Khamis, 30 Jun 2011

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Kemalangan ngeri <b>di Gua Musang</b> | Isu Semasa & Terkini Malaysia

Posted: 11 Sep 2009 11:52 PM PDT

Seorang bapa terkejut melihat satu kemalangan ngeri yang berlaku di Gua Musang merupakan anaknya sendiri. Ismail Ngah, 53, bapa kepada Md. Nasarudin, 21, salah seorang mangsa yang maut berkata, dia kebiasaannya menunggang motosikal ke kebun getahnya di Kampung Kundur melalui Jalan Pulai Lama setiap pagi.

 

dari kiri Nasarudin, Shamin dan Aliff

(tiga sahabat yang terkorban)

Menurut Kosmo Online;

GUA MUSANG – Seorang bapa yang dalam perjalanan ke kebun getah terkejut apabila ternampak salah seorang daripada tiga mangsa yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di sini semalam merupakan anaknya sendiri. 

Ismail Ngah, 53, bapa kepada Md. Nasarudin, 21, salah seorang mangsa yang maut berkata, dia kebiasaannya menunggang motosikal ke kebun getahnya di Kampung Kundur melalui Jalan Pulai Lama setiap pagi.

Bagaimanapun, katanya, pada pukul 7.30 pagi semalam, dia mengubah laluan dengan melalui jalan ke bandar kerana perlu mengisi minyak motosikal.

"Setibanya di tempat kejadian saya melihat orang ramai mengerumuni sebuah kereta Mazda dan sebuah lori lima tan yang terlibat dalam kemalangan.

"Saya berhenti dan menghampiri lokasi kemalangan itu sebelum ternampak seorang mangsa terkorban yang masih duduk di tempat duduk belakang kereta. Saya dapati dia ialah sahabat karib anak saya.

"Hati saya mula berdebar kerana kemungkinan anak saya juga ada dalam kereta itu sebelum tersentak melihat pemandu kereta itu ialah anak saya," kata Ismail ketika ditemui di Hospital Gua Musang di sini semalam.

Email Marketing 3.0

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads