Selasa, 28 Jun 2011

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


MENU UTAMA: Pertukaran ke BTPN <b>Kelantan</b>

Posted: 28 Jun 2011 06:31 AM PDT

Adalah dimaklumkan memaklumkan bahawa Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru Kota, En Zulkfli bin Zakaria telah bertukar ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan sebagai Penolong Pengarah dan telah mula bertugas dengan rasminya pada 26 Jun 2011.

Pihak PKG Kota mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sumbangan tenaga, idea dan kemahiran sepanjang bertugas di PKG Kota. Sepanjang bertugas di PKG Kota selama satu tahun enam bulan, beliau telah berjaya mewujudkan satu hubungan kerja yang baik antara juruteknik komputer sekolah dan PKG dengan menubuhkan pasukan khidmat bantu (task force). Pasukan ini berperanan membantu menyelesaikan masalah komputer di sekolah-sekolah kelompok dan meringan tugas guru penyelaras bestari/makmal komputer sekolah.

PKG Kota mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada En Zulkfli bin Zakaria dalam melaksanakan tugas di tempat baru.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads