Jumaat, 15 Mac 2013

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


#JDAB2013 berjaya bantu 35 orang anak <b>Kelantan</b> melanjutkan <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2013 06:39 AM PST

Skuad Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB2013) memulakan siri penjelajahan mereka di Kelantan hari ini bagi membantu lepasan SPM dari golongan yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.
Mereka tiba di Kota Bharu pada jam 6.00 petang semalam. Misi di Kelantan bermula seawal jam 7.00 pagi di mana konvoi JDAB2013 dilepaskan oleh Datuk Prof. Ir. Sahol Abdul Hamid di kampus Kota Bharu. Skuad JDAB2013 juga disertai oleh artis-artis terkenal seperti Saiful Apek, Adira AF, Danny X-Factor,Syed Aiman dan Fiza.








Sebaik sahaja dilepaskan pada jam 9.00 pagi, skuad JDAB2013 menuju ke Pasar Jelawat, Bachok. Kehadiran mereka di sana disambut meriah oleh masyarakat sekitar Bachok yang menunggu ketibaan mereka di Kedai Kopi Poo berdekatan Pasar Jelawat.
Di sana, seramai 35 orang pelajar berjaya dibantu untuk melanjutkan pengajian ke UiTM.
Skuad JDAB2013 kemudiannya bergerak ke Jeli pada jam 12.00 tengahari. Di sana, Dato Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar mengunjungi pasar di Pekan Jeli.
Di Jeli, sukarelawan JDAB2013 memeriksa mata masyarakat tempatan di atas Klinik Optometrik Bergerak. Cermin mata percuma diberikan kepada orang ramai yang memerlukan.
Pelajar-pelajar UiTM bergambar bersama Dato Prof Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan artis-artis
Setelah selesai program di Tanah Merah, skuad JDAB2013 meneruskan perjalanan ke Dungun. Tahniah kepada 35 orang anak Kelantan yang berjaya mendapat tempat di UiTM. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads