Rabu, 22 Jun 2011

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


Bola Sepak: Kelantan Bina Bandar Sukan <b>Di Pasir Puteh</b>

Posted: 18 May 2011 08:34 AM PDT

KOTA BAHARU, 18 Mei (Bernama) -- Kerajaan Kelantan akan membina sebuah bandar baru mengandungi sebuah kompleks sukan di Merbau Chondong, Pasir Puteh.

Dikenali sebagai "Bandar Sukan" atau "Bandar Red Warriors" bernilai RM159 juta itu akan mempunyai antara lainnya sebuah stadium yang mampu menampung sehingga 40,000 penonton.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata cadangan pembinaan bandar baru dan kompleks sukan di kawasan seluas 504 hektar itu dipersetujui dalam mesyuarat exco kerajaan negeri Rabu .

"Bandar Sukan atau bandar Red Warriors ini adalah bagi memberi penghormatan kepada aktiviti sukan terutama menaikkan nama negeri ini dalam bidang bola sepak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu.

Nik Abdul Aziz berkata cadangan tapak tanah di Kampung Merbau Chondong melibatkan kos lebih rendah kerana ia merupakan tanah milik kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri akan mengeluarkan tender secara terbuka kepada pemaju dalam masa terdekat ini, dan (projek ini) lebih berbentuk komponen komersial kerana m melibatkan pembinaan ruang niaga oleh pihak swasta," katanya.

-- BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads