Khamis, 4 April 2013

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di perupok</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Dec 2012 09:30 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pegawai SPRM Bersekongkol Penyelewengan Tanah Ladang <b>...</b>

Posted: 01 Dec 2012 12:58 AM PST

December 1, 2012   ·   9 Comments

Ladang Rakyat Tanah Untuk Pemimpin PAS

Pendedahan oleh Timbalan Ketua Bahagian UMNO Ketereh, YB Md Alwi Che Ahmad berhubung pemilikan lot-lot tanah atas nama Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isterinya di Selatan Kelantan yang terlibat dengan projek Ladang Rakyat sememangnya cukup mengemparkan ramai rakyat Kelantan.

Tambah mengejutkan mereka apabila persoalan yang dibangkitkan oleh YB Mat Alwi dalam sidang dewan Undangan Negeri Kelantan sebelum ini gagal mendapat kepastian dari MB Kelantan mahupun wakil-wakilnya.

Lebih menimbulkan tanda tanya ramai bila mana peserta Ladang Rakyat yang sekian lama menantikan hak pemilikan tanah hingga sekarang tidak kesampaian, sebaliknya pemimpin berserban dan berjubah yang berkereta mewah seperti Nik Aziz pula terlebih dahulu memiliki tanah-tanah tersebut.

Selain daripada Nik Aziz dan isterinya, adakah sudah menjadi polisi PAS untuk membahagi-bahagikan tanah milik anak syarikat Kerajaan Negeri kepada para wakil rakyatnya? Atau semua tanah-tanah itu semua dianggap seolah-olah bagaikan harta rampasan perang maka rakyat tiada hak untuk mempersoalkannya?

Dato' Nik Aziz Nik Mat
- Lot 51 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM40,000 pada 20 Disember 2000
- Lot No.31 dari kawasan Lojing yang bernilai RM35,000 pada 15 Disember 1997

Datin Tuan Sabariah
- Lojing 1, Lot 29, Gua Musang pada 21 Disember 1997

Dato' Abdul Halim Abdul Rahman
- Lot 99 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM45,000 pada 18 Disember 2000

Datin Aminah Abdullah (isteri Abdul Halim)
- Lot 100 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM45,000

Adlina Abdul (anak Abdul Halim)
- Lot 102 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM45,000

YB Zulkifli Yaakob (ADUN Guchil)
- Lot 105 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM44,000

YB Abdullah Yaakub (ADUN Air Lanas)
- Lot B08 di kawasan Jeli bernilai RM25,000

YB Omar Muhammad (ADUN Perupok)
- Lot B35 di kawasan Jeli bernilai RM36,000

YB Nasharuddin Daud (ADUN Meranti)
- Lot A120 di kawasan Jeli bernilai RM20,000

Penceramah Pas, Razak Abas
- Lot 37 di kawasan Jeli bernilai RM35,000

Pendedahan ini sepatutnya dapat menarik perhatian para pegawai SPRM untuk menyiasat penyelewengan yang berlaku, lebih-lebih lagi sebahagian besar daripada lot-lot tanah itu diperolehi secara percuma.

Sebetulnya isu ini sudah lama dalam pengetahuan SPRM Kelantan, tapi dengarnya ada segelintir pegawai SPRM Kelantan dipercayai turut terlibat menyembunyikannya dari pengetahuan umum.

Jika tidak kerana usaha sekumpulan kecil rakyat Kelantan yang anti rasuah membawa isu ini ke pengetahuan UMNO tentunya sampai kiamatlah khalayak umum percaya tiada seinci tanah pun di Ladang Rakyat yang menjadi milik pemimpin PAS.

Jika pembaca masih ingat, semasa Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berceramah di Seksyen 24, Shah Alam lebih seminggu lalu antara jaminan yang ditekankannya ialah polisi Pakatan Pembangkang untuk menghalang mana-mana pemimpin dan wakil rakyat DAP, PKR atau PAS daripada memiliki walau seinci pun tanah.

Persoalan sekarang, apa pula komen anak perempuan Ketua Umum PKR itu bila mana terdedahnya penyelewengan tanah Ladang Rakyat serta penganugerahan tanah kepada pemimpin-pemimpin PAS? Ada tak jawapan untuk pengecualian?

By


Rabu, 3 April 2013

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Mar 2013 11:49 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Lembaran Sebuah Kehidupan: Kuku <b>di</b> jemariku II

Posted: 28 Feb 2013 11:19 PM PST

<Kuku di jemariku>
Oleh kerana banyak bahagian kuku yang telah mati dan kering lalu tercunggit keluar hingga nampak annoying di mataku dan juga dihatiku, maka kuku itu telah ku semadikan dia...
Daku cuba kikis-kikis bahagian yang masih bersambung dengan isi itu untuk menyingkirkan semua bahagian kuku di atas. tetapi alangkah malangnya kerana usahaku sia-sia belaka. Kuku yang masih bersambung dengan isi itu tidak dapat daku singkirkan dia. Maka kekallah ia buat sementara disitu, menunggu kuku baru menolaknya hingga terAFUNDI keluar.
Kuku yang telah mati itu, ku korek-korek, kemudian ku potong-potong ia.. sehingga terjadilah begini....

BLOG KELANTAN: 03 <b>di chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Feb 2013 11:28 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Restoran Yang Menggunakan Robot Sebagai Pelayan <b>Di</b> China (9 <b>...</b>

Posted: 24 Feb 2013 05:05 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Sebuah restoran di Harbin, China telah menggunakan 20 robot sebagai tukang masak, pelayan dan untuk menghiburkan pelawat. Restoran ini dibuka pada bulan Jun 2012 dan menjadi tarikan di ... Posted 1 minute ago by Aku Budak Chiku ...

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di jelawat kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Mar 2013 11:31 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Tasya Amir: Last week Kenduri <b>di Jelawat</b>, Esok kat Taman Ria.

Posted: 18 Mar 2011 06:45 PM PDT

Malam ni, kami baru je balik dari majlis Marhaban.
Esok kenduri lah. Majlis ni kat Taman Ria.
Photo pengantin kat bawah ni, selepas majlis
akad nikah last week, yang berlansung di Masjid
Taman Ria. Tiga kali makan kenduri lah. Kenduri
makan masa hari akad nikah, lepas tu makan-makan
di Majlis Doa selamat dan Marhaban, esok pulak
Kenduri Kahwin. Ahad nanti berarak ke Majlis
Kenduri belah Pengantin Lelaki pulak.
 
Lokasi: Taman Ria, Sungai Petani
Rumah: Pak Ndak Shid
Pengantin: Nurul Amira
Kakak Kak Laila dan Kak Nadia

Minggu lepas punya kenduri di Jelawat Kelantan,
tak sempat nak ambik photo banyak-banyak.

Jadual berarak dari Pasir Tumbuh ke Jelawat
sepatutnya pukul 12 tgh hari. Tapi tertangguh tiga
jam pasal hujan lebat. Tiba di Pekan Jelawat pukul
3.30 petang. Rombongan Ayah Nik dari Tanah
Merah tersangkut kat jam dua jam. Banyak
kemalangan di Ketereh katanya.

Kat bawah ni la... photo kami semasa makan
kenduri di Jelawat. Cuaca hujan tak berenti,
jadi photo nye tak berapa elok. Tak sempat
nak ambik banyak-banyak kerana Abang
Amir asyik sakit perut. Cirit dari pagi sampai
malam. Cari tandas merata tempat. Kat Jeli, Tanah
Merah, Kota Bharu dan Jelawat.

Lokasi: Pekan Jelawat, Bachuk
Rumah: Pengantin Lelaki
Besan kepada Ngah Usop, Banggul Besi

Lepas ni pun ada lagi Pesta Kenduri Kahwin.
Meriah sungguh, maklum lah musim cuti. Masing
masing berebut nak buat majlis kenduri.
Tasya tumpang gembira dan seronok. Lagi pun
dapat ramai kawan baru.
See you....

BLOG KELANTAN: 03 <b>di jelawat kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Mar 2013 12:10 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Rakyat <b>Kelantan</b> Diminta Sokong Tok Pa | Detik Perubahan

Posted: 16 Feb 2013 10:13 AM PST

tok pa3BACHOK – Rakyat Kelantan perlu memberi sokongan penuh kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk menerajui kepimpinan negeri ini, sekiranya mahu perubahan, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Mustapa mampu melakukan perubahan mengikut cita rasa rakyat, terutama tranformasi ekonomi, jika diberi peluang.

"Kelantan memerlukan kemasukan pelabur asing yang berskala besar untuk menjana ekonominya agar memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian zakat kepada 335 anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Kampung Kemudi hari ini.

Sebelum ini, Mustapa yang juga anggota Parlimen Jeli, disebut-sebut akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeli dan bakal dilantik Menteri Besar Kelantan sekiranya Barisan Nasional (BN) dapat menawan negeri ini pada PRU-13.

Awang Adek, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata kemampuan Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, telah terbukti apabila beliau berjaya menarik sejumlah besar pelaburan asing ke negara ini.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita pada majlis ramah mesra bersama pesara polis di Jelawat, Awang Adek berkata dengan sokongan padu kerajaan pusat, kemampuan Mustapa semakin terserlah untuk membangunkan negeri ini agar setanding negeri lain.

Beliau berkata ini termasuk janji tujuh projek besar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu, pembinaan stadium baharu, pembinaan 3,000 unit perumahan rakyat dan pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar.

Selain itu, pembinaan masjid terbesar yang menjadi ikon di negeri ini, mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu serta menyelesaikan masalah air.

"Inilah peluang terbaik untuk rakyat Kelantan berubah, dan saya memberi sokongan penuh terhadap kemampuan beliau," katanya. – BERNAMA

BLOG KELANTAN: 03 <b>di jelawat kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Mar 2013 11:39 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

#JDAB2013 berjaya bantu 35 orang anak <b>Kelantan</b> melanjutkan <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2013 06:39 AM PST

Skuad Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB2013) memulakan siri penjelajahan mereka di Kelantan hari ini bagi membantu lepasan SPM dari golongan yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.
Mereka tiba di Kota Bharu pada jam 6.00 petang semalam. Misi di Kelantan bermula seawal jam 7.00 pagi di mana konvoi JDAB2013 dilepaskan oleh Datuk Prof. Ir. Sahol Abdul Hamid di kampus Kota Bharu. Skuad JDAB2013 juga disertai oleh artis-artis terkenal seperti Saiful Apek, Adira AF, Danny X-Factor,Syed Aiman dan Fiza.








Sebaik sahaja dilepaskan pada jam 9.00 pagi, skuad JDAB2013 menuju ke Pasar Jelawat, Bachok. Kehadiran mereka di sana disambut meriah oleh masyarakat sekitar Bachok yang menunggu ketibaan mereka di Kedai Kopi Poo berdekatan Pasar Jelawat.
Di sana, seramai 35 orang pelajar berjaya dibantu untuk melanjutkan pengajian ke UiTM.
Skuad JDAB2013 kemudiannya bergerak ke Jeli pada jam 12.00 tengahari. Di sana, Dato Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar mengunjungi pasar di Pekan Jeli.
Di Jeli, sukarelawan JDAB2013 memeriksa mata masyarakat tempatan di atas Klinik Optometrik Bergerak. Cermin mata percuma diberikan kepada orang ramai yang memerlukan.

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Jan 2013 09:45 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Perjalanan Hidup Ulamak Kelantan - Pusat Rawatan Islam Darul Naim

Posted: 05 Jan 2013 12:04 AM PST



               HAJI ABDULLAH TAHIR BUNUT PAYONG (1897-1961)
Salah seorang ulama' besar negeri Kelantan yang masyhur  alim dalam ilmu fiqh. Pendiri Pondok Bunut Payong yang terkenal di seluruh semenanjung itu. Seangkatan dengan Hj. Ali Pulau Pisang, Hj. Yaakub Lorong Gajah Mati, Hj. Saad Kangkong, Hj. Ahmad Batu Tiga Repek,  Hj. Salleh Pedada dll.
Dilahirkan di Kg. Sireh, Kota Bharu pada 20 Muharram 1315 bersamaan 20 Jun 1897. Bapanya, Hj. Ahmad bin Mohd Zain yang berasal dari Kg.Chepa,Kedai Lalat pernah berkhidmat sebagai imam tua di Masjid Langgar, Kota Bharu (berkhidmat sehingga 1920)
Sesudah berguru selama 15 tahun dengan Tok Kenali, beliau belayar ke tanah suci Makkah untuk mendalami pengajiannya. Antara lain mengikuti kuliah Tuan Mokhtar Bogor, Sheikh Said al-Yamani, Sheikh Mohd Ali al-Maliki dan beberapa tokoh yang lain lagi.
Sekembali ke Kelantan, beliau diminta menyertai kumpulan tenaga pengajar Halaqat Kitab di Masjid  Muhammadi, Kota Bharu. Bagaimanapun, khidmatnya tidak lama kerana pada 1931, beliau memulakan kegiatan keguruannya sendiri di Bunut Payong yang di beri nama Madrasah Ahmadiah. Madrasah ini kemudian terkenal ke seluruh pelosok semenanjung Melayu sebagai  pusat pengajian pondok yang berprestasi tinggi di Kelantan.
Di pondok Bunut Payong inilah Tuan Guru Hj. Abdul Tahir mengajar kitab hingga ke akhir hayatnya. Beliau terkenal sebagai seorang tok guru yang tekun mengajar serta mengamalkan disiplin diri yang tegas.
Kerana  kegigihannya yang sedemikian, maka tidak  peliklah jika Pondok Bunut Payong berjaya melahirkan ramai murid  berilmu tinggi seperti Hj. Hussain Rahimi, Hj. Nik Man Sg. Budor, Hj. Abdul Aziz Pasir Tumbuh, hj. ISMAIL Padang Lepai,  Hj. Abdullah Kok  Lanas,  Hj. Omar Kubang Bemban, Hj. Abdul Rahman  Slow Machang, Hj. Wook Lubok Chekok, Hj. Noor  Teliar, Hj. Sulaiman Siram, Hj. Daud Bukit Bunga, Hj. Yaakub Kelong, Hj. Ghazali Pulau Chondong,Hj.  Zakaria Selising, Hj. Osman Perlis, Hj. Ahmad Kodiang,  Hj. Yahya joned Gurun,  Hj. Ibrahim Bongek, Hj. Abdul Wahid Sungai Udang, Hj. Hussain Umbai, Hj.  Ahmad Relai, Hj. Hasanuddin Berhala Gantang, Hj.  Ismail Phuket, Hj. Ghazali Mundok.
Kerana ketokohannya juga beliau dilantik menganggotai Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam Kelantan beberapa penggal (seawal 1932).Kematian fuqaha' ini pada pukul 7.20 pagi Selasa 4 Rabiulawal 1381 bersamaan  15 Ogos 1961 menyebabkan negeri Kelantan kehilangan seorang  tokoh ilmuan yang menerangi budaya ilmu dan dakwah Islamiahnya.
                Kawasan Tanah Perkuburan Bunut Payong, Sebelah Belakang Masjid Mukim Bunut Payong                                          Kubur Allahyarham Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payong Barisan Ahli Jemaah Ulama' Majlis pada tahun 1964 (Juga antara anak murid Tuan Guru Hj Abdullah Tahir    Bunut Payong seperti Tuan Guru Hj Husein Rahimi, Tuan Guru Hj Abdul Aziz, Pondok Pasir Tumboh,
                                           Tuan Guru Hj Ghazali Pulau Chondong dll)
          Kubur Tuan Guru Hj Husein Rahimi, Anak Menantu  & Anak Murid
                           Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payong
   Kubur Hjh Che Som, iaitu Anak Perempuan Tuan Guru Hj Abdullah Tahir     Bunut Payong & juga Isteri Kepada Tuan Guru Hj Husein Rahimi

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Jan 2013 09:27 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

SUMBER HARTANAH MALAYSIA -DIREKTORI JUAL BELI <b>...</b>

Posted: 29 Dec 2012 10:04 PM PST

[unable to retrieve full-text content]7 Unit banglo di taman Mesira,Kedai Lalat Kota Bharu; 2 Unit Banglo di Pantai Sabak Berdekatan Sekolah Sabak; 4 Unit Banglo di Belakang Sekolah Bunut Payong Kota bharu; 34 Unit Teres Setingkat di Bandar Pasir Putih ...

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di manek urai</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Mar 2013 09:14 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

DATUK NIK SAPEIA: PRU 13 PPP mendapat DUN <b>Manek Urai</b>

Posted: 28 Mar 2013 09:44 PM PDT

PPP diberi kepercayaan kepimpinan Barisan Nasional untuk meletak calon di DUN Manek Urai untuk mewakili Barisan Nasional dalam PRU 13. Penghargaan ini diberi berdasar segala usaha yang telah dilakukan oleh peminpin dan ahli PPP khususnya di Parlimen Kuala Krai untuk menambat sokongan rakyat tempatan. Berkat kerja dan program2 yang dilaksanakan oleh PPP Kelantan mendapat sambutan yang hangat oleh rakyat Kuala Krai terutama di DUN Manek Krai. Oleh itu PPP Kelantan diberi kepercayaan untuk mengetengahkan calon untuk DUN Manek Urai dan PPP telah menyerah tugas itu kepada Ketua Wanita PPP Kelantan , Datin Dr Suriani Yahya.

Datin Dr Suriani binti Yahya atau dikenali dikalangan penduduk Manek Urai sebagai Datin Su atau Dr Su, tidak asing bagi penduduk Manek Urai. beliau sentiasa bersama sama mengendali program 2 PPP yang di adakan di Kuala Krai khususnya di Manek Urai bersama Datuk Nik Sapeia Nik Yusof , Naib Presiden PPP Malaysia merangkap Ketua perhubungan PPP Kelantan.

Buat julung kali PPP kelantan mendapat sebuah kerusi untuk bertanding di Negri Kelantan. Memadangkan Dr Su merupakan calon boleh menang atau winnable candidate maka dengan semangat juang yang tinggi dan doa kehadrat Illahi agar mendapat restu PPP Kelantan melancar kempen pilihan raya dengan merasmi Pusat Bantuan PPP/BN DUN Manek Urai di Kg Laloh  pada 3/3/13 dibanjiri oleh sekitar 4000 penduduk DUN Manek Urai.

Beberapa program susulan telah diadakan di beberapa kampung termasuk Kg Peria Baru Kg Manek Urai Lama, Kg Peria. Kehadiran disetiap majlis perjumpaan amat memuaskan dengan kehadiran melebihi 500orang , dan mereka memberi sokongan padu pada Datuk Nik Sapeia dan Datin Su. Insya Allah PPP kelantan akan berusaha hingga berjaya menawan DUN Manek Urai sebagai usaha untuk Barisan Nasional memerintah Negri Kelantan Negri Tuanku Cik Siti Wan Kembang.

Anak Dun <b>Manek Urai</b>: KEHENDAK RAKYAT <b>MANEK URAI DI</b> SINI.

Posted: 05 Mar 2013 01:50 PM PST

Video ini dirakam oleh wartawan portal Malaysia Kini menjelang PRK N.41 Manek Urai  yang lalu. Saksikan apakah kehendak rakyat bukan melayu di sini.

Apa yang penting bagi rakyat di Manek Urai adalah wakil rakyat itu sendiri samada mampu untuk memberi khidmat terus untuk jangkamasa yang panjang. Tak kiralah samada hijau ke biru ke , rakyat sangat mendambakan kebaikan dalam kepimpinannya.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


UMNO Online - Kerajaan Pas <b>Kelantan</b> Sepatutnya Selesai Masalah <b>...</b>

Posted: 27 Oct 2010 02:11 AM PDT

Kategori Berita Pilihan

Kerajaan Pas Kelantan Sepatutnya Selesai Masalah Tanah Orang Asli – TPM

GUA MUSANG, 27 Okt – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan PAS Kelantan tidak memperjuangkan masyarakat Orang Asli yang menghadapi masalah hak milik serta pencerobohan tanah di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Galas di sini.

Timbalan Perdana Menteri berkata masalah tanah termasuk yang berhubung kait dengan pampasan dan pencerobohan sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan negeri.

"Baik isu pengambilan tanah tidak dibayar pampasan, yang ada hubung kait dengan (projek) Ladang Rakyat (yang dimajukan oleh kerajaan Kelantan), (dan) pencerobohan oleh pihak-pihak pengusaha (kebun) yang semakin berleluasa sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan PAS kerana ia di bawah bidang kuasa mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Mesra Minda Bersama Masyarakat Orang Asli di Pos Brooke dekat sini.

Muhyiddin berkata masalah tanah Orang Asli itu akan menjadi antara tugas utama calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusoff sekiranya menang pada pilihan raya kecil bagi kerusi Galas pada 4 Nov ini.

"Saya percaya kalau calon BN dipilih menjadi wakil rakyat di sini (Galas) dia akan sampaikan perkara itu (kepada kerajaan negeri)," katanya.

Malah, kata Muhyiddin, pencerobohan tanah berkenaan turut mengakibatkan pencemaran sungai yang bertukar warna menjadi merah sedangkan sungaimerupakan sumber penting bagi kehidupan masyarakat Orang Asli.

"Sepatutnya langkah-langkah menangani masalah pencerobohan (tanah) harus ditangani di peringkat kerajaan negeri, jadi nampaknya perkara ini tidak diberikan perhatian," katanya.

Muhyiddin berkata, kerajaan PAS Kelantan sebaliknya lebih berminat untuk membicarakan isu-isu yang bertujuan mengalih pandangan rakyat daripada membangkitkan perkara yang seharusnya menjadi keutamaan.

Semasa berucap pada majlis sebelum itu, Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan pusat memperuntukkan RM10.8 juta bagi kebajikan masyarakat Orang Asli di Gua Musang.

Peruntukan melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) itu termasuk pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) melibatkan kos RM7.2 juta di Galas.

Beliau berkata, sebanyak 250 unit rumah Orang Asli turut dikenal pasti bagi dibaik pulih kerana mengalami masalah seperti kerosakan bumbung dan lantai.

Katanya 30 generator dan 75 unit alat tenaga solar akan dibekalkan di kawasan penempatan Orang Asli selain bantuan 100,000 benih pokok getah untuk meningkatkan pendapatan mereka.

"Ini bukan soal (kempen) pilihan raya, ini tanggungjawab kerajaan (BN) untuk turun dan melihat masalah, kalau rakyat hadapi masalah kita bantu," katanya.

Turut hadir ialah Abdul Aziz, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah serta pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Pos Brooke, Rashid Akoh.

Pada majlis itu Muhyiddin, yang merupakan Menteri Pelajaran, bersetuju secara prinsip untuk membina sebuah sekolah menengah di Pos Brooke bagi kemudahan masyarakat setempat dan sekitarnya.

DUN Galas mempunyai 1,889 pengundi Orang Asli iaitu di Pos Balar, Pos Hendrop, Pos Bihai, Pos Hau dan Pos Brooke.

Berita Bertarikh Pada 27 October 2010 5:11 PM

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Jawatan Kosong Sebagai Guru <b>di</b> MRSM <b>Pengkalan Chepa</b> - 11 <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2013 12:00 AM PDT

Jawatan Kosong Sebagai Guru di MRSM Pengkalan Chepa - 11 Mac 2013 | JAWATAN KOSONG KERAJAAN | JAWATAN KOSONG 2013
MRSM Pengkalan Chepa mempelawa individu warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai GURU.

Majikan :          MRSM Pengkalan Chepa
Alamat :           Maktab Rendah Sains Mara, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu
Telefon :          09-7738252 (Wan Suhaila Bt Wan Yaacob)
Email :             mrsmdc@mara.gov.my

Jawatan :         Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 3
Kelayakan :       Ijazah English/ Pengajian Islam
Gaji :               RM 1600.00

Keterangan :
•      Dua Jawatan Kosong Sebagai Guru (Sambilan) Bahasa Inggeris & Pengajian Agama Islam Di MRSM Pengkalan Chepa.
•      Bergaji Hari (RM74.82- RM82.69).

Tarikh Tutup permohonan : 11 Mac 2013

Hantarkan Surat Permohonan Dan Resume Dengan Salinan Sijil Dan Kad Pengenalan Yang Disahkan Serta Sekeping Gambar Terbaru Ukuran Paspot Kepada:

Pengetua,
MRSM Pengkalan Chepa,
16100 Kota Bharu
Kelantan.

Permohonan juga boleh dibuat di jobsmalaysia.

Cara-cara untuk memohon di jobsmalaysia

1.Sila ke jobsmalaysia : SILA KLIK DISINI
2.Dicarian segera sila plih Cari Majikan
3.Masukkan keyword (sila copy dan paste) : MRSM Pengkalan Chepa
4. Cari majikan MRSM Pengkalan Chepa

Selamat maju jaya..



ads