Selasa, 19 Julai 2011

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


Erata bukan terletak <b>di Tanah</b> Rata | Mawar <b>Merah</b>

Posted: 08 Jul 2011 06:14 AM PDT

Entri lalu menyentuh tentang aktiviti di sekolah pada satu hari Sabtu. Ada yang menanyakan apa maksud erata tu?

Dulupun, semasa Kak Long menerima memo untuk menghadiri taklimat tentang Erata Interlok ini, tertanya-tanya juga macam mana rupanya erata tu. Adakah sejenis makanan ringan ataupun sejenis haiwan mamalia yang memakan rumput untuk sumber tenaga? Kak Long pernah cari juga dalam Kamus Dewan tetapi tidak ditemui perkataan itu.

Akhirnya seorang teman yang biasa menjadi Ketua Pengawas Peperiksaan SPM, memberitahu Kak Long bahawa dia pun mengetahui istilah tersebut kerana biasa digunakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Setelah membaca beberapa maklumat, akhirnya ditemui bahawa erata merupakan istilah Indonesia. Erata tu maksudnya daftar pembetulan kesalahan yang terdapat di dalam buku yang telah dicetak. Istilah Malaysia disebut ralat. Bukan Kak Long sengaja tak mahu menggunakan istilah Malaysia, tetapi dah dalam surat pekeliling dan memo arahan ditulis Erata Novel Interlok, maka Kak Long tak ubahlah. Saya yang menurut perintah… ahaks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads