Dalam masa 24 jam, sehari selepas Sinar Harian melaporkan tentang sebuah kedai makan yang mengenakan bayaran RM6,000 bagi sarapan pagi sekumpulan VIP (sebenarnya macai-macai UMNO), Restoran tersebut telah diserbu Penguatkuasa PDNKK.
Restoran yang terletak di Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa, Kelantan itu, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK)dan di kompaun RM175,000. Baca laporannya ini..
Serbuan tersebut dilancarkan sepantas kilat oleh Penguatkuasa PDNKK berdasarkan laporan Sinar Harian itu..
Baca laporannya ini..
Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan pagi kelmarin, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK).
Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.
Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi semalam.
"Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita dapati peniaga kedai terbabit menutup papan tanda harga yang sedia ada dengan pita pelekat.
"Kita mengesyaki peniaga berkenaan mempunyai niat untuk menipu dan mengenakan caj harga sesuka hati ke atas pelanggan.
"Atas kesalahan itu, kita kenakan kompaun ke atas pihak terbabit," katanya kepada pemberita, selepas serbuan ke atas restoran terbabit.
Dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas lauk pauk dan makanan bernilai hampir RM6000.
Ab Ghani berkata, jika sabit kesalahan pengusaha itu boleh dikenakan tindakan di bawah Perintah 3 (1) Akta Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993 dengan penalti RM250,000 dan kompaun maksimum RM175,000.
"Ini bagi memberi pengajaran terhadap kesalahan yang mereka lakukan. Diharap peniaga-peniaga lain turut berwaspada. Jika dikesan melakukan penipuan mereka juga akan dikenakan kompaun.
"Saya menasihatkan semua peniaga di negeri ini supaya meletakkan tanda harga yang jelas untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan pelanggan, terutama mereka yang datang dari luar Kelantan," katanya.
Sementara itu, bayaran makanan yang dicaj hingga mencecah RM6,000 oleh restoran itu menyebabkan ramai dalam kumpulan VVIP itu meluahkan rasa terkejut dan kesal dengan sikap peniaga berkenaan.
Seorang pelanggan yang enggan dikenali berkata, anggota-anggota rombongan VVIP terbabit berhenti makan pagi di restoran itu sebelum menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.
"Kami mula memesan makanan mengikut kehendak masing-masing dan makanan itu disediakan dalam beberapa hidangan di setiap meja makan.
"Antara yang dihidangkan ialah ayam goreng kampung dan gulai itik serati, di samping sayuran-sayuran dan beberapa lauk-pauk lagi," katanya.
Menurutnya, selepas semua selesai makan dan salah seorang daripada mereka bangun untuk membuat pembayaran, peniaga terbabit mengatakan jumlah keseluruhan sarapan itu adalah RM6,000.
"Kami semua yang ada di situ terkejut. Ada yang menggeleng seperti tidak percaya dengan apa yang kami dengar daripada peniaga itu. Langsung tidak masuk akal.
"Walaupun terkedu, bayaran tetap dibuat selepas ada sedikit tawar menawar dengan peniaga itu.
"Kami tidak setuju dengan harga cekik darah itu, tetapi disebabkan kami terpaksa bergegas untuk menghadiri majlis rasmi tersebut, seorang daripada anggota kumpulan itu membayarnya," katanya. -SinarHarian
Berikut adalah penjelasan dari pemilik kedai mengenai caj yang dikenakannya itu dan dalam masa yang sama juga jawapan mengapa Penguatkuasa PDNKK bertindak sepantas kilat terdedah..
400 orang macai-macai UMNO, mentekedarah sarapan yang disediakan bagi 600 orang, menurut tuan kedai..
Ini perkara biasa ni.. kalau korang tengok macai-macai UMNO ni kalau boleh mentekedarah free depa kalau boleh nak makan dalam talam.. maksud aku sorang setalam bukan sepinggan.
Dikenakan bayaran RM5,500 tapi macam biasalah macai UMNO ni mark-up tu dah jadi SOP depa.. resit ditulis RM6,000.. makan dapat untung lagi RM500.
RM5,500 bahagi 400 orang... seorang baru dikenakan RM13.75... alahai yang tu pun nak bising?
GUA MUSANG – Sebanyak 26 rumah yang didiami 100 penduduk di Kampung Batu Papan, Kampung Kundur dan Kampung Pulai di sini ditenggelami banjir awal pagi tadi berikutan hujan lebat sejak semalam.
Namun tiada penduduk yang dipindahkan.
Hanya beberapa keluarga yang berpindah ke rumah saudara-mara mereka dan pulang semula sekitar 10 pagi selepas banjir surut.
Tinjauan Bernama mendapati sebuah jambatan gantung yang merentangi Sungai Galas turut runtuh dihanyutkan arus sungai.
Manan Mat Saman, 51, berkata beliau menyedari mengenai banjir apabila air sungai di belakang rumahnya melimpahi ke tebing dan memasuki rumahnya kira-kira 4 pagi.
Beliau dan isterinya serta lima orang anak mereka terpaksa menumpang di rumah abangnya yang terletak tidak jauh dari situ.
Rohani Ibrahim, 47, berkata banyak peralatan rumahnya gagal diselamatkan berikutan air naik dengan cepat.
"Saya menyedari kejadian banjir kira-kira 6 pagi ketika hendak ke dapur untuk minum air dan ternampak air memenuhi kawasan dapur sebelum saya mengejutkan suami dan anak saya," katanya. – BERNAMA
GUA MUSANG - Sebanyak 26 rumah yang didiami 100 penduduk di Kampung Batu Papan, Kampung Kundur dan Kampung Pulai di sini ditenggelami banjir awal pagi tadi berikutan hujan lebat sejak semalam.
Namun tiada penduduk yang dipindahkan.
Hanya beberapa keluarga yang berpindah ke rumah saudara-mara mereka dan pulang semula sekitar 10 pagi...
GUA MUSANG - Sebanyak 26 rumah yang didiami 100 penduduk di Kampung Batu Papan, Kampung Kundur dan Kampung Pulai di sini ditenggelami banjir awal pagi tadi berikutan hujan lebat sejak semalam.
Namun tiada penduduk yang dipindahkan.
Hanya beberapa keluarga yang berpindah ke rumah saudara-mara mereka dan pulang semula sekitar 10 pagi selepas banjir surut.
Tinjauan Bernama mendapati sebuah jambatan gantung yang merentangi Sungai Galas turut runtuh dihanyutkan arus sungai.
Manan Mat Saman, 51, berkata beliau menyedari mengenai banjir apabila air sungai di belakang rumahnya melimpahi ke tebing dan memasuki rumahnya kira-kira 4 pagi.
Beliau dan isterinya serta lima orang anak mereka terpaksa menumpang di rumah abangnya yang terletak tidak jauh dari situ.
Rohani Ibrahim, 47, berkata banyak peralatan rumahnya gagal diselamatkan berikutan air naik dengan cepat.
"Saya menyedari kejadian banjir kira-kira 6 pagi ketika hendak ke dapur untuk minum air dan ternampak air memenuhi kawasan dapur sebelum saya mengejutkan suami dan anak saya," katanya. - BERNAMA
TUMPAT – Jangkitan penyakit Hepatitis B dan C di negeri ini masih terkawal meskipun terdapat peningkatan yang dicatat sepanjang tahun 2011 hingga Oktober tahun ini.
Timbalan Pengarah Kesihatan negeri Dr Wan Mansor Ibrahim berkata penyakit Hepatitis C mencatat jumlah kes paling tinggi iaitu 46 pada 2011 dan meningkat kepada 130 pada 2012 serta 171 bagi Januari hingga 20 Okt lepas.
"Penyakit Hepatitis B turut menunjukkan peningkatan iaitu bermula dengan 87 kes pada 2011, kemudiannya bertambah kepada 92 kes pada 2012 dan 166 kes bagi Januari hingga 20 Okt tahun ini.
"Penyakit Hepatitis A pula menunjukkan penurunan sepanjang tempoh berkenaan dengan 37 kes dicatat pada 2011 dan berkurang kepada 22 kes pada 2012 seterusnya empat kes untuk tempoh Januari hingga 20 Okt lepas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Hepatitis Sedunia Peringkat Negeri Kelantan 2013 di Klinik Kesihatan Bandar Tumpat hari ini.
Dr Wan Mansor berkata antara sebab penularan penyakit Hepatitis B dan C ialah darah tercemar, jangkitan semasa bayi dalam kandungan dan hubungan kelamin selain perkongsian jarum oleh pelanggan yang mendapat rawatan terapi metadon.
Beliau berkata jangkitan Hepatitis A pula ialah menerusi bawaan makanan serta air dan semakin berkurangan disebabkan keadaan sanitasi persekitaran seperti tandas dan bekalan air yang semakin baik. – BERNAMA
TUMPAT - Jangkitan penyakit Hepatitis B dan C di negeri ini masih terkawal meskipun terdapat peningkatan yang dicatat sepanjang tahun 2011 hingga Oktober tahun ini.
Timbalan Pengarah Kesihatan negeri Dr Wan Mansor Ibrahim berkata penyakit Hepatitis C mencatat jumlah kes paling tinggi iaitu 46 pada 2011 dan meningkat kepada 130...
TUMPAT - Jangkitan penyakit Hepatitis B dan C di negeri ini masih terkawal meskipun terdapat peningkatan yang dicatat sepanjang tahun 2011 hingga Oktober tahun ini.
Timbalan Pengarah Kesihatan negeri Dr Wan Mansor Ibrahim berkata penyakit Hepatitis C mencatat jumlah kes paling tinggi iaitu 46 pada 2011 dan meningkat kepada 130 pada 2012 serta 171 bagi Januari hingga 20 Okt lepas.
"Penyakit Hepatitis B turut menunjukkan peningkatan iaitu bermula dengan 87 kes pada 2011, kemudiannya bertambah kepada 92 kes pada 2012 dan 166 kes bagi Januari hingga 20 Okt tahun ini.
"Penyakit Hepatitis A pula menunjukkan penurunan sepanjang tempoh berkenaan dengan 37 kes dicatat pada 2011 dan berkurang kepada 22 kes pada 2012 seterusnya empat kes untuk tempoh Januari hingga 20 Okt lepas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Hepatitis Sedunia Peringkat Negeri Kelantan 2013 di Klinik Kesihatan Bandar Tumpat hari ini.
Dr Wan Mansor berkata antara sebab penularan penyakit Hepatitis B dan C ialah darah tercemar, jangkitan semasa bayi dalam kandungan dan hubungan kelamin selain perkongsian jarum oleh pelanggan yang mendapat rawatan terapi metadon.
Beliau berkata jangkitan Hepatitis A pula ialah menerusi bawaan makanan serta air dan semakin berkurangan disebabkan keadaan sanitasi persekitaran seperti tandas dan bekalan air yang semakin baik. - BERNAMA
Muslimin yang di Rahmati Allah, Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan di atas masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat.
Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: " SERUAN AL-BARZAKH ". Muslimin Yang di Rahmati Allah, Sebagai seorang Islam yang berpegang kepada al-Quran dan hadith, kita mempercayai bahawa kehidupan, kematian dan kehidupan selepas mati adalah peringkat kewujudan yang wajib dilalui oleh semua manusia. Dalam peringkat kehidupan kita di dunia, jarang umur manusia melebihi 100 tahun tetapi puratanya mencapai umur antara 60 hingga 80 tahun . Umur pendek atau panjang tidak menjadi persoalan kerana akhirnya manusia pasti mati. Bagaimana sihat seseorang, bagaimana megah kuasa dan kayanya, namun manusia pasti mati dan meninggalkan dunia fana ini. Malah para Nabi, Rasul iaitu manusia yang paling dekat dengan tuhan, bahkan manusia yang menjadi kekasih Allah SWT pun tidak dapat lari dari kematian, menghadapi alam barzakh dan hari penghakiman di padang Mahsyar. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa' ayat 78: Yang bermaksud: " Di mana sahaja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu, sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat ". Setiap manusia pasti mati kerana mati bermakna manusia kembali kepada asal kejadiannya. Ia berasal dari tanah, maka pastilah ia akan kembali menjadi tanah agar menjadi peringatan kepada manusia. Persoalan mati adalah suatu kejadian yang paling hebat, suatu kejadian yang tidak dapat dielakkan. Bila seseorang manusia itu mati, ia dikatakan kiamat kecil berlaku pada diri manusia kerana jasadnya menjadi hancur lebur kembali menjadi tanah dan roh telah keluar dari badan manusia. Rohlah yang menyebabkan kita hidup, boleh mendengar, melihat, berakal, merasai dan berfikir.
Muslimin Yang di Rahmati Allah, Menurut kamus Mukhtar al-Shahhah (مختار الصحاح) oleh Abu Bakr al-Razi, Barzakh bermaksud dinding pembatas antara dua benda. Berdasarkan iktikad al-Sunnah wa al-Jama'ah, setiap manusia akan berada di dalam satu alam yang dinamakan alam Barzakh. Ia terletak di antara alam dunia dan alam akhirat sebelum dihimpunkan di padang Mahsyar daripada waktu mati sehingga dibangkitkan. Alam Barzakh juga tempat permulaan manusia di hukum segala amalannya di dunia. Sebagaimana kesukaran manusia menghadapi keperitan saat nazak kematian, maka jenazah juga sekali lagi menghadapi kesukaran siksaan kubur di alam barzakh. Sebaik sahaja ahli keluarga dan sahabat handai selesai mengkebumikan dan dalam perjalanan pulang ke rumah maka dalam suasana yang gelap gelita dua malaikat iaitu Munkar dan Nakir datang menghampiri dan mendudukkan jenazah.
Bagi jenazah yang beriman dan berbekalkan amal soleh serta ketakwaan yang unggul maka alam barzakh adalah suatu kerehatan yang damai. Tetapi bagi jenazah yang ingkar, sarat dengan beban dosa kerana melanggar perintah Allah SWT, maka alam barzakh adalah episod ngeri yang dipenuhi gelombang azab sengsara hingga datangnya hari kiamat. Mereka berkeadaan seperti orang yang lemas dalam air yang meraung meminta pertolongan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: " Sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas dari seksaannya, maka apa yang akan datang kemudiannya akan lebih mudah lagi dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (kandas) daripada (seksaannya), maka yang akan datang sesudahnya akan lebih sukar (keras)." (Riwayat al-Tirmizi). Sahabat Nabi bernama Ubaid bin Umair al-Laitsi pernah berkata, " setiap mayat yang hendak meninggal, pasti liang lahad di mana mayat itu di kubur memanggilnya, "Akulah rumah yang gelap gelita, sunyi dan sendiri. Jika waktu hidupmu kau taat kepada Allah SWT maka aku hari ini akan menjadi rahmat bagimu. Jika kau derhaka, maka hari ini aku akan menjadi seksa bagimu. Siapa memasukinya dengan taat, akan keluar dengan bahagia. Dan sesiapa masuk dengan derhaka, dia akan keluar dengan penuh penyesalan."
Muslimin Yang di Rahmati Allah, Renungkanlah bagaimana perjalanan seseorang akan berakhir di alam kubur. Seorang ulama al-Rifa'i pernah berkata: " Setiap orang yang takut pada sesuatu pasti akan menghindarinya, kecuali alam kubur. Tidak ada orang yang ingin lari daripadanya melainkan dia akan datang kepadanya. Dia selalu menunggumu tanpa jemu, dan apabila engkau masuk ke dalamnya, engkau tidak akan kembali buat selama-lamanya. Renungilah nasib saudaramu yang kini telah dikuburkan, dahulu dia menikmati pemandangan yang indah, kini matanya telah tertanggal, dahulu lidahnya fasih bertutur, kini cacing tanah telah memakan mulutnya. Dahulu dia sering tertawa, kini giginya hancur terbenam."
Khalifah Umar bin Abdul Aziz pula pernah berkata kepada beberapa orang rakannya di dalam satu majlis, " Wahai fulan, engkau telah melepasi satu malam, adakah pernah kau terfikir tentang alam kubur dan penghuninya? Sekiranya kau tahu keadaan sebenarnya dalam kubur, pasti kau tak akan berani mendekatinya ." Ketika khalifah Umar mengiringi jenazah sahabatnya lalu kubur memanggilnya dan bertanya, " Wahai Umar bin Abdul Aziz, mahukah aku ceritakan kepadamu apakah yang akan aku lakukan terhadap jenazah yang kau cintai ini? Ya jawab Umar. Kubur itu menjawab: Aku akan bakar kain kapannya, aku robek badannya, aku sedut darahnya serta aku kunyah dagingnya. Mahukah engkau tahu apa yang akan aku lakukan pada anggota badannya? Tentu jawab Umar. Aku cabut satu persatu dari telapak hingga ke tangan, dari tangan ke lengan, dan dari lengan menuju ke bahu. Lalu aku cabut pula lutut dari pehanya, Peha dari lututnya.aku cabut lutut itu dari betis. Dari betis menuju ke telapak kakinya. Khalifah Umar menangis dan berkata." Ketahuilah sahabatku, umur dunia hanya sedikit. Kemuliaan di dalamnya adalah kehinaan. Yang muda akan menjadi tua dan yang hidup akan mati. Celakalah mereka yang tertipu olehnya. Celakalah aku dan bagaimana keadaanku ketika bertemu malaikat maut, saat rohku meninggalkan dunia? Keputusan apakah yang diturunkan oleh tuhanku.
Mimbar mengingatkan jemaah dan umat Islam sekalian bahawa pada akhir zaman ini, semakin kurang atau amat sedikit dari kalangan manusia yang bercakap tentang kematian, alam berzakh dan Mahsyar, kerana manusia sedang sibuk dengan pembangunan kerjaya, kemewahan dan kelazatan kehidupan dunia serta hiburan. Akhirnya mereka terkejut besar apabila malaikat Izrael datang dengan mencabut nyawanya. Saididna Ali RA pernah berkata, " bahawa manusia tidur lena, apabila kematian tiba baru dia terjaga dari tidurnya. Demikianlah orang yang tidak mengingati mati itu sentiasa dalam keadaan lalai atau bagaikan orang yang tertidur dia akan terkejut bila kematian datang secara mendadak". Kesibukan mencari keseronokan dan kelazatan dunia merupakan penyumbang terbesar kelalaian manusia mengingati mati dan membuat persediaan menghadapi kematian. Sebagai contoh mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti penagihan dadah, arak, pengamal seks bebas sanggup melakukan apa saja termasuk mengambil ubat-ubat jalanan yang mengandungi dadah dan bahan-bahan terlarang bagi menambah lagi nikmat keseronokan. Perbuatan ini seolah-olah mengali lubang kubur sendiri. Mereka ini akan menanggung siksaan hidup dengan penyakit-penyakit kronik yang akhirnya membawa kepada kehancuran dan kematian.
Justeru mimbar menyeru kepada jemaah sekalian insaflah dan sedarlah tentang kehidupan yang sebenarnya dan jangan kita lalai dari mengingati kematian kerana ianya akan menambah lagi ketakwaan kita kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: Bermaksud: " Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkanmu kepada kematian" (Riwayat Muslim) Muslimin Yang di Rahmati Allah, Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru insaflah dan sedarlah bahawa kematian merupakan perjalanan hidup yang tidak akan kembali lagi ke dunia yang fana ini. Kita sering bercakap tentang kematian rakan dan sahabat kita yang telah kembali menyahut seruan Ilahi. Bagaimanapun sayang sekali apakah kematian rakan-rakan kita itu telah menimbulkan keinsafan dan kesedaran untuk kita membuat persiapan serta menyediakan bekalan yang mencukupi menghadapi kematian yang pasti itu. Ingatlah dan sedarlah bahawa alam barzakh sentiasa menanti-nanti kehadiran kita dan sentiasa membuka pintunya untuk kita. Tidak kira di mana kita berada atau bila masanya kematian pasti mendatangi dan menjemput diri kita, cuma persoalannya adakah kita sudah bersedia menghadapi kematian ini.
Sebagai renungan marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT dalam surah al-Jumu'ah ayat 8: Maksudnya : "Katakanlah: Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya). "
Cubaan menyogok pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupok membuktikan bahawa Pas bukan sebuah parti yang bersih.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sekiranya benar berlaku dakwaan tersebut, ia membuktikan bahawa Pas adalah sebuah parti yang mengamalkan rasuah.
Justeru itu, beliau menyeru kepada semua pengundi yang cuba disogok supaya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya tindakan segera dapat diambil.
"Ini satu perkara yang memalukan kalau benar berlaku kerana Pas selalu mengatakan mereka parti bersih tidak ada rasuah, mereka sebenarnya rasuah bukan kami," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjaun mesra di bandar tersebut di sini hari ini.
Menjlis perkahwin Abg Long samurai bergambar ayahanda pak uda, ayahandaPutra,ayahanda Sedi Lipan ,Ayahanda Pak Nik askar,Ayahanda Lee Tanah MerahDan Kanda Udi