Islam yang sebenar sepanjang di bawah Umno dan BN.

Ramadhan adalah bulan mulia dan sungguh dimuliakan oleh umat Islam seluruhnya tanpa mengira perbezaan faham politik dan sebagainya. Ia adalah madrasah untuk yang tua, apatah yang muda. Memulakan sesuatu yang baik di bulan ini akan menggamit rasa cinta dan sayang umat kepada Islam. Justeru larangan hiburan melampau untuk umat Islam di premis perniagaan adalah tepat. Saya yakin kesannya adalah begitu meyakinkan untuk kefahaman umat Islam yang sedang dirawat dan diislahkan jiwa mereka.

Adakah ia akan berhenti setakat di bulan Ramadhan sahaja? Saya kata, tidak. Bila pula akan dilaksanakan sepanjang masa? Orang Kedah tak akan lebih tahu perihal Kelantan. Begitulah sebaliknya. Kuasa akal adalah untuk perlaksanaan dakwah Islamiyah yang lebih berhikmah menuju redha Allah.

Ada kekecohan telah berlaku di awal pengumuman perlaksanaan enakmen tersebut di kalangan non muslim. Ia mencetuskan riak politik yang kurang enak apatah orang-orang Islam sendiri mengambil kesempatan untuk memperlekehkan usaha  PAS tersebut. PAS yang bertindak berani itu dikatakan tunduk hina pula kepada DAP. Umno yang tak pernah berani untuk Islam pula bertukar jadi hero untuk Islam. Cukup  pelik! Tetapi politik kotor begitulah..

Seperti yang saya ulangkan kepada kawan-kawan, saya yakin kekalutan akan berakhir. Ia proses pemahaman, bukan penjahilan dan pemaksaan ke atas non muslim. Islam memaksa umat Islam kerana itulah syahadah mereka untuk menerima Allah sebagai tuhan mereka. Adapun non muslim, bagaimana pemaksaan boleh berlaku ke atas mereka? Rakyat Malaysia seluruhnya hanya boleh dipaksa oleh suara majoriti rakyatnya. Suara majoriti itulah yang menggerakkan undang-undang negara. Hari ini Islam tidak mendapat suara itu..

Apapun, Islam sifatnya mendidik dalam semua pengajaran dan isinya. Ia membina manusia ke arah mencapai, atau setidak-tidaknya mengagungkan prinsip, sikap, akhlak dan cara hidup yang mulia. Harapan kita, seiring umat Islam, non muslim juga akan dapat diyakinkan dengan kelebihan Islam sebagai penyelesaian terbaik untuk kehidupan lebih baik di Malaysia.

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Gerakan pinggir Ku Li <b>di Gua Musang</b>

Posted: 14 Mar 2012 04:06 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]GUA MUSANG, 14 Mac: Legasi Umno Gua Musang di bawah Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) yang kini melewati 43 tahun mungkin tidak mampu bertahan lagi ekoran muncul suara-suara sumbang di bahagian berkenaan ...

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


Ribut Landa <b>Wakaf Che Yeh</b> | Detik Perubahan

Posted: 24 Jul 2012 09:43 PM PDT

KOTA BHARU – "Mula-mula datang angin kali pertama dan hujan, saya pada masa itu sedang membuat air menganggap ia perkara biasa sahaja sehinggalah bila angin kedua datang, khemah kami tiba-tiba runtuh," kata Asri Nawi, 29, mangsa ribut yang berlaku di Pasar Malam Wakaf Che Yeh di sini.

Asri yang mengalami cedera di belakang badan akibat terkena libasan kabel khemah berkata, kejadian itu merupakan yang pertama kali berlaku semenjak lebih 10 tahun ibunya berniaga di tapak pasar malam tersebut.

Dia yang membantu ibunya berniaga di kedai makan itu berkata, semasa kejadian terdapat empat orang di dalam khemah termasuk anak saudaranya yang berusia dua tahun.

Kejadian yang berlaku beberapa minit sebelum waktu berbuka puasa tersebut mencemaskan semua peniaga di sini dan hampir memusnahkan 30 buah khemah peniaga yang ada.

Ribut tersebut bukan sahaja merosakkan khemah peniaga tetapi juga memusnahkan bumbung pasar besar yang ada di sini.

Sorang peniaga, Sabariah Harun, 60, berkata, semasa kejadian itu dia sedang bersiap sedia untuk berbuka puasa di bahagian belakang tapak perniagaannya.

"Apabila ribut reda saya segera ke tapak perniagaan untuk melihat dua khemah yang dijaga oleh anak-anak dan salah satu daripada khemah tersebut musnah sama sekali sehingga perniagaan kami terpaksa dihentikan," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan, dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kejadian tersebut adalah disebabkan bencana alam bukannya masalah teknikal.

Beliau berkata, kebetulan laluan ribut melalui tapak pasar itu dan ia adalah luar biasa apabila tali dawai yang menjadi pemegang bumbung pasar besar itu boleh tercabut sehingga menyebabkan ia putus dan runtuh.

"Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam dan pemaju akan selesaikan masalah bumbung dengan gantikan yang baru dan sediakan khemah sementara waktu," katanya. – Sinar Harian

Selasa, 24 Julai 2012

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


Tiada alasan lagi tolak daratkan minyak <b>di Bachok</b>

Posted: 10 Jun 2012 03:33 AM PDT

KOTA BHARU:  Tidak ada sebab lagi untuk Kerajaan Pusat menolak tuntutan pendaratan gas ke Pantai Bachok oleh kerajaan negeri apabila Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V turut menyokong tuntutan  itu.

(Sidang media Royalti)


 
Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan, (Royalti) Nazri Deraman, berkata menolak tuntutan pendaratan gas oleh kerajaan negeri dan rakyat Kelantan, turut disokong oleh baginda pada pembukaan rasmi Persidangan Dun Kelantan Penggal ke lima baru-baru ini.
 
"Ini bererti, kegagalan mendaratkan gas dan petroleum itu seumpama mengingkari baginda yang juga Timbalan Yang di Pertuan Agong.
 
"Ini kerana baginda juga turut bersetuju dan menuntut perkara yang sama kepada kerajaan Pusat disamping menandatangani plak yang turut tertera titah baginda,"ujar Nazri lagi.
 
Beliau berkata demikian kepada media dalam sidang medianya tengahari tadi, di khemah Ekspo Pertanian.
 
Menurut Nazri, kerajaan Persekutuan seharusnya memberi perhatian terhadap titah baginda berhubung sokongan baginda berhubung pendaratan gas disamping menuntut royalti oleh kerajaan dan rakyat di negeri itu.
 
Pada 5 Jun lalu, Sultan Muhammad ke-V berkesempatan menandatangani plak sokongan menuntut pendaratan gas di zon industri petroleum Pantai Bachok, di bawah titah baginda sendiri sempena sidang Dun Kelantan baru-baru ini.
 
Plak berkenaan disediakan gabungan Royalti yang turut tertera potret dan titah baginda.
 
Pada masa yang sama Nazri memberitahu pihaknya akan mensasarkan lebih 150,000 tandatangan rakyat Kelantan untuk tujuan yang sama disamping menuntut royalti.
 
"Sehingga kini kami telah memperolehi lebih 60,000 tanda tangan rakyat negeri ini,"ujarnya.
 
Bagaimanapun katanya, selain Sultan Kelantan dan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tengku Razaleigh Hamzah, Presiden Kafa, Tan Sri Anuar Musa juga telah menandatangani tuntutan itu baru-baru ini.
 
Tambahnya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemain bola sepak Kelantan, ikon anak muda negara Ustaz Azhar Idrus adalah antara kenamaan yang turut menandatangani menyokong tuntutan yang sama.
 
Nazri seterusnya memberitahu, Walk for Royalti akan diadakan pada 7 Julai ini bermula di Stesyen Bas Kota Bharu bermula jam 2.00 petang.
 
"Acara santai berjalan kaki ini akan melibatkan perjalanan sejauh tiga kilometer sambil mengedarkan risalah berkaitan tuntutan royalty.
 
"Pada masa yang sama logo khas 'R' akan dilancarkan sebagai simbolik kepada Royalti,"ujarnya.

Ceramah Chegu Bard Dan Abby <b>Di Bachok</b> - Kerabu Bersuara

Posted: 01 Jul 2012 08:05 AM PDT

Dikhabarkan kebih 8k penyokong yang hadir.

Allahuakhbar!

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Saran NGO UMNO Tuntut Hak Royalti <b>Kelantan</b> | Royalti <b>Kelantan</b>

Posted: 26 May 2011 07:07 AM PDT

Kehadiran tidak lebih daripada 150 orang yang menggelarkan mereka sebagai NGO dengan singkatan OMBAK telah memenuhi perkarangan Kota Darulnaim pagi tadi. Kehadiran mereka adalah bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan atas tuntutan penjelasan berkenaan Ladang Rakyat.

Rombongan ini telah disambut oleh Setiausaha Sulit Menteri Besar dan YB Timbalan Speaker. Tiada kekecohan yang melampau dilaporkan. NGO yang menggunakan baju merah berlambangkan 1Malaysia itu mula memenuhi perkarangan Kota Darulnaim sekitar jam 9 pagi dan bersurai sekitar jam 11.00 pagi setelah menyerahkan memeorandum tersebut kepada wakil Menteri Besar.

YB Dato' Husam Musa ketika diminta mengulas berkenaan demonstrasi itu merumuskan tindakan itu sebagai agenda memburuk-burukkan imej kerajaan negeri kerana kertas memorandum yang diserahkan tidak ada kaitan langsung dengan tuntutan rakyat tetapi lebih bersifat propaganda atas kepentingan parti politik tertentu.

YB Dato' Husam juga sempat menyarakan agar jika benar rakyat Kelantan mahu menuntut hak dan keadilan untuk rakyat, maka beliau mempelawa kesemua pendemonstrasi untuk bersama-sama kerajaan negeri menuntut hak royalti minyak Kelantan sebagaimana yang diperolehi Terengganu.

Kesemua ini dinyatakan oleh YB Dato' Husam ketika mengadakan konvoi penyerahan enam kunci rumah Dhuafat di Dun Jelawat, Pasir Tumbuh dan Salor bermula jam 12.00 tengahari dan berakhir jam 6.00 petang di ketiga-tiga tempat tersebut. Berita penuh sebagaimana tulisan di gegarkelantan.net

UMNO Berselindung Disebalik NGO Pertikai Ladang Rakyat

KUBANG KERIAN( Pasir Tumboh ),- 16.Mei – Tindakan pemuda Umno Kelantan yang sanggup menyerahkan memorandum yang dikenali " Memorandum Rakyat" dengan berselindung di belakang NGO Orang Muda

Berpadu Anti Korupsi Kelantan(Ombak) kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikesali Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan Datuk Husam Musa.

Husam yang juga merupakan exco negeri berkata walaupun mereka menggunakan NGO tersebut tetapi hakikatnya ialah datang dari sebuah parti politik yang mempunyai kepentingan mereka sendiri.

" Mereka ini tak perlulah mengadakan demontrasi, kerana kalau ikut memorandum tersebut tidak disebutpun masalah rampas tanah rakyat, jadi masalah rampas tanah tidak berbangkit,jadi kenapa perlu adakannya"ujar beliau.

Beliau juga berkata daripada mereka mengadakan demontrasi seperti itu, lebih baik mereka sama-sama dengan negeri dalam menuntut royalti petroleum dari Pusat kerana Terengganu yang mempunyai persoalan yang sama sudahpun mendapat kembali hak rakyat mereka.

Husam yang ditemui di majlis penyerahan rumah Dhuaafat di Kampung Kubang Kacang, Pasir Tumboh berharap rakyat tidak akan mudah tertipu dengan agenda politik umno masa kini. Turut hadir Adun Pasir Tumboh Ahmad Baihaki Atiqullah. Ketika berucap di majlis penyerahan tersebut, Husam berkata umno Kelantan semakin kalut kerana mereka sering menimbulkan pelbagai isu. Penerima rumah dhuaafat gembira menerima anugerah kerajaan negeri.

" Dalam isu Bazaar Tok Guru, pemimpin mereka bagaikan mencurah api kepada masalah rakyat sedangkan mereka tidak boleh berbuat apa-apa, malah dalam masa yang sama Tok Guru telahpun berjaya menyiapkan Bazaar tersebut dan Alhamdulillah kini peniaga di kedua-dua arked tersebut mula sedar telah ditipu dan Bazaar Tok Guru akan beroperasi dalam masa terdekat ini" katanya lagi.
Satu lagi isu yang dibawa umno masa kini ialah permasalahan bekalan air bersih, Husam menjelaskan kerajaan Kelantan telah dipinggirkan dalam mendapatkan geran, malah negeri lain telah diberi ribuan juta dalam bentuk geran tersebut, Kelantan hanya diberi pinjaman mudah dan terpaksa dibayar bersama faedahnya.

" tuan-tuan seharusnya faham, umno kini semakin kalut dan baru-baru ini telah memberi persetujuan untuk Presiden MCA datang berjumpa Tok Guru untuk minta lesen judi dan ini menggambarkan umno begitu ghairah untuk mendapatkan lesen judi tersebut" katanya lagi.

Sementara itu penduduk yang menerima rumah dhuaafat melahirkan rasa terharu di atas kesudian kerajaan membina sebuah rumah setelah kediaman mereka musnah dalam kebakaran tahun lepas.

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


DIALOG RAKYAT: Lajim jumpa Nik Aziz <b>di Kota Bharu</b>

Posted: 23 Jul 2012 03:45 PM PDT


MALAYSIA CHRONICLE

KOTA BHARU- Ketika panas cerita tentang kedudukan Datuk Seri Panglima Lajim Ukim dalam Umno, tiba-tiba hari ini Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kedua-duanya kelihatan berbual mesra di pejabat Menteri Besar Kelantan itu hari ini.

Bulan lalu, Lajim mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.

Difahamkan pengumuman berkenaan dibuat pada majlis sambutan Ulang Tahun ke-57 kelahirannya pada Sabtu bulan lalu.

"Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telahpun di hantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu.

"Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat," katanya yang dipetik daripada portal berita New Sabah Times pada Isnin.

Sebelum ini Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Beaufort.

Menurut laporan itu lagi, Lajim berkata beliau masih 'pemimpin kerajaan' dan masih meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan.

Pada perjumpaan tengah hari tadi, Anggota Parlimen Beaufort itu mengambil masa kira-kira 40 minit bertemu dengan Tuan Guru.

Turut serta bersamanya 25 orang lagi anggota rombongan yang ingin bertemu dengan Tuan Guru.
Pelbagai isu dibincangkan diperingkat kerajaan termasuk alam sekitar dan cadangan kerjasama berhubung pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Tuan Guru ketika ditemui memberitahu, setakat ini cadangan untuk kerjasama dengan kerajaan Pusat berhubung pengurusan sisa pepejal akan dibincang diperingkat kerajaan terlebih dahulu.

Pada masa yang sama, katanya taklimat khas berhubung perkara itu perlu diberi taklimat terlebih dahulu oleh pihak berkenaan kepada kerajaan negeri sebelum keputusan diambil.

"Saya tidak boleh membuat keputusan sekarang walaupun pertemuan telah dibuat dengan anggota exco kerajaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan," ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Lajim untuk mengadakan kerjasama di bawah kementeriannya dengan kerajaan negeri dalam memelihara alam sekitar terutama sampah sarap.

Katanya, setakat ini semua kerajaan negeri yang dibawah pentadbiran kerajaan BN menerima cadangan kementeriannya

Bagaimanapun, menurutnya kerajaan negeri seperti Kedah dan Selangor belum bersedia.

"Kita berharap semoga kerajaan negeri menimbang cadangan kerajaan ini untuk kebaikan masa depan," ujarnya.

Sementara itu, pengarah perbadanannya bahagian negeri Kelantan, Datuk Afandi Hamzah, ketika memberitahu Tuan Guru, kerajaan Pusat membelanjakan sejumlah RM1.7 juta bagi menyediakan tong sampah di negeri itu.

Sambungnya, tong sambah berkenaan diberi secara percuma kepada seluruh majlis daerah di negeri ini.
-harakahdaily

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


PenangWasabi: Masjid : ADUN PAS persoal kerajaan <b>Kelantan</b>!!!

Posted: 23 Jul 2012 11:37 PM PDT


Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS mempersoalkan tindakan kerajaan negeri pimpinan parti itu yang disifatkannya tidak memberi keutamaan terhadap pembinaan masjid di setiap pembangunan bandar baru yang dilaksanakan di Kelantan.

Hassan Mohamood (Pas-Tawang) berkata, perkara tersebut boleh dilihat dalam pelaksanaan pembangunan Bandar Baru Tunjung dan Lembah Sireh apabila pembinaan masjid tidak diberikan penekanan berbanding bangunan lain yang telah siap dibina. Beliau turut mempersoalkan projek pembinaan masjid di Lojing yang belum bermula tetapi peruntukan sebanyak RM1 juta telah pun diluluskan.

"Kerajaan tidak memberi keutamaan kepada pembinaan masjid dan tidak memberi penekanan kepada pemaju supaya membina masjid, sebagai contoh di Bandar Baru Tunjung, bangunan lain dah naik masjid tidak ada manakala di Lembah Sireh, bangunan lain penuh, masjid entah di mana.

"Jadi saya harap kerajaan memberikan keutamaan terhadap pembinaan masjid," katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Ahmad ketika itu sedang menjawab soalan tambahan Abdul Halim Abdul Rahman (Pas-Chetok) yang meminta kerajaan negeri mencontohi pendekatan hijrah Rasulullah yang memberi keutamaan membina masjid, dalam pembangunan bandar baru Lojing. Abdul Halim berkata, pembinaan masjid itu penting supaya masyarakat tidak kosong daripada menerima ajaran agama.

Timbalan Menteri Besar itu dalam jawapannya berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan RM1 juta untuk mewujudkan pusat pengajian pondok moden di Lojing yang akan memberi nafas baru dari segi perkembangan Islam khususnya di kalangan Orang Asli di kawasan tersebut.

Beliau berkata, batu asas pembinaan pondok itu yang turut mengandungi sebuah masjid telah pun diletakkan dan kerajaan kini menunggu rangka program pembangunan yang hendak dilaksanakan di kawasan tersebut daripada Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN).

"Tidak timbul tak beri keutamaan, begitu juga di Bandar Baru Tunjung, wang telah ada tapak sudah ada," katanya.

Terdahulu ketika menjawab soalan Zulkifli Mamat (Pas-Pulai Chondong) mengenai pelan struktur pembangunan bandar Jajahan Kecil Lojing, Ahmad berkata, rancangan pembangunan dibuat secara menyeluruh untuk jajahan Gua Musang bagi pembangunan bandar berkenaan terutama berkonsepkan pelancongan agro.

Beliau berkata, beberapa pelan rancangan juga dilaksanakan bagi memastikan pembangunan yang hendak dilakukan tidak menjejaskan kualiti alam sekitar di Lojing.

Mungkin ini jawapan standard dari Nik Aziz :

Jika kita masih ingat pada 5 Januari 2008, di Pasir Puteh, Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui sejak beliau mentadbir negeri ini selama 18 tahun, Pas tidak pernah membina sebuah masjid pun! Alasan Nik Aziz amat menjengkelkan! Beliau tanpa rasa bersalah berkata, ini kerana, kerajaan negeri tidak akan melayan sebarang permintaan untuk membina masjid baru kecuali rakyat sendiri yang menyediakan tapak dan membinanya terlebih dahulu.

''Rakyat buat dulu masjid, beli tanah tapak dulu baru kerajaan negeri Pas beri sekadar mampu,'' itulah sikap "cuci tangan' Nik Aziz ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal, di Kampung Telosani.

Mursyidul Am Pas itu seperti amalan biasa yang dilakukan oleh pemimpin dan penyokong Pas, tidak akan malu kepada kegagalan parti mereka mendirikan walau sebuah masjid sepanjang memerintah di Kelantan tetapi akan menyalahkan Kerajaan Persekutuan. Alasan Nik Aziz ialah Kerajaan Persekutuan tidak menyediakan peruntukan mencukupi kepada kerajaan negeri bagi melaksanakan projek-projek pembangunan di negeri itu!

Sepatutnya Nik Aziz merasa malu apabila terdapat banyak masjid uzur yang merentangkan kain pemidang untuk mengutip derma kerana kerajaan Pas gagal menunaikan tanggungjawab terhadap rumah Allah. Tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan oleh rakyat kerana Kerajaan Pas terbukti gagal dalam pemerintahan mereka setelah diberi peluang mentadbir negeri selama lebih 18 tahun.

Banggakah pemimpin Pas bila kebanyakan masjid masih lagi berada pada tahap yang uzur, buruk dan tidak terjaga. Ada masjid yang masih terbengkalai kerana tidak ada duit untuk disiapkan oleh pihak berwajib. Memang rakyat digalakkan memberi derma kepada masjid, tetapi kerajaan negeri tidak boleh lepas tangan.

Rakyat Kelantan, khususnya yang berada di luar Kelantan malu bila rumah Allah tidak diberi perhatian utama oleh Kerajaan Pas. Ini membuktikan Pas berbohong untuk mendaulatkan Islam. Sekaligus memperlihatkan, Kerajaan Pas hanya asyik berkhayal dengan slogan tetapi gagal untuk memakmurkan negeri Kelantan.

Dalam masa yang sama, Pas tetap memperalatkan masjid yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional, untuk mengekalkan pengaruh mereka di negeri ini.
" Paling dikesalkan, bangunan Pas di setiap daerah tumbuh dengan begitu pesat umpama 'cendawan di musim hujan'.

Tidak cukup dengan penceramah Pas tempatan, parti itu mengimport penceramah Pas dari luar Kelantan untuk berceramah di masjid yang uzur dan bocor semasa hari kebesaran Islam. Tidak malukah pemimpin Pas dengan tindak tanduk mereka itu? Paling dikesalkan, bangunan Pas di setiap daerah tumbuh dengan begitu pesat umpama 'cendawan di musim hujan'.

Bangunan Pas seperti Putik di Pengkalan Chepa tersergam indah dan dilengkapi dengan kemudahan yang cukup selesa. Begitu juga bangunan Pas di Parlimen Ketereh dan beberapa tempat lain sudah siap dengan begitu cepat. Di manakah Pas mendapat wang untuk menyiapkan bangunan milik parti itu? Kalau bangunan parti ada duit, memperbaiki dan membina masjid walaupun sudah 18 tahun memerintah masih tidak ada peruntukkan!.

Mungkin rakyat Kelantan terfikir bahawa jika Pas jujur dalam perjuangan Islam, alangkah baiknya jika wang tersebut digunakan untuk membina dan memperbaiki rumah Allah yang uzur itu. Hingga kini, banyak bantuan kepada masjid diberikan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK). Malangnya, terdapat jawatankuasa masjid yang menyokong Pas tidak menghargai sumbangan tersebut.

Maka pada pendapat penulis memang patut pun ADUN PAS sendiri yang mengeluh mengenai kurangnya kerajaan negeri memberi keutamaan terhadap pembinaan masjid di setiap pembangunan bandar baru yang dilaksanakan di Kelantan. Adakah PAS Kelantan akan terus mengambil sikap " lepas tangan " semata-mata berharap kepada kerajaan pusat untuk setiap pembangunan di seluruh negeri Kelantan.

Jadi apakah fungsi sebenar Kerajaan PAS diKelantan ini? Diharap rakyat Kelantan dapat memikirkan samada untuk terus memberi sokongan kepada PAS dalam PRU yang akan datang. Wallahuallam.

Penang Wasabi..

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


YM Paduka Ayahnda Uda: Berada <b>di perupok</b> Bachok kelantan

Posted: 09 Feb 2010 11:14 PM PST


Menjlis perkahwin Abg Long samurai bergambar ayahanda pak uda, ayahandaPutra,ayahanda Sedi Lipan ,Ayahanda Pak Nik askar,Ayahanda Lee Tanah MerahDan Kanda Udi

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Tengku Razaleigh tetap disayangi <b>di Gua Musang</b>

Posted: 01 Apr 2012 06:27 AM PDT

Desakan beberapa orang budak Umno Gua Musang supaya Tengku Razaleigh Hamzah berundur atau tidak dipilih menjadi calon tidak memberi bekas apa-apa kepada Ahli Parlimen Gua Musang itu. Bahkan beliau tidak pun mahu komen bila ditanya mengenai hal itu.

Beliau sendiri sudah mengtehui ada 'semut-semut gatal' di Gua Musang yang mahu mengigit kakinya. Semut-semut itu tanpa disembor racun atau pun dihalau, ia akan lari dengan sendiri kerana kehebatan dan pengaruh peribadinya di Gua Musang. Budak-budak itu tidak pun berani untuk berhadapan dengan Tengku Razaleigh.

Terbukti desakan itu tidak memberi bekas. Setiap kali pulang ke Gua Musang beliau disambut seperti biasa oleh rakyat Gua Musang. Kewujudan beliau begitu lama di Gua Musang tidak memungkinkan untuk beliau akan diundur atau pun mengundurkan diri. Sebabnya mudah.. beliau berada di Gua Musang bukan untuk dirinya tetapi untuk rakyat jelata. Kenapa beliau memilih Gua Musang bukan Kota Bharu menjelaskan akan pengorbanan dan keprihatinan beliau kepada rakyat.

Semasa bersembahyang Jumaat di masjid Razaleigh (masjid yang dinamakan dengan namanya) di bandar Gua Musang saya dapat merasai akan kasih dan sayang rakyat kepada beliau. Kerendahan diri beliau dalam berhadapan dan melayani kerenah rakyat menyebabkan rakyat merasakan kewujudannya di mana-mana di bumi Gua Musang.

Paling merujakan bagaimana Tengku merendah diri dan tidak merasai yang beliau seorang anak raja atau pun wakil rakyat yang perlu dilayani dengan istimewa. Beliau boleh duduk bersela bersama rakyat di mana-mana saja seperti orang lain juga untuk berbincang dan menyelesaikan apa-apa masalah baik masalah umum atau masalah peribadi.

Pintu rumahnya juga senantiasa terbuka dan menjadi sebagai pejabat kebajikan. Sesiapa pun boleh datang menemuinya dan mengadu sebarang masalah.

Di masjid Gua Musang Jumaat itu saya tengok sendiri bagaimana pembawaan beliau yang tidak hipokrit dan rengkas. Tengku Razaleigh duduk bersela untuk mengadakan mesyuarat mini dengan para jawatankuasa masjid Razaleigh dan juga jemaah membincang cadangannya untuk membesar dan membaiki masjid berkenaan yang sudah berumur lebih 50 tahun.

Saya percaya beliau boleh membuat keputusan sendiri kalau pun tanpa merujuk kepada rakyat. Tetapi beliau membelakngkan kuasa itu sebaliknya mahu kata putus dari jawatankuasa dan jemaah.

"Amba ada cadangan hendak besarkan masjis ini dan memperbaiki memandangkan keadaanya sudah agak uzur dan selalu dilanda banjir. Jadi ambo hendak tanya tuan-tuan apakah yang sebaiknya untuk dilakukan.

"Apakah kita hendak perbaiki masjid ini atau pun kita bina yang baru. Untuk membina masjid baru tapaknya di tengah bandar dan tidak jauh dari sini," begitu kira-kira Tengku mengemukakan cadangannya.

Menurutnya wang untuk tujuan pembinaan itu sudah pun ada. Tidak pula dijelaskan dari mana sumbernya, namun ramai mengira wang itu adalah wangnya sendiri. Sudah menjadi rasmi dan amalannya beliau berbuat kebajikan secara senyap dan tidak menguar-uarkan kalau dia bertelor emas sekali pun.

Beliau duduk selimpuh bersama ahli jawatankuasa masjid dan mendengar pandangan balas. Beliau tidak pun membantah dan menyerah seratus peratus atas pilihan dan kehendak rakyat. Akhirnya qirah masjid bersetuju agar dibina masjid baru sambil mengekalkan masjid sedia ada untuk digunakan oleh qariah berdekatan.

Kehadiran beliau ke masjid itu petang itu tidak diketahui oleh kebanyakan ahli jawatankuasa. Pengumuman atau pun cadangan itu mengejutkan ahli qariah masjid.

Saya sempat bertanya beberapa orang tua yang menjadi jemaah di masjid berkenaan. Semuanya terkejut dan merasa syukur. "Begitulah perangai Tengku Razaleigh sejak dulu hingga sekarang Tengku tidak suka menunjuk-nunjuk apa yang diberikan kepada rakyat," kata salah seorangnya.

Saya bertanya kepada salah seorang yang lain mengenai tindakan budak-budak Umno yang tidak mahu kepada Tengku Razaleigh... jawabnya, biarlah budak-budak itu masuk ke dalam Gua Musang dulu dan tilik muka mereka di dinding gua. Lepas berbuat begitu dia akan kenal dan tahu siapa dia Tengku Razaleigh berbanding dengan dirinya. Saya rasa budak-budak jenis budak cabuk yang makan cacing," katanya.

Saya tak faham apa maksud makan cacing itu.

Tidak diumum berapa peruntukan membina masjid baru itu tetapi ia dipercayai kalau tidak menandingi masjid Kesedar tetapi tentu ia sama taraf dengan masjid berkenaan. Pembinaan katanya akan dimulakan secepat mungkin. - http://www.msomelayu.blogspot.com/

ads